Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, February 1, 2011

Malaysia tidak Bantu Rakyat Malaysia Keluar Mesir. Indonesia Hantar Sebuah C-130




KOMPAS melaporkan Indonesia telah menghantar lima buah pesawat C-130 (lihat gambar) bagi menyelamatkan warga Indonesia yang dianggarkan seramai 6000 orang di Mesir. Warga-warga Indonesia ini kemudiannya dihantar ke negeri-negeri Arab yang berdekatan seperti Dubai dan Kuwait supaya mereka boleh pulang ke Jakarta dengan pesawat-pesawat komersial biasa.

Soalan saya adalah: Apa yang Malaysia hantar ke Mesir bagi menyelamatkan warga Malaysia yang dianggarkan dalam 11000+ jiwa?

Seorang rakyat Malaysia yang sekarang ini berada di Mesir menghantar email kepada inbox saya. Beliau berkata beliau sedang berusaha sendiri membeli tiket kapalterbang untuk keluar dari Mesir. Sepertinya rakyat Malaysia di Mesir tiada tempat untuk bernaung dan terkonteng-konteng bersendirian menyelamatkan diri mereka.

Kalau mengikut kawan saya ini:

"kerajaan kata siapa nak keluar kena effort sendiri, including mara. ramai belum dapat tiket unutk keluar within 4 days."


Jelas, kerajaan Malaysia tidak mahu membantu rakyat Malaysia keluar dari Mesir. Sedangkan Tentera Udara Malaysia pun ada C-130.

Indonesia Boleh!!! Malaysia..........tak tau la


Salam,

Kepada semua yang ada kenalan di egypt, adik di sana tadi inform, najib announce agypt bagi masa 4 hari unutk rakyat malaysia keluar dari kuwait, lepas 4 hari stop untuk flight keluar.

Saya baru dapatkan tiket unutk adik dari alexandria, gulf air unutk esok, last seat, qatar airways tinggal 2 seat lagi (sejam lepas).

flight ke dubai penuh. sesiapa yang nak keluar dari wgypt especially dari alexandria, filght ke kuwait sti...ll banyak kosong, jazeera airways & kuwait airways.

internet di block, sms block, call sahaje boleh, atm tutup dari jumaat, catuan makan start dari jumaat. perintah berkurung 2pm-8am.

beli tiket flight lepas tu bagi no flight pakai call. kerajaan kata siapa nak keluar kena effort sendiri, including mara. ramai belum dapat tiket unutk keluar within 4 days.

Travel agent kata Britidh airways still ada flight dari alexandri unutk sekarang. Kalau ikut travel agent inform, kuwait akan akan terus ada flight ke egypt sebab ramai srudent kuwait di mseir, orang mesir pun ramai di kuwait, tapi tak tahu la sampai bile.


BR,



Tulang Besi

ps untuk pengetahuan saudara/ri sekelian, email di atas menyatakan ada pesawat yang terbang dari Alexandria. Jarak dari Kaherah ke Alexandria adalah 2 jam perjalanan dengan kereta. Dalam keadaan yang tidak stabil sekarang, kita boleh kena rompak atau kena bunuh kalau naik kereta ke Alexandria dari Kaherah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.