Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, February 22, 2011

Pendatang Haram FIlipina Bakal Digunakan Untuk Memenangkan UMNO?

Maklumat Tulang Besi dapat dari beberapa orang dalam UMNO, mereka mahu menggunakan taktik Sabah di Semenanjung Malaysia dalam pilihanraya ke 13 yang akan datang. Malahan, yang diberitahu kepada Tulang Besi adalah pendatang2 Filipina akan digunakan bagi memenangkan UMNO dan BN terutama untuk menawan Selangor.

Disamping itu pendatang-pendatang haram yang lain juga akan digunakan i.e. Indonesia, Myanmar, Bangla dsbnya.

Tak hairanlah bantahan PAS Ampang dilayan dengan begitu kasar oleh SPR Selangor. Bantahan tersebut adalah:

Menurut beliau, mereka tidak faham kenapa masih terdapat alamat pemilih tanpa nombor rumah, pada hal terdapat pemilih-pemilih yang cuba didaftarkan oleh Penolong Pemilih mereka tetapi telah ditolak kerana alamat tidak lengkap.

"Jadi persoalannya sekarang, siapa yang telah mendaftarkan mereka? Kami juga ingin menyatakan rasa kesal di atas sikap pegawai-pegawai SPR di pejabat mereka di Shah Alam yang bersungguh-sungguh enggan menerima bantahan-bantahan kami," katanya pada sidang akhbarnya di Pusat Khidmat PAS Pandan di Pandan Indah, di sini, hari ini.


Kita jangan lupa, penguasaan UMNO di SAbah adalah semata-mata undi dari pendatang haram Filipina. Maka, apa yang akan menghalang UMNO menggunakan taktik yang sama di Semenanjung Malaysia?

Harap sangat UMNO belajar dari kejatuhan Mubarak dan Ben Ali. Semuanya bermula apabila diktator-diktator ini menipu dan berbohong dalam pilihanraya di negara mereka.

Saya harap sangat maklumat saya dapat ni tak betul. Tapi, susah bagi kita nak percaya yang maklumat ini tiada kebenaran.

Sekian

Tulang Besi



>Mengapa SPR enggan terima bantahan
Aziz Muda

AMPANG, 21 Feb:
Pihak-pihak yang bertanggungjawab digesa menjalankan penyiasatan terperinci ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana dibimbangi telah dijadikan alat oleh Barisan Nasional (BN) untuk mendapat kemenangan secara tidak bertanggungjawab dalam pilihanraya umum akan datang, terutama di Selangor.

Tindakan tersebut disyaki telah dilakukan oleh BN setelah kecewa dengan penerimaan rakyat tehadap kempen-kempen mereka di Selangor, sehingga mendorong para pemimpinnya menggunakan apa saja cara untuk mencapai matlamat mereka.

PAS Kawasan Pandan dalam gesaannya telah menemui beberapa bukti berhubung perkara itu, sehingga menyebabkan para pemimpin dan ahli-ahlinya amat tidak berpuas hati dengan senarai pemilih baru yang dipamerkan oleh SPR dari 9 hingga 15 Februari lalu.

Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Iskandar A. Samad menegaskan, terdapat tiga kekeliruan berhubung perkara itu iaitu pemilih-pemilih yang didaftarkan pada alamat yang tanpa nombor rumah, pemilih-pemilih yang didaftarkan pada alamat yang tidak wujud dan pemilih yang dikenalpasti tidak wujud di alamat yang didaftarkan.

Menurut beliau, mereka tidak faham kenapa masih terdapat alamat pemilih tanpa nombor rumah, pada hal terdapat pemilih-pemilih yang cuba didaftarkan oleh Penolong Pemilih mereka tetapi telah ditolak kerana alamat tidak lengkap.

"Jadi persoalannya sekarang, siapa yang telah mendaftarkan mereka? Kami juga ingin menyatakan rasa kesal di atas sikap pegawai-pegawai SPR di pejabat mereka di Shah Alam yang bersungguh-sungguh enggan menerima bantahan-bantahan kami," katanya pada sidang akhbarnya di Pusat Khidmat PAS Pandan di Pandan Indah, di sini, hari ini.

Selain itu, beliau juga amat kesal kerana pegawai-pegawai SPR di Shah Alam bertindak kasar dan tidak profesional ketika mereka mengadakan bantahan itu baru-baru ini yang ternyata mahu menolak bantahan-bantahan itu tanpa alasan kukuh.

Beliau yang juga Adun Chempaka menegaskan, pada hal bantahan-bantahan itu dibuat mengikut peraturan dan sebelum tarikh akhir yang telah ditetapkan oleh pihak SPR sendiri.

"Sikap SPR ini seolah-olah terdapat muslihat tertentu. Kenapa SPR begitu bersungguh-sungguh hendak menolak bantahan-bantahan yang dibuat oleh kami? Apa yang SPR cuba sembunyikan?" katanya.

Hanya setelah didesak dengan keras oleh mereka sehingga menimbulkan suasana kurang baik, jelasnya, barulah SPR telah menerima bantahan-bantahan itu.

Bantahan yang dibuat oleh mereka pada hari itu, menurut beliau lagi, melibatkan 7 orang pengundi muda di kawasan Dun Chempaka dengan lima daripadanya lelaki dan dua lagi perempuan.

Antara perkara yang amat mengelirukan pada pendaftaran pengundi tersebut, ada di antaranya bernama Melayu tetapi dicatatkan tinggal di kawasan kilang Cina, pada hal di kawasan kilang itu tiada sesiapa pun yang tinggal, apatah lagi orang Melayu.

"Tidakkah pelik dengan apa yang berlaku itu? Untuk melakukan bantahan pula bukan senang. Banyak prosedur yang terpaksa diikuti, selain dikenakan bayaran RM10 untuk bantahan setiap seorang dan RM200 untuk peringkat pendengaran oleh pihak SPR," tegasnya.

Dun Chempaka mempunyai jumlah pengundi 32,000 orang. Peningkatan pengundinya sejak PRU Ke-12 lalu hingga kini agak tinggi iaitu seramai 1,600 orang dengan tujuh daripadanya termasuklah mereka yang dibantah oleh mereka pada hari itu.

6 comments:

Anonymous said...

APA SALAHNYA KALAU UMNO pakai PATI atau imigrant....demokrasi what?....

Anonymous said...

Bermacam tuduhan dilemparkan kepada UMNO/BN. Dalam dunia yang serba telus sekarang ni, semua benda yang kerajaan lakukan dapat diperhatikan oleh rakyat. Dalam kes ni pon sama, kalau nak ambil orang Filipina untuk mengundi, pasti TERANG dan JELAS rakyat boleh nampak.

Aku rasa blog ni kena bincang isu yang boleh didebatkan dan bukan isu yang dibuat-buat. Isu ni tak boleh dibawa berbincang kerana tidak benar. Membuatkan blog ini macam dah tak ada modal nak hentam BN.

Anonymous said...

ini adalah artikel paling bodoh yg pernah di tulis oleh TB..
kalau betul lah UMNO boleh gunakan pendatng haram ni untuk mengundi bagi pihak BN.. dah lama Kelantan jatuh ke tangan BN.. takyah lah kerajaan susah payah belanja sampai juta2 untuk tawan negeri Kelantan dr PAS.. TB ni takda akai ker...guna lah akal sikit utk berfikir.. perkara senang pun jdi bebal..

Anonymous said...

Dulu BN tak perlu guna teknik ini tapi disebabkan teknik lama dah tak boleh menang gunakanlah teknik dan kaedah baru.

Anonymous said...

oi,kau ingat sabah dgn kelantan sama ka? di sabah byk untung byk lagi sumber kkayaan yg dia org dpt, klau stakat klantan tu dia org x kesah ah. so, diaorg akan buat any possible ways utk mnakluk sabah, benda simple camni pn xboleh pkir, kalau kau tinggal dsabah bru kau tahu mcmana rasa nya hidup dgn golongan pilak ni

Anonymous said...

diorang tidak tau lagi kesan kebanjiran PTI filipina di sabah ni..yang diorang anggap orang sabah tu kebanyakannya org filipina yg tidak didaftarkan..cabar kamu datang ke Sabah. tengok sendiri kemudaratan yang telah dibuat oleh PTI PTI dari filipina..mereka buat rumah free, buat gerai free..dapat elektrik free..air free..org Malaya x pernah kisah itu semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.