Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, February 16, 2011

Kebebasan Rakyat Lebih Penting dari Syariah - Qardhawi

NOTA EDITOR: Saya tak sabar tunggu respon dari Yusri Mohammad dan ABIM di atas kenyataan Dr Yusuf Qardhawi. Sebelum ini, Yusri telah menunjukkan kepada dunia, bahawa ilmu beliau lebih tinggi dari Sheikh Yusuf Qardhawi dalam isu kalimah Allah. Saya tak sabar nak tunggu Yusri menunjukkan kehandalan ilmu beliau sekali lagi dalam isu ini.

Kebebasan akan membenarkan dakwah Islamiyyah berjalan dengan lebih meluas menyebabkan ramai yang akan kembali pada Islam.

Waktu saya di Mesir, jiran saya adalah pegawai di Kedutaan Indonesia. Pada satu pagi, saya terserempak dengan beliau di lif. Beliau kebetulan sedang pulang dari kantor, manakala saya pula dalam perjalanan ke pejabat.

Saya bertanya beliau dari mana. Beliau kata beliau baru pulang dari kantor. Saya tanya kenapa beliau semalaman di pejabat. Beliau kata pada malam semalam berlaku krisis yang besar di KEdutaan Indonesia di Mesir.

Beliau kata, pelajar-pelajar Indonesia telah menjemput seorang pimpinan Ikhwan untuk berceramah di "Rumah Indonesia". Pihak berkuasa Mesir mengetahui akan ceramah ini, telah menghantar polis Mesir mengepung RUmah Indonesia sedari jam 6 petang. Mereka tidak dapat menyerbu majlis tersebut kerana kawasan Rumah Indonesia ini dianggap sebagai Tanah Indonesia dan bukan Mesir.

Akibatnya, ceramah tersebut terpaksa di batalkan dan semalaman petugas di Kedutaan Indonesia terpaksa melayan protes dari Kementrian Dalam Negeri Mesir.

Begitulah contoh tekanan terhadap gerakan dakwah Islamiyyah di Mesir. Nak buat ceramah pun tidak diizinkan sama sekali.

MAcamana nak "Nahi Mungkar", saya pun tak tau.

Tulang Besi

Kebebasan Rakyat Lebih Penting Dari Tegakkan Syariah.
KL 13 Feb 11: Mempertahankan kebebasan rakyat lebih penting daripada membentuk sistem Syariah (hukum Islam), meskipun kebebasan tetap bahagian dari Syariah. Kata Shaikh Yusuf al-Qardhawi pada Jumaat malam dalam sebuah wawancara dengan jaringan tv Al Jazeera.

Al-Qardhawi, yang merupakan pemikir Islam berpengaruh dan presiden Kesatuan Cendekiawan Muslim Antarabangsa yang sangat rapat dengan Ikhwanul Muslimin, kelompok pembangkang terbesar di Mesir.

Baru-baru ini, beberapa anggota Ikhwan telah cuba meringankan kebimbangan orang ramai, bahawa mereka ingin mendirikan negara Islam dengan menegaskan Ikhwan tidak mengejar kekuasaan, atau menetapkan pemerintahan Islam di Mesir.

Al-Qardhawi juga menekankan tentara perlu melindungi bangsa dan hak-hak rakyat, bukan mengatur negara. Dia menekankan hak protes damai demi kehidupan lebih baik diberikan oleh Islam, dan yang diakui oleh setiap konvensyen hak asasi manusia. Beliau mengucapkan selamat kepada rakyat Mesir dan bangsa Arab dengan kepergian Presiden Hosni Mubarak setelah 18 hari perjuangan revolusioner rakyat Mesir.

Beliau menggambarkan kaum revolusioner muda sebagai warga Mesir terhormat yang telah menjalankan panggilan tugas untuk wujudnya keadilan nasional. Al-Qardhawi menyatakan keyakinannya bahawa Allah telah membantu mereka yang melakukan pengorbanan dalam rangka mewujudkan keadilan.


Beliau menambahkan, "Saya yakin Allah akan membantu para revolusioner. Saya di dalam khotbah Jumaat selalu menyatakan bahawa Allah akan segera membantu pemuda ini , dan memang itulah kenyataan yang terjadi. "

Presiden yang digulingkan bertanggung jawab atas pertumpahan darah, beliau mengatakan bahawa "Allah ingin memberikan penghargaan kemenangan ini kepada orang-orang Mesir" dan mencela dakwaan bahawa rakyat Mesir adalah pelayan dan hamba.


Katanya lagi, Tahrir Square telah menjadi universiti untuk mendidik kebajikan dalam pengorbanan diri, dan menyarankan dataran itu ditukar nama menjadi "Dataran Revolusi 25 Januari." Al-Qardhawi memuji media independen yang berani mengungkapkan fakta-fakta dan mengungkap kebohongan media pemerintah, media yang sengaja menyesatkan informasi.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebenarnya penegakkan Syariat adalah perlaksanaan kebebasan rakyat. Itu yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan-kerajaan yang mengaku Islam. (IH)

TAMBAHAN KOMEN:
Dr Hassan PP said...
Dalam Kitab Maqasid As-Syariah Al-Islamiyyah karangan Syaikh Mohd Tahir Ibni Asyur, beliau menjelaskan bahawa suruhan ALlah SWT terhadap Nabi Musa AS supaya "lawan" Firaun, asasnya adalah kerana Firuan melakukan kerosakan atas muka bumi [kezaliman]. Alasan yang dikemukakan oleh beliau adalah, Nabi Musa datang menyelamatkan kaum Bani Israel dari cengkaman Firaun, bukan kerana kekufuran Firaun, sebaliknya kerana menyelamatkan Bani Israel dari kezaliman Firuan. Ini kerana, Bani Israel tidak mengakui bahawa Firuan itu sebagai tuhan. [Maqasid As-Syariah Al-Islamiyyah : 273]

jelas, bahawa fokus utama dalam dakwah Nabi Musa adalah menjatuhkan kezaliman. Selepas itu, melakukan usaha dakwah, iaitu mengajak manusia kepada Islam. dan lagi, jika kita berhadapan dengan orang zalim, maka kita perlu lawan, tetapi jika berhadapan dengan orang yang tidak zalim, tetapi tidak beragama islam, maka tugas kita adalah dakwah.

ulasan Ibni Asyur ini, amat selari dengan kenyataan Dr Yusuf Al-Qaradhawi seperti di atas
February 14, 2011 11:40 AM


3 comments:

Anonymous said...

The Islamic Nazi Yousuf al-Qardawi is a liar through and through! The so-called people’s revolution in the Mid-East and North Africa right now, have nothing to do with wanting democracy; but was organized by the Nazi-like Muslim Brotherhood to gain power through Islamic coup d’etat. I’m not supporting corrupted dictators but it’s bizarre to support a revolution organized by worst element such as the Nazi-like Muslim Brotherhood. And now, these so-called “poor people of the revolution” are invading Europe as refugees in thousands within the last few days through Italy – if they have toppled the dictators, why are they invading Europe then? And the Arab/Turkish Muslim-controlled Left in the West are welcoming them especially in Germany. Thus, we can see, how the Muslim Brotherhood is organizing for global conquest and their future plan to eliminate Israel and the Jews, and Western civilization eventually. The Muslim Brotherhood was founded by an Islamic Nazi, Hassan al-Banna, still is Nazi-like, with another Islamic Nazi Qatar/Al-Jazeera based top cleric Yousuf al-Qardawi as its spiritual adviser who recently made a call to mass murder the Jews, and we’re supposed to believe these evil Muslim Brotherhood’s lies? The Western Left currently Europe-based beloved ‘enlightened’ Islamic thinker-apologist liar, Tariq Ramadan is the grandson of Hassan Al-Banna, who founded the Muslim Brotherhood in Egypt in 1928, which is even active in diverse guises in Islamic NGOs in the West. See – http://www.shoaheducation.com/muslimnazi.html

The Muslims, The Nazis and the Mufti of Jerusalem
Finalizing the “Final Solution”

“…Al-Banna was a devout admirer of a young Austrian writer named Adolf Hitler. His letters to Hitler were so supportive that when Hitler came to power in the 1930s he had Nazi intelligence make contact with Al-Banna to see if they could work together. Hitler had Al-banna establish a spy network for Nazi Germany throughout Arabia. Al-Banna promised Hitler that when General Rommel’s Nazi tank division arrived in Cairo and Alexandria, the Muslim Brotherhood would ensure all of the British troops would be killed….”

Katharina Sri (ex Noor Aza)

Anonymous said...

If you don't publish my comment- just shows how much you PAS people or Muslim fanatics like Yousuf Qardawi believe in democracy isn't it?! My foot!

Katharina Sri

MENJ said...

TB, please delete the above comments by this liar and apostate "Katharina Sri". She has been exposed here:

http://ibnjuferi.blogspot.com/2009/07/who-is-katharina-sri.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.