Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, March 16, 2011

10 Perkara Kenapa Anda Tak Perlu Percaya Dengan Kes DS Anwar !!

10 Perkara Kenapa Anda Tak Perlu Percaya Dengan Kes DS Anwar !!
by Zakri Ali Rangkuti on Wednesday, March 16, 2011 at 12:20am

Tuesday, March 15, 2011-“Malaysia ni dah jadi macam negara kartun. Apabila saya keluar negara, malu nak mengaku warga Malaysia. Antara soalan lazim yang saya dengar ialah mengapa kerajaan suka fitnah guna isu liwat?

Modal BN ialah tuduh liwat, tuduh ejen Zionis, ejen Amerika, ejen DAP, ejen Taliban dan macam-macam ejen lagi lah. Apa pun, selaku peguam, saya rasa jijik dengan kes ni. Mari lihat 10 Misteri kes ini:


Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.


1. Bukti asas tak dibenarkan


Menurut logik akal sesiapa yang berakal, orang yang dituduh mestilah diberi peluang untuk membela diri. Untuk membela diri, tertuduh lazimnya akan dibenarkan melihat dokumen-dokumen yang relevan, agar dapat menyiapkan pembelaan.

Contohnya, jika Kassim dituduh merogol Rosna, dan Kassim mendapat maklumat bahawa laporan perubatan mengesahkan Rosna masih dara, tentulah Kassim berhak untuk melihat dokumen tersebut untuk menyediakan pembelaanya. Dalam kes Anwar, agak pelik kerana permohonan asas ini pun tidak dibenarkan.

Dalam kes Anwar ni, ada bukti CCTV, rakaman keluar masuk kawasan tersebut. Mengapa Anwar tidak dibenarkan melihat rakaman-rakaman ini untuk menyediakan pembelaan? Misteri….

Ingat senang ke nak bela diri bila bukti asas tidak dibenarkan..


2. Laporan Pengadu enggan diserahkan


Mulanya Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis.Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon.

Kenyataan Hamid Albar dulu bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai. Setelah sekian lama, barulah laporan diserahkan.

3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan


Apabila bekas PM Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah.

Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.

Media UMNO pun segera menghukum Anwar seolah-olah sudah sabit kesalahan.

4. DNA baru Anwar diminta oleh UMNO.

DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan.

5. Laporan Pusrawi Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar.

Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar.

Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.

6. Bukti alibi Anwar memadai


Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji.

Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut.

Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas.

Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.


7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara


UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar.

Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.

8. Laporan HKL

Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat.

Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN.

Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara.

Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.

9. Isu motif dan tujuan

Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis.

Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liwat yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.


10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN


Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful.

Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa.

Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat. Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia.

Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.

Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.

Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya.

Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.

Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.

Apa pun , saya doakan agar Allah (Allah di sini merujuk kepada Tuhan yang disembah orang Islam, bukan Jesus atau mana-mana sembahan golongan syirik) membuka hati hakim-hakim berkenaan agar memutuskan berasaskan keadilan. Amin.


sumber - tranungkite.net



Posted by KedahLaNie

18 comments:

Anonymous said...

Lawak, lawak. Spin saat-saat akhir. Memang tak de kerja nak jawab satu persatu, tapi saja highlight sikit-sikit akan lemahnya hujah-hujah ini.

1. Bukti asas tak dibenarkan.

Memang betul sebab kalau bukti asas diberikan, makan pihak didakwa akan mencari jalan untuk menutup kesalahan.

Misalnya dalam kes CCTV, pihak pendakwaraya berjaya menghalang Anwar dari mengadakan alabi palsu. Apabila bakal-bakal alabi palsu Anwar dengar yang polis ada CCTV, semua kecut perut dari nak jadi hero membela Anwar. Takut-takut nanti bila mengaku dirinya Alabi, tapi CCTV tunjuk sebaliknya mampuih kena masuk penjara. Itu lah sebabnya Professor tu siap upah peguam untuk monitor perjalanan mahkamah sebab takut Anwar menyalahguna namanya.

Kononnya bukti Alabi Anwar memadai, tapi sampai hari ini tak de seorang pun berani tampil jadi alabi, kenapa? Takkan 20 orang kawan tu seorang pun tak berani tampil? Setakat cakap ada 20 alabi siapa pun boleh. Tapi buktikanlah di mahkamah.

Lepas tu kata perlu 2-3 orang pegang Saiful untuk liwat. Ini ternyata satu assumption yang dibuat berdasarkan khayalan. Ada lagi ramai gay yang lebih gagah dari Saiful. Apakah setiap kali mereka nak projek perlukan 3-4 orang untuk pengang?

Nampak sangat hujah sangat dangkal dan bangang. Kita pun tak gembira kalau Anwar diperlakukan sedemikian sekiranya beliau benar-benar tidak bersalah. Tapi kalau Anwar benar-benar nak buktikan dirinya tidak bersalah, he has to do better than what he has done so far. Apa yang kita lihat hari ini ialah Anwar semakin tersepit. Semakin banyak bukti-bukti yang timbul yang menyebabkan dia hilang punca. Alabi pun tak de, hujah pun tak de. Sekadar mampu mencari ruang teknikaliti dengan harapan tuduhan dibatalkan atas kesalahan teknikal.

Apa yang berlaku dalam Mahkamah tidak penting lagi. Sama ada dia terlepas atau tidak atas sebab teknikaliti, hakikatnya beliau gagal membersihkan nama dan maruah beliau.

Sodomi II berbeza dengan Sodomi I. Kali ini ramai yang lebih matang dalam menilai.

haip said...

11. Tiada 4 saksi

hang terlupa yang nih

Anonymous said...

Tu dia bila TB jadi ' peguam'....TB boleh jadi apa saja ikut hala tuju kepentigan politik sempitnya....beliau boleh jadi pakar ekonomi, boleh jadi doktor sakit tuan, boleh jadi ulamak, boleh jadi pakar sejarah, boleh jadi ahli silap mata, boleh jadi majistret, boleh jadi pakar undang undang.....bak kata org apa saja lah....nak tunggu TB jadi ultraman pulak...

Anonymous said...

Nampaknya Pak Lah lebeh teruk dari Dr. Mahadhir.

Tulang Besi said...


Memang betul sebab kalau bukti asas diberikan, makan pihak didakwa akan mencari jalan untuk menutup kesalahan.
.

Kalau bukti asas tu kuat, takda cara untuk pihak yang didakwa menutup kesalahan.

Kao sendiri mengaku bukti asas ko tak kuat sebab boleh digunakan untuk menutup kes.

Tengok dah terdedah pembohongan geng UMNO melalui lidah mereka sendiri.

Anonymous said...

Salam bro,

Satu perkara yang saya masih tunggu-tunggu dari Anwar Ibrahim ialah bersumpah, sebenar-benar sumpah.

Kalau Saiful boleh melakukannya, kenapa tidak AI? Alasan pelbagai boleh diberikan, tetapi keyakinan harus dijelmakan.

Saya, masih menunggu keputusan kehakiman untuk menetapkan pendirian di dalam kes ini. Realitinya, saya menyebelahi Saiful kerana dia sudah bersumpah dengan nama Tuhannya.

AI? belum lagi kerana ada alasan yang diberikannya...

Pemimpin curang!

Anonymous said...

oit anon 3:24,

lau ramai yg lebih matang menilai, takdelah hujah dangkal mcm ko...bangang !!

yg sbnar, rakyat Malaysia mmg ramai yg dungu ngan masih bongok...lau x, takkan bole UMNO memerintah ngan sapu bersih harta rakyat selama 50 tahun...

enough laa..smpai bile nak kena tipu....

Aishah Jamal said...

Apapun, berapa ramai yang membaca artikel sebegini?

Berapa ramai yang relahati nak buat analisis serta kronologi kes?

Orang kampung hatta orang bandar sekalipun ada jenis yang hanya membaca apa yg dilapurkan oleh Media Tempatan dan bukan media altenatif.

Golongan muda mungkin ramai yang suka membaca dan mencari informasi tetapi sejauh mana mereka ingin berkongsi maklumat itu dengan pihak lain? dengan golongan yang lebih tua? contoh terdekat: dengan ibu/ayah/datok/nenek??

Hmmmm.....bila maklumat tak sampai siapa yang untung??

Anonymous said...

kalau alibi boleh dipalsukan, DNA juga boleh dimanipulasikan. Maka, peghakiman mestilah dinilai melalui keterangan saksi-saksi dan dijatuh hukum bila dah tak da undoubtful reason.

Keadilan bukan sekadar dilaksanakan, tapi NAMPAK dilaksanakan.

PASti

Anonymous said...

PELIK le orang2 Melayu ni....Najib yang terlibat dalam kes "MEMBUNUH" Altantuya dan pada masa yang sama beliau berjawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pulak tu,....tak ada pulak orang2 Melayu dan rakyat Malaysia beriya-iya nak jawapan sebenarnya!!! bahkan orang2 Melayu sengap je pula, tak kecoh2 pun macam hal DNA Anwar ni. Kalau di negara2 lain , contoh nya Jepun... dah lama PM nya resign dan masuk penjara, tapi tak di Malaysia... yang jahat di sanjungi, dihormati dan disayangi....
GILA BETUL ORANG MALAYSIA NI... YANG SI MELAYU PULAK "ISLAM JENIS APA KAU ORANG BAWA NI???"...BUT FOR SURE 100%, NOT THE SAME KIND OF ISLAM FROM MUHAMMAD SAW.

Dunia hairan tengok sikap rakyat Malaysia yang mengaku baik,adil dan aman tapi bersubahat dan menyokong dalam jenayah berat yang melibatkan orang no 1 di Malaysia.Pada Dunia, rakyat Malaysia, terutamanya orang2 Melayu yang mengaku sebagai Islam, tetapi hidup nya penuh dengan "hipokrit" dan suka pada FITNAH. MAY BE "DARAH DAGING DIA ORANG" KUT.

Melayu memang muka tak malu..macam le Dunia tak nampak dan tak tahu apa yang dia orang cuba sorok2kan atau menyembunyikan kebenaran.

DIA(MELAYU)BODOH DAN MENANGGAPKAN ORANG2 LAIN DALAM DUNIA PUN BODOH MACAM DIA....
JAWAB LE KAU ORANG DEPAN ALLAH NANTI.

V7 said...

kita rakyat bukan kisah pun pasal mahkamah tu, yang penting kita nak tahu betul ker anwar ni peliwat...kalau anwar bukan peliwat dan mahu rakyat percaya yang dia bukan peliwat mudah aje buat sumpah laknat macam saful buat..

dulu masa mula-mula kes liwat 2 ni berlaku ramai yang tak percaya anwar yang liwat saiful tapi bila dr. asri cadangkan buat sumpah laknat dan saiful buat sumpah tersebut makin ramai yang mula percaya kat saiful dan makin ramai yang kurang percaya kat anwar sebab sammpai sekarang dia masih tak buat sumpah laknat tu.

kalau TB (tulang babi) boleh doa laknat kat bloggers umno tak kan anwar tak boleh buat sumpah laknat...

Khun Pana aka johanssm said...

Sudah terlalu banyak jenis sperma dari jantan yang berlainan terdapat dalam lubang saiful.
Dan machamana sperma saiful sendiri pon dalam lubang sendiri?

1 perkara pon dah chukup, tak perlu sampai 10.
Sebab yang paling penting ialah bukti yang terdapat dalam Bank Simpanan Sperma Lubang Saiful.
Sebab depositor terlalu ramai .

Anonymous said...

V7...

anda kata "kita rakyat bukan kisah pun pasal mahkamah tu, yang penting kita nak tahu betul ker anwar ni peliwat...

Bodoh nampak kenyataan hang ni... mahkamah la nak tentukan anwar meliwat atau tidak.

Nak bersumpah macam saifool? zaman ni sapa boleh bersumpah walau dia berbohong dengan quran sekalipun sebab imbuhan dunia lebih besar dari azab akhirat.... saifool dari segi agama pun bukan bagus sangat, kalaulah dia imam, ustaz dan alim ulama adalah kuat sikit sumpah dia..

ketika ini yang terbaik, biaq mahkamah putuskan..usah dik campur hal diaorang. Jangan jadi rakyat yang bangang..

zaman para sahabat pun kalau ada kes jenayah, dibicarakan jugak.. contoh kes kecurian pakaian saidina ali oleh orang yahudi..

hang tak baca sejarah ka.. patut buta peruttt..

as salam

Anonymous said...

kenyataan anon 3.24 yang bangang:

"..Ada lagi ramai gay yang lebih gagah dari Saiful. Apakah setiap kali mereka nak projek perlukan 3-4 orang untuk pengang?

SEBAB SAIFOOL TAK GAGAHLAH KEMUNGKINAN PERLU 2 ATAU 3 ORANG PEGANG DIA!! GAY LAIN YANG GAGAH DAH TENTU TAK PERLU SUPPORT!! BODOH PUNYA KENYATAAN. BUANG MASA BACA!!

Anonymous said...

ANON 7.46...

kecewa nampak.. macam dah takda idea nak hentam TB... biasalah orang dah rasa dia nak kalah.. macam-macam alasan, tuduhan dan cerita diberikan ;-)

bravo TB berikan maklumat berani dan sesiapa yang buta undang-undang untuk mempelajarinya..

Anonymous said...

Kalau dah bangang tu tok sah cakap pasai undang2.Pi undang DAP balun bini dan bontot hang.Ni sebab dah banyak makan najis DAP jadi biul terus.

Anonymous said...

1. Shamsidar Taharin, isteri kepada Naib Presiden PKR, merangkap 'nominee' sulit dan selit AnWAR. Berasal dari Taiping, juga dikenali sebagai "Pink Panther" di zaman sekolah menengahnya di 'asrama penuh' kerajaan. Mungkin kerana terjengket-jengket, langkahnya tidak didengari dan dipedulikan. Mula dikenali umum selepas kes 'tilam' AnWAR 1998, w/pun sebelum itu cukup dikenali di kalangan 'rich and famous' Malaysia.

2. Amat berpengaruh dalam kehidupan Azmin. Segala tindakan akan dirujuk kepada Shamsidar terutama yang melibatkan kewangan. Pernah disifatkan 'shadow Finance Minister' ketika AnWAR Menteri Kewangan oleh teman-teman rapat AnWAR. Shamsidar tetap memainkan peranan ini hingga sekarang tanpa menonjolkan dirinya. Shamsidar juga 'de facto leader' PKR kerana mengawal 2 orang penting PKR iaitu AnWAR dan Azmin.

3. Ketika AnWAR Menteri Kewangan, Shamsidar 'bekerja' di Jabatan Perhubungan Pelanggan Phileo Allied Bank (tidak wujud lagi kini). Dengan gaji RM30,000 dan kemudahan kereta Audi beserta pemandu, Shamsidar tidak perlu ke pejabat untuk 'bekerja'. Shamsidar hanya 'bekerja' bila diarahkan oleh AnWAR meliputi tugas-tugas khas. Dunia perbankan ketika tahu yang Shamsidar adalah 'anak emas' AnWAR serta tidak boleh disentuh!

4. Menurut rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri, cukai yang dikenakan ke atas saham-saham yang didaftarkan atas nama Puan Shamsidar Taharin dan En. Johan Taharin adalah bernilai lebih kurang RM500,000. Jumlah sebenar pegangangan saham sahaja pasti cukup banyak! Nilai kontrak yang diperolehi atas nama binti atau bin Taharin ini juga cukup banyak! (kerana itulah adik-beradik Azmin cukup marah dgn ipar mereka Shamsidar).

5. Di Munich, Wan Azizah secara terbuka mengatakan semua dialu-alukan untuk menziarahi AnWAR KECUALI Shamsidar! AnWAR juga berusaha bersungguh membawa Shamsidar ke Munich melalui Azmin dan berhasrat membawa Shamsidar bersama ke Jeddah selepas keluar dari Munich. Wan Azizah adalah penentang nombor wahid niat AnWAR ini. Keluarga AnWAR dan Wan Azizah bersatu hati menentang dan Shamsidar tidak muncul di Munich dan Jeddah bersama AnWAR.

6. Hingga sekarang Shamsidar dilarang keras oleh Wan Azizah datang ke rumah AnWAR bersendirian. Jika datang pun, Shamsidar hanya dibenarkan berada di persekitaran luar rumah atau ruang tamu rumah, itu pun bersama Azmin. Kemunculan Shamsidar juga hanya setakat rumah terbuka Hari Raya. (Dahulu Shamsidar bebas keluar masuk rumah AnWAR di Jln. Damansara dan Bkt. Damansara[1998]. Shamsidar juga bebas naik ke tingkat atas serta ruang tidur AnWAR).

Keistimewaan AnWAR terhadap Shamsidar tiada tolok bandingnya. Realitinya hinga kini AnWAR tetap mendengar cakap serta menuruti apa jua kemahuan Shamsidar. Hipokritnya AnWAR dan Shamsidar, mereka bijak menyembunyikan kaitan mereka. Hipokritnya Wan Azizah pula, beliau cuba menutup pekung di dada dan menuding jari menyalahkan orang lain. Nurul Izzah juga tahu betapa 'rapat' papanya dengan 'aunty shida', namun tetap jua mahu menyembunyikan kaitan itu...........

Anonymous said...

Dokto Pusrawi yang check saiful tu dari Myanmar. Dia mana tau tengok lubang. Ramai warga Myanmar jadi buruh dan keje kat car wash.Camana mamat car wash ni pun korang boleh percaya.Awatlah bebal sangat macam Nik Najis.Mungkin kalau PR memerintah negara,Menteri Kesihatan dari Myanmar la kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.