Maklumat dalaman yang saya dapat adalah, sewaktu Racep Tayyib Erdogan berziarah kepada pemimpin2 Arab merayu mereka bertindak, ada diantara mereka secara jelas menolak. Alasan mereka adalah mereka tidak mahu HAMAS terus berkuasa di Gazzah yang seterusnya akan mempengaruhi rakyat-rakyat mereka untuk menukar kerajaan.
Dengan kata lain, di atas ketakutan dan kerisauan mereka berlakunya pertukaran kerajaan secara demokrasi, maka pemimpin-pemimpin umat Islam memilih untuk berpeluk tubuh. Dan di dalam kasus Mesir, turut membantu Israel membunuh umat Islam Gazzah yang tidak berdosa itu.
Namun, umat Islam seluruh dunia tidak rela hanya duduk dan berpeluk tubuh. Seluruh dunia Islam telah mengambil keputusan untuk membaca Qunut Nazilah di dalam solat mereka termasuk solat Jumaat.
BERBILLION umat Islam membaca Qunut Nazilah di dalam solat waktu dan solat Jumaat di mana diungkapkan bacaan seperti "jahanamkan mereka" dan "kalahkan mereka" dan "menangkan kami ke atas mereka".
Tidak disangka rupanya, doa yang ditujukan kepada bala tentera "Ahzab" (Yahudi dan Amerika) itu rupanya tertuju kepada pemimpin-pemimpin umat Islam yang memilih untuk bekerjasama dengan musuh Allah (Yahudi) di dalam membantai dan memnyembelih umat Islam di Gazzah.
Persubahatan Mubarak dengan Yahudi telah dibalas secara "cash" oleh Allah SWT dengan kejatuhan Mubarak yang sebegitu hina. Dan sekarang ini, Raja Bahrain, Qaddaffi, Yemen dan lain-lain menghadapi kebangkitan yang sangat besar.
Pengajaran dari kebangkitan TImur Tengah adalah:
Jangan sekali kali kita ingat doa kita tidak didengar oleh Allah SWT.
Apabila kita sudah tiada upaya dan kekuatan, gunakan doa kita sebaik-baiknya. Nabi SAW juga mengajar kita doa adalah senjata yang cukup ampuh di dalam membina kesabara. Sebelum kita hendak marah, baiklah kita berdoa dahulu. Hasilnya, kita tidak akan tersalah langkah.
Masih tergiang-giang di telinga saya doa Tok Guru Nik Aziz sewaktu peristiwa Memali. Doa yang sehingga hari ini menaikkan bulu roma saya apabila diingati kembali.
Kita lihat di hadapan mata kita, betapa UMNO pecah dan koyak rabak hasil dari doa orang-orang yang tidak berdosa.
Sebenarnya Qunut Nazilah telah diajar kepada saya oleh kepimpinan PAS ekoran pembunuhan kejam di Memali. Di situlah saya belajar berkenaan Qunut Nazilah.
Seharusnya kita semua harus tunduk dan sujud kepada Allah SWT apabila melihat peristiwa di Timur Tengah sekarang ini. Ia jelas bukti kekuasaan Allah SWT yang telah memakbulkan QUnut2 Nazilah yang kita baca sewaktu peristiwa penyembelihan umat Islam Gazzah
Tulang Besi
ps Yang herannya, jeneral-jeneral Turki yang SEKULAR dan minum arak itu sendiri tidak sanggup melihat umat Islam di Gazzah disembelih seperti lembu. Pemimpin-pemimpun umat Islam pula boleh bersyukur peristiwa tersebut berlaku.
Sedangkan umat Islam Gazzah itu bukan sama bangsa atau bahasa dengan jeneral-jeneral Turki tersebut.
Ada benarnya komen TB ni.Kejatuhan balak domino nampak belum berhenti.Malangnya dalam PAS ada pemimpin yang baca Qunut Nazilah separuh hati,sebab separuh hati lagi masih nak tidur sebantal dengan UMNO.Puak UG ni hidup pura-pura membohongi ahli-ahli PAS dan ada jugak sudah kaya dapat projek-projek dari UMNO.Puak-puak inilah yang kerap menagih wala dari ahli-ahli.
ReplyDeleteasyik mencermin orang lain hingga lupa kudis pada diri sendiri
ReplyDelete