Sudahlah hak mereka ditekan, makanan semakin mahal, pendapatan mereka tidak pernah naik, masa depan mereka semakin pudar dan malap.
Namun, pada hari ini, kelibat-kelibat ini sudah tidak sanggup lagi diperlakukan sesuka hati oleh Mubarak dan SB beliau.
Mereka mengambil keputusan untuk MENGUBAH masa depan mereka serta masa depan anak-anak mereka.
Mereka mengambil keputusan untuk membuang unsur jahat di dalam kehidupan mereka yang selama ini menjadi batu penghalang kepada kehidupan yang lebih baik bagi mereka dan anak cucu mereka.
Mereka sudah tidak sanggup lagi melihat kekayaan Mesir dipergunakan oleh Mubarak berserta kroni-kroni mereka untuk mengkayakan diri-diri mereka. PAda waktu yang sama, mereka dan anak-anak mereka kebuluran dan ditekan kemiskinan yang sangat dahsyat.
Mereka mengambil keputusan untuk turun ke padang Tahrir yang menjatuhkan regim Mubarak serta membina sebuah kerajaan baru yang ikhlas mahu membantu rakyat. Mereka tidak sanggup lagi melihat anak-anak perempuan mereka terpaksa melacur semata-mata mahu membeli sekeping roti.
Mereka sudah tidak sanggup lagi terperangkap di dalam perangkap kemisikinan dan kefakiran.
Mereka menegaskan kekayaan Mesir adalah untuk rakyat Mesir, bukan untuk kroni.
Air mata Tulang Besi tidak dapat ditahan apabila melihat muzik video ini.
No comments:
Post a Comment