Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, January 31, 2011

Undi BN Cuma Naik 332 undi. Majoriti Naik Kerana Pengundi PAS tidak Keluar Mengundi Atas Faktor Banjir



NOTA EDITOR: Lihatlah keputusan di atas. Undi BN cuma naik 300 undi. Tapi majoriti PAS jatuh lebih 1200 undi. Mengikut laporan Harakahdaily di bawah, ramai pengundi PAS tidak dapat mengundi kerana pusat pengundian dilanda banjir.

Maka, tak hairanlah keputusan seperti ini tidaklah sangat menggembirakan UMNO dan BN. Kalau tiada hujan, majoriti BN sepatutnya tidak jauh dari 2008.

Kesimpulannya, tahap sokongan rakyat kepada BN sebenarnya tidak berubah sangat dari 2008.

Tulang Besi

Bantu Melayu, biarkan Cina dan India?
Zulkifli Sulong


LABIS, 31 Jan: Penyumbang utama kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Tenang adalah kerana kejayaannya membawa keluar seramai mungkin para penyokong utamanya di Felda dan kampung Melayu walaupun kawasan mereka dilanda banjir.

Pada jam 11 pagi ketika para pelancong politik, petugas dan pengundi bersesak di jalan menuju ke kampung dan Felda Tenang kerana banjir, siren petugas kecemasan kerajaan bingit meminta laluan diberikan kepada mereka untuk membawa bot ke sana.

Antaranya bot polis, tentera, Pertahanan Awan dan juga Bomba dan Penyelamat bergegas di bawa ke sana.

Namun usaha ini tidak berlaku di kawasan pengundi Cina. Ini menyebabkan, kenaikan mendadak peratus mengundi di kawasan Felda dan kawasan tradisional Melayu berbanding kawasan Cina.

Hasilnya, BN berjaya menaikkan peratusan pengundi Melayu mereka kepada 83.3 peratus iaitu kenaikan 4 peratus berbanding pilihan raya umum 2008 lalu.

Ia berlaku apabila jumlah pengundi Melayu dinaikkan kepada 81 peratus iaitu kenaikan 2 peratus berbanding sebelum ini sedangkan jumlah pengundi Cina jatuh 18 peratus manakala India jatuh 23 peratus.

Kawasan undi Kampung Redong sahaja berjaya dinaikkan 11 peratus kepada 80 peratus berbanding sebelum ini hanya 69 peratus.

Felda Chemplak naik 6 peratus kepada 88 peratus manakala di Felda Tenang naik 6 peratus kepada 86 peratus.

Peratusan ini adalah berdasarkan analisa peratusan keluar mengundi yang dibuat oleh Tony Pua, anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan.

Undi Cina dan India

Kerana sikap pilih kasih dan bias fokus alat kerajaan untuk kepentingan BN ini, peratusan pengundian di kawasan Cina jatuh teruk. Ia ditambah pula dengan suasana sambutan Tahun Baru Cina yang hampir tiba. Mereka bimbang untuk meredah banjir dan hujan kerana takut demam atau cedera menjelang sambutan itu.

Hasilnya, peratusan keluar mengundi Cina jatuh 18 peratus iaitu kepada 54 peratus sahaja. Namun begitu, peratus undi untuk PAS kekal iaitu 64 peratus.

Peratusan keluar mengundi untuk Labis hanya 50 peratus, Labis Tengah 72 peratus, Labis Timur 67 peratus manakala Tenang Station hanya 51 peratus.

Kawasan yang paling teruk terjejas akibat diskriminasi ini adalah pengundi India apabila hanya 39 peratus sahaja pengundi mereka turun iaitu turun sebanyak 23 peratus.

Pada jam 3 petang semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta SPR menangguhkan pilihan raya ini kerana ramai yang tidak boleh kelauar akibat banjir ini.

"Saya minta SPR menangguhkan proses pengundian hari ini kerana hujan lebat dan banjir.

"Pengundi kini sudah terputus hubungan kerana jalan sudah ditutup dan ada dikalangan mereka takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran banjir di kawasan mereka," katanya.

Namun begitu, selepas pengumuman dibuat, seorang lagi naib presidennya yang juga pengarah pilihan raya ini, Salahuddin Ayub berkata mereka akan menerima keputusannya buat masa ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat terjejas teruk oleh banjir yang melanda beberapa pusat pengundian di Tenang hari ini.

Kataya, banjir telah menjejaskan peluang parti itu kerana ia melanda banyak kawasan di bandar itu seperti Ladang Labis Utara, Bandar Labis Tengah, Bandar Labis Timor.

Kejayaan PAS

Namun begitu, dengan kekalahan ini PAS masih berbangga dengan beberapa perkara termasuk menyelesaikan persepsi yang cuba dibina oleh Umno selama ini kononnya PAS berkawan dengan DAP yang anti Islam.

Pilihanraya ini membuktikan, MCA sebenarnya yang anti Islam bahkan tidak cuba langsung mendekati dan memahami Islam.

"What is so great about knowing Muslim values?" (Apa baiknya untuk (saya) mengetahui tatasusila orang Islam?)" kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.

Sebelum itu, beliau menghina calon PAS, Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan bukan muhrimnya dan juga memakai sarung tangan untuk membolehkan beliau bersalama dengan mereka.

Ekoran itu pelbagai pihak telah mempertikaikan Soi Lek sehingga Mufti Perak sendiri meminta beliau memohon maaf kepada orang Islam kerana penghinaannya itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menyeru seluruh jentera parti PAS untuk menghilangkan tanggapan bahawa kawasan Felda dan kampung tradisional merupakan kubu Barisan Nasional.

“Untuk menganggap Felda kubu BN saya kira agak ekstrem kerana PAS pernah menang di kawasan Felda bahkan pada tahun 1999, bilamana PAS menang di kawasan majoriti melayu, ianya termasuk kawasan Felda,” kata Tuan Ibrahim yang diminta mengulas kegagalan PAS menembusi kawasan Felda di pilihanraya kecil Tenang.

Calon PAS, Normala Sudirman tewas kepada calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi. Normala memperolehi 2,992 undi manakalah Azahar memperolehi 6,699 undi dengan peratusan keluar mengundi hanya 66.7 peratus.

Jentera Pakatan Rakyat berjaya mengekang majoriti BN naik kepada melebihi 5000 undi sebagaimana yang disasarkan BN.

13 comments:

Grand Marquis said...

Pendeknya akal dan statistik TB ialah dia ingat semua pengundi yang tak keluar undi akan undi PR.

TB, dari dulu lagi saya dah kata, kalau hang ni tulis thesis master atau phd, confirm hang akan gagal.

zakwan said...

Tungkaran hati
I believe PAS has never strayed form its original struggle
Sure, there were changes to the party's political ideology but in this globalized and borderless world, change is inevitable especially to political parties in order to keep up with the times

Time has change
People no longer concern themselves with Islamic state and Malay supremacy
There are more concerned with economy, crime eradication, tackling corruption and the preservation of democracy
And people today particularly the urban community and the highly educated no longer vote along the race and religious lines
They now exercise their democratic right by voting the party that can bring more to the table in terms of improving the economy and cracking down on corruption

Moreover, PAS realized that they cannot rely solely on the Malay Muslim votes to ascend to the federal power
They need the support of non Muslims too, hence putting the "Islamic state" agenda on the backburner and the establishment of the PAS/Islam For All concept which projects PAS as a party of moderate Islamists that will tend to the welfare of all races
This is in line with the Prophet Muhammad (PBUH)'S teachings that Islam does not know race or colour and its values and teachings are applicable to all of mankind

Anonymous said...

Apa nak dirisaukan memang Tenang kawasan Umno. Kalau nak menang pada piliharaya akan datang PR mesti buat strategi jangka panjang. Banyak kawasan khidmat masyarakat di setiap kawasan. Sebagai contoh kedai-kedai memerangkap pusat khidmat masyarakat. PR boleh buat pelbagai aktiviti yang mudah untuk mendekati pengundi. Dengan taklah pengundi lihat PR hanya nak undi bila ada pilihan raya. Saya sebagai penduduk di Tenang melihat pengundi disini bergantung kepada BN untuk mendapat keperluan-keperluan kecil. Contohnya pakaian seragam sekolah, yuran sekolah, bantuan untuk khenduri di suarau dsb. PR tentulah boleh beri serba sedikit bantuan berkaitan masyrakat walau tak terlalu banyak tetapi dirasai. Tentunya strategi ini bukan di Tenang saja tetapi sesuai di seluruh negara. Semua ini perlu dibuat untuk jangka panjang bukan hanya untuk pilihanraya kecil atau besar. Semuga PR tidak putus asa kerana putus asa tiada dalam kalimah perjuangan. Tumpukan untuk PRK Merlimau. Semuga berjaya PR.

Anonymous said...

1.Ya lah tu!!Tuan Hj Abdul Rahman oii!!hang tolong pikiaq sat statistik ni!!
2.Pas dapat lebih kurang 2800 undi!!undi puak cina kapiaq harbi pada pas lebihkurang 2000!!undi melayu cuma 800 jee!!
3.puak melayu dan tak sokong pas!!
4.sebab!!hang pikiaqla sendiri!!
5.tak sakit hidungka!!kena tarik dengan puak kapiaq harbi dap!!
6.kalau tenguk keputusan dimanik urai dan gallas!!aura nik aziz telah hilang!!apatah lagi dinegeri lain!!

Grand Marquis said...

Guess who is talking....

Q: Is MCLM prepared to put a gay candidate for a seat?

A: Yes. If he’s not a closet gay and is prepared to come out. Our concern is a closetted lifestyle makes you susceptible to extortion and bribery. I really don’t care who you sleep with but you need to be open about it. If you are gay and prepared to tell the voting public that ‘hey, look i am gay” and “I am offering to serve you in parliament and if you’ve cleared all the other criteria, I’ll back you. We will also back a transgender candidate if we get one. It’s also about changing Malaysian mindsets.

Anonymous said...

xpe,kita kalah bermaruah.tahniah PR dan pdn muka BN x dpt 5000 majoriti hahaha

Yong said...

Jangan salahkan banjir. Itu kerje Allah. Sebagai hamba Allah pernahkah kita fikir kenapa terjadi banjir?

zakwan said...

After the beating they received on March 8, UMNO realizes that they can not harp too much on Ketuanan Melayu and risk losing further support from the non Malays
In addition to that is the painful truth that their non Malay counterparts such as MCA,MIC,Gerakan etc are incapable in delivering the non Malay votes
Thus, the birth of the 1Malaysia concept which recognizes all races as equals

Anonymous said...

Tuan hj Rahman, Apakah sumbangan Nik Aziz dan PAS terhadap Islam dinegara ini, selain dari memecahbelahkan umat Islam...jawab jangan tak jawab

Anonymous said...

Sumbangan besar Tok Guru Nik Aziz adalah menghancurkan kesesatan yaang ditaja oleh UMNO selama ini.

Buat apa kita nak bersatu dengan perompak dan penyangak aka UMNO.

Errrr bukankah UMNO yang jual tanah rezab surau di Rawang?

Grand Marquis Anak Anjing said...

Grand Marquis said...

Pendeknya akal dan statistik TB ialah dia ingat semua pengundi yang tak keluar undi akan undi PR.

TB, dari dulu lagi saya dah kata, kalau hang ni tulis thesis master atau phd, confirm hang akan gagal.
.

Bahlol punya Grand Marquis anak anjing.

Peti undi yang PR menang 2008 peratus keluar mengundi turun.

Peti undi UMNO menang % keluar mengundi naik atau kekal.

Apasal ko bodoh sangat GM Anak Anjing?

Berenti lah kutuk TB. Dah berapa kali ko dimalukan sebab cakap benda bodoh kat sini.

Tapi sebab ko anak anjing, muka tembok sebab tu ko datang balik.

Keturunan ko kan keturunan takda malu, muka tembok.

Grand Marquis said...

Kesian, sampai mencarut-carut. Inikah contoh akhlak orang yang nak memartabatkan Islam? Ni TB menyamar ke? Patutlah orang tak undi pas pun. Dari pemimpin sampai sekecil-kecil pengikut, akhlak Islam langsung tak de. Orang takkan asyik kena tipu dengan puak-puak korang aje.


Peti undi yang PR menang 2008 peratus keluar mengundi turun.

Peti undi UMNO menang % keluar mengundi naik atau kekal.


Yea ke? Main dakwa atas angin memang senang la. Cuba bagi statistik peti undi. Ni cakap tak de bukti memang senang.

Anonymous said...

ha ha ha banjir lak di persalahkan.

aku rasa pengundi muak dgn sikap nko

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.