Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, February 16, 2011

Tunjukkan Satu Hak Melayu yang Tergadai di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat!!!!

NOTA EDITOR: Tulang Besi mengalu-alukan konvensyen yang bakal diadakan oleh PAS bertajuk "Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-Jaminan PAS" yang akan diadakan pada 19 Februari ini.

Sudah tiba masanya PAS memerangi segala fitnah yang datang dari UMNO berkaitan hak dan kelebihan Melayu.

Sehingga HARI INI, UMNO dan BN tidak mampu memberi WALAU SATU contoh hak melayu tergadai di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat.

Malahan, Pakatan Rakyat telah cuba mengembalikan kekuasaan Raja-Raja Melayu di Selangor, namun UMNO YANG MENOLAK.

Tulang Besi berharap sangat, natijah dari konvensyen ini, segala fitnah dan pembohongan UMNO berkaitan hak Melayu akan musnah seperti musnahnya rejim Mubarak.

Amin!!!




Konvensyen Bangsa bincang masalah Melayu 19 Feb
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 16 Feb:
PAS akan mengadakan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-Jaminan PAS pada 19 Februari ini untuk membincangkan masalah Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, konvensyen berkenaan akan menjawab segala kekeliruan mengenai kedudukan dan hak istimewa Melayu dan Bumiputera

"Konvensyen ini akan menjawab persoalan-persoalan yang cuba dikelirukan dalam masyarakat Melayu dan Bumiputera negara ini oleh Umno BN yang cuba membentuk sikap rakyat bahawa Pakatan Rakyat yang meminggirkan Melayu," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, dekat sini hari ini.

Ianya akan berlangsung di Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) dari jam 9 pagi hingga 5 petang dengan pembentangan beberapa kertas kerja.

Konvensyen itu akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan membentangkan kertas kerja "jaminan PAS " pada jam 2.30 petang.

Mengulas lanjut, beliau yakin melalui konvensyen itu dapat memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa PAS bersama Pakatan Rakyat akan mempertahankan segala perkara yang berkaitan hak dan keistimewaan orang Melayu.

"Selepas pilihan raya umum 2008 Umno BN cuba menimbulkan perkara-perkara bersifat sentimen perkauman kononnya Melayu terancam dan terpinggir.

"Jadi kita akan memberikan kefahaman kepada masyarakat khususnya Melayu dan Bumiputera di seluruh negara bahawa PAS bersama Pakatan Rakyat akan terus pertahankan segala perkara yang berkaitan keistimewaan Melayu dan Bumiputera yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Pada konvensyen itu juga PAS akan menjelaskan kepada rakyat bahawa situasi Melayu mundur adalah disebabkan kegagalan Umno BN.

"Sejak 53 tahun tahun yang dikatakan Melayu terpinggir dan terancam ini disebabkan tiada political will daripada pemerintah untuk mempertahankan agenda Bumiputera menyebabkan ianya berkecamuk," katanya.

Merujuk kepada penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, beliau berkata ianya satu lagi bukti bahawa agenda Melayu dan Bumiputera sebelum ini menemui kegagalan.

Namun ujarnya konvensyen berkenaan sudah dirangka beberapa bulan lalu bukan sebagai respon kepada penubuhan Teraju.

Selain Abdul Hadi, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga akan membentangkan kertas kerja "Melayu Pulau Pinang dalam era Pakatan Rakyat".

Satu lagi kertas kerja '53 tahun merdeka kedudukan Melayu Bumiputera terhakis' akan dibentangkan oleh bekas pengerusi Bernama, Prof Datuk Abu Bakar Hamid yang juga bekas pensyarah Universiti Malaya.

Pesertanya terdiri daripada badan-badan bukan kerajaa (NGO), wakil parti dalam Pakatan Rakyat, tokoh-tokoh teertentu termasuk pensyarah dan mahasiswa daripada Melayu dan bukan Melayu.

7 comments:

Grand Marquis said...

Sama ada hak melayu terhakis atau tidak bukan untuk orang macam TB untuk tentukan. Sebab pemikiran TB memang dah taksub dengan PR.

PR memang tak berkuasa lagi, jadi tak banyak yang dapat mereka lakukan, tapi apa yang kita lihat dalam PR ialah pemimpin kafir jelas menguasai pemimpin Melayu sehingga pemimpin melayu ni umpama boneka mereka yang akan mengiakan setiap tindakan mereka.

Contoh yang bodoh dari TB ialah terus menggunakan kes mengembalikan kuasa Raja Melayu. Pemikiran TB adalah sama dengan pemikiran pemimpin melayu dalam PR. Walaupun sudah menjadi fakta umum yang tidakan tersebut adalah satu helah untuk memperbodohkan raja-raja Melayu, tapi puak-puak ini menyokong membuta tuli, semata-mata kerana ia dilakukan oleh puak mereka (PR).

Puak kafir dalam PR sendiri sebenarnya tidak mampu mengikis hak Melayu sepenuhnya. Yang akan mengikis hak melayu ialah orang Melayu sendiri, iaitu orang Melayu yang sanggup jual apa saja untuk mencari keuntungan kuasa yang sementara. Sebagai contoh, walaupun dah diketahui usaha kerajaan PR selangor adalah untuk memperbodohkan sultan selangor, mereka sanggup memperbodohkan diri dengan mengatakan ia untuk kembalikan kuasa sultan. Puak kafir tergelak tengok melayu memperbodohkan diri sendiri sebab yang menciptakan helah bodoh itu juga adalah Melayu sendiri.

Grand Marquis Babi Tonyok said...

Woii GM Anak Babi,

Ko cuba bagi SATU BUKTI la.

Jangan menceceh macam mak nenek.

SAHUT CABARAN TB kalau ko ada telor.

Bukan sahaja ko pondan, penipu pulak tu.

Grand Marquis said...

Ko cuba bagi SATU BUKTI la.

Bahasa ni macam bahasa TB.

Dulu saya cabar TB, berani ke TB sumpah yang TB bukan penyamar di blog sendiri untuk buat kerja-kerja kotor?

Kalau lihat timing antara 1.12 sampai 1.30, dalam blog yang dimoderated, yang cepat bagi respond ialah moderator itu sendiri.

TB, TB, hang buat macam tu hang ingat Allah S.W.T. tak nampak ke? Hang ni memang sentiasa menipu diri sendiri.

Anak Perelih said...

memang la umno tak boleh bagi bukti... apa yang umno dakwa tu hanya utk dihebohkan dalam media sebagai propaganda mereka untuk ditanamkan dalam pemikiran dan persepsi orang melayu terutama di luar bandar... dan saya dapati apa yg berlaku di penang - propaganda umno la... bukan apa yg betul betul berlaku, sedikit senagyak telah dipercayai oleh orang melayu.... sebab itu utk melawan prop[aganda ni, harus juga melalui media dan program serta setiap tindakan kerajaan PR terutama di Penang hendaklah yang membuktikan bahawa propaganda umno itu adalah bohong...

sebab itu ada beberapa pekara yang saya tidak bersetuju dgn TB terutamanya tindakan terhadap beberapa indiovidu dalam PAS... kerana dalam politik tiada ygna lurus bendul... dalam politik ianya mempunyai muslihat dan taktik yg tersendiri... kalau lurus bendul, alamatnya kena tipu la dgn UMNO....

zakwan said...

Oh GM tak ori
I haven't been blunt for quite awhile but I can't help myself to say:
Your parents must be shaking their head in disbelief for giving birth to such a pea brainer

"Walaupun sudah menjadi fakta umum yang tidakan tersebut adalah satu helah untuk memperbodohkan raja-raja Melayu, tapi puak-puak ini menyokong membuta tuli, semata-mata kerana ia dilakukan oleh puak mereka (PR)."

If His Majesty thinks it was stupid, why the hell did the Sultan approved and officiated the emergency DUN sitting?
It's not like PR forced the Sultan to do so
And don't forget the debate leading to the vote revealed BN's shallow and feeble arguments points for they were stripped naked throughout the proceedings where UMNO's long and illustrious history of vilifying the sanctity of the monarchy is exposed

".....apa yang kita lihat dalam PR ialah pemimpin kafir jelas menguasai pemimpin Melayu sehingga pemimpin melayu ni umpama boneka mereka yang akan mengiakan setiap tindakan mereka."

Can I say thing about your beloved UMNO leaders who were willing to allow porn star Soi Lek to ridicule and insult Islamic teachings for the sake of Chinese votes?
Last I check, you were all for the degradation of Islam and did not bother reprimanding MCA for their idiocy
PAS is more willing to be manipulated by DAP who have displayed more tolerance to Islam and respect to Muslims

Grand Marquis said...

If His Majesty thinks it was stupid, why the hell did the Sultan approved and officiated the emergency DUN sitting?

Use your brain Zakwan. Kalau Sultan tak bagi, nanti PR akan kata Sultan ni jadi alat UMNO. Sejak kes Perak, para Sultan dah bijak dan berhati-hati, sebab mereka dah tau macam mana PR boleh politikkan isu. Dan sultan bagi sebab dia pun tau PR takkan berjaya sebab mereka memang tak cukup adun untuk 2/3.

Can I say thing about your beloved UMNO leaders who were willing to allow porn star Soi Lek to ridicule and insult Islamic teachings for the sake of Chinese votes?

In the first place, Chua Soi Lek statement is subjected to one interpretation on whether he has insulted Islam. Like I said before, he is a non-Muslim. Islam is non of his business. So it is up to him on whether he wants to know Islamic value or not. But then how do you know that they have not reprimanded him? I read many statements, including from the UMNO bloggers reprimanding Chua Soi Lek. In fact I find more UMNO bloggers reprimanding him than those of PAS.

jay tee said...

Mengapakah kita sesama kita terus-terusan saling cabar mencabar.
Terus-terusan kita saling tuduh-menuduh.Sedarlah sedang kita terus dibuai keangkuhan dan keegoaan sendiri. orang lain tersenyum, orang lain mengaut laba faedah. Entah bilakah bangsaku akan sedar. Ayuh, buatlah sesuatu yang boleh merapatkan kita, bukan sesuatu yang boleh menjarakkan kita, menghamburkan dusta dan fitnah. Tolonglah bangsaku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.