Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, January 17, 2011

P.Ramlee Lawan Khurafat. Mufti Perak Sokong Khurafat.




Semalam saya menonton Filem "Seniman Bujang Lapok". Dalam satu adengan, P.Ramlee kesempitan duit kerana mahu menikah dengan Salmah. Apabila dia mengadu pada Sudin, Sudin kata dia baru beli satu cincin hikmat dari seorang penjual jalanan. Mengikut Sudin, dengan hikmat cincin ini, dia boleh pinjam RM350 dari "Manager" mereka, Encik Kemat Hasan.

Maka, pergilah Sudin berjumpa manager mereka untuk pinjam RM350. Malangnya, apabila disergah Encik Kemat Hassan, Sudin cuma dapat pinjam RM5. Ramlee kata, nak kahwin apa dengan 5 ringgit.

Maka, Sudin ambil cincin hikmat tersebut dan membalingnya ke longkang.

Pada Tulang Besi, itu adalah dakwah P. Ramlee kepada masyarakat Melayu. Sepanjang ingatan Tulang Besi menonton filem P. Ramlee, tidak pernah pula P.Ramlee memperlekehkan amalan berdoa, tapi dalam filem Seniman Bujang Lapok ni, jelas P. Ramlee memperlekehkan amalan khurafat yakni mempercayai hikmat cincin. Kalau tidak, mengapa sampai ke tahap filem ini menunjukkan adegan Sudin mencampak "cincin hikmat" ke dalam longkang?

Semoga jasa Arwah P. Ramlee ini diberkati dan dibalas oleh Allah SWT dengan syurga.

MUFTI PERAK PULA PERTAHAN AMALAN KHURAFAT

Secara mudahnya, amalan "Tiang Seri" yang dilakukan Zambry786 adalah amalan KHURAFAT yang menyembah makhluk halus seperti Jin dsbnya. Samalah dengan amalan "cincin hikmat" dalam filem Seniman Bujang Lapok yang mempercayai kuasa hikmat cincin (yang sebenarnya merujuk kepada kuasa jin juga).

Namun, Haramsani lebih suka mempertahankan amalan-amalan khurafat dan syirik ini demi menyelamatkan hagemoni politik UMNO dan BArisan Nasional. Sanggup Mufti Perak memperdagangkan agama demi kepentingan politik murahan UMNO dan Barisan Nasional.

Bagi saya, walaupun P.Ramlee bukan orang agama, namun jasa P.Ramlee kepada agama jauh lebih besar berbanding Haramsani/Mufti Perak. Sekurang-kurangnya P. Ramlee tidak menghalalkan perkara yang haram seperti yang dilakukan oleh Mufti Perak/Haramssani.

Saksikanlah sendiri aksi-aksi khurafat Zambry786 dan UMNO.






9 comments:

Anonymous said...

Betul lah Tulang Besi. Dalam Ceriter P Ramlee pun ada dinukilkan bende2 berikut:-

1. Setelah merompak, membunuh, P Ramlee sempat kata "Aku mati dalam Iiiiimaaaann!" setelah kene tikam dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, menjadikannya nya the only person dalam sejarah filem melayu yang berani mempermain-mainkan maut dan iman.

2. Mewatakkan seorang anak yang selalu balik terhuyung-hayang mabuk pukul 3 pagi hinggakan dihalau keluar oleh ayahnya, Ahmad Nisfu.

3. Mewatakkan seorang yang menjual maruah dirinya kepada Syaithan dalam filem Sumpah Orang Minyak. Juga penggunaan banyak syirik dan tahyul dalam filem itu seperti bunian, sihir, ilmu hitam dan sebagainya.

4. Menceritakan bagaimana manusia boleh menjadi harimau dengan ilmu hitam dalam filem Sitora Harimau Jadian, yang terlalu tingggi tahyulnya hinggakan diharamkan kerajaan sehingga kini. (Waktu Tulang Besi dalam perot ibu lagi dah diharamkan filem itu, jadi gerenti belum pernah tengok lagi!)

5. Membaca wirid "Heyy mambang Tanah, mambang angin" dalam filem Pendekar Bujang Lapok yang kemudiannya di ikut-ikut oleh generasi muda kerana bahan kelakarnya.

6. Mewatakkan banyak karekter-karekter tahyul dan ilmu hitam dalam filem Laksamana Do Re Mi. Begitu juga dalam filem Enam Jahanam yang mewatakkan kekuatan "superhuman" seorang yg membalas dendam dalam kematian isterinya.

Dan banyak lagi. Of course lah, kesemua ini tidak boleh dibandingkan dengan "khurafat" yang anda maksudkan kepada mufti Perak yang gambarnya pun tak ada dalam tu.

Oh yer satu lagi. Puas aku tengok dan teliti betul2 gambar sapu tiang seri tu. Tak pulak nampak sesapa memuja, menyembah atau bersujud kepada tiang2 tu. Mungkin Tulang Besi juga seorang "Superhuman" ang boleh nampak apa yg orang lain tak nampak?


Hehehehe. Kelakaaaaaar, kelakar.

TulangTimah

"Melayu jika baik hati, kemuliaannya dipuji ramai. Tetapi dalam hal-hal dengki khianat, tiada mana bangsa dalam dunia ini boleh menandinginya". - Professor TT.

Anonymous said...

Bro,Prophet Muahmmad also wore a cincin ok..and stones do have healing qualities..remember all thing r ALLAH's creations..so everthing has Allah's attributes..the problem is,we cant use rational,logic,intellectual ,ordinary mind to interpret deep spiritual matters..

Anonymous said...

Its Allah who decides everthing..the cou d etat in Perak exposed the fuedals,ketuanan melayu islam,najubori's stupidty n greed,the farksis,umno memang cacat bangkurup..

Anonymous said...

Islamic/DIvine force is very diluted in Malaysia..wat we see in this country is bomohism,,ritualism,lots of intellectual mumbo jumbo in all aspects..on top of that people like to hallucinate n imitate blindly..the pak lebais think they become super wala,mystic by wearing kopiah,berbuih hadith,serban..the intellectuals pulak like to jilat pungkok of bangkrupt morally dead europeans so they screw up divine truths by mixing european falsampah..and for 30 years,malasyians have become ultra money junkies..thats why things r so lembab,so slow in this country..

Anonymous said...

P.Ramlee juga pernah mempelecehkan amalan membaca mentera di dalam Pendekar Bujang Lapor, di mana Pendekar Mustar berguling-guling di tanah angkara murid-muridnya taksub pada mentera yang diberikan.

Grand Marquis said...

Amalan tiang seri adalah amalan traditional orang Melayu sama seperti amalan-amalan lain seperti melenggang perut, tepung tawar, semangat padi, dll. Banyak amalan-amalan ini adalah amalan khurafat yang dipengaruhi oleh budaya anemisme dan juga agama hindu.

Dr. Zambry sebagai orang melayu kadang-kadang terperangkap dengan amalan-amalan tradisi ini, mungkin kerana beliau juga tidak mengetahui bahawa amalan-amalan ini adalah khurafat. Bukan Dr. Zambry saja, ramai orang Melayu terlibat sama atas kejahilan mereka.

Kalau beliau salah, maka kita betulkan. Yang salah tetap salah.

Cuma yang hairannya ialah Nizar dan Anwar, seorang pemimpin PAS dan seorang bergelaran Tok Sheikh yang menjadi jaguh democrat, moderate Muslim sedunia. Bila pergi majlis pengkebumian orang bukan Islam boleh main pegang lilin dan tunduk-tunduk.

Kenapa isu ni tak diperbesarkan oleh TB?

Seperti biasa, bila ada benda salah, TB akan kata Zambry dan UMNO. Tapi apa kena mengena amalan Zambry dengan UMNO?

Kalau macam tu, boleh kah kita kata saksikan kesesatan Nizar dan PAS? Atau kesesatan Anwar dan PKR?

Dalam PAS dan PKR sendiri banyak khurafat, malah dalam PKR sendiri ada calon mereka yang terang-terang mengaku murtad. Jadi apakah kita nak kata saksikan kemurtadan Baginda dan PKR?

Apakah ni contoh sikap orang yang bergelar Haji?

dewatawanberapi said...

haji seruduk...

Anonymous said...

Zambri is a mamak pundek..all mamak pundeks r bomoh addicts..check out nasi kandar shops..gerenti dlm laci cashier ada "benda"..pernah dengar cerita they even cook kari with spender betina yg dara..and they even spike their food..

ayam hutan said...

KATA MUFTI PERAK SETELAH BERTANYAKAN KEPADA ZAMBRY "BELIAU TIDAK MEMPUNYAI NIAT MELAKUKAN PERKARA ITU. ZAMBRY JUGA MELAKUKAN PERBUATAN MENAIKAN TIANG SERI ATAS PERMINTAAN ORANG RAMAI DAN TIDAK BERNIAT, ITU BUKAN MELAKUKAN SYIRIK DAN KHURAFAT

Kalau bagitu umat Islam bolihlah main judi, minum arak dan berzina asalkan TIDAK BERNIAT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.