Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, January 11, 2011

Konspirator Perlantikan Khusrin Munawi Patut Belajar Dari Nasib yang Tertimpa Kepada Dato' Wan Hashim Kelantan

Syukur kepada Allah SWT. SOlat Hajat Perdana anjuran PAS Pusat berkaitan dengan krisi perlantikan Khusrin Munawi sebagai SUK tanpa merujuk kepada Menteri Besar Selangor. Solat Hajat dianjurkan untuk bermunajat kepada Allah SWT yang Maha Esa supaya menyelamatkan Kerajaan PR Selangor dari menjadi mangsa kezaliman KSN/bekas SUK/Pegawai2 Istana/Kroni UMNO/UMNO dan Najib Tun Razak.

Percubaan mensabotaj Kerajaan Negeri Selangor di dalam perlantikan Khusrin sekarang ini telah dikembalikan kes ini kepada Allah SWT dari orang yang dizalimi yakni Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Perkara yang sama telah dilakukan oleh PAS Kelantan sekitar sebelum Pilihanraya 1999. Secara khususnya, selepas Parti Semangat 46 meninggalkan Angkatan Perpaduan Ummah untuk menyertai UMNO semula.

Di waktu itu, SUK Negeri Kelantan adalah Dato Wan Hashim lantikan Istana Kelantan. Segala-gala dilakukan oleh Dato Wan Hashim ini untuk melumpuhkan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS.

Maka, PAS tiada pilihan melainkan mengembalikan kes ini kepada Allah SWT. Hasilnya, kita lihat sekarang ini. Semua yang terlibat dalam konspirasi percubaan mensabotaj Kerajaan NEgeri Kelantan telah dibalas dan dihina oleh Allah SWT.

Bekas SUK Kelantan itu telah merengkok dalam lokap sebelum ini ekoran krisis Istana. Dan apa sudah jadi kepada orang yang melantik Dato Wan Hashim tersebut. Siapa sangka beliau boleh terjatuh dari takhta dengan begitu hina sekali. Malahan bekas Presiden S46 itu pun telah ditendang dari Istana sekaligus menjadikan beliau setaraf dengan rakyat kebanyakan.

Maka, suka Tulang Besi memberi amaran kepada para konspirator di belakang percubaan sabotaj kerajaan negeri Selangor ini. Belajarlah dari apa yang berlaku kepada Dato Wan Hashim dan bekas Sultan Kelantan. Kuasa Allah SWT, bekas Sultan Kelantan adalah Sultan pertama yang dijatuhkan takhta sewaktu masih hidup. Kalau ini tidak hina, saya tak tau apa lagi yang lebih hina.

Ingatlah, Allah SWT Maha Kaya dan Maha Berkuasa. Kalau setakat Istana Selangor ini tidak boleh lawan Arasy' Allah SWT.

Kalau lihat di Kelantan sekarang ini, bukan PAS yang jatuh, bukan Tok Guru yang digulingkan tapi SULTAN yang terguling. Itulah bahana Solat Hajat dari mereka yang dizalimi.

Allah SWT Maha Berkuasa. Jangan sekali-kali lupa perkara ini.

Wallahualam

Tulang Besi

ps jangan lupa doa Tulang Besi sambil mencium Kaabah.

7 comments:

Anonymous said...

awat tak cerita kisah peranan raja perempuan kelantan...

Anonymous said...

kami rakyat selangor beri mandat kepada kerajaan pakatan rakyat untuk mewakili kami.

bukan umno. bukan sesiapa yang lain.

kami nak kerajaan negeri tegas menangani isu ini. jangan tunduk kepada sesiapa pun.

suara rakyat suara keramat!!

umngok hanya pandai dgn laungan tin kosong 'ketuanan melayu'. ketuanan apa jenis ini? melayu kelantan bukan melayu ke...? kenapa ditindas sebegini hina selaman 20 tahun oleh parti umngok?

tuanku sultan selangor bukan tak boleh nampak? baginda tuanku tahu siapa musang siapa rakyat sejati.
DAULAT TUANKU!

4RAKYAT

Grand Marquis said...

Pandailah TB olah cerita untuk memberi gambaran seolah-olah doa mereka mujarab.

Macam mana pulak segala musibah yang dialami oleh PAS? Hilang perak, Nik Aziz dah tak dihormati lagi oleh orang Malaysia dan juga orang pas sendiri. Haji Hadi pun dah tak dihormati, malah dicaci dan carut oleh TB sendiri. Dalam pas ada puak sendiri yang masing-masing mencaci sesama sendiri. Kelantan kena saman berjuta, masalah air, dan macam-macam lagi.

Siapa punya doa yang menyebabkan sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam mengalami musibah sedemikian? Atau ia adalah kerana dosa-dosa pas sendiri yang bersifat talam dua muka dan memperalatkan Islam untuk kepentingan politik mereka?

otaklunyai said...

Amin Ya Rabbalalamin... Allah S.W.T, Tuhan yang Maha Berkuasa yang memiliki sekelian kerajaan di bumi dan dilangit... timpakanlah balasan kepada mereka yang berlaku zalim dan berniat jahat agar menjadi satu pengajaran kepada yang lain... sesungguhnya kami hamba rakyat tidak mampu untuk menghadapi fitnah besar yang dirancang oleh mereka yang zalim dan kami sebagai hambaMu mengadu dan mohon pembelaan kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Adil lagi Maha Mengasihani.... Amin.

anti G.M said...

Grand Moron, parti awak tu tak talam dua muka ke? kan parti awak tu tak suka tengok rakyat senang, orang nak hapuskan tol pn tak bagi, nak turunkan harga minyak pn tak bagi..pendek kata semua yang baik2 untuk rakyat tu haram tak boleh. yang boleh ialah kayakan kroni. wah2. bagusnye kerajaan yang macamni. patutla ramai yang menderita dengan kehidupan kat Malaysia ni, harga barang semua melambung. kat mana tah yang kata ekonomi malaysia makin bertambah baik. cheit.. Grand Moron pn hanya tau belasah orang jek, padahal parti kesayangan sendiri pn macamla bagus sangat. Cheit..

Anonymous said...

yes..umno pukimak dan para pariahnya pikiaq depa tuhan on bumi..depa lah the king of kings..depa anggap semua mesti berkorban,surrendar,melutut,jadi hamba of umno pariah..kesongsangan,kesetanan mereka is so great,mereka tak sedar,Its THE ALMIGHTY WHO CONTROLS ,DOES EVERYTHING..IN THE END,LIKE EVRYHTING ELSE ON EARTH,UMNO PARIAH AKAN EXPIRE JUGAK..

ayam hutan said...

Dah 16 tahun berlalu krisis perlembagaan yang dilakukan olih Tun Mahathir bagi menghapuskan kuasa raja raja melayu. Bagi mereka yang dulunya dibawah umur 12 tahun sekarang berusia 28 atau 29 tahun tidak mengetahui apa yang terjadi pada tahun 1993 dan 1994. Olih itu mohon keluarkan keratan akhbar utusan dan berita harian dimana UMNO maki hamun raja raja melayu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.