Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, January 27, 2011

Revolusi Tunisia Dorong UMNO Pinda Akta Cetak Untuk Kengkang Internet

Pindaan Akta Cetak yang dicadangkan oleh UMNO baru baru ini mahu dilebarkan penindasannya merangkumi media internet. Bagi saya, ini menunjukkan betapa takutnya UMNO dengan peristiwa yang berlaku di Tunisia baru baru ini.

Segala yang buruk di Tunisia sedang berlaku di Malaysia juga (i.e. pengangguran, kenaikan harga barang, makanan yang semakin mahal dsbnya)

Saya pasti UMNO juga membaca berkenaan bahawa Revolusi Tunisia. Revolusi Tunisia berlaku tanpa penganjur. Regim Ben Ali menghadapi kesukaran menangkap penganjur revolusi kerana mereka sendiri tidak tahu siapa penganjurnya.

Rakyat Tunisia yang berdemo itu cuma mendapat pentunjuk dari beberapa laman Facebook dan Twitter. Arahan-arahan yang datang dari laman-laman ini cukup untuk menjana revolusi di seluruh Tunisia. Kerajaan Ben Ali pula terkapai-kapai mencari siapakah yang dibelakang laman-laman ini.

Akhirnya kerajaan Ben Ali mengambil keputusan untuk menembak para demonstran dengan peluru hidup sehingga menyebabkan beratus-ratus rakyat Tunisia terkorban. Ia membawa kepada jatuhnya regim diktator pro Amerika pimpinan Ben Ali.

Perkara yang sama juga sedang berlaku di Mesir dan beberapa negara negara Arab lain. UMNO memerhatikan perkara ini dengan risau dan gusar. Mereka juga tidak mahu internet menjadi alat untuk menjatuhkan regim diktator UMNO di Malaysia.

Maka, langkah pertama adalah meminda Akta Cetak untuk memasukkan media internet sebagai media yang boleh dikengkang oleh UMNO dan BN.

Mereka tidak sanggup media internet menjadi alat kepada kejatuhan UMNO dan BN.

Tulang Besi






Tiada pindaan akta penerbitan Mac ini
Aidila Razak Jan 27, 11 1:25pm


Tiada tanda-tanda sebarang pindaan pada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) akan dibentangkan dalam sidang Parlimen Mac ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong hari ini.

NONEDitanya sama ada beliau tahu mengenai sebarang rancangan
mengenainya di sidang Parlimen Mac ini, Liew menjawab, bukan sekarang.

Bagaimanapun, ahli parlimen Sandakan itu mengelak menjawab soalan selanjutnya, sambil menegaskan soalan mengenai pindaan PPPA sepatutnya dikemukakan kepada kementerian dalam negeri.

Liew memberitau demikian selepas menyaksikan majlis tandatangan memorandum persefahaman antara Pusat Arbitrasi Wilaya Kuala Lumpur dengan Dewan Perniagaan dan Industri Bersekutu Cina di ibunegara.

'Masih terlalu awal'

Selasa lalu, ketua setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam berkata kementeriannya akan membuat pindaan terhadap PPPA supaya menjadi lebih komprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Mahmood berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Mahmood juga berkata kerajaan bercadang untuk jadual perubahan di Dewan Rakyat pada bulan Mac.

NONEBagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberitahu media semalam bahawa perbincangan mengenai pindaan itu masih di tahap "sangat awal".

Berita mengenainya telah mencetuskan bantahan keras daripada orang awam, pengamal media serta ahli politik dari BN dan Pakatan Rakyat.

Di bawah PPPA, media cetak diwajibkan memperbaharui setiap tahun, permit penerbitan yang dikeluarkan oleh KDN.

Kerajaan, di bawah Ikrar Jaminan Koridor Raya Multimedia, memberi menjamin tiada penyuntingan kandungan internet.

11 comments:

Grand Marquis said...

Dari revolusi Mesir, ke revolusi Tunisia, TB harap revolusi ni akan berlaku kat Malaysia.

Malangnya, revolusi sebenarnya telah berlaku pada 2008. Bukan oleh orang-orang macam TB. Tapi oleh rakyat yang atas pagar.

Mereka sudah lihat apa yang bakal mereka perolehi hasil dari revolusi mereka. Cuma alhamdulilah mungkin Allah S.W.T. sayangkan Malaysia dan di berikan 5 negeri untuk dijadikan pengajaran.

Kalau ada pun pindaan akta cetak untuk kekang internet, ia tidak akan memberi kesan kepada blogger PR, sebab blogger pr ni mana ada isu. Mereka hanya tau spin, dan tulis ikut persepsi dan main copy and paste. Yang selama ni dok banyak dedah salahlaku pemimpin UMNO pun adalah blogger pro UMNO sendiri seperti RockyBru, BigDog dan AVoice. Selain dari Malaysian Today, hampir tak pernah kita baca mana mana blog pro PR yang ada buat pendedahan.

Dan paling hairan, kerajaan PR juga yang paling banyak menghalang wartawan dan media dari buat coverage event mereka.

zakwan said...

"Malangnya, revolusi sebenarnya telah berlaku pada 2008. Bukan oleh orang-orang macam TB. Tapi oleh rakyat yang atas pagar."

There are truths and lies in the above
TB was not responsible for the revolution since his blog was not up and about yet
Yes, the fence sitters contributed to the tsunami perhaps due to the government's inability to control essential goods prices and other issues
It was RPK, Haris Ibrahim, Bernard Khoo and current turncoats such as Rocky and Kickdefella who were responsible for the information revolution

"Cuma alhamdulilah mungkin Allah S.W.T. sayangkan Malaysia dan di berikan 5 negeri untuk dijadikan pengajaran."
Indeed Allah loves Malaysia that He gave opposition 5 states to govern
And Alhamdulillah, it paid off
My home state of Selangor is booming
We got free 20 cubic water, financial assistance to newly accepted IPTA students among others
A no plastic bag day to preserve the environment
And the masjids and suraus at my neighbourhood receive more financial allocations to purchase air conds, new van jenazah and renovation works
The imam of my masjid even mentioned that request for fund allocations to the state government during the Toyol years fell on deaf ears

"Kalau ada pun pindaan akta cetak untuk kekang internet, ia tidak akan memberi kesan kepada blogger PR, sebab blogger pr ni mana ada isu."
I can say the same thing to the MSM particularly Utusan Munafik where pressing matters such as lack of jobs, mismanaged economy, rampant corruption that is causing the country billions are put aside while trivial news such as Saifool's anus, Perkosa's continous ranting and DS Anwar's "secrets" take center stage

"Yang selama ni dok banyak dedah salahlaku pemimpin UMNO pun adalah blogger pro UMNO sendiri seperti RockyBru, BigDog dan AVoice. Selain dari Malaysian Today, hampir tak pernah kita baca mana mana blog pro PR yang ada buat pendedahan."
You're trying to be funny with me?
PR bloggers has made numerous exposes on serious misconducts by UMNO like the recent Rais Yatim rape fiasco
When TB made such revelations, you had to come here and bark like a dog
UMNO bloggers?
Rocky got guts for that Rais Yatim expose but that has drawn him the ire of his compatriots such as Parpukari, BigDog and Papa Gomo who accuses the him of selling out
The fact that you mentioned M2DAY shows that you acknowledge the truth in RPK's writings, moreover UMNO's incompetence after labeling him a liar for years

"Dan paling hairan, kerajaan PR juga yang paling banyak menghalang wartawan dan media dari buat coverage event mereka."
Can't resist showing off your stupidity?
The mainstream media are BN's running dog
Why bother giving coverage to PR events and gave them more exposure for the rakyat?

azmirtookoo said...

Inilah yang mereka (USA & pro-Zionis) mahukan...Ramalan semakin menjadi kenyataan...Janganlah kita menyangka bahawa revolusi di Tunisia dan Mesir ini sebagai kebangkitan Islam tetapi sebaliknya permulaan untuk Israel menjadi "The Ruling Nation" menggantikan USA..Selepas ini, satu demi satu negara-negara Arab akan bangkit dan menjatuhkan pemimpin mereka yang pro-Amerika dan Zionis...Israel yang dikelilingi negara Arab akan memulakan propaganda mereka mengatakan Yahudi akan disembelih dan negara-negara revolusi ini akan bangkit menghancurkan State of Israel..Hasilnya, Israel akan melancarkan "pre-emptive strike" iaitu memulakan serangan walaupun belum ada perang yang betul-betul meletus..Mereka akan menggunakan segala teknologi peperangan yang mereka ada secara total tanpa belas kasihan lagi sehinggakan USA & Britain pun ketinggalan jauh di belakang..Dan ketika itu, jajahan State of Israel akan berkembang meluas dengan begitu mendadak hasil gabungan pemerintahan European Jews (Gog & Magog) dan juga Biblical Jews (Bani Israil)..

Anonymous said...

Yemenis rally against president Saleh
January 27, 2011 - 9:34PM

AFP

Thousands of Yemenis, apparently inspired by events in Tunisia and Egypt, staged a mass demonstration on Thursday calling on President Ali Abdullah Saleh to quit after being in power since 1978.
http://news.smh.com.au/breaking-news-world/yemenis-rally-against-president-saleh-20110127-1a6yw.html

Grand Marquis said...

Zakwan, only few things worth the respond.

PR bloggers has made numerous exposes on serious misconducts by UMNO like the recent Rais Yatim rape fiasco

The one who started this is RockyBru and BigDog. So tak malu ke rompak usaha orang? Blogger PR hanya pandai jadi tukang sorak aje. But if you careful to look into more details, you will notice that:

1. The pro BN blogger including those that you mentioned also asked Rais to clear his name and come clean.
2. They took the effort to find out the truth to the point that they went and interviewed Rais Yatim and his maid.

Now comparing with PR blogger, how many of them have
1. Asked Anwar Ibrahim to clear his name and come clean?
2. Dig deep to find out the truth?

Do the pro BN bloggers screem fitnah before they find out the truth? No.

But in the case of Anwar Ibrahim, none of them (pro PR bloggers) know the truth but they go around screaming fitnah, conspiracy, and bla bla bla.

If you use you healthy mind to assess it carefully, you will notice that the pro BN bloggers, they are more transparent and willing to seek the truth. I know for that you will say that I am pro BN. But as I always said, give credit to where it due. That's why I said, you have to use a healthy mind to assess, not distorted, bias mind based on personal perception obsession with the color of your party.

About RPK,
The fact that you mentioned M2DAY shows that you acknowledge the truth in RPK's writings

Since when did I ever acknowledge the truth of RPK exposes or writings? Well he did expose, so give credit to where it due. But from where did you get the idea that I acknowledged the truth? Stop putting words in others mouth. I am giving him chance to proof himself, but unfortunately it seems like much of his expose is filled with falsehood. Like the case of Altantuya (probably his most daring expose). As of today, what I see is more falsehood than truth emerge.

And finally, if you are so scare about the mainstream being running dog of BN, then why acting hypocritically to questioned "UMNO pinda akta cetak untuk kekang internet" because according to TB, UMNO is afraid of the pro PR bloggers whom off course are running dog of PR? Tell me, isn't it a plain hypocrisy to claim that you have all the right to ban those you think are the running dogs of your opposition while your opposition does not have the right to ban your running dogs?

Anonymous said...

//Dari revolusi Mesir, ke revolusi Tunisia, TB harap revolusi ni akan berlaku kat Malaysia.

Malangnya, revolusi sebenarnya telah berlaku pada 2008. Bukan oleh orang-orang macam TB. Tapi oleh rakyat yang atas pagar.//
lu ni memang cacat..apa yg berlaku pd 1969 berulang kembali pd 2008..menerusi pilihanraya..indian votes plus chiniese votes mengakibatkan UMNO pariah kena tibai kow kow..dan kita perlu mengakui Anwar reverse engineered events leading 2 GE12 to perfection..pulti kacang mamak tulkey pundek kutty has no brians for this sort of things..he relied on psycho soon zoo raja fartra ,3/4 anglo dufus bloggers,n pundek malayalis n telugus hindraf to do a coup d etat cum demo on pak lah..kahkahkahkahkah..

Anonymous said...

Malaysia had 2 chances for widespread revolution.. in 1998/1999 n last year..the revolt of kk could have gone nationwide..the prob is semangat angat angat taik ayam,n general lethargy of the people of this country slows things down considerably.. thats why anwar n co had 2 reinvent...

Anonymous said...

tanda tanda nak kojol dah nak tiba. cukuplah dengan proses pengkojolan rakyat yang rata rata hidup dengan kais pagi makan semalam.

Anak Perelih said...

Kalau ada pun pindaan akta cetak untuk kekang internet, ia tidak akan memberi kesan kepada blogger PR, sebab blogger pr ni mana ada isu. Mereka hanya tau spin, dan tulis ikut persepsi dan main copy and paste. Yang selama ni dok banyak dedah salahlaku pemimpin UMNO pun adalah blogger pro UMNO sendiri seperti RockyBru, BigDog dan AVoice. Selain dari Malaysian Today, hampir tak pernah kita baca mana mana blog pro PR yang ada buat pendedahan.

yg ni ada benarnya... yang patut kena tindakan dulu adalah blogger UMNO macam parpukari dan papagomo... sebab dok memfitnah orang saja.. pendedahan mereka ni kebanyakannya adalah fitnah...

bagi blogger macam RockyBru, BigDog dan AVoice pula.. depa ni banyak buat pendedahan kerana benda benda macam tu jadi depan mata depa sebagai ahli UMNO... ini kerana UMNO ni dah teruk... blogger PR mana tau apa jadi dalam kain UMNO... benda tu tak jadi depan mata blogger PR... sebab tu blogger PR tak banyak dedah... lagipun blogger PR akan tentukan betul betul sesuatu tu betul betul terjadi baru lapor dalam blog...

Anonymous said...

yes..bila keperitan kais pagi kasi petang dah terlampau dan segala harapan musnah,rakyat got no choice but to turun padang..masaalah di Malaysia ialah 3 main kaum tak berontak serentak..tahun 99,melayu bangkit,india,china garu kotek UBN..tahun 2004,ketiga tiga kaum "Hidup Pak Tidorlah!"..2008,china/india bangkit, 50% melayu pulak picit tetek BN..la ni puak india dah gone4 back to their usual "idup my black bruuuuuuder yindia dravida taliva MIC Palinivel"...n pakcik/makcik remain as kangkong as ever..

Anonymous said...

Rayat bagun buat Revolusi sebab meraka sudah hilang kepercayaan pada Demokrasi yang anjurkan oleh Pihak yang memeggang kuasa.Di Mesir ada Demokrasi masa Husni Mubaruk.90% undi dapat pada Parti UMNO Hosni Mubarak tapi revolusi belaku juga sebab apa.?/jawapan mudah rakyat dah faham Demokrasi ala Mubarak adalah sistem yang korrup.Penipuan Undi sana sini Pembangkan tidak di benar kan Kempin dalam TV macam kat Malaysia.Maka suara rakyat yang sebenarnya tidak sampai ke teliga pemimpin melalui Wakil rakyat melaikan wakil rakyat yang di tentukan oleh UMNO Mubarak.Dalam PRU Mesir Undi di tipu cara Rasuah bermacam cara .Daftar pengundi di ubah dan di catur oleh SPR Mesir di bawah arahan Husni Mubaruk sama dgn di malaysia.PM ada kuasa atas SPR sebab ianya di bawah Jabatan Perdana Menteri macam di Mesir juga.Husni mubarak terus pegangan kuasa sampai 30 tahun terus kaut harta rakyat dan Hasil Cukai rakyat dibahagikan secara kroni bocor sana bocor sini akhirnya masuk poket para General Tentera dan Bekas tentera.General tentera jadi kaya Raya rakyat hidup merana.Pendapatan hanya Usd 2 sehari mana boleh hidup.Akhirnya Nasib rakyat Mesir tak berubah malah jadi semakin terok.Semua rakyat dari semua kaum dan ugama mengalami sengsara.Kos hidup naik,harga barang naik cukai naik pendapatan rakyat tak naik.Nak ubah pemerentah cara Demokrasi dah tak boleh sebab semuanya President Mubarok control.Maka hilang lah kepercayaan rakyat terhadap cara Demokrasi ala Mubaruk.Akibatnya Rakyat pilih jalan raya untuk Revolusi dan hasilnya berjaya.Simple politik lah..yang dok jilat UMNO tu sedar lah sikt ini hakitkatnya yang sedang belaku di dunia Arab.Demokrasi ala Arab di korrupkan demi mengekalkan kuasa pemimpin Arab yang Pro yahudi di samping mengorbankan kepentingan rakyat nya sendiri.Revolusi Mesir adalah revolusi rakyat bukan revolusi islam.Sebab tu seluruh rakyat bagun memberontak termasuk cina ,hindu Melayu Arab lah yang di katakan!!!.Blog Umno jangan lah nak alihkan pesepsi yang sebenar apa yang belaku pada Mesir kepada isu tempatan dalam bentuk perkauman..dah tak laku dah.Rakyat bagun sebab di tindas dan tiada cara lain nak ubah melainkan cara jalan raya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.