Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, January 21, 2011

Melayu Singapore Sokong PAP.Kenapa PAS Tidak Boleh Kerjasama dengan DAP?

Singapura adalah kubu kuat UMNO sebelum UMNO menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew. Rata-rata orang Melayu Singapura menjadi penyokong UMNO pada waktu itu sehingga melahirkan kepimpinan2 UMNO seperti Syed Jaafar Albar (yang mendapat gelaran Singa UMNO).

Namun, pada hari ini, setelah lebih 40 tahun Singapura berpisah dari Malaysia, rata-rata orang Melayu di sana telah berubah arah dan memberi sokongan padu kepada Parti Lee Kuan Yew (Parti People's Action Party atau PAP).

Pada tahun 1960an, tidak masuk akal kalau ada orang Melayu yang mengaku menjadi ahli PAP ataupun mengisytiharkan sokongan pada PAP pimpinan Lee Kuan Yew. Namun, pada hari ini, rata-rata orang Melayu telah membuang UMNO dan menyertai PAP dan ada di antara mereka menjadi Ahli Parlimen PAP seperti Zaqy Mohammed di bawah:

Taktik Mahazalim dan PERKASA yang terbaru adalah menakutkan orang Melayu Malaysia dengan mengambil contoh Melayu di Singapore. Soal saya adalah, sekiranya benar-benar Melayu tertindas di Singapore, mengapa Melayu beramai-ramai menyertai PAP?

Saya yakin Dr Mahathir pasti sedih membaca keratan akhbar di atas kerana pada zaman beliau muda dahulu, perkara seperti di atas tidak mungkin terjadi.

Padahal, di Singapura, UMNO masih wujud dalam bentuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura(PKMS). PKMS adalah parti yang sah dan diizinkan bertanding dalam piliharaya umum. Kalau orang Melayu Singapura menyukai ideologi UMNO sudah tentu PKMS mampu menarik lebih 14% populasi Singapura untuk menyokong mereka. Undi blok seperti ini mampu menyebabkan PAP kalah di beberapa kerusi.

Namun, Melayu Singapura lebih tertarik dengan meritokrasi tajaan Lee Kuan Yew berbanding "Hidup Melayu" tajaan UMNO.

Perjuangan PKMS (UMNO Singapura) sekarang ini tidak lebih dari bergaduh sesama sendiri merebut Bangunan UMNO di Jalan Changi yang bernilai lebih SD10 juta itu.(Sila baca di sini)

Keluarga saya di Singapura, rata-rata merasa gembira hidup di Singapura walaupun mereka orang Melayu tulin. Saya tanya, mengapa begitu. Mereka jawab di bawah Lee Kuan Yew mereka boleh membina kehidupan yang lebih baik berbanding dengan di bawah UMNO.

Mereka kata pendapatan mereka jauh lebih tinggi di bawah Lee Kuan Yew berbanding di bawah UMNO. Mereka kata pelajaran anak2 mereka jauh lebih baik, kehidupan hari tua mereka jauh lebih terjamin, kebolehan membeli rumah jauh lebih kehadapan berbanding mereka duduk di bawah UMNO.

Melalui pengakuan ahli keluarga saya di Singapura itu, saya tidak terkejut membaca laporan keratan akhbar di atas.

PERKOSA dan MAhathir mahu menakutkan Melayu Malaysia dengan menjadikan Melayu Singapura sebagai contoh. Namun, setakat ni saya tak jumpa Melayu Singapura yang mengeluh mendakwa mereka ditindas oleh Lee Kuan Yew dan PAP.

Saya rasa, Melayu Singapura selesa untuk hidup dalam sistem meritokrasi dan mereka tidak takut untuk bersaing.

Tidak seperti Melayu Malaysia yang condong pada UMNO yang senantiasa mengharapkan subsidi dan malas untuk berusaha dengan tulang empat kerat mereka. Melayu UMNO sememangnya dilatih untuk menjadi penagih subsidi sejak zaman berzaman. Sebab itulah mereka takut dengan meritokrasi dan persaingan. Jenis Melayu seperti ini lebih suka hidup hina sebagai kroni dari hidup mulia sebagai pengusaha.

Melayu seperti inilah yang terpekik terlolong pasal hak Melayu kerana mereka tahu mereka akan jadi miskin papa kedana kalau mereka terpaksa bersaing. Selama ini mereka hidup mewah merompak kekayaan rakyat hanya kerana hubungan baik mereka dengan pemimpin2 UMNO.

Akhir kata, lebih baik pergi sendiri ke Singapura dan tanya orang Melayu di sana, apa benar mereka ditindas atau tidak.

Juga, kalau Melayu Singapore boleh sokong PAP, mengapa PAS tidak boleh bekerjasama dengan DAP?

Tulang Besi

ps Cumanya, orang Islam di sana mesti berpersatuan dan meminta supaya lebih banyak lagi tempat ibadah Islam dibina. Misalnya, di Changi Airport tiada surau walau sebuah pun untuk orang Islam bersolat.

16 comments:

GamatPower said...

Assalamaualaikum...
artikel yang bagus... cuma saya nak perbetulkan fakta sedikit tentang tiadanya surau di Changi Airport. Sebenarnya ada... cuma ruang dibuka untuk semua agama. Atau secara mudahnya dipanggil meditation room... Saya dah bersolat di situ... 100% penggunanya adalah orang Islam.

Grand Marquis said...

TB, hang cuba bagi satu ayat Quran atau Hadith yang suruh orang Islam sokong orang kafir supaya mereka berkuasa ke atas orang Islam.

Kenapa TB hang ni tak nak ikut Al-Quran dan Hadith dalam hal ini?

TB suka sangatkah melihat orang Islam di perintah oleh kafir? Suka sangatkan melihat PAP menjadi kuasa dominan keatas orang Islam?

Kalau hang suka sangat, pi lah duduk di Singapore. Tapi jangan menyebarkan kesesatan anda pada orang lain.

Anonymous said...

Tulang Besi...
ps Cumanya, orang Islam di sana mesti berpersatuan dan meminta supaya lebih banyak lagi tempat ibadah Islam dibina. Misalnya, di Changi Airport tiada surau walau sebuah pun untuk orang Islam bersolat.
----------------------------------------------------
Sedar jugak rupanya TB yer... so apalah bangganya jadi bangsa melayu berjaya tapi dijajah oleh bangsa kafir ni.. hingga tempat utk beribadat pun terlalu kurang disana.. belajar lah dari sejarah.. supaya bangsa TB pun takkan jadi sama spt apa yg berlaku disana.. puak TB ni pun selalu gak ckp.. biar miskin didunia.. tp kaya diakhirat.. tak gitu..

Cina Kedah said...

Merujuk kepada pemilikan rumah yang berkehadapan (progressive)di Singapore. Ingin saya membawa kalian merujuk kepada rumah murah yang dibina kerajaan BN, dengan merujuk kepada kaji selidik yang dibuat
oleh Universiti Pertanian Malaysia (UPM) oleh seorang Prof English yang beragama Islam.

Beliau amat prihatin akan dengan kajian beliau dimana banyak kertas kerja telah beliau buat akan kelemahan & bahayanya rumah murah yang dibina kerajaan BN.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya.

Anonymous said...

ala TB.. takkan setakat nak cadang utk kerjasama dgn DAP jer.. apa kata kalau cadangkan juga org melayu PAS join jer jadi ahli parti DAP tu.. barulah org melayu PAS sama taraf dgn Melayu Singapore yg masuk parti PAP tu.. barulah org Melayu PAS boleh makin maju bila dibawah parti DAP.. mcm org melayu Singapore tu.. pendapatan org melayu Pas pun akn lebih tinggi dibawah pemerintahan mursyidul LIM KIT SIANG.. pelajaran anak2 pun akan jauh lebih baik, kehidupan hari tua pun jauh lebih terjamin dan kemampuan beli rumah pun lebih kehadapan berbanding duduk dibawah pemerintahan mursyidul N.AJIS sekarang ni. Tapi kalau dah senang tu jgn lupa suruh buat masjid atau surau banyak2 tau.. senang nak beribadat.. jgn tiru lak perangai org melayu singapore yg dah senang lenang sejak jadi ahli PAP tu dah ler.. sampai kat changi airport.. surau habuk pun takdak.. hidup PAP.

Grand Marquis said...

Saya pun pernah masuk ke "multi religion" prayer place di Changi Airport.

Tapi apakah itu standard negara Islam TB? Sampai Islam terpaksa disama rata dan dikongsi tempat solat?

Apakah itu yang dibangga sangat oleh TB? Kalau macam tu suruh DAP tukar semua masjid di selangor jadi multi religion prayer hall.

MENJ said...

Saya rasa analogi yang diberikan oleh TB ni (harap tuan rumah maafkan saya) kurang tepat. Saya membenci PAP sama seperti saya membenci UMNO dan mana-mana gerakan sekular. Kita seharusnya menyokong gerakan Islam Singapura, bukannya memuji-muji PAP walaupun ada orang Islam yang menyertai parti itu. Melayu Singapura sudah hilang Islam mereka, itu sebabnya mereka "selesa" di dalam pemerintahan PAP. Hakikatnya mereka sedang ditindas oleh parti sekular PAP.

Grand Marquis said...

TB ni bukannya pengamal politik Islam la. Dia tu pengamal politik kepuakan. Kalau puak tu dia sokong, dia akan sokong aje, tak kira apa ideologi, penipuan dan hipokrisi mereka. Sekarang ni puak dia DAP sosialist sekular dan PKR kapitalist/opportunist Islam liberal demokrasi dinasti keluarga. PAP ni adik beradik DAP, jadi dia mesti sokong sebab itu puak dia.

Anonymous said...

dalam hal ni saya tak setuju dengan TB. jenis melayu macamna yang sokong PAP? yang saya nampak melyu kerja jadi tukang cuci atau buat kopi je.
di malaysia pun gitu juge kalau melayu yang kerja dengan syarikat cina. sya bukan racist tapi hakikatnya melyu ni terlalu baik tak nampak kita dipijak.

Anonymous said...

GM Tak Ori, lu cakap banyak sangat! Lu cakap olang UMNO, bela rakyat Melayu dan Islam! Tengok apa sudah jadi di Tenang? Ala jaga Islam dan Melayu ke? Untuk memenangi sikit undi olang Cina, hina Islam dan anak Melayu pun tak pa! Pi ajar sama Chua Soi Lek ( banyak busat punya aktor) Ng Yen Yen dan Tan Lian Hoe la!

Tak berani ke? Cakap sama olang Melayu satu macam, cakap sama olang Cina satu macam, lu olang UMNO semua bangsat!

Lu cakap lu olang Islam, tapi Chua "Soi Lek hina Islam sekalang! Mana UMNO, Perkida, Perkasa? Untuk menang sikit undi hina Islam pun tak apa ka?

Normala Sudirman betul betul olang Islam dan Melayu yang yang tulen! Dia tak akan shake hand, sebab Islam tidak membernarkannya, dan Normala Sudirman tetap dengan pendiriannya! Bangsa dan agama lebih penting padanya dari memenangi sikit undi!

UMNO? MCA? Podah! Lu tau ka, sekalang di IPOH pun ada skandal balu dimana seorang jawatan tinggi MCA dikatakan mencabuli isteli olang!

Semua selupa lah di UMNO/BN! Mongolia, Rais, Chua Soi Lek, Vijandran! Semua tarak akhlak punya!

Hancur UMNO/BN!

MENJ said...

Grand Marquis, saya mengkritik TB mengenai isu PAP di sini tidak bermakna saya tidak menyokong fikrah perjuangan beliau, atau percaya segala tohmahan kamu yang mengarut dan penuh UMNO SHIT itu.

Saya dan TB adalah pejuang Islam tegar. Kamu adalah penyokong parti sekular yang penuh dengan SHIT. Ada faham?

Mata Helang said...

asalamualaikum buat semua...sya selalu juga msok ke ruang blog saudara TB ni begitu juga[harakah..keadilan..media online yg pro kerajaan dan 'kontra' dan lain2 lgi.Terima kasih sya ucapkan pada GamatPower kerana mampir ke"medition Rm' atas urusan 'wajib'n info nya ruang solat buat semuanya yg belum tau, Allah blessing u bro..Bgi Grand Marquis, pda pendapat sya tak salah kalau orang kafir memerintah walau pun 'kami' sering dibidas,pedas mcam cili padi hakikat nya kami hidup aman dan damai teratur 'kami' menghormati antara satu dan yg lain nya n di'educate' sejak kecil lagi oleh orng tua kami dan kerajaan kami.Kami juga ada badan2 Islam yg menjaga'kepentingan'urusan umat Islam seperti Muis,Mendaki dan lain2 lgi sehingakan satu contoh kami begerak jauh membina Masjid2 di sni atas 'duit' kami sendiri dan tidak menjadikan masjid2 ini puak PKMS atau Muis atau Mendaki yg punya,kami bersolat dgn tenang berimamkan imam yg dilantik tidak ada 'marah,hijau atau warna kegemaran'Bgi saudara anonymous pula,biar pun kami 'dijajah' oleh bangsa kafir,sya nk tanya anda,Berapa banyak kah "bangsa2 kafir yg disebutkn didlam Islam"?'sya ini orang jahil melayu yg dijajah oleh bangsa kafir',n sila mampir ke bumi jajahan bangsa kafir ini pergi ke mana2 kawasan PASTI anda akan ketemu Masjid2 Inshallah..PASTI 'KOOOMPOOM JUMPA PUNYA.Bgi MENJ pula kalau pun anda membenci 'gomen sekular'itu hak anda tapi tergamak 'lu' cakap Melayu Spura sudah hilang Islam mereka,lu best la bro gua dpt andaikn Islam lu PASTI hebat,lucu he.he.he tpi takpa gua maafkn lu psal Islam ajar bermaaf maafan,gua positif aje mungkin lu terlepas kata..Dan saudara Anonymous yg lgi satu tu nampak melayu hanya krja tukang sapu dan pembuat kopi itu yg kamu nampak mungkin kamu pegi gelang kot he.he.he takpe la bro duit halal asal jangan makan RASUAH ok la tu, kalau lu nak tengo sangat melayu ka sni kerja selain tukang sapu atau pembuat kopi mampir la kesini gua bole jadi tour guide lu atau gua bole ajar lu mcam mna nak bawak kapal buat navigation, alongside, cast off, plotting dan mcam2 lagi la free of charge.ok la buat saudara TB selamat berjuang gua btul2 salute.[sampaikn la kebenaran walau pun ia nya pahit]HIDUP MELAYU gua pun orang melayu..he.he.he wasalam

"Bgi MENJ pula kalau pun anda membenci 'gomen sekular'itu hak anda tapi tergamak 'lu' cakap Melayu Spura sudah hilang Islam mereka,lu best la bro gua dpt andaikn Islam lu PASTI hebat"

Tak pernah buka channel Suria Singapura ke? Tak tengok macamana gaya percakapan dan cara hidup Melayu Singapura yang sudah jelas hilang keIslaman mereka? My wife have relatives from Singapura who pretty much act the same way, "more English than the English themselves" to the extent of losing their Malayness and Islamicity.

Bila saya berkata bahawa Melayu Singapura sudah hilang Islamnya, ini bukannya fantasi, ia adalah hakikat semasa.

Anonymous said...

Melayu singapore murtad boleh masuk neraka

Anonymous said...

Barlah melayu singapura dengan egonya. Melayu malaysia tak perlu mereka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.