Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, January 13, 2011

Surah Al Baqarah Ubat Kepada Sawan Tangis

Sekadar ingin berkongsi maklumat dengan ibubapa yang menghadapi masaalah bayi atau anak mereka yang tidak berhenti-henti menangis tanpa sebab. Tulang Besi terjumpa sebuah posting dari Ummu 'Aiza (Rasyidah). Mengikut ibu ini, anak beliau yang bernama "Aiza" sering menangis tanpa sebab.

Kata beliau:

Saja nak kongsi pengalaman dgn semua, sejak hari pertama ummi melahirkan Aiza pada 10 Oktober 2008 yg lepas, dia asyik menangis terutamanya lepas tgh malam tanpa sbb yg jelas.


Tetapi selepas beberapa minggu posting ini dinaikkan, Puan Rasyidah telah berjaya mengubat sawan tangis bayi beliau. Mengikut beliau:

# rasyidah Says:
January 7th, 2009 at 2:06 pm

Buat pengetahuan semua, Aiza sekarang dah tak menangis sejak masuk tahun baru hari tu. Ubatnya hanya satu -> surah Al Baqarah. Surah ini sememangnya panjang. Dekat 2 jam baru habis. So saya baca bergilir2 dgn suami slps solat maghrib. Alhamdulillah malamnya tu, Aiza langsung tak menangis dan tidur lena sampai ke pagi. Begitulah kebesaran Allah.

Terima kasih diucapkan kpd k.lin di ICT Dept. (Nilai Campus) krn dialah yg memberikan saya nasihat bagaimana nak mengatasi sawan tangis.


Manalah tahu petua begini dapat membantu ibubapa yang menghadapi masaalah yang sama.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi




2 comments:

Anonymous said...

Satu lagi sumbangan sosial dari Tulang besi

Dr Muhammad Akbar bin Abdullah said...


Info yang menarik mengenai rawatan sawan tangis dengan menggunakan ayat-ayat suci Al- Quran. Memang sawan tangis kerap dikaitkan dengan gangguan makhluk halus. Namun ia juga ada dikaitkan dengan masalah penghadaman bayi seperti kembung perut dan asid reflux. Tidak semua sawan tangis memerlukan perhatian daripada doktor. Cuba tips-tips rawatan sawan tangis seperti mengkhayalkan bayi dengan bunyi muzik atau bacaan Al-Quran dan peluk bayi dengan rapat sebelum membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.