Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, February 13, 2011

Ops Piramid pincang - Keluhan Pelajar2 yang Dievekuasi dari Mesir

NOTA EDITOR: Tulang Besi dah dapat rasa perkara seperti ini akan berlaku. Sudahlah respon lambat, lepas tu kelam kabut. Baca dan buat penilaian sendiri.




Ops Piramid Pincang
Terlebih dahulu saya, sebagai pemerhati yang mewakili Kelab Malaysia Jeddah (KMJ), Malaysian Business Council (MBC), Kelab Malaysia Yanbo’, Kelab IDB & Panda mengucap terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dalam usaha penghantaran pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir transit ke Jeddah dan seterusnya kembali ke tanahair. Usaha ini amat baik dan perlu diteruskan lagi.

Segala perancangan yang dibuat sangat bagus tetapi perlu dipantau oleh pihak-pihak tertentu kerana didapati banyak perkara yang pincang telah berlaku di Sekretariat Ops Piramid yang berpusat di Markaz Madinatul Hujajj, Tabung Haji. Didapati seolah-olah tidak ada korodinasi semasa pegawai-pegawai yang bertugas yang terdiri dari Pak Duta, Pak Kongen Jeddah, Pak Kongen Dubai, Konsul Haji dan beberapa pegawai kanan dari Wisma Putra dan Tabung Haji.Difaham mesyuarat begitu kerap diadakan tetapi tidak ada timbalbalas dan keseragaman. Antara yang ketara adalah dari segi pengurusan yang tidak efisyen dan keseragaman dan komited seperti contoh-contoh di bawah:

KELEMAHAN PENGURUSAN PENDAFTARAN

Daftar senarai pelajar tidak mengikut tarikh ketibaan (kerana difahamkan visa yang diberikan adalah ‘emergency evacuation visa’ bagi tempoh 1 minggu sahaja);

Daftar senarai pelajar yang disediakan bercampur tarikh ketibaan dan tidak dibuat penyisihan maka sukar untuk mengenalpasti pelajar mana yang sampai dulu dan kemudian lantaran ini mengakibat penghantaran balik pelajar tidak teratur dan berjadual;

Daftar senarai pelajar hanya dibuat pada hari pertama dan kedua sahaja tetapi hari berikutnya tidak ada daftar senarai daftar pelajar dibuat;

Pelajar yang datang dahulu sehingga kini masih belum balik tetapi pelajar yang baru sampai sehari dua sudah balik;

Ini menunjukkan pengurusan pentadbiran oleh MKN, Pak Duta, Pak Kongen Jeddah dan Dubai tidak efisyen;

Didapati ada sesetengah pelajar yang terdiri daripada anak-anak ‘Dato’ atau ‘VIP’ diberikan keutamaan dalam penghantaran balik. Difahamkan senarai penghantaran balik diurus kendalikan oleh Pak Duta dan Pak-Pak Kongen sahaja dan mereka inilah yang menuntukan anak Dato atau VIP yang akan dihantar balik dulu terutamanya yang ada kaitan dengan wisma putra atau kaum kerabat mereka;

Disebabkan daftar senarai pelajar tidak ada maka didapati banyak pelajaran aliran pengajian Islam telah berjaya membolos keluar dari Madinatul Hujajj pada hari pertama mereka sampai. Pelajar-pelajar ini telah mengambil kesempatan mengerjakan umrah dan tinggal dirumah sanak saudara atau rakan pelajar-pelajar mereka dari Universiti Umm Qurra, Makkah;

Sebahagian pelajar yang telah selesai mengerjakan Umrah telah balik secara persendirian ke Malaysia tanpa melalui secretariat kerana mereka mengetahui daftar senarai pelajar tidak ada;

Sebahagian besar pelajar masih lagi berada di Bukit Ajyad, Makkah menumpang di rumah saudara atau pelajar-pelajar Malaysia (dari Universiti Umm Qurra, Makkah) dan bilangannya lebih kurang 100 orang;

Dimaklumkan sebanyak 100 pelajar yang menghadapi masalah dimana visa mereka telah tamat sahlaku dan ini menimbulkan satu masalah lagi;

KEGAGALAN PENGURUSAN PENGHANTARAN BALIK

Urusan ticketing diuruskan oleh pihak Tabung Haji sepenuhnya dan didapati banyak kelemahan dari segi pengurusan;

Pelajar-pelajar tidak dimaklumkan lebih awal tarikh dan masa mereka akan balik, berkumpul untuk menaiki bas dan bertolak ke lapangan terbang. Maklumat terperinci seperti jenis pesawat (MAS/Charlie/Air Asia/Singapore Airlines/Royal Brunei/ Garuda/ Saudia Airlines/) No.Pesawat, destinasi, waktu bertolak/ketibaan, samada transit tidak diberitahu langsung. Pelajar-pelajar ini dibuat seperti menghalau anak kambing masuk ke reban bila tiba waktu senja. Mereka tidak boleh bertanya langsung dan akan dimarah oleh pegawai yang membuat ticketing. Arahan naik bas dan terus kelapangan terbang;

Jadual penerbangan terlalu sukar untuk diperolehi, dimana apabila ibubapa bertanya pihak secretariat mereka beritahu mereka tidak tahu kerana pihak ticketing Tabung Haji tidak berikan maklumat. Ini menunjukkan bahawa tidak ada kerjasama atau kordinasi di antara pihak sekreatriat dan Tabung Haji;

Ahli keluarga yang membuat panggilan bertanya mengenai status anak mereka tidak dilayan dimana ‘pegawai-pegawai khas’ atau ‘jurucakap khas’ ini tidak menjawap panggilan telefon dan panggilan ‘didivertkan’ kepada pegawai lain yang tidak berkenaan;

‘Bosses” yang bertugas tidak akan menjawab panggilan telefon dari ibubapa dan panggilan ini akan diarahkan kakitangan bawahan menjawab;

Semua maklumat terlalu sukar untuk diperolehi dan banyak sangat ‘red tape’ dan hanya ‘bos’ tertentu yang boleh mengeluarkan informasi yang diminta tetapi bos-bos ini sukar pulak untuk dihubungi melalui telefon;

Didapati ada beberapa pegawai dari Kementerian Pelajaran dan MARA yang ada di markaz ini tetapi tidak ada satu program yang disusun bagi pelajar-pelajar ini untuk mengelak kebosan mereka;

Maka markaz ini boleh diumpamakan macam pusat serenti;

Pelajar perempuan dan lelaki bebas bergaul tanpa batasan dan boleh duduk berdua-dua waktu malam tanpa ada kawalan atau penguatkuasaan,

Pihak KMJ dan MBC mahu membuat taskirah tidak dibenarkan;

Banyak pelajar pengajian Islam dari Universiti Al Azhar dan Tanta yang mahu menganjurkan kuliah agama dan tazkirah tetapi tidak dibenarkan atas alasan takut ada propaganda politik;

Terlalu banyak pegawai yang berada dalam bilik operasi dan bermesyuarat setiap hari tetapi tidak tahu apa keputusan dan kesudahannya;

Seharus Pak Duta dan Pak-Pak Kongen bertugas di bilik operasi ini 24 jam tetapi dukacitanya ada dikalangan mereka yang masuk ke Bilik Operasi jam 11 pagi atau 12 tengahari. Disebelah malam setakat jam 8 malam sahaja dan sudah balik ke rumah.

Program yang paling sibuk mereka sediakan adalah program untuk mengerjakan Umrah oleh Dato’ MKN. Yang pastinya Pak Kongen Jeddah yang menjadi KETUA menyediakannya dan turut sama sebagai pengiring. Masalah pelajar tidak selesai mereka sudah 3 atau 4 kali mengerjakan umrah. Kepentingan pelajar diketepikan dan kepentingan sendiri diutamakan. Malahan Pak Kongen Jeddah siap mengadakan majlis makan malam dirumahnya untuk Dato’ MKN dan ‘Pegawai-Pegawai Khas’ Bilik Operasi. Ini bertujuan untuk bodek dan mengampu.

Pak Duta, Pak Kongen, Konsul Haji/Naib Konsul Haji sibuk menajga Dato’ MKN dan ditatang dan diusung ke hulu ke hilir dengan penuh tanggungjawab. Pak Duta dan Pak Kongen Jeddah yang nampak paling terover sebab mereka ini dah terlebih tempoh untuk balik ke Malaysia tetapi masing-masing mencari kable untuk kekal sebagai Duta atau bagi Pak Kongen pulak dapat dilantik sebagai Duta. Maka masing-masing pasang pukat untuk mendapat hasil. Tugas mereka bukan membantu pelajar tetapi menjaga Dato’ MKN pulak.

Kesimpulannya, kami sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dari Kelab Malaysia Jeddah, MBC, IDB dan Panda yang saban malam berada di Madinatul Hujajj memberikan sumbangan material, wang ringgit dan moral kepada pelajar-pelajar ini mengucapkan terima kasih kepada PM atas usaha murni beliau tetapi dukacitanya pelaksanaan diperingkat bawahan kucar-kacir dan boleh memboleh memburuk dan mencalar Negara.

Dengan paparan ini diharap semua rakyat Malaysia mengetahui keadaan sebenar berlaku di Pusat Operasi Piramid Madinatul Hujajj, Jeddah. Ops Piramid berakhir pada hari ini, 13 Februari 2011.

Sekian, terima kasih.

ABDUL FATAH ABDUL KARIM

Mewakili KMJ, MBC, IBD dan PANDA



20 comments:

Anonymous said...

kalau yang buruk yang kita tengok, buruklah yang nampak. Tapi kalau yang baik dan elok yang kita tengok, tentu yag baik jugak yg kita nampak...

Tak payahlah nak mengwarkan benda yg kecil..yang penting semuanya selamat dan dapat kembali ke Malaysia. Benda yg sepatutnya diajar ialah bersyukur...

Anonymous said...

No point for me to read thru this blog...

I'm not interested with politic and I'm not belong to any political party.

A person who write the complaint is a person who do not know the meaning of "bershukur & berterima kasih". Don't be so "bongkak" and "bodoh sombong". Don't waste a tax-payer money if you just know how to complain !!! You should feel lucky that the government help you within very short period of time.

Wake-up !!! Face the fact !!!

dino.yp@gmail.com said...

siapa lagi nak percaya cakap kau!

Anonymous said...

Balik ke Malaysia satu hal, esok nak balik kembali ke Mesir untuk sambung belajar satu hal lagi. Harap pada kerajaan BN tanpa desakan dari pembangkang, blogger dan rakyat jawabnya hampa semua balik Mesir tumpang naik kapal koreklah jawabnya. Itupun kalau kapal tu boleh belayarlah.

Grand Marquis said...

Berhari-hari TB mencari-cari peluang, tapi tak muncul-muncul. Operasi piramid benar-benar memalukan pembangkang kerana nyata, pembangkang ni hanya tin kosong yang cakap lebih tapi tak buat apa-apa.

Akhirnya peluang TB datang dengan terjumpanya surat ini. Mungkin TB dah boleh tidur malam sebab akhirnya dia dapat juga timbulkan fitnah.

Peristiwa di Mesir sebenarnya memberi banyak pengajaran kepada rakyat Malaysia, terutama tentang sikap mereka yang ditarbiah oleh parti Islam pembangkang. Sesungguhnya sikap mereka ini amat jelek dan memalukan. Sedangkan binatang pun tahu berterima kasih pada yang menolongnya, tapi malangnya orang orang ditarbiah oleh sebuah parti politik Islam mempunyai sikap yang sebaliknya.

Fikirkanlah.

Zack UK said...

patut awai2 lagi puak2 ni lembaq ke laut..senang. Balik pun menyusahkan pembayaq cukai aja...

Anonymous said...

Mereka ini terolong dari golongan yg tidak pernah bersyukur..sepatutnya mereka terus berterima kasih kpd kerajaan msia BN dan PM atas keprihatinan...bila namnya emergency evacuation...jgnkah harap pd layanan vip, tersusun dan terbaik...ianya semua berlaku dlm adhoc...yg penting akhirnya anda selamat...nak harapkan kerajaan kelantan atau kedah hantar pesawat sendiri kelantan airline chop bulan mungkin sampai kiamat pun tak sampai kot...Belajarlah jadi hamba yg bersyukur dan jadi manusia yg tahu berterima kasih....minda yg semacam inilah yg banyak dlm pas....

Anonymous said...

Operasi Piramid ialah satu kejayaan Hanruh (Pertahanan Menyeluruh - Total Defence) untuk Malaysia, membawa musuh, penyokong musuh dan musuh berpotensi keluar dari kawasan musuh

1. Sekatan tazkirah
2. Tiada sekatan pergaulan
3. Sebahagian pelajar sukar kembali ke Mesir dan sebagainya

Anonymous said...

Kerajaan Malaysia dah berjaya bawa balik semua rakyat dan pelajar Malaysia di Mesir. Bukan perkara mudah. Berapa ramai rakyat kita di sana. Nak komplen memang senang, tapi nak buat susah.

Kau tak pernah tanya ke berapa ramai pegawai & kakitangan kerajaan tak balik malam kerja Ops Piramid ni? Ko tak pikir ke betapa letih kerja tak tido malam? Ko tak pikirke berapa banyak duit kerajaan habis buat ops ni? Pakatan buat apa?

Komplen manjang. Cakap pandai. Semua benda nak dipolitikan. Kalau teguran aku tak kisah, kita bole belajar. Ni kerja PEMBANGKANG KOMPLEN SAJA!

Anonymous said...

Kenapa tak join rakyat Mesir sekali buat demo. Karang kena balik Mesir sekali lagi. Buang duit betul. Rm 50 juta tu sapa nak bayor??

Kehidupan Makkah said...

Salam... setahu saya pelajar Ummu Qura tak ada kerana mereka semua balek bercuti ke Malaysia...

Anonymous said...

Kalau balik Mesir nanti, korang tumpanglah kapal selam TLDM Najib tu pi Mesir. Jangan nak memandai mintak sponser kerajaan. Banyak dah kerajaan perhabis duit untuk korang. Tanya diri sendiri, apa pengorbanan korang untuk kerajaan. karang dah habis belajoq liat pulak nak berkhidmat di negara sendiri.

Anonymous said...

Kalau nak cerita bab bersyukur dan berterima kasih... hari-hari kita kena sebut perkataan itu dihadapan wakil rakyat Barisan Nasional di Malaysia yang kononnya memberi makan minum kepada rakyat yang harganya selalu meningkat adalah kerajaan Barisan Nasional. Dan yang membuat pembangunan runtuh pun kerajaan Barisan Nasional.

Perkataan itu yang selalu diungkit oleh pemimpin politik Barisan Nasional. Kata mereka kalau tiada kerajaan Barisan Nasional rakyat akan mati kebulur kerana tiada subsidi makanan. Rakyat Malaysia akan duduk dalam hutan kerana tiada pembangunan.

Dalam hal ops piramid itu tidak timbul parti pembangkang atau parti kerajaan. Pekara pokok yang perlu diselesaikan adalah nyawa rakyat Malaysia mesti diselamatkan segera oleh kerajaan Malaysia.

Sepatutnya pihak kedutaan di Mesir sudah membuat pemantauan secara detail tentang perkembangan semasa bagi menjadualkan kerja-kerja kecemasan bagi memindahkan rakyat Malaysia jika berlaku kekecuhan melibatkan demostrasi guling Hosni Mubarak.

Semua orang tahu bahawa rusuhan itu bukannya terjadi secara tiba-tiba tetapi ianya telah terjadi sekian lama seperti api dalam sekam. Sama seperti yang dirasai oleh rakyat diMalaysia

Tapi malangnya kerajaan telah menggajikan orang yang hipokrit melaksanakan tugas disana. Disebabkan sikap mereka itu maka imej kerajaan Malaysia tercalar.

Jika anda mempunyai anak yang belajar di Mesir ketika ini apakah hati anda akan merasa gembira dengan pergolakan yang berlaku..?

Dengan siapa anda nak merujuk kalau wisma putra pun tidak dapat memberikan gambaran sebenar keselamatan anak anda..? Sudah pasti kerajaan Malaysia akan dipersalahkan kerana kakitangan yang dipertanggongjawab melaksanakan tugas itu "slow and stupid".

Memang kita akui dalam keadaan kecemasan dan terdesak segala yang dirancang tidak akan berjalan dengan lancar. Tapi kelemahan dalam menguruskan keadaan kecemasaan itu amat ketara bahawa kita boleh menuduh bahawa kedutaan Malaysia di Mesir leka dan tak buat kerja.

Tulang Besi said...

Orang-orang UMNO yang komen kat sini berlagak macam duit kerajaan tu duit UMNO.

Padahal tu semua duit rakyat, bukan duit Najib.

Kalau dah duit rakyat, mestilah buat betul-betul. Sebabnya itu adalah amanah.

Herannya kepala otak puak UMNO. Ingat tolong pelajar2 Mesir tu perkara sunat ke? Ikut suka hati nak tolong macamana.

Kalau dah tak professional tu ngaku je. Senang cerita.

Berenti berlagak duit rakyat ni duit mak bapak UMNO.

Boleh tak??

Kalau dah bodoh, kena layan macam lembu said...

A person who write the complaint is a person who do not know the meaning of "bershukur & berterima kasih". Don't be so "bongkak" and "bodoh sombong". Don't waste a tax-payer money if you just know how to complain !!! You should feel lucky that the government help you within very short period of time.
.

So just because of syukur, they must endure the being treated like "animals"?

You need to go back and get your head examined, mr anon February 13, 2011 11:09 PM

It's not wonder you continue to support UMNO. Your kind do not mind being treated like cows.

Grand Marquis Babi Tonyok said...

Akhirnya peluang TB datang dengan terjumpanya surat ini. Mungkin TB dah boleh tidur malam sebab akhirnya dia dapat juga timbulkan fitnah.

Ni surat rasmilah, bodoh. Mana yang fitnahnya?

Kalau dah kaki penipu tu, kena terus menipu.

Maklumlah, keturunan kao pun keturunan penipu.

Bertaubatlah wahai GM anak anjing

Anonymous said...

Apa sikap yang paling buruk yang ada pada kerajaan UMNO? Sikap buruk itu ialah meminta agar rakyat berterima kasih pada kerajaan, padahal itu adalah tanggungjawab kerajaan untuk membela rakyat tanpa mengira pangkat dan darjat, agama, fahaman politik dan sebagainya.

Ops Piramid hatta kalau ada Ops Firaun sekalipun adalah tanggungjawab kerajaan untuk menyelamatkan warganegaranya yang berada di situasi yang bahaya. Jika tanggungjawab ini pun nak berkira macamlah duit rakyat tu duit mak bapak UMNO sahaja... pergi jahanamlah UMNO. Apa kau ingat kapal TLDM atau pesawat TUDM itu UMNO yang punya? Apa tambang pesawat Air Asia dan MAS tu UMNO yang bayar ke? Bukan dibayar dengan duit kutipan cukai yang dikutip kerajaan ke?

Masamnya kepala kerajaan pimpinan UMNO, buat bakti mengharapkan budi dikenang. Walaupun pantun pisang emas mengatakan hutang budi dibawa mati, itu adalah ucapan penghargaan seseorang yang menerima kebajikan yang diberi. Bukan ucapan seorang yang memberikan kebajikan itu.

Jika orang itu tak mau berterima kasih atau merasakan perlu budi dibalas sewajarnya tak jadi hal kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan. Lainlah jika yang pergi menyelamat itu adalah sukarelawan yang sememangnya tiada kaitan dan kepentingan langsung, maka itu wajarlah kita berterima kasih. Sukarelawan Putera UMNO tak termasuk sebab dia adalah mewakili kerajaan, bukan aku cakap.... si gemuk yang patah tengkuk tu yang cakap dia mewakili kerajaan BN.

che ibrahim said...

betul la balik free,kerajaan tanggung,nak pergi lepas ni tunggu tengok la kerenah2 pencacai UMNo akan buat,tiket flight KL Cairo rm3000 lebih, kalau kes biasa sekitar rm1200 shj.lps ni mungkin kena dapat surat dari KPT dulu baru boleh pergi semula ke mesir...

Kehidupan Makkah said...

penjelasan dari KMJ (Kelab Malaysia Jeddah)
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30871:penjelasan-ops-piramid&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46

Anonymous said...

cukup-cukuplah kita memanjangkan fitnah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.