Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, January 6, 2011

"Minta solat hajat, kami dah tak larat"-Dr Halimah

NOTA EDITOR: Alhamdulillah, Tulang Besi telah mendahului seruan Dr Halimah Ali dengan berdoa di hadapan Kaabah dan mencium Kaabah mendoakan bala diturunkan kepada Khusrin Munawi, Tan Sri Sidek Hassan, pegawai-pegawai Istana yang terlibat serta semua juak UMNO yang dibelakang percubaan sabotaj Kerajaan Negeri Selangor ini. Saya memohon kesemua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat menganjurkan majlis solat hajat dan qunut nazilah bagi melindungi kerajaan Pakatan Rakyat Selangor serta memohon Allah SWT menurunkan bala yang teramat besar sama seperti bala yang Allah SWT turunkan kepada kaum Nabi Nuh dan kaum Nabi Saleh ke atas konspirator-konspirator ini.

AMIN!!!!

Harap harap PAS Selangor tidak lah pula menyokong sama usaha UMNO dan Barisan Nasional ini.

Tulang Besi

Minta solat hajat, kami dah tak larat - Dr Halimah
Harakahdaily


SHAH ALAM, 6 Jan: Semua ahli PAS dirayu supaya mengadakan solat hajat serta doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang sedang diserang sekarang.

Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali dalam mesejnya yang penuh imosi memohon bantuan semua pihak bagi menghadapi serangan ini.

"Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini.

"Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara," tulis Dr Halimah yang juga Adun Selat Klang dalam mesejnya kepada Harakahdaily.

Halimah (gambar) juga memaklumkan, Menteri Besar dan semua Exco kerajaan negeri terpaksa menyertai majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru yang disekalikan dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran di istana negeri hari ini.

"Umno mahu menggunakan tektik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi," kata Halimah yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.

Tidak bermakna kami rela

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya sebelum ini memaklumkan, pemergian mereka ke istana hari tidak bermakna mengiktiraf perlantikan Khusrin.

"Kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," kata Khalid dalam kenyataannya.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, kata Khalid adalah "sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor."


Kerajaan Negeri Selangor, katanya, telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) dan menyatakan rasa terkilan Negeri Selangor di dalam isu pelantikan SUK.

"Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya.

Kerajaan Negeri juga memohon agar proses perbincangan dapat dilakukan dan akhirnya penyelesaian terbaik boleh dicapai.

Pentadbiran Negeri Selangor juga telah memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor beberapa perkembangan hasil dari pertemuan pada 3 Januari, termasuk cadangan memulakan proses penyelesaian dengan SPA.

Pentadbiran Kerajaan Negeri kesal apabila berlaku manipulasi pihak tertentu dan berkepentingan dalam soal ini.

Media pula menggambarkan seolah-olah berlaku krisis di antara Istana dan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, katanya.


"Kita juga telah memberi maklum kepada DYMM Sultan bahawa Pentadbiran Kerajaan Negeri akan mengadakan Sidang Dewan Negeri Selangor dalam tempoh terdekat untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar khusus dalam melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.

"Tindakan ini sekali gus menolak dakwaan pihak-pihak yang menuduh kami menderhaka dengan Sultan dan Kerajaan negeri Selangor sebaliknya kamilah yang akan mengembali dan mempertahan kuasa Sultan dan Negeri yang terhakis sejak 1993 kesan dari krisis Perlembagaan," katanya.

8 comments:

Anonymous said...

Pasal ni pun nak buat solat hajat. Apa da!
Pergi la buat kerja untuk rakyat! Dapat pahala.

Berdosa ka orang yang buat appointment SS ni?

Dosa besar ke?

Kalau MB block SS buat kerja untuk serve rakyat selangor tak dosa?

Anonymous said...

Doa Nik Ajis supaya Najib pecah perut apa jadi?

Maybe ALlah is protecting Najib. Perhaps the bala is on you?

ahli pas biasa said...

mana PJ selangor?

Anonymous said...

Moga-moga turunlah bala daripada Allah s.w.t untuk melenyapkan juak-juak umno yang cukup sombong atas muka bumi ini.Amin!!!!!!

Anonymous said...

Menjawab pertanyaan ahli PAS biasa(diatas) PJ Selangor sedang bersiap-sedia untuk jadi MB Selangor yang baru.Akan sampailah hajat geng UG untuk tidur sebantal dengan UMNO dan akan terkabullah mimpi PJ Selangor jadi MB Selangor dengan sokongan Toyo.

mandoo said...

dr halimah solat hajat didepan Kaabah bukan caranya. tempat suci ialah untuk amalan soleh. berapa ramai yang boleh doa se demikian.klang ramai indian. marah SI BALA nanti.

Anonymous said...

I said it b4..no point doin demo,sending kertas 2 d royal elites..no use..no point..the best way 2 terajang the kelawars frm hell called umno n their zombies is to pull out money frm their related banks(CIMB,MYBANK,HSBC)..short the syers of umno linked companies @ bursa saham kl..dont buy proton,kancil..f*k the magnum,totos(go for black pun tak pa)..in a kapitalist world,money is the center of gravity ok..and S'gor is the cash cow king of Malaysia..this is the main reason why najubori wants to rampas S'gor..and rakyat must hit them where it hurts them most..all..

Anonymous said...

assalamualaikum.
solat hajat bagi menurunkan bala besar kepada mereka yang juga menyatakan "tiada tuhan wajib dsembah melainkan Allah & nabi Muhammad itu pesuruh Allah"?
nauzubillahminzalik !

p/s : doakanlah kesejahteraan & agar mereka & dirimu dberi taufik & hidayah oleh Allah. itu lebih baik dari mendoakan kejahanam sesama saudara Islam sendiri. wAllahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.