Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, January 5, 2011

Tok Guru Tidak Nafi Berlakunya Perbincangan UG Sewaktu Majlis Persantapan

NOTA EDITOR: Membaca kenyataan rasmi TOk Guru Nik Aziz berkaitan dengan kontroversi Perjumpaan Dalam Gelap 2, saya tak nampak walau SATU PATAH penafian dari Tok Guru Nik Aziz atas berlakunya perbincangan "PERPADUANG". Yang dapat dibaca adalah bagaimana Tok Guru dijemput ke majlis persantapan dan beliau tidak mahu mendedahkan apa yang telah dibincangkan dalam majlis tersebut.

Sudah tentulah Tok Guru tidak akan mendedahkan butiran perbincangan secara terbuka kerana ianya melibatkan Istana. Sekiranya Tok Guru mendedahkan butiran perbincangan kepada umum, maka Tok Guru boleh dituduh sebagai menderhaka atau tidak menghormati Raja-Raja Melayu.

Apa yang Tulang Besi nampak juga, gambar Hj Mustafa Ali dan Presiden PAS tidak berapa ceria sewaktu sidang akhbar tersebut:



Yang jelasnya, khabar Presiden PAS menghadiri majlis tersebut adalah benar. Dan, khabar berlaku perbincangan dalam gelap ke arah PERPADUANG tidak dinafikan oleh Tok Guru Nik Aziz dalam KENYATAAN BERTULIS beliau.

Sama sama kita tunggu perkembengan selanjutnya, inshaalah

Tulang Besi


Kenyataan Media

Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

Merangkap al-Mursyidul Am PAS


Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.

Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Terima kasih. Wassalam.

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP AL-MURSYIDUL AM PAS.
And here is the rest of it.

17 comments:

Anonymous said...

Cukup2lah.Ko ni pasal apa? Tak habis2 lagi?? Tok guru pun kata dah habis, ko ni yang tak habis...Ke ko ni ada agenda lain???

hussin said...

Nik Aziz menyeru semua pihak sama ada media atau invidu supaya tidak mengaitkan istana dengan pergolakan politik negara.
@ siapa yang libatkan istana dalam politik? mereka tidak ada pada mpertemuan malam itu. orait, boleh terima.

Pada masa yang sama juga, beliau turut mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang andaian berhubung pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini.

@ “pertemuan penting” dikhabarkan oleh sayuti dan ‘diandaikan’ bahawa ia berkaitan kedudukuan politik melayu. dikhabarkan juga bahawa presiden pas berada di london pada hari “pertemuan penting” itu. orait, boleh terima.

Ini kerana, katanya pertemuan itu hanyalah jemputan untuk majlis santapan malam bersama baginda sahaja.

@ majlis mu tengok aku, aku tengok mu. orait, boleh terima.

Menurutnya, sebarang kenyataan tidak tepat itu perlu dihentikan segera demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

@ “pertemuan penting” berlaku semasa presiden pas berada di london. yang pasti, tgna jumpa najib di istana. dalam presiden pas berada di london dia juga hadir di “pertemuan penting” itu. najib presiden umno. haji hadi presiden pas. kedua2 parti, parti dominan melayu. istana pula, simbol melayu. orait, boleh terima.


“Jangan sekali-kali mengaitkan istana dalam pertemuan baru-baru ini,”ujarnya dalam sidang akhbar tersebut.

@ “pertemuan penting” secara kebetulan sahaja mengambil tempat di istana. Orait, boleh terima.

Abdul Hadi pula berkata walaupun majlis itu turut dihadiri pemimpin lain termasuk Najib tetapi mereka tidak membincangkan langsung soal-soal politik.
@ pemimpin yang hadir semuanya pemimpin poltik. “pertemuan penting” hanya sekadarmajlis santapan dan mu tengok aku, aku tengok mu. pemimpin politik mana ada cakap pasal politik. Orait, boleh terima.


"Tidak ada perjumpaan lain, selain majlis santapan malam itu," katanya.

@ ya lah, yang ada hanya “perjumpaan penting”. yang rakyat ramai tertanya2 ni pun berkaitan “pertemuan penting”. tak timbul “pertemuan lain”. kepala siapa dok pikiaq pasai “pertemuan lain” tu tak betul. orait, boleh terima.

Harakahdaily melaporkan Hadi sebagai berkata tidak timbul soal perbincangan kerajaan perpaduan atau sebagainya dalam pertemuan itu.

@ “pertemuan penting” hanyalah pertemuan sekadar makan2 je di antara pemimpin umno dengan pemimpin pas. sebagai tetamu majlis santapan istana. orait, boleh terima.

Menjawab soalan media beliau seterusnya berkata, majlis itu adalah undangan Yang di-Pertuan Agong, tidak timbul langsung soal perbincangan dengan pemimpin Umno.

@ ya, ia sekadar undangan ydp agong je. yang ada hanya pemimpin pas dan umno. jadi tenggelam (tak timbul) soal “perbincangan dengan pemimpin umno” . orait, boleh terima.


“Majlis tu adalah majlis Yang di-Pertuan Agong, nak bincang dengan perdana menteri macamana?,”soalnya.

@ majlis agonglah oi. kena jaga adat, kami nak bercakap pun tak boleh, walaupun saya dok debelah najib! Sampai istana, terus makan, habis makan, pekena kopi secawan, lepas tu kami terus tinggalkan istana. orait,boleh terima.

@ orait, semua penjelasan boleh diterima. cuma ia semakin jadi tidak jelas! tak ada yang nak disembunyikan. kah, kah, kah. kita kan berada di abad ke21. bukan lagi tahun 60an, 70an beb. Bulan tetap mengambang, bulan pas?

wallahu’alam.

http://suwaritimur.blogspot.com/2011/01/najib-dan-nik-azizbolehkah-ini.html#ixzz1A7LFSgqP

Anonymous said...

sebab tu aku suruh ko tunggu TG Nik Aziz keluarkan statement dahulu baru ko bagi komen... kan sekarang ko dah malu... perjumpaan tu Sultan Mizan yang titahkan la.... bukan perjumpaan dalam gelap... dan ada ke tidak perbincangan tentang UG dan agenda perpaduang tu tunggulah apa kata TG Nik Aziz dulu... ko tak pecayta ke kepada TG Nik Aziz? Kalau TG Haji Hadi dgn Nasa kot la jugak.. ko anti diaorg... kalau TG Nik Aziz tak nak dedahkan.. ko kena la ikut dan akur keputusannya...

Anonymous said...

How much longer will TGHH continue to delta hedge aah?imo,let Barisan fuedal Nazak rule for another 5 years..we know Malaysia dah ekonomically f*k up..consumer ekonomi plus debt ekonomi dah meletup..just watch..we will be under hostile attack frm puak zionist anglo..and our local zionist feudal warlords,who have a long history of betrayal r oredi tolonging anglo zionists iblis...janji dapat saki baki of useless fiat currencies to fuel their endless orgies..

Anonymous said...

Dunia IT boleh cover up kah maklumat rahsia?..get real lah..menerusi wikileaks,satu dunia dah tau USA is a bankrupt setan,n Hillary Clinton is a zombie credit card theif..and this pertemuaan melibatkan YDPA can be kept secret kah?..everbody knows YDPA's positioning..everybody knows how desperate najubori is..everybody knows,TGHH has a hidden desire 2 b PM..everybody knows pukimak ularmak farksis r NEP lazy bums who just want to have their share of endless supply of china dolls,bling2 lifestyle..

Anonymous said...

August 21, 1893

Our actual enemy is not any force exterior to ourselves, but our own crying weaknesses, our cowardice, our selfishness, our hypocrisy, our purblind sentimentalism.
SRI AUROBINDO

anti G.M said...

Grand Moron, minyak petrol naik harga lagi. minyak tanah pn naik harga. ape alasan Grand Moron nak bagi untuk pertahankan kerajaan Empayar UM-No Be End? nak kata kerajaan ni menepati slogan 'Rakyat Didahulukan' ke? ke rakyat dahulu yang kena rasa harga minyak naik? heheh. u r so pandai la Grand Moron

Anonymous said...

Baguslah kalau Tok Guru tak nafikan berlaku perbincangan tentang UG. Apa yang tak bagusnya? Kan ke baik untuk orang Melayu Islam di Malaysia ni.

Melayu Islam dah selalu sangat kena pijak. Tok Guru tahu perkara ni betul. Ada pulak Anwar nak lantik Lim Kit Siang sebagai TPM. PAS tak layak ke? Bukan ke ramai pemimpin dalam PAS yang layak. Kenapa nak bagi kepada Cina?

Lagi pun, semenjak dua menjak ni dah semakin ramai orang bukan Islam masuk masjid, bagi ceramah. Macam la dah tak cukup ulama’ dalam PAS, ceramah pun nak kena buat dalam masjid.

Apa yang berlaku dengan Melayu sekarang dek kerja tangan Anwar amat menyedihkan. Aku doakan supaya UG tercapai. Biar la PM dan TPM orang Melayu yang pegang.

Anonymous said...

13.PEKARA YANG DIBINCANGKAN DI ISTANA TERENGGANU...

‘Allah’ debate sank latest Umno, PAS talks.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/allah-debate-sank-latest-umno-pas-talks/

KUALA LUMPUR, Jan 5 — Umno and PAS leaders had to end their “Malay unity talks” at the Istana Terengganu here last Christmas Eve after debate centred on non-Muslims using the word “Allah” to describe their god, a dispute which remains before the Malaysian courts.

The Malaysian Insider understands that an Umno leader at the talks spoke about the need for Malay unity as he said non-Malays were seen to be taking advantage of a split between Umno and PAS to ask for greater concessions including the right to use the word “Allah”, in what was seen as a reference to the Catholic Church’s lawsuit to use the word in its Bahasa Malaysia publication.

However, sources said PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat defended non-Muslims and objected to that conjecture, giving a short history lesson to point out that even Prophet Muhammad’s father, Abdullah, had worshipped Allah although he was not a Muslim.

The Umno leaders at the meeting were Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin and former prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“The talk ended then when the King asked to be excused and Nik Aziz then took the opportunity to excuse himself too, saying he had a sore back,” a source familiar with the talks told The Malaysian Insider. Continue...

Khun Pana aka johanssm said...

Kalao perjumpaan ni amat "penting" untuk orang Melayu..kenapa Anwar tak dijemput?

Badawi kan sudah resigned , buat apa Mat zzzz tu berada disitu?
Ada ke Mat Ngantok ni begitu relevan ..lebeh relevan dari Mahafiraun?
Badawi lah yang rancangkan kerajaan perpaduwang .
Menantu dia tu okay.

Kenapa Mat sembab pon dijemput.
Kan sudah chukup dengan kehadiran Mat mongoL.

Tak kan lah mereka semua makan satay di istana dan tiada kaitan dengan 'kerajaan perpaduwang".

Nik aziz kan berada dalam hospital , kenapa mintak Nik Aziz keluar dari hospital kalau setakat untuk makan kari kambeng di istana. Kenapa nak seksa Nik Aziz?

Tapi Nik Aziz memang gentleman..dia Tak Nafi atau buat buat cherita pulak.
Chuma sekarang dia tak boleh beri tahu sebab dah terheret masok istana.

Pakatan Rakyat perlu bersiap sedia , ada kemungkinan Pas akan pecah kepada 2.
Pas mesti dipecahkan demi kemenangan umno di PRU13.
Sabah dan Sarawak mungkin tak jadi Fixed deposit lagi.

Ini politik ..siapa kata rajagopal tak main politik?
Tak main politic maknanya tak dapat tender , tak ada fulus.
Ini semua bukan untuk orang Melayu biasa .
Ini semua untok kepentingan dia orang elit sahaja.
Yang jadi kuda ialah Melayu biasa.
Apco memang handal buat aturcara.

Anonymous said...

//Apa yang berlaku dengan Melayu sekarang dek kerja tangan Anwar amat menyedihkan//
Dats whylah Goldman Sachs,Apco,HSBC dah bertapak dan memerintah Malayia..Nak tau kenapa? Sebab Bodoh butoh mcm hang tak tau ilmu hisab!

Anonymous said...

what prove u got bring it out brother.Well Anuar came out with complet prove about APCO ..what the fu"""k are you talking about Anuar than

Anonymous said...

agak2nya perbincangan tu nak bubarkan parti um mu no ke ye..klau ya tu baguih le..selamat kite ye....

Anonymous said...

Tok Guru orang Islam dan ulama’ terkenal. Jadi dia tak boleh tipu, kalau tipu berdosa. Jadi kiranya, memang benar PAS ada berbincang isu UG dengan UMNO.

Rasanya Nik Aziz dah muak dengan Anwar Ibrahim. Muak dengan Lim Kit Siang. Muak dengan PR.

Perlu diingat, PAS adalah antara parti yang sudah lama bergiat dalam politik Malaysia. Malah lebih lama dari DAP. PKR pula baru setahun jagung. Ada hati nak jadi PM. Ada hati nak lantik DAP jadi TPM.

Patutnya PAS yang ketuai PR. Patutnya PAS yang pegang jawatan PM dan TPM. Nik Aziz sudah muak!

Anonymous said...

Rasanya Nik Aziz dah muak dengan Anwar Ibrahim. Muak dengan Lim Kit Siang. Muak dengan PR.

//Perlu diingat, PAS adalah antara parti yang sudah lama bergiat dalam politik Malaysia. Malah lebih lama dari DAP. PKR pula baru setahun jagung. Ada hati nak jadi PM. Ada hati nak lantik DAP jadi TPM.

Patutnya PAS yang ketuai PR. Patutnya PAS yang pegang jawatan PM dan TPM. Nik Aziz sudah muak!//

Halo missy..tolong kasi haloperidol..umno punya anjing psycho is in delirium..

Anonymous said...

Fartwa Tok Garu telur Anu war Berahi dan Lim Kit Sial: Sumpah laknat bukan cara isle, nak masuk syurgo Pas,kena jilat tapak kaki pembalun amoi cina doll. Celako!

Anonymous said...

Saya percaya bahawa faktor utama yang menyebabkan perubahan pendirian kerajaan PAS di Kedah ialah kerana desakan dari PAS pusat.

21. PAS pusat pula tidak dapat mengelak daripada kenyataan bahawa keputusan mereka itu adalah disebabkan oleh desakan, atau ultimatum, daripada Karpal Singh.

22. Adakah PAS pusat akan membatalkan keputusan kerajaan negeri yang begitu baik dan Islamik jika Karpal tidak menggertak? Sudah tentu tidak. Mereka pasti sedar dengan dosa kerananya.

23. Pemimpin dan ahli PAS hendaklah mengenal siapa dia Karpal Singh ini. Beliau bukanlah satu-satunya tokoh politik dari keturunan Punjabi di duniaa. Perdana Menteri India juga 'Singh' bernama Dr. Manmohan Singh anak kepada Shri Gurmukh Singh dan Shrimati Amrit Kaur.

24. Dr. Manmohan Singh telah melawat Malaysia baru-baru ini dan begitu gembira dengan keadaan orang-orang keturunan India di sini. Sebagai seorang Singh beliau memakai serban, dan beliau tidak perlu membuang serbannya, tetapi berjaya menjadi Perdana Menteri India, walau pun ethnik Punjabi adalah golongan minoriti di India.

24. Banyak pemimpin PAS seperti Murshidul 'Am dan Presiden PAS yang memakai seban walau pun lilitannya berbeza; kalau yang mengikut Arab tidak menutup telinga dan kalau yang dari kalangan Punjabi menutup telinga dengan meninggal sedikit ruang di bawah untuk menjelaskan pendengaran.

25. Pemimpin PAS patut suruh Karpal Singh memakai serban dan bukan Karpal Singh yang mengganggu serban tokoh-tokoh PAS walau pun sudah berjaya menghapuskan matlamat usaha mewujudkan negara Islam kepada negara kebajikan.

26. Pemimpin-pemimpin Melayu Islam tidak perlu takut mempertahan prinsip perjuangan kerana menghambat kemenangan. Kejayaan atau kegagalan sesuatu matlamat ditentukan oleh Allah s.w.t. sementara cara menuju matlamat itu tidak boleh diheret melalui taktik dan cara yang mungkar.

27. Tidak hairanlah saya apabila seorang pelajar UIA yang dikatakan fanatik ugama menyatakan PAS patut ubah nama kepada PKS yang bererti Parti Kebajikan Sementara sebagaimana dulunya ia boleh di panjangankan daripada PAS ( pa - alif - sin ) yang berti Parti Islam Sementara.

28. Karpallah, yang menjadi pembela Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam mahkamah, yang menentukan masa depan Pakatan Rakyat.

29. Semua ini disebabkan ketagih kepada kuasa yang belum dapat dan takut hilang kuasa yang sudah ada.
30. Rasa takut begini sudah menular dalam hati sanubari pemimpin-pemimpin Melayu Islam, dan akan kekal begitu, selagi UMNO dan PAS terus berpecah seperti sekarang.


31. Bangsa Melayu sangat memerlukan pemimpin yang ikhlas dan tegas dan tidak dikungkung oleh cita-cita semata-mata


32. Perkara begini tidak akan berlaku dalam PAS di zaman Allahyarham Dato' Fadzil Noor. Al Fatihah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.