Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, January 27, 2011

Kenapa Ahmad Maslan Takut Berdebat Pasal Isu FELDA?

NOTA EDITOR: Kalau dahulu bukan main garang Ahmad Maslan mempertahankan FELDA. Kata Ahmad Maslan tidak mungkin Felda akan menipu orang Melayu kerana Felda ditadbir orang Melayu.

Namun, kalau dakwaan Ahmad Maslan itu benar, mengapa beliau takut berdebat? Mengapa takut bersemuka dengan rakyat dan membahaskan isu ini???




Tolak debat: Ahmad Maslan takut berdepan peneroka
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 26 Jan:
Mazlan Aliman menyifatkan penolakan debat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan sebagai tidak berani bertanggungjawab kepada peneroka.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) berkata, Ahmad sepatutnya berani jika yakin kerajaan dan Felda tidak membuat sesuatu yang mengainaya peneroka.

"Jika selama ini dia kata dia bantu peneroka, dia menuduh Anak dan Pakatan Rakyat pemecah belah. Habis tu kenapa dia tolak," katanya kepada Harakahdaily sambil menyelar Ahmad sebagai penakut.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penolakan Ahmad untuk berdebat dengan beliau.

Ahmad hari ini menolak cabaran Mazlan untuk berdebat mengenai masalah yang dihadapi oleh peneroka Felda.

Sebaliknya, beliau mengemukakan cabaran kepada Mazlan untuk berdialog secara tertutup bersama beliau dan pegawai Felda dengan harapan dapat menyelesaikan 20 perkara yang dibangkitkan oleh Presiden Anak itu.

Mengulas lanjut, Mazlan yang juga Timbalan Pengarah Jentera Operasi Pilihan Raya PAS bagi PRK Tenang tetap dengan keputusan mengajak Ahmad berdebat dan memberi masa sampai esok kepada Ahmad.

"Kalau dia nak ajak dialog tertutup, tak payah la saya susah-susah cabar debat. Saya ada nombor telefon dia, sembang kedai kopi pun boleh," katanya.

Namun jelasnya, tujuan lebih besar cabaran debat terbuka tersebut adalah mahu rakyat khususnya peneroka mendengar sendiri penjelasan Ahmad, dan boleh bertanya terus tentang masalah yang dihadapi peneroka.

"Saya tunggu sampai esok, kalau dia tak terima juga, maknanya dia pengecut dan perlu letak jawatan.

"Rakyat tak perlu timbalan menteri yang takut berdepan dengan rakyat sendiri," katanya.

Anak sebelum ini menyerahkan 20 perkara itu kepada Ahmad Maslan pada November tahun lalu yang mana antara lainnya melibatkan isu peneroka yang disingkir, isu hutang dengan Felda sehingga mencecah RM80,000 dalam masa tujuh tahun, dan masalah pembahagian pusaka oleh generasi kedua Felda.

NGO tersebut kemudiannya menghantar surat tawaran kedua kepada Ahmad Maslan semalam untuk berdebat mengenai isu tersebut.

3 comments:

Anonymous said...

"Kata Ahmad Maslan tidak mungkin Felda akan menipu orang Melayu kerana Felda ditadbir orang Melayu."

emmmm...... kena di renung betul kata2 tu!!!!

nasib baik ada PAS dan ahli2 yang masih hidup berpandukan Al-Sunnah dan Al-Quran sepenuhnye.

Anonymous said...

Takut sebab UMNO Iblis dah merompak org Felda..anak Tan Chee Koon,Tan Kwee Kong,Charles Santiago dah ada bukti dan telah mencabar najubori!

Khun Pana aka johanssm said...

"tidak mungkin Felda akan menipu orang Melayu kerana Felda ditadbir orang Melayu."...alamak, ini boleh masok logik ke?
Kenyataan tak masok akal dan bodoh sombong oleh Ahmad anak lelaki si Maslan.

Dalam Tabung Haji pon ada kes tipu wang. Pecah amanah , songlap duit simpanan Tabung haji.
Dalam Felda tak berlaku pecah amanah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.