Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, February 4, 2011

Revolusi Mesir Menghalang Tulang Besi Menulis Berkenaan Isu Malaysia

Masa lapang Tulang Besi sekarang dihabiskan menonton Al Jazeera dan BBC kerana mengikuti perkembangan di Mesir. Tulang Besi pernah bekerja di Mesir dan bercampur dengan masyarakat setempat. Tulang Besi melihat sendiri penderitaan rakyat Mesir dan cuba merasai kesusahan mereka.

Apabila melihat rakyat Mesir bangun untuk menjatuhkan kerajaan mereka, maka TUlang Besi merasa begitu terharu dan bersyukur kepada Allah SWT. Buat pertama kali, rakyat Mesir mempunyai peluang untuk membina masa depan yang lebih baik bagi masa depan anak cucu mereka.

Di bawah pemerintahan regim Mubarak, hanya kroni dan anak beranak Mubarak yang diizinkan kaya. Segala kekayaan Mesir di kaut oleh segelintir yang rapat dengan beliau. Bayangkan, beberapa CEO boleh dilantik dan duduk dalam Kabinet Mubarak. Pada waktu yang sama, mereka masih menjalankan perniagaan-perniagaan mereka.

Perkara yang sama juga berlaku di Malaysia. Dalam kes pemberian kontrak Lebuhraya Utara Selatan, konsessi tersebut diberikan kepada UEM yang dipunyai oleh Hatibudi Sdn Berhad. Pada masa yang sama, 4 anggota Kabinet Malaysia duduk sebagai Pemegang Amanah kepada Hatibudi Sdn Bhd. Mereka adalah: Dr Mahathir Muhammad, Sanusi Junid, Daim Zainuddin dan Ghaffar Baba.

Rupanya, rakyat Malaysia dipaksa bayar tol untuk menyelamatkan bangunan UMNO dari dilelong Bank Bumiputra. (Untuk membaca penerangan lebih detail, sila klik di sini)

Berbalik kepada Mesir, setelah sekian lama rakyat Mesir dihina, diperbodohkan, ditindas, disiksa dan ditipu, akhirnya rakyat Mesir bangun dan menuntu hak mereka serta mahu mengambil kembali kekayaan Mesir dari tangan kroni dan anak beranak Mubarak.

Kebangkitan ini menunjukkan zaman pemerintahan diktator ke atas umat Islam seluruh dunia menuju zaman akhir mereka. Para diktator ini diletak oleh penjajah sewaktu mereka meninggalkan negara umat Islam. TUjuan diletakkan diktator-diktator ini adalah untuk memastikan umat Islam tidak kembali kepada ajaran Islam yang syumul serta sentiasa lemah dan tidak mampu bangun sebagai kuasa dunia.

Misalnya Mubarak yang zalim ini, bukan setakat mendapat sokong padu dari negara Barat, tetapi mendapat sokongan padu dari Israel. Setakat ini, hanya Israel yang memberikan sokongan kepada Mubarak secara terbuka. Malahan, penulis-penulis Israel sekarang ini mengkritik Amerika kerana tidak mahu berusaha meneruskan pemerintahan Mubarak.

Ada khabar angin yang menyatakan Mubarak mungkin akan melarikan diri ke Israel. Juga, ada khabar angin mengatakan Mubarak sudah pun berada di Sharmul Sheikh kerana Sharmul Sheikh ini berada di sempadan Mesir-Israel. Mudah bagi beliau untuk melarikan diri ke Israel.

Para diktator di negara Umat Islam ini adalah hamba kepada musuh-musuah Islam. Mereka berfungsi memastikan umat Islam senantiasa lemah dan terjajah serta mengikut telunjuk Amerika dan Israel.

Para nasionalis ini adalah "munafiqeen" yang sentiasa berusaha melemahkan Islam dan umat Islam. Di hadapan kita mereka berkokok konnya mereka berjuang Islam. Tapi hakikatnya mereka adalah pengkhianat Islam nombor wahid.

Misalnya di Malaysia, UMNO ke sana ke mari berkokok memperjuangkan Islam. PAdahal, mereka yang keluarkan lesen judi bola. Dr. Mahathir yang telah isytihar Malaysia sebagai negara Islam itu telah memberikan lesen judi bola kepada Vinsetan beberapa bulan selepas membuat pengisytiharan tersebut.

UMNO juga bertanggungjawab menjual tanah rezab surau di Rawang seluas hampir satu ekar itu kepada tauke dalam keadaan UMNO mendakwa memperjuangkan hak Melayu dan ISlam.

Di Palestin pula, nasionalis Palestin telah menjual dan menggadai banyak tanah umat Islam kepada Palestin.(Baca di sini)

Pokoknya, para nasionalis ini adalah hamba kepada penjajah dan mereka tidak boleh dipercayai serta lidah bercabang.

Kalau Melayu hendak bangun dan maju, wajiblah umat Melayu mencampak UMNO ke Laut Cina Selatan.

Tulang Besi

7 comments:

Anonymous said...

1.pengunduran hosni juga dicatur oleh US!!apa perlunya revolusi!!buat buang masa jee!!last sekali jadi barua us a.k.a yahudi juga!!
2.samalah jugak!!kalau umno diganti oleh pas!!bukan ada negara islam pun!bukan ada hudud pun!bukan ada undang-undang islam pun!!
3.semua dicatur oleh puak cina jee!!

Anonymous said...

Penulisan yang POWER aku nak tambah sikit..kalu PAS nak berjaya kena cuci sebesih bersihnya anasir yang pro UG dan cuba nak bawak pAS kerah Nasionalismi.Atau cuba nak masukan Virus Nasinalismi dalam Parti.Mereka tak lain tak bukan ,Tim.PAS,Stopa Ali,Hasan Ali,Azizan Razak (MB Kedah).Cara mereka halus..kita dah dapat kesan.

john labu said...

najis barat aka benih sekular aka umno ini selalunya mendakwa
1mereka pembela bangsa
2 dan agama.. kahkah
3 mereka biaya syiar agama
dan menaja juga maksiat.. huarg3
lu pilih mana suka.. dajal siol
4slalu dakwa orang lain lebih yahudi
dan lebih laknat dari depa
5anti perubahan dan out dated mind
6tahu bodoh amat tp anggap oang lain lebih bodoh
7 depa suma adalah GM... heee

Anonymous said...

//Kebangkitan ini menunjukkan zaman pemerintahan diktator ke atas umat Islam seluruh dunia menuju zaman akhir mereka. Para diktator ini diletak oleh penjajah sewaktu mereka meninggalkan negara umat Islam. TUjuan diletakkan diktator-diktator ini adalah untuk memastikan umat Islam tidak kembali kepada ajaran Islam yang syumul serta sentiasa lemah dan tidak mampu bangun sebagai kuasa dunia.//

Bro,only umat islam ?If that is true,TGHH would still be in power and an Imam would have been the head of UN,etc etc.Apa yg sedang berlaku sejak kurun ke20 ialah kebangkitan rakyat dlm berbagai cara..revolusi ,pergerekaan kemerdekaan,kejatuhan sultan2 dan raja, kewujudan labour laws n cooperatives,human rights activism..kesemua pergerakan,kebangkitan ini adalah dipower oleh prinsip universal keadilan dan kebenaran yg terdapat dlm ugama sanatan dharma spt islam dan hindu..

Anonymous said...

o February 3, 2011
o 4:20PM
* Muslim Brotherhood: Protect Churches; Mufti Exempts Egyptians from Friday Prayer
* Post by H.A. Hellyer

"...The Friday congregational prayer is one of those canonical observances for all Muslim men resident in a locality. Muslim women are recommended to go, but it’s not a compulsory observance. It was thus extraordinary that today, the Mufti of Egypt declared that if one wanted to avoid going to Friday prayers tomorrow, it would be religiously permissible for one to do so. Many are taking that as a sign that indeed, tomorrow could be the scene of a great deal of violence, and that the religious requirement to protect one’s self would override the normative obligation to attend Friday prayers.

I know that the Mufti’s statement will put a lot of people at ease, though I suspect that for those for whom it will actually be dangerous to attend Friday prayers, they will ignore it. And those that do heed the Mufti’s words, will not be in a dangerous situation where they are.

In stark contrast, Yusuf al-Qaradawi of Qatar argued that it was religiously compulsory to attend protests after prayers tomorrow. Yet again, however, it seems clear—the people on the streets, whether defending their homes, or protesting (regardless of the side) might be praying, but they’re not listening to any religious leader in particular..."
http://www.religiondispatches.org/dispatches/hahellyer/4178/muslim_brotherhood%3A_protect_churches%3B_mufti_exempts_egyptians_from_friday_prayer/

Anonymous said...

"...All fanaticism is false, because it is a contradiction of the very nature of God and of Truth. Truth cannot be shut up in a single book, Bible or Veda or Koran, or in a single religion...God and Truth outlast these religions and manifest themselves anew in whatever way or form the Divine Wisdom chooses..."
Sri Aurobindo on Himself

Anonymous said...

". . . Nor does spirituality mean the moulding of the whole type of the national being to suit the limited dogmas, forms, tenets of a particular religion, as was often enough attempted by the old societies, an idea which still persists in many minds by the power of old mental habit and association; clearly such an attempt would be impossible, even if it were desirable, in a country full of the most diverse religious opinions and harbouring too three such distinct general forms as Hinduism, Islam and Christianity, to say nothing of the numerous special forms to which each of these has given birth. Spirituality is much wider than any particular religion, and in the larger ideas of it that are now coming on us even the greatest religion becomes no more than a broad sect or branch of the one universal religion, by which we shall understand in the future man's seeking for the eternal, the divine, the greater self, the source of unity and his attempt to arrive at some equation, some increasing approximation of the values of human life with the eternal and the divine values..."
Sri Aurobindo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.