Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, January 20, 2011

Pelabuhan Kelang: Peluang SPR Melacurkan Diri Mereka Sekali Lagi

NOTA EDITOR: Peluang keemasan untuk SPR melacurkan diri mereka kepada UMNO sekali lagi. Saya yakin SPR akan memastikan tiada pilihanraya kecil demi menjaga kepentingan UMNO dan Najib Tun Razak.

Sudahlah Najib tidak berani berdebat dengan Anwar Ibrahim.

Speaker isytihar kerusi Dun Pelabuhan Klang kosong
Hazayani Zakaria

SHAH ALAM, 19 Jan: Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelabuhan Klang kosong.

Ianya berikutan kegagalan Adunnya, Badrul Hisham Abdullah hadir ke persidangan Dun dalam tempoh 6 bulan bermula 15 Julai 2010 hingga 15 Januari lalu.

Berikutan itu beliau mengisytiharkan kerusi itu kosong mengikut Fasal 69 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

“Menurut Fasal 69, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, jika seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri itu tidak hadir dalam masa 6 bulan, maka kerusi tersebut diisytiharkan kosong,” kata Teng pada sidang media di Dewan Annex, dekat sini hari ini.

Menurut Teng juga, mengikut peruntukan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, beliau berhak untuk mengisytiharkan status bagi kerusi Dun sebagai kosong sekiranya mana-mana Adun gagal menghadiri sidang Dun dalam tempoh ditetapkan.

“Tafsiran saya bagi melihat pengiraan 6 bulan itu, adalah merujuk kepada Fasal 70 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Saya melihat memang niat Undang-undang negeri hendakkan supaya Dewan bersidang dalam masa 6 bulan, katanya.

Ditanya adakah kekosongan kerusi itu menandakan pilihan raya kecil bakal berlangsung, Teng menegaskan perkara itu di luar bidang kuasa beliau.

"Kerusi dah kosong, jadi beliau tidak lagi menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri dan kalau mengikut peruntukan dalam Undang-undang Tubuh makan pihak Suruhanjaya Pilihan raya dikehendaki untuk memanggil pilihan raya kecil.

"Itu di luar bidang kuasa saya. Bidang kuasa saya adalah apabila keadaan ini sudah menepati peruntukan dalam fasal 69 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, maka saya dikehendaki mengisytiharkan kerusi itu kosong," jelasnya.

Bagaimanapun katanya, kekosongan kerusi itu akan dimaklumakn kepada SPR dalam masa terdekat.

Badrul meninggalkan PKR pada Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.

Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi.

2 comments:

Anonymous said...

speaker dewan telahpun menjdi pelacur dan jalang murahan dlm kes ni..
sepatutnya dia maklumkan kan dulu kpd spr berhubung perkara tersebut..
bukannya memandai sendiri terpekik terlolong mcm kaduk naik junjung istiharkan kerusi kosong..
inilah wajah PR.. baru perintah negeri jer tu dah mcm kuasa semua ditanagn mereka..
apakah lepas ni mereka pun nak buat usul dewan tergempar utk beri kuasa pula pada speaker dewan utk tentukan kerusi kosong atau tak... mmg dasar parti gila kuasa.. TB pun dah makin spt jalang murahan ni

zakwan said...

Anon 11:39
Clearly you re dumb and ill informed of the state laws

It is within the speaker's authority to decide on a seat's vacancy
There is no need for Datuk Teng Chang Kim to consult with the EC on whether the seat should be vacant or not because it is not within the EC's jurisdiction

Conclusion, the speaker is acting in accordance with the state constitution

Port Klang voters could not rejoice yet though
Ex YB Badrul and his UMNO mates will definitely take this to court
Even if the court's verdict is in favor with the Selangor government, there is still the dreaded Court of Appeal

Those who remember the High Court's verdict on Nizar's MB status and the Kota Seputih vacancy would know what I mean

"speaker dewan telahpun menjdi pelacur dan jalang murahan dlm kes ni.. "

How do you explain Pandikar's unlawful suspension of DS Anwar from Parliament where Anwar was not given the opportunity to make his case
Instead all it takes is a simple letter from APCO headquarters in Tel Aviv to quash whatever evidence Anwar has that he was not able to present and sentenced Anwar to 6 months suspension

Thank you, Pandikar for allowing the Zionist regime to have a say in our affairs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.