Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, January 8, 2011

Takut Tuan Guru Haji Hadi Dipanggil "Tuang Guru Samseng"???

Selepas peristiwa pembantaian Aduka Taruna seperti diceritakan di bawah, saya amat takut dan seram Tuan Guru Presiden kita akan digelar "Tuan Guru Samseng" di masa hadapan. Kalau peristiwa ini berlaku di luar Masjid Rusila takpa juga, tapi kalau dah berlaku dalam perkarangan Masjid Rusila, dah jadi cerita lain dah.

Saya dah cakap lama dah. Songkok Putih dan BatuApi@Suhaimi Embong ni penipu. Mereka kata nak tolong, rupanya tolong nak belasah Aduka Taruna. Bangsa Munafik macam diorang ni mana boleh percaya. Tulang Besi pernah bawa FAKTA BERTULIS bukti kedua-dua orang ni pendusta dan penipu. Itulah agakanya tarbiyyah "ulama PAS". Menjadi penipu dan pembohong.

Contoh penipuan Songkok Putih: Klik di sini

Contoh penipuan Batu Api@Suhaimi Embong: Klik di sini
Apa nak heran, kemuncak tarbiyyah PAS sejak akhir-akhir ni adalah masuk UMNO.

Sekian

Kronologi Peristiwa Aduka Taruna Di Rusila
1. Pukul 12.30 Aduka Taruna dan rakannya sampai di Rusila. Bersarapan dan makan tengahari (merangkap dua dalam satu) di sebuah restoran berhadapan dengan Masjid Rusila.

2. Makanan boleh tahan la sedap.. dan tak mahal mana... Aduka Taruna offer nak belanja tapi akhirnya dibelanja oleh gua.

3. Hampir pukul 1 tengahari... Aduka Taruna dan kawan-kawannya sampai di Masjid Rusila ... Tiada siapa perasan akan Aduka Taruna walaupun agak lama Aduka Taruna berlegar di kawasan mengambil wudhu' dan di pintu masjid... Malah BatuApi dan Unit IT Pas Rusila pon tak kelihatan dimana-mana... Nak kata Aduka Taruna tak dikenali agak mustahil... sebab... hanya Aduka Taruna dan rakan-rakannya sahaja yang tak berbaju Melayu serta berjubah.. Aduka Taruna dan rakan-rakannya berpakaian jaket serta berseluar jeans... Takkan susah orang nak perasan dan kenal kot???

4. Aduka Taruna kemudian membuat solat sunat Tahhiyat'ul Masjid terlebih dahulu sebelum Azan pertama Jumaat dilaungkan. Aduka Taruna dan rakannya berada di saf tiga bahagian tengah masjid.

5. Setelah Azan pertama berkumandang agak lama.. dan setelah ramai orang usai melakukan solat sunat .. barulah kelihatan TGHH masuk ke ruang solat dan naik keatas mimbar untuk melakukan solat sunat..

6. Seusai solat sunat.. TGHH naik keatas mimbar dan memberikan salam (pembukaan) khutbah Jumaat. Suasana dalam masjid agak kelam.. Banyak lampu tak dibukak... Maybe nak menjimatkan elektrik... Kelihatan ramai jamaah berada dalam keaadaan mamai dan separa mamai, maybe sebab suasana dan pencahayaan tak kondusif... Masjid kalu suasana tak best mesti orang mengantuk dan tidor masa khutbah jumaat.... hahaha

7. TGHH memberikan Khutbah Jumaat ... tapi nampak macam tak bertenaga... tambah pulak suasana hujan antara renyai dan lebat diluar ... ramai jemaah terlelap disudut Masjid...

8. Seusai khutbah Jumaat...solat Jumaat pon diadakan... Suara TGHH membaca surah tak berapa kelihatan... Maybe sistem siaraya Masjid Rusila tak bagus.. atau Unit Siaraya PAS Rusila tak buat kerja... Suara TGHH langsung tak kedengaran time baca doa lepas solat... tau-tau abis jer doa tue...

9. TGHH dan ramai lagi buat solat sunat lepas Jumaat .. Aduka Taruna bergerak ke saf 5 untuk menunaikan solat sunat.

10. Setelah selesai solat sunat.. TGHH terus beredar di satu lorong hadapan mimbar untuk terus kerumah beliau. Dikala ini Aduka Taruna telah sempat menahan TGHH untuk meminta memberikan ruang masa 5 minit untuk Aduka Taruna menanyakan beberapa persoalan. Rakaman video ada dilakukan kala ini. TGHH mengatakan bahawa beliau tiada masa dan ada urusan lain yang lebih penting. Dengan lajunya TGHH bertindak mencapai payung dan terus keluar dari kawasan bangunan Masjid.

11. Aduka Taruna dan rakannya berkaki ayam telah mengejar TGHH sambil meminta diberikan sedikit ruang masa untuk bertanyakan beberapa soalan. TGHH dengan suara yang agak tinggi menolak permohonan tersebut atas alasan sibuk. Walaupun begitu sibuk kononnya... sempat pula TGHH bersalaman dengan beberapa jemaah Masjid ketika itu...

12. Ketika Aduka Taruna dan rakannya berada di depan sebuah rumah (disebelahnya ada sebuat kereta SUV), terdapat beberapa orang penyokong PAS disitu yang nampak macam tercengang-cengang dengan kehadiran pemuda (Aduka Taruna) yang dengan sopannya beberapa kali meminta peluang untuk bertanyakan soalan kepada TGHH. Namun selepas mereka melihat TGHH dengan suara yang tinggi berkata "tak boleh.. tak bolehlah" tak semene-mene penyokong PAS tersebut menahan Aduka Taruna.

13. "Mu lah cakap banyak dalam blog.. Mu lah buat fitnah banyak" kata seorang penyokong PAS disitu sambil tangannya dengan kat memegang tangan Aduka Taruna. Dalam pada masa yang sama seorang lagi penyokong PAS telah mengarahkan supaya rakaman video tidak dilakukan... malah dengan kasarnya mengugut untuk merampas kamera video. Pada masa tersebut pemuda yang telah memegang Aduka Taruna telah berjaya merampas telefon bimbit Aduka Taruna dengan tujuan supaya rakaman audio yang dibuat oleh Aduka Taruna dapat dipadamkan.

14. Aduka Taruna kemudian diarakkan kembali (ditarik jaketnya) oleh beberapa penyokong PAS kembali kearah perkarangan bangunan Masjid. Kedengaran suara suara jahat yang menyuruh dibelasah sahaja Aduka Taruna. Upacara tarik baju dan pegang sana sini Aduka Taruna lu orang jangan kira la.... nasib tak koyak baju tue... Malah ramai yang menuturkan kata-kata "PAS tak perlukan bloggers la", "Bloggers Tak Penting", "Pergi mampus sama bloggers", "Takder Bloggers pon PAS boleh menang" .. Yang paling lawak tue rupa-rupanya ramai yang tak tau blogger itu apa dan siapa Aduka Taruna.... memang kayu la penyokong PAS nih... buta IT... hahaha

15. Rakan Aduka Taruna yang mengambil rakaman video juga dikepung dan ditarik bajunya oleh beberapa penyokong PAS... Nasib baik kamera video tidak jatuh atau rosak...

16. Aduka Taruna dikepung lebih dari 100 orang penyokong PAS didepan pintu masuk Masjid .. dikala ini Aduka Taruna dihamburkan dengan kata-kata kesat malah ada yang mengambil peluang menerajangnya dari belakang. Masa ini rakaman video tidak dapat dilakukan kerana jurugambar telah diasak dan dipegang kamera video... Walaupun begitu .. ramai jugak penyokong PAS yang mengambil video sama ada dengan telefon berkamera mahupun dengan camcoder...

17. Seorang jurugambar (kemungkinan Unit IT PAS Rusila) telah berada didepan sekali dan membuat rakaman. Permintaan masa 5 minit oleh Aduka Taruna untuk bertanyakan soalan kepada TGHH masih lagi disuarakan oleh Aduka Taruna.. namun semua pihak dengan kasarnya tidak memberikan kerjasama dan layanan.. TGHH ntah pi mana... makan tengahari kot... BatuApi langsung tidak kelihatan.. malah tidak ada seorang pon bloogers lain selain Aduka Taruna dan C++ (gua la tue) yang berada disana... Wei BatuApi.... takdak telur ka? Hahaha...

18. Dalam keadaan kelam kabut itu ada seseorang memberikan telefon bimbit Aduka Taruna kepada gua untuk dipadamkan rakaman didalamnya. Gua beri alasan tak pandai nak padamkan. Masa ini gua cuba buat rakaman video sekali lagi namun dihalang sambil ditarik baju. Gua dengan pantas mengeluarkan kad memori dari dalam camcoder dan disimpankan ditempat lain. Gua masukkan kad video kosong kedalamnya sebagai ganti sebab gua saspek yang mesti ada pihak akan rampas kad memori camcoder gua nih.

19. Tetiba ada seorang datang rampas kad memori camcoder gua... gua bagi jer dier amik sendirik... tapi yang kad memori kosong la... hahaha... dier mintak gua kasi telefon Aduka Taruna tue... gua kasi la.. tapi bukan telefon Aduka Taruna.... hahaha.... gua kasi telefon spare yang gua ader... jenama cap ayam yang takder simcard langsung tue.... hahaha... dier ambik tanpa banyak songel ... nasib la lu... hahaha .. Siapa yang amik tue gua langsung tak kenal... tapi dier pakai vest warna hitam (maybe biru gelap)....

20. Masa nih Aduka Taruna dibawak ketingkat atas bangunan Masjid Rusila... dan disini juga Aduka Taruna dibelasah secara curi oleh penyokong PAS... er.... time beramai berani la diorang nih... kalu sorang-sorang sure takder telor kot... Kalu BatuApi kata dier ader di Tingkat 1 selepas solat Jumaat tue... memang la dier nih munafiq... sebab takkan dier tak tau Aduka Taruna ader kat Tingkat 1 masa tue... kecoh bhai masa tue...

21. Dalam kelam kelibut tue... gua menyelinap blah dari kawasan masjid... camana gua chow... jangan tanya... dan gua selamatkan kad memori video (tak banyak video dapat amik sebab banyak kali kamera ader kat tangan penyokong PAS) dan jugak telefon original Aduka Taruna... gua pas kat member sorang lagi pada mulanya... tapi kemudian amik keputusan untuk letakkan kat satu tempat yang selamat... hehehe

22. Gua dapat dikesan oleh penyokong PAS dan diarahkan masuk balik kedalam kawasan Masjid... tapi masa ini semua rakaman dan telefon Aduka Taruna dah takder kat tangan gua... letak kat tempat yang selamat... Dekat pukul 3 Aduka Taruna diarahkan keluar dari Masjid dan Aduka Taruna mengambil keputusan chelah pi balai polis buat laporan...

23. Dekat pukul 3.30 baru gua dapat chow dari kawasan Masjid biler mana penyokong PAS nih tak dapat cari apa yang diorang nak cari dari gua... Gua drive arah ke Kuala Terengganu... ader kereta dan motorsikal mengekori.. cadang asal nak pi Maidin... tapi adjust pusing masuk kat Pantai Batu Buruk... masih ada yang mengekori... gua chelah pi pusing kawasan bandar.. dan rempit kat area bandar kawasan traffik light... dapat lepas dari diekori... pas tue ikut jalan lain pusing dalam bandar... ubah ikut laluan kawasan rumah orang kaya-kaya kat Batu Buruk dan akhirnya chelah pecut balik kawasan gua...

24. Aduka Taruna call ke henfon dier... Gua angkat.. dier kata dier ader kat balai polis Marang,... buat report... pastue akan pi HKT untuk medical checkup... dier mintak gua antar barang dier ke balai.. tapi gua saspek mesti ader yang akan cuba tahan gua serahkan barang tue ... jadi gua terus chelah... dan selamatkan mana yang ader...

25. Video rakaman yang tak banyak tue ader ... urusan upload dan sebagainya biarlah Aduka Taruna tentukan sendirik... bukan aper.. gua tak nak memandai mengupload... sebab nanti maybe akan merendahkan kredibiliti TGHH dan PAS... hahaha... sebab perangai budus penyokong fanatok nih.... Pasai tue la PAS kalah di Terengganu dalam keadaan ditempat lain PAS menang.... hahaha

Aper-aper pon ... pandangan peribadi gua.... "mengata dulang paku serpih".... "mengata orang kita jugak lebih".... gua tujukan kepada para penyokong fanatik PAS yang keterlaluan tiada adab sopan di kawasan masjid .... selama nih kita kutuk penyokong UMNO fanatik melampau... tapi tak sangka... penyokong PAS pun 2 kali 5..

Kalu belum menang pon dah susah nak bertanyakan soalan ... dan banyak helah... tentulah akan jadi "kaduk naik junjung" biler dapat jadi Menteri Kabinet kalu Pakatan Rakyat menang besar dalam PRU13... mmm... ini macam kalu.. jangan mimpilah nak humban BN dari Putrajaya.... Lupakan sajer....

Lagi satu.... ramai-ramai beranilah diorang nih belasah Aduka Taruna secara sembunyi... tapi kalu one to one... for sure takder telor punya... macam BatuApi yang langsung takder telor nak jumpa Aduka... Alasan ada di tingkat 1 dan perjumpaan pukul 3 sure tak valid... sebab Aduka Taruna ader pi Tingkat 1 dan berada di perkarangan Masjid sampai pukul 3 lebih.. Gua pulak ader sampai pukul 3.30...... poodah la BatuApi... tulur yillekk.... hahaha

Akhir kalam... tak professional langsung Presiden PAS nak handle siri terjah... itu baru Aduka Taruna dan kengkawan dier..... kalu CNN dan sebagainya buat siri terjah macam mana lah pulak... hahaha... CNN, Al Jazeera dan lain-lain cukup suka buat siri terjah nih... hahaha..

Gua rasa aaa.... patut lepas nih Aduka Taruna dan kengkawan gunakan khidmat Nas Ahmad (Melodi) atau Karam Singh Walia (Aduan Rakyat) biler time buat siri terjah akan datang...

Oh yer... Program Langgar Hadi tue adalah program "TERJAH"... ini gua nak kasi penyokong PAS yang tak pass SPM tahu la... sebab pada diorang Program Langgar Hadi nih adalah program bawak kereta untuk langgar Hadi.... hahahaha... budus...

Sekian terima kasih... hehehe

Wei... gua pon ahli PAS gak... seumur hidup.. tapi takder la berperangai budus dan tak bertamadun macam nih... buat malu ahli PAS yang lain nih... hehehe .. PAS perlu di reformkan... PAS Reform adalah perlu..... untuk terus relevan... atau tenggelam terus tak relevan... sekarang nih takder nampak macam nak lead... Buat malu Ustaz Fadhil Noor jer... Arwah dulu selalu singgah cybercafe gua tiap kali lalu area gua punya cybercafe...
Ngomelan SysOp pada 3:58 AM
Label : AdukaTaruna, Belasah, Budus, Pakatan Rakyat, PAS, PAS Reform, Projek Langgar Hadi, Pukul Curi, Rusila, Telor, Terjah

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2011/01/kronologi-peristiwa-aduka-taruna-di.html#ixzz1ASGCFd43

11 comments:

Anonymous said...

hahah hang baru tau ka apsal keahlian pas tak berkembang di ganu, memang pendokong fanatik pas lah yang membuatkan org benci ngan pas, depa kata pas=umno jer, dua2 parti politik, penyokong fanatik yang tolol dan bengong camtu memang banyak dalam pas, baser org ganu kata dok makan samang hok jer je hok betul org lain salah belaker, dan aku setuju memang buta it dan bodo arr.

arnab said...

Saya sarankan masyarakat membaca politcal novel bertajuk ANIMAL FARM http://en.wikipedia.org/wiki/Animal_Farm karya saterawan Inggeris terkenal, George Orwell.
George Orwell menulis dalam novel beliau 'Animal Farm', berkenaan binatang di sebuah ladang memberontak, yang mulanya diketuai oleh seekor babi yang bijak. Babi yang bijak tersebut, selaku ketua, berjaya berkempen dan mendapat persetujaan hiwan2 lain dan kemudian bersatu melawan tuan mereka (manusia). Namun, malangnya babi yang bijak tersebut mati tertembak semasa proses pemberontakan.
Kemudian, setelah menghalau tuan mereka dan membentuk kerajaan binatang, babi2 lain mengambil alih tampuk kepimpinan dan mewajibkan spesies lain untuk taat kepada pemerintahan babi - kerana kononnya babi serba tahu dan serba bijak di samping memanipulasikan IKON kemerdekaan mereka (babi bijak yang mati ditembak).
Binatang lain diHaramkan untuk mempersoalkan keputusan yang dibuat, pendek kata binatang lain diWAJIBkan ke atas mereka PRINSIP WALA' oleh BABI-BABI itu. Babi memerintah dengan mewujudkan majlis mesyuarat sesama babi (seperti majlis SYURA) dan binatang lain WAJIB WALA'/PATUH kepada keputusan Majlis Mesyuarat Babi.
Kemudian Babi-babi menjadi tamak dan berperangai seperti manusia, mereka mula tinggal di dalam rumah bekas tuan mereka, kemudiannya mereka bekerja-sama dengan seorang manusia yang tamak untuk mendapatkan bekalan wiski dan makanan2 manusia. Babi memaksa haiwan2 bekerja, menjual telur ayam, menjual susu pada manusia demi untuk memuaskan nafsu mereka.
Dan akhirnya kerajaan binatang pun musnah akibat polisi2 jahanam yang dibuat oleh MAJLIS SYURA mereka dan akibat WALA' yang melampau oleh binatang lain.

sam raspiut said...

bro TB,
inilah realiti sejati jemaah tganu@rusila..
dari zaman amanat Hadi.. sampai la ni sama.. berlindung balik jubah dan sarban adalah kefanatikan dan kemunafikan..
cuma sekarang depa naik taraf sebagai ulama dan pengikut ulama bertaraf profesional, tetapi di sebaliknya penuh jakun dan kebrutalan..
berprofesional maknanya ada TAG HARGA, boleh sah niaga!!
begitulah pengikut begitulah pemimpin!
bukan semua.. tapi cukuplah sebagai pengenalan jemaah.. jemaah jakun.
inikah peel dan mentaliti dominan parti agama?
inikah jemaah yg nak memerintah negeri dan negara??
perjuangan Pas dibawah jemaah Tganu cuma FITNAH pada agama!!

Anonymous said...

Ini disebabkan blogger pondan Batau Api. Kata nak buat temujanji dengan TGHH. Si Aduka jauh datang dari kelantan nak tanya TGH hanya utk 5 minit sahaja. Yang kawan-kawan dia pakat nibai mamat tu.
Last-last imej TGHH juga yang tercalar. Ini kes mengampu berlebihan.

kapak batu said...

sy hairan dengan pemimpin pas, blogger dan penyokong pas yg pro UG mengutuk umno dalam blog atau dalam akhbar sedangkan mereka ingin bersama umno, apa hukumnya tu?, patutnya mereka semua memuji muji kebaikan umno macam mereka memuji pas maka barulah kena dengan cara UG mereka , patutnya mereka semua itu kutuk pkr dan dap aje

mandongak said...

Yang best nya hanya Geng-13 aja yang perasan orang sokong mereka. Tapi hakikatnya.......
"macam buih di lautan"

kah...kah...kah...

Anonymous said...

Bila TGHH nak declare nak masok UMNO?Lagi cepat lagi baguslah..Pakatan tak perlu talam 2 mukas lah..and para reformists dlm PAS boleh meruskan perjuangan sebagai DAP,PKR,Parti Sosialis,sebab no time at the momment utk menubuhkan sebuah parti baru..if not,revoltlah against para pukimak ularmaks UG!!

bunbinban said...

ada pemimpin PAS yg tersenyum dgn perlantikan kusrin sbagai suk di selangor. mimpi indah menjelma kembali. sekali parti islam ini berpaling tadah dari pakatan maka sehingga bila2 rakyat akan menyumpahnya. biarkan. dgn sekelumit sikap takbur dan penting diri maka akan hancurlah iman seseorang walaupun dia seorang ulamak. silakan, berpadulah dgn melayu kebangsaan, rakyat tak sabar menunggu utk silih berganti menyumpah seranah kalian. silakan.

kuhik said...

saya cadangkan agar TGHH dan pengikutnya di Rusila agar join je UMNO.
budaya samseng hanyalah budaya UMNO, kalau macam ni lebih baik TGHH dan pengikut Rusila ni join UMNO.

tak perlu berselindung di sebalik nama PAS. TGHH harus letak jawatan dengan segera, pastu join UMNO.
yang mana sokong UG ni pun patut masuk UMNO je senang.

zakwan said...

If only Hadi's goons will manhandle Utusan reporters the same way they did Aduka Teruna, then everything's good in this world

Anonymous said...

TB..semoga hang tak tergolong dalam org yg memecahbelahkan jamaah islam PAS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.