Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, February 19, 2011

Kenapa Isu Syiah Tidak Timbul Waktu Shah Iran Memerintah?

Hakikatnya, isu Shiah-Sunni ini ditimbulkan apabila jatuhnya boneka Amerika bernama Shah Reza Pahlavi di Iran. Untuk memastikan pengaruh Revolusi Iran di kengkang dari mempengaruhi umat Islam seluruh dunia, maka pihak Saudi/Wahabbi telah mengambil inisiatif memainkan sentimen Sunni-Shiah yang sudah sekian lama tidak diperkatakan.

Yang ditakuti oleh Amerika dan Barat adalah tersebarnya Revolusi Iran di seluruh dunia umat Islam. Ini kerana rakyat Iran pada tahun 1979 mengambil keputusan untuk menjatuhkan diktator lantikan Amerika bernama Shah Reza Pahlavi.

Shah ini juga telah menjalin hubungan diplomatik dengan Israel serta aktif menyebarkan fahaman sekular dikalangan rakyat Iran.

Maka, rakyat Iran telah bangun dan dalam beberapa siri demonstrasi yang berlansung selama lebih setahun, Shah Iran berjaya ditumbangkan. Diktator kesayangan Amerika ini terpaksa melarikan diri tengah malam dengan menaiki pesawat ke Mesir.

Yang lebih menghairankan Amerika adalah sewaktu berlaku Revolusi Iran 1979 ini, ekonomi IRan sedang membangun dan Iran adalah negara paling maju dalam Timur Tengah. Namun, rakyat Iran tidak rela negara mereka diperkosa oleh boneka Amerika bernama Shah ini dan dengan korban darah yang bukan sedikit, mereka menjatuhkan diktator boneka Amerika bernama Shah.

Kejatuhan Shah Iran amat menggusarkan Amerika pada masa itu. Yang paling utama pada masa itu adalah mengengkang penyebaran semangat dan fahaman Revolusi Iran ini dari merebak ke negara-negara umat Islam yang lain.

Maka, isu Shiah dan Sunni ditimbulkan semula setelah sekian lama tidak kedengaran. Mereka menggunakan boneka mereka yang lagi satu, Arab Saudi, untuk melancarkan kempen membenci Syiah di kalangan negara Arab.

Maka, secara tiba-tiba isu Shiah menjadi hangat diperbincangkan di kalangan umat Islam di negara Sunni. Hasilnya, semangat Revolusi Iran sudah tidak lagi diperbincangkan. Yang menjadi topik hangat adalah betapa sesatnya dan jahatnya fahaman Syiah ini.

Usaha mereka berjaya. Boneka mereka, Arab Saudi, berjaya mengengkang tersebarnya fahaman Revolusi Iran seterusnya menyelamatkan diktator-diktator sekular lantikan Amerika di seluruh dunia Arab dan dunia Islam.

Umat Islam sekali lagi diperbodohkan dengan isu-isu yang kecil dan tidak releven. Isu yang LEBIH BESAR dari REVOLUSI IRAN adalah isu kebebasan umat Islam dari pemerintahan diktator-diktator lantikan Amerika dan Barat di seluruh dunia Islam. Bukan isu perbezaan madhzab Syiah ataupun Sunnah.

Macamlah fahaman Wahabbi anutan Kerajaan Saudi tidak sesat? Kalau mereka tidak sesat, mengapa mereka sanggup menjadi penjilat kepada Amerika dan Israel? Kalau mereka tidak sesat, apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Saudi sewaktu umat Islam dibantai dan dibunuh dengan kejam di Gaza?

Kalau Saudi benar-benar ikhlas mahu memperjuangkan Sunni, mengapa Arab Saudi menyokong Amerika dalam menjatuhkan Saddam sehingga tertubuhnya sebuah kerajaan Syiah yang baru di Iraq?

Janganlah kita tertipu dengan fahaman-fahaman sesat kaum Wahabbi dari Arab Saudi ini. Mereka ini tidak lain dan tidak bukan semata-mata "pelacur" kepada Amerika dan Israel.

Di Bahrain sekarang ini isu Shiah-Sunni sedang dinaikkan semula. Sedangkan kebangkitan rakyat Bahrain adalah di atas bosannya rakyat Bahrain terhadap sikap Raja Bahrain yang sentiasa tunduk kepada kehendak Amerika dan kuasa Barat. Juga, mereka bosan dengan korupsi dan salah guna kuasa keluarga Khalifah di Bahrain. Tiada kena mengena dengsan madhab Syiah mahupun Sunni.

bagi saya, lebih baik Shiah yang adil berbanding pemerintahan Sunni yang kuat menipu dan menjadi boneka kepada Amerika dan kuasa Barat.

Wallahualam bissawab.

Tulang Besi

ps di Malaysia, kempen membenteras Syiah ni dilakukan kerana mahu memburukkan PAS. Kalau sesat, kenapa tak tangkap pemimpin2 UMNO yang menghalalkan judi dan arak.

8 comments:

Anonymous said...

He he he! Tanpa sedar kamu bercakap pasal Anwar juga.
Boneka amerika, kawan baik wolfowitz, mallot & al gore .
Yang kononnya nak jadi PM melalui reformasi basi.

Kalau dia jadi PM, aku setuju dengan hang, dia akan dijatuhkan melalui revolusi menentang boneka amerika.

Keh!keh!keh!

Bijak betul TB ni!

Anonymous said...

Sokong TB, umat islam drp dulu sampai sekarang, mungkin sampai kiamat asik kena tipu dgn yahudi laknatullah, sebabnya umat islam sekarang bertaklid main ikut2 tanpa ada ilmu, suruh belajo agama tak mau konon mcm tau tapi bangang sampai solat pun tak betul mcm mana Allah nak tolong, bodoh mcm taik!

Budget ICT Solution said...

Kalau sesat, kenapa tak tangkap pemimpin2 UMNO yang menghalalkan judi dan arak.

Hehehe...yg tukang tangkap pun same2 tersesat mcm mana........

Anonymous said...

Salam tuan haji TB..

Ternyata anda sudah membebaskan pengaruh mazhab dalam minda anda.

Tahniah haji TB,
Teruskan penulisan tuan,gempurkan boneka Amerika dan sekutunya zionist/Apco.

Sejak dulu saya perkatakan sunni dan syiah adalah saudara yang tidak dapat dipisahkan.

Dimana ada hujan disitu ada rumput, walau ada pembenci syiah itu adalah manusia yang tidak mahu menggunakan akal dari kurniaan Allah.

Wahdah Islamiah akan menghumban zionist dan sekutunya diseluruh dunia.

Man Kg Nawa.

Anonymous said...

Salam.

Kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut kebenaran di sebalik syiah, anda dijemput menghadiri ceramah eksklusif "BAHAYA SYIAH"....

..anjuran ISMA DHL & Pembina Cawangan Bangi dengan kerjasama dan sokongan Kelab Kebajikan dan Sosial Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM (KESUTRA) dan Fikrahislam.com.

Berikut adalah butir-butir mengenai ceramah ini:

Tarikh: 28 Mei 2011 (sabtu)
Masa: 9 pagi - 12 tengahari
Tempat: Dewan Pusat Pengurusan Penyelidikan & Instrumentasi (CRIM),UKM, Bangi.
Penceramah: Ust. Mohamad Bin Ismail (Berpengetahuan luas mengenai Syiah)
Yuran: Pelajar RM5 dan Bukan Pelajar RM10
Kapasiti : 100 orang sahaja

Di dalam sesi soal jawab, anda boleh ajukan sebarang soalan mengenai Syiah...

Untuk maklumat lanjut,

Anda juga boleh melayari:
http://ismadhl.com/jemputan-ke-ceramah-bahaya-syiah/
http://www.fikrahislam.com/event/jemputan-ke-ceramah-bahaya-syiah/
http://joomlahusrah.blogspot.com/

Anonymous said...

SYIAH =PAS =SESAT..Ia melibatkan akidah..menghina sahabat rsulullah serta aisyah..boleh kawin mutah dan banyak lagi kepincangan yang aku tak boleh terima..jumhur ulama malaysia pun dah sepakat kata syiah sesat.. Kalau korang yang bukan ulama dah pandai sangat ke? Ingat bila dah sesat amalan anda tidak diterima Allah

Anonymous said...

salam semua. di sini saya ingin memberi pendapat saya bahawa kerajaan BN sekarang memang tidak menjalankan sepenuhnya apa yg dikehendaki alquran dan sunnah, menyokong kerajaan BN bakal mendapat 3 pingat iaitu kafir,zalim dan fasiq ( rujuk alquran ), namun begitu sebagai fahaman sunni saya tetap menolak perjuangan syiah yang didapati amat sesat dalam soal aqidah dsb. apapun revolusi yg dibawa iran semuanya ada kaitan dengan perancangan yahudi. YAHUDI=SYIAH=AMERIKA=DAJJAL. saya tidak menuduh melulu.ini boleh dibuktikan dengan jelas tentang asal usul syiah. Bagi PARTI PAS kalau mahu menang perlu buang semua pemimpin PAS yang berfahaman syiah kalau ada.

Anonymous said...

perjuangan BN memang tidak berlandaskan ISLAM sepenuhnya. meletakkan undang-undang manusia lebih tinggi drp undang2 ALLAH boleh membawa kufur sekaligus menjadi kafir. syiah juga sesat pada pandangan saya kerana dengan terang mereka menghalalkan darah sunni, mengkafir 3 sahabat besar rasulullah, menuduh AISYAH berzina dan diazabkan oleh allah, bersekongkol menjatuhkan iraq,taliban,mesir,libya dan menyokong syiria yg membunuh ramai sunni. Islam tidak mengajar sedemikian. oleh itu apa saja revolusi yg dibawa mereka, tetap sesat pada agama ALLAH. org yahudi di ASFAHAN( Iran ) bersenang lenang dijaga oleh syiah, kalau PAS inginkan kemenangan maka seandainya ada pemimpin PAS berfahaman syiah hendaklah disingkirkan, kalau tidak tiada pertolongan dari ALLAH. SYIAH=YAHUDI=AMERIKA=DAJJAL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.