Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, February 1, 2011

"Musuh Mesir adalah Mubarak, Bukan Orang Kristian"

Begitulah kata-kata Tulang Besi kepada seorang kawan Tulang Besi yang beragama Kristian Koptik sewaktu Tulang Besi bekerja di Mesir 3 tahun lepas.

Kawan Tulang Besi itu bernama Bassam yang beragama Kristian Koptik. Saya memberitahu beliau bahawa orang Kristian Mesir sudah hidup sebelah menyebelah dengan orang Islam sejak 1500 tahun yang lepas. Sepanjang masa itu, tiada pernah berlaku apa-apa masalaah antara Islam dan Kristian.

Begitu harmoninya Kristian Koptik Mesir sehingga:

1.0 Penganut Koptik Kristian Mesir tidak mengerjakan "Haji" mereka selagi Baitul Maqdis dibawah penguasaan Yahudi dan Zionis.

2.0 Mereka menggunakan kalimah Allah dalam upacara ibadah mereka tanpa ada SATU FATWA dari Al Azhar mengharamkannya

3.0 Kristian Koptik Mesir bersembahyang pada hari Jumaat berbanding Kristian lain yang bersembahyang pada hari Ahad.

4.0 Upacara-upacara keagamaan Kristian Koptik adalah dalam bahasa Arab, bukan Latin

5.0 Lelaki Islam Mesir bebas berkahwin dengan perempuan Kristian Koptik tanpa perempuan tersebut menukar agama mereka. Pada hari Jumaat, suami pergi masjid, isteri pergi gereja. Sehingga ada ulama Al Azhar pun berkahwin dengan perempuan Kristian Koptik.

6.0 Mereka tinggal sebelah menyebelah dan berjiran selama bertahun-tahun lamanya.

dan banyak lagi.

Bagi saya, adalah tidak bijak bagi orang Islam Mesir bermusuh dengan orang Kristian kerana kesusahan yang dihadapi oleh rakyat Mesir angkara Mubarak adalah dirasai oleh semua, tidak kira agama. Kezaliman Mubarak dirasai oleh semua rakyat Mesir tidak kira agama.

Maka, saya tambah lagi, Kristian dan Islam di Mesir wajib menumbangkan Mubarak dan membina sebuah masyarakat yang harmoni dan terjamin untuk masa depan mereka.

Kebetulan kami berborak sambil makan malam di Restoran Ghad. Kami turun ke bawah, dan terserempak dengan seorang "makcik" yang memakai tudung sedang duduk di kaki lima kedai tersebut. Kebetulan masa itu musim sejuk, makcik tersebut memakai selimut untuk memanaskan badan beliau.

Rupanya makcik tersebut tinggal di kaki lima dan mencari rezeki dengan meminta sedekah. Hati saya terus "jatuh" dan hiba melihat nasib makcik tersebut.

Saya dan Bassam terus mengeluarkan 5 geneh dan memberi makcik tersebut. Ertinya 3 tahun dahulu, orang-orang tua di Mesir sudah mulai tinggal di kaki-kaki lima di dalam kesejukan padang pasir Mesir.

Saya terus berkata kepada Bassam, dalam masa 2 atau tiga tahun lagi, akan berlaku satu revolusi besar-besaran di Mesir ini. Kalau orang-orang tua Mesir merempat di tepi-tepi jalan meminta sedekah untuk hidup, ertinya kezaliman di Mesir sudah terlampau meluas.

Terbukti tebakan saya itu benar, alhamdulillah.

Tulang Besi



4 comments:

Anonymous said...

Force Universal or Individual
by Sri Aurobindo

It is not clear whether our contemporary recognises any personality
in its Universal God or only recognises Him in all
movements as natural Law. We hold that He manifests Himself
in particulars not as Law, which is only a generalisation of
the methods by which He acts, but as Shakti working for the
Purusha. He puts Himself as force, energy, motive-power into
every particular. It is perfectly true that every particular contains
Him, but there are differences in the force of His manifestation.
This is obvious in individuals. The strength of every particular
individual is the strength of God and not his own, because every
particular strength is merely a part of the universal force and
it is really the universal force and not the individual strength
that is acting. But in living beings, when consciousness has become
separate, the individual is allowed to suppose himself to
be strong in his own strength. He is not really so. God gave the
strength andHe can take it away.He gave it power to act and He
can baffle its action of the fruits the individual sought and turn
it to quite other results. This is so common an experience that
we do not see how any man with the power of introspection
can deny it. Only at ordinary times, when things seem to be

Anonymous said...

moving according to our calculations,we forget it, but on certain
occasions He manifests Himself with such force either in events
or in our own actions that unless we are blinded by egoism or
by infatuation we are compelled to perceive the universality of
the force that is acting and the insignificance of the individual.
So also there are particular movements in particular epochs in
which the Divine Forcemanifests itself with supreme power shattering
all human calculations, making a mock of the prudence of
the careful statesman and the scheming politician, falsifying the
prognostications of the scientific analyser and advancing with a
vehemence and velocity which is obviously the manifestation of
a higher than human force. The intellectual man afterwards tries
to trace the reasons for the movement and lay bare the forces
that made it possible, but at the time he is utterly at fault, his
wisdom is falsified at every step and his science serves him not.
These are the times when we say God is in the movement, He is
its leader and it must fulfil itself however impossible it may be
for man to see the means by which it will succeed.

Anonymous said...

"When a movement for independence begins with diplomacy and Machiavellianism, it is doomed to failure as the Carbonari movement failed in Italy. God is not with it. It does not rely on the eternal principles of truth and virtue, but on the finite strength of human intellect and human means and to that finite strength God leaves it. When that strength comes to its

Page-722

limits, there is nothing left, and failure is final. But when a movement takes its stand on truth and justice, then it appeals to God Himself and He will see to it that the trust reposed in Him is not falsified. Failures may come but they will be only fresh incentives to purer and nobler effort. An immortal power will stand behind the movement and death will be afraid to come near it. Its leaders may be snatched away by the hand of death, hurried into exile or imprisonment, given to the hand of the executioner, but fresh leaders will arise. Its means may change from time to time, it may pass through ever-new phases and sometimes men may fail to recognise it as the same old movement, but God is within it always as its eternal and undying Self and it lasts till it receives its consummation."
Excerpt frm Sri Aurobindo tribute to Egypts Great nationalist leader Mustafa Kamil Pasha

Anonymous said...

musuh malaysia pula adalah PAS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.