Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, February 19, 2011

Jika Umno bela Melayu kenapa perangi Kelantan ???

NOTA EDITOR: Selama lebih 21 tahun Kelantan disiksa dan ditindas. Itu sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa UMNO parti anti Melayu.

Tulang Besi nampak, artikel di bawah sudah cukup untuk membuktikan sifat talam dua muka UMNO dan mengapa kita tidak boleh percaya dengan agenda UMNO.

Selamat membaca.

Jika Umno bela Melayu kenapa perangi Kelantan
Hazayani Zakaria
SHAH ALAM, 19 Feb:
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan serangan mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tindakan terdesak parti itu yang bimbang dengan pengaruh PAS terhadap rakyat.

Beliau mempersoal tindakan pemimpin Umno menyelar PAS yang berpakat dengan DAP demi kepentingan politik, sedangkan Umno sendiri memusuhi PAS sejak dahulu lagi.

'Riak-riak kemenangan (PAS) sudah hampir tiba, justeru mereka (Umno BN) perhebatkan serangan melalui pelbagai cara.

"Kita dituduh berpakat dengan DAP hanya untuk menang pilihan raya. Soalnya PAS sudah dimusuhi sejak sekian lama oleh Umno, sebelum PAS berpakat dengan DAP dan PKR lagi.

"Umno berusaha menjatuhkan PAS di Kelantan sejak hari pertama saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar lagi," kata beliau ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-Jaminan PAS, di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.

Menurut Nik Aziz juga, tiada salahnya jika PAS bermatlamat untuk memenangi pilihan raya kerana Umno BN sendiri dilihat menggunakan pelbagai cara untuk matlamat yang sama.

"Saya juga dituduh hanya ingin menang pilihan raya. Jika demikian apa salahnya menang pilihan raya?

“Bahkan Umno sendiri guna pelbagai cara tidak kira halal atau haram untuk menang pilihan raya," katanya di hadapan hampir 500 hadirin.

Tambah beliau lagi, Umno ternyata gagal membela nasib majoriti Melayu di negara ini apabila mereka sendiri yang menggagalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

"Umno jaga Islam pun tidak, jaga Melayu jauh sekali. Ini dapat dibuktikan dengan fakta yang didedahkan bahawa tanah rezab Melayu di seluruh negara susut daripada 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1990. Apakah ini satu pembelaan Umno terhadap orang Melayu?

"Dasar DEB digagalkan pemimpin Umno sendiri dan hanya mengkayakan kroni mereka sahaja," katanya.

Menteri Besar Kelantan itu juga mempersoal tindakan Umno BN yang mendakwa mereka pembela Melayu yang sejak dari dahulu lagi memusuhi Kelantan sedangkan majoriti rakyat Kelantan ialah orang Melayu.

"Jika benar Umno membela Melayu, untuk apa kami di Kelantan diperangi sedangkan majoriti pemimpin dan rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam? soalnya.

Ujarnya lagi, PAS sebagai sebuah parti yang mencontohi pemerintahan Rasulullah SAW wujud bukan untuk memperjuangkan nasib Melayu sahaja, tetapi tidak sama sekali mengenepikan Melayu.

"Jika Rasulullah S.A.W. diutuskan ke dunia tidak dengan misi ketuanan Arab, begitu jugalah dengan PAS yang mencontohi Rasulullah, datang bukan dengan agenda memperjuangkan Melayu, tetapi tidak sesekali mengenepikan Melayu kerana Melayu bangsa domninan di negara ini.

"Namun PAS sering dtuduh mengenepikan Melayu dan seolah-olah orang Melayu akan mati tanpa Umno. Inilah yang sering ditanam dalam pemikiran rakyat," katanya.

Sementara itu, konvensyen hari ini diteruskan dengan pembentangan kertas kerja sehingga jam 5 petang ini.


11 comments:

Anonymous said...

1. Kelantan ditentang kerana ia tidak diperintah oleh parti yang mewakili kepentingan Melayu

2. Hanya UMNO mewakili kepentingan Melayu

3. Kemenangan UMNO bererti kemenangan negara kerana kekuatan UMNO ialah kekuatan negara

Anonymous said...

Usaha UMNO untuk memenangi kembali Kelantan ialah sebahagian daripada HANRUH (Total Defence).

Salah satu operasi HANRUH (Total Defence)yang sangat berjaya ialah Ops Piramid yang dapat membawa pulang sebahagian besar pelajar Malaysia di Mesir. Perlu diketahui pelajar-pelajar Malaysia terbahagi kepada beberapa golongan

1. enemies of the state (in the enemy den)
2. enemy supporters
3. enemy sympathizers
4. potential enemies
5. allies

Mengendalikan mereka yang sudah berada di Malaysia serta ialah satu lagi kejayaan.

AnaQarbana said...

Ada Melayu ke di Kelantan..Nik Aziz silap kot...kan dah dia kata...dalam PAS tak ada Melayu yang ada Islam....UMNO berjuang untuk mendapatkan Kelantan kerana nak tanam benih Melayu dalam penganut Islam di Kelantan kerana dalam Al-
quran ada di sebut.."..aku jadi kamu berbangsa-bangsa, berpuak-puak untu mentadbir dunia ini...." sedang nabi itu berasala dari kaum/bangsa/suku tertentu.....UMNO menentang PAS bukan kerana Islam memerintah kelatan, bukan kerana Melayu tiada di kelantan tetapi kerana PAS tidak mampu mentadbir ataupun menguruskan Kelantan dan Islam serta rakyat Kelantan...PAS jangan nak kelirukan rakyat dengan isu murahan...

Anonymous said...

apa la TB ni.. makin bebal lak nampaknye.. buat entri tapi tak faham tajuk.. cuba baca balik artikel tu betoi2.. UMNO bkn perangi Melayu di Kelantan.. tapi memerangi PAS.. sbb parti PAS ni semakin sesat.. jd sebelum org Melayu makin sesat apabila ikut parti PAS ni eluklah UMNO hapuskan je parti PAS ni..

Anonymous said...

Sejak bila Pas =Kelantan dan Kelantan = Pas?

Anonymous said...

Apa daa!!!
Federal contribution antara paling tinggi adalah kelantan.
Sebab state government PAS tak boleh harap & useless.
Masjid pun tak mampu bina. Pas tu asyik mintak derma.

Bengong la TB ni. Sama nyanyuk dgn Nik Aziz !

zakwan said...

Up in arms with a nationalist zealous party that legalize alcohol consumption and gambling while gladly watching non Muslim friends demonize a muslimah who wears gloves

Yeah
I'm sure we Malays can't wait to gather at Padang Mahsyar and be answerable to Allah

Anonymous said...

Perang ?....mana ada perang...

Anonymous said...

Hello everyone

First of all sorry that I write in this topic but I have some technical problem with the use of this forum. When I'm trying to enter in the appropriate topic, I received a 404 error It's about the only topic in which I was able to enter. Do you have the same problems? What's going on?

Anonymous said...

Bagi UMNO ekonomi segala-galanya, soal akidah dan akhlak menjadi perkara secondary, malah kadang-kadang menjadi negligible. Tapi, tengok Tunisia dan Mesir, kerana rampuh akidah dan akhlak pemimpin menjadi diktator dan menyamun duit negara. Rakyat juga yg merana.

PASti

Anonymous said...

aku harap pada Islam...sebab Islam aje Tuhan pandang. Ade Tuhan pandang ameno..?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.