Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, February 17, 2011

Jejantas KLCC. Surat Terbuka Nurul Izzah

NOTA EDITOR: Ikuti beberapa persoalan yang tidak berani dijawab oleh UMNO yang ditimbulkan dalam surat dibawah sehingga sekarang.

Jejantas: Surat terbuka Nurul Izzah kepada Datuk Bandar KL
Nurul Izzah

Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad Bin Ismail

Datuk Bandar Kuala Lumpur

Tingkat 27, Menara DBKL 1

Jalan Raja Laut

50350 Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad ,

PENJELASAN BERKENAAN DENGAN PROJEK JEJANTAS YANG MENGHUBUNGKAN PUSAT KONVENSYEN KL DAN HOTEL IMPIANA KLCC

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Buat pengetahuan pihak Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad, saya telah melawat projek Jejantas yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Hotel Impiana KLCC, yang telah membawa saya kepada persoalan-persoalan berikut:

1. Merujuk kepada laporan Bernama (terbitan The Star bertarikh 8hb September 2010), yang menyatakan, “Petronas telah menyumbangkan RM100 juta kepada pembangunan kemudahan dua-fasa ini yang menyokong usaha kerajaan bagi menggalak dan merangsang pertumbuhan industri pelancongan. KLCC (Holdings) Sdn Bhd (KLCC), sebuah subsidiari milikan-penuh Petronas telah ditugas mengurus peruntukan tersebut bersama DBKL sebagai penyelaras projek utama untuk laluan pejalan kaki di KL.”;

Adakah DBKL dikecualikan dari meluluskan reka bentuk projek tersebut? Dan jikalau ya, megapakah Sunway Construction Sdn Bhd telah dilantik untuk meneruskan projek jejantas (fasa kedua) dan adakah tender terbuka dilaksanakan sebelum mereka dipilih?



2. Merujuk kepada laporan The Star bertarikh 9 Februari, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail dan ketua pegawai eksekutif KLCC (Holdings) Sdn Bhd telah “menandatangani surat perjanjian untuk penyerahan jejantas ini dari KLCCH ke DBKL.”; 


Berapakah kos penyelenggaraan kemudahan ini (dan juga jejantas fasa kedua) pada tahun-tahun akan datang, dan siapa yang akan menanggung beban penyelenggaraan tersebut?

Saya amat berharap agar Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad dapat memberikan respon segera di atas persoalan dan permasalahan yang saya bangkitkan di dalam projek jejantas ini.

Segala kerjasama daripada pihak Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad, saya dahului dengan ucapan terima kasih dan mudah-mudahan segala kerja kita diberkati Allah S.W.T..

“Bersama Menegakkan Keadilan”

Sekian. Wassalam.

Yang Berkhidmat,

Nurul Izzah Anwar

Ahli Parlimen Lembah Pantai

s.k.

Yang Berhormat Senator Datuk Raja Nong Chik Bin Raja Zainal Abidin

Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar

Pejabat Menteri

Aras 4, Blok 2, Menara PjH

Presint 2 62100 Putrajaya
And here is the rest of it.

6 comments:

joecharlie said...

betolah lah memang mahallah YB... MESTI PAKAI DUIT TABONG MEMALI ATAU KOHILAL ATAU DUIT LADANG RAKYAT KOT ATAU DUIT PETRONAS ?MANA YANG BETOL NI A, B, C,ATAU D? LU FIKORLAH SENGILI

Anonymous said...

Surat ni menunjukkan kebodohan nurul izzah.
Dia tau ke isu dan prosedur pembangunan & perancang bandar.?

As a layman, I see no issue on the maintenance cost by DBKL.
dia tau ka berapa cukai pintu kena bayar utk area tu?
Sama ka mcm kat ceruk Tok kun?
Dia tau ka level infrastructure area KLCC? Murah ke.
Nak buat infra standard apa kat KLCC?

Seloro said...

nurul sepatutnya berada di indon sewaktu menyatakan isu jejantas tu baru lah rakyat malaysia ambil peduli.

Anonymous said...

Pertanyaa dari Nurul Izzah itu mewakili rakyat biasa yang tidak tahu hal ekonomi yang membabitkan duit berjumlah jutaan ringgit.

Memang orang pandai dikalangan ketagih komisyen akan mengatakan Nurul Izzah sebagai bodoh tidak tahu hal peraturan pembangunan dan perancang bandar. Tapi orang bodoh seperti Nurul Izzah nampak projek itu seperti ada satu penipuan dalam sebut harga sedangkan pembuatannya tidak berpadan dengan keadaannya.

Projek yang dicadangkan oleh kerajaan BN atau GLCnya akan membabitkan harga yang mahal tapi pembuatannya tidak berkualiti yang melambangkan nilai sebenar projek tersebut sebagai murah saja.

Berapa banyak bangunan yang dibina oleh syarikat dipilih terus oleh BN atau anak syarikatnya runtuh dan membabitkan harga baikpulihnya hampir sama untuk membuat projek yang baru..?

Kalau dah tertangkap sebagai pencuri... sampai mati pun orang melihat nya sebagai pencuri

kenatipuolehumnoapco said...

Dah lah Saham Melayu 52 Billion tergadai , apa nak heran lembu2 UMNOAPCO YAHUDI LAHANAT terkejut dengan kos 70 Ribu sekaki nie.

Penyokong2 babi buta nie lah yang menyebabkan cukai 60% untuk satu kereta.Rumah macam reban ayam ,bawang merah 10.00 sekilo dan senyap2 hentam cukai GST 6%. Lu orang pi jengok lah bil Astro .. Rakyat DidaHULUkan !!!

Anonymous said...

The is no problem on maintaining the bridge as the cost is indirectly paid by all the expensive property owners around KLCC via cukai pintu / assessment.

These property owners that has paid hugh amount of taxes and contribution expect high level of service from their high contribution. Also remember KL Concention Centre receives thousands of international visitors, therefore, standards must be high.

KLCC whom managed the contract has very strict and transparent procedures on contracting. It's a well known fact.
I'm not surprised this is being questioned. Happens all the time when unsuccessful tenderer make the fuss. In this case, Nurul Izzah has been used to make such noises, instead of reporting to MACC ( maybe coz there is no proof). MACC in the past have received many complains from unsuccessful parties. personally have experienced this on KLCC projects and had to endure intense enquiry by BPR. So, very unwise for KLCC to play hanky panky and repeat the enquiry procedures.

Nurul Izzah should do some homework first before opening her mouth and show her stupidity.( and also being used).

And if she did her homework, she didn't have to ask silly questions and instead able to explain to
"rakyat biasa yang tidak tahu hal ekonomi yang membabitkan duit berjumlah jutaan ringgit."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.