Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, February 18, 2011

Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudin



Dipersilakan setiap rakyat Malaysia membaca kesah sebenar berkenaan kematian Allahyarham Saaid dan penembakan ke atas adik Ahmad Nizamudin.

Blogger UMNO, "rbfonline" juga ada buat artikel untuk membela kerajaan. Namun, "rbfonline" ini blog penipu. Buktinya: sehingga hari ini sumpah laknat Tulang Besi ke atas beliau TIDAK BERJAWAB.

Mangsa tembakan kempen guna Facebook
Harakahdaily


TUMPAT, 17 Feb: Satu laman peminat Facebook atas nama 'Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudi'n dibuka dipercayai berkaitan kematian seorang lelaki dan anak saudaranya yang ditembak pegawai Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor semalam.

Sehingga berita ini ditulis, laman Facebook yang meletakkan gambar kad pengenalan mangsa sebagai gambar profil itu kini mempunyai 1,329 pengikut.

Bagaimanapun tiada sebarang maklumat terperinci mengenai pengendali dan laman tersebut disertakan.

Melihat kepada entri terawalnya yang dimasukkan pada jam 4.08 pagi tadi, laman itu dipercayai baru dibuat hari ini.

Semalam, Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, cedera parah selepas terkena dua tembakan di rusuk kanan yang dilepaskan pegawai UPP yang didakwa ingin mempertahankan diri.

Nizamuddin ditembak selepas didakwa menyerang empat anggota UPP di perkarangan Hospital Tumpat ekoran salah faham berhubung punca kematian bapa saudaranya, Said Mat Hassan, 56.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, Sa'aid ditemui empat anggota UPP dalam sebuah kereta Kancil di tepi jalan di Kampung Wakaf Tin di sini pada jam 7.45 pagi dalam keadaan lemah, berwajah pucat serta mulutnya berbuih.

Katanya, anggota UPP itu turut menemui 20 guni beras siam dalam kereta berkenaan.

Menurutnya, melihat keadaan Sa'aid yang tenat, anggota UPP membawanya ke Hospital Tumpat untuk mendapat rawatan. Said disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu.

Bagaimanapun, khabar angin yang sampai ke pengetahuan ahli keluarganya termasuk Nizamuddin mengatakan Sa'aid meninggal dunia akibat dibelasah anggota UPP menyebabkan mereka bertindak menyerang penguat kuasa berkenaan pada pukul 9.20 pagi.

Ekoran tembakan itu, Nizamuddin dibawa ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun dia terpaksa dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Baharu kerana keadaannya yang parah.

Sementara itu, dipihak keluarga Allahyarham pula mempunyai versi berbeza berhubung kejadian tersebut.

Menurut mereka, kematian mangsa akibat dipukul dengan teruk oleh empat anggota UPP terbabit.

Penjelasan versi keluarga itu juga turut dimuatkan dalam entri Facebook tersebut.

"Saksi (anak saudara mangsa) yang menyaksikan kejadian pukul hingga mati Allahyarham Sa'aid ditembak sebanyak 2 das tembakan.

"Sebutir peluru mengenai bahagian dada kanan dan sebutir peluru lagi mengenai perut sebelah kiri mangsa. kejadian berlaku sejam selepas Allahyarham Sa'aid di pukul sehingga mati," entri dalam facebook itu dipetik.

Anak sulung Allahyarham, Nik Suriani Sa'aid ketika ditemui Harakahdaily di kediamannya semalam turut melahirkan rasa kecewa dengan apa yang menimpa keluarganya.

Lebih mengecewakan ekoran bapanya dituduh penyeludup beras terbesar di Malaysia itu seperti dilapor beberapa media.

"Saya mahu keadilan diberikan kepada keluarga saya, bersihkan nama baik keluarga saya.

"Buktikan bapa saya penyeludup beras terbesar Malaysia, sedangkan beras yang dibawanya tidak sampai pun RM700 nilainya," katanya.

Husam minta siasat

Kelmarin, kerajaan dan Polis Diraja Malaysia diminta menyiasat lebih terperinci berhubung kes kematian seorang peniaga beras, allahyarham
Said Mat Hassan, 56, termasuk anak saudaranya yang cedera parah terkena tembakan, Ahmad Nizamudi'n, 19.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, berkata rakyat serta keluarga mangsa ingin
mengetahui punca sebenar kejadian sehingga berlakunya kematian serta tembakan terhadap Riduan.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika melakukan lawatan ke atas keluarga mangsa di Unit Forensik Hospital Daerah, Tumpat di
sini malam tadi.

Terdahulu beliau mengunjungi keluarga allahyarham di Kampung Bendang Pak Yong, dekat sini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga
terbabit di atas apa yang berlaku.

Husam seterusnya berharap kerajaan melakukan siasatan secara adil serta tidak melindungi mana-mana pesalah dalam kejadian itu.

“Kita juga kesal bagaimana ianya boleh berlaku sehingga mengakibatkan kematian dengan kesalahan hanya menyeludup beras.

“Seorang lagi mangsa ditembak dua das hanya kerana tindakan ‘hilang sabar’ akibat trauma berhubung kejadian yang menimpa keluarga
mereka,”ujarnya.

Menurut Husam perkara itu (seludup beras) memang salah disisi undang-undang, namun amat tidak wajar mereka dihukum sedemikian.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi setelah mangsa keluar dari rumah untuk meneruskan kerja hariannya sejak sekian lama
dengan berniaga beras.

Bapa mentua mangsa, Shafie Che Tah, 69, ketika ditemui berkata bagaimanapun menantunya itu akhirnya ditangkap polis Unit Pencegah
Penyeludupan (UPP).

“Dia dipukul hingga pengsan dan dipercayai meninggal dunia selepas itu. Anak saudara allahyarham (Riduan) pula mengamuk apabila melihat
sekumpulan UPP datang ke hospital.

“Saya diberitahu dia ditembak dua das dari pihak UPP dalam pergelutan itu,”ujarnya ketika ditemui.

Riduan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu.

4 comments:

Anonymous said...

20 "guni" beras. Really?? 20 guni dalam kancil. Pernah tengok guni beras tak dia orang ni? Maybe 20 of 10kg bags kot.

Grand Marquis said...

Hanya kerana orang tak jawab sumpah dia, maka orang penipu. Itulah standard nilai TB. Kononnya orang yang berfakta, tapi nampak sangat tak de fakta, maka hanya bermodalkan sumpah yang tak de nilai tu, dia nak nafikan tulisan orang.

Tak payah cakap banyak la TB. Tulis dalam profile, kononnya slanting towards facts rather than opinion. Buat malu aje.

TB sampai sekarang tak berani bersumpah yang dia bukan Grand Marquis yang makan babi tu (itu nama yang dia berikan pada diri dia sendiri).

Grand Marquis said...

Anwar tak jawap sumpah Saiful, jadi kalau ikut perkiraan TB, Anwar ni penipu.

Tu la, orang hipokrit ni kita tengok tindakan mereka tak pernah konsisten. Asyik kena balik kat diri sendiri.

The most top said...

When God is about to confer a great responsibility on man, he will first exercises his heart with suffering, his sinews and bones with toil.

He will exposes the man body to hunger, subjects him to extreme poverty. He confounds the man undertakings with setbacks and troubles, therefore to stimulate his heart (or mind) to have patience and toughen his nature in order to supply (or to provide him with benefits despite of) his in competencies.

Meaning no pain no gain.

It's a quote from Mencius (Meng Tzu), a Chinese ancient philosopher.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.