Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, March 15, 2011

20 Tahun Tunggu BN Beri Geran Tanah, Akhirnya PR yang Beri


NOTA EDITOR: Kalau ditakdirkan BN terus memerintah tahun 2008 yang lepas, jangan mimpilah Kampung GOmbak Setia ni nak dapat geran tanah. Cium bau geran pun tak dapat. Yang dapat adalah surat minta kosongkan premis sebab tanah dah kena gadai dengan kroni.

Syukur alhamdulillah. Inilah buktinya Pakatan Rakyat membela Melayu.
Tak perlu dabik dada. Terus tunjuk dengan perbuatan.
Tak sabar nak baca komen siber-berukper UMNO. Hehehehe



Penantian 20 tahun penduduk Gombak Setia berakhir
Saturday, 19 February 2011 | Ruangan: Berita

GOMBAK, 19 Feb -Penantian hampir 20 tahun penduduk Kampung Gombak Setia akhirnya terlerai apabila 117 daripada mereka hari ini menerima geran hak milik tanah atau notis 5A dari Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada masa sama mereka turut dikhabarkan dengan berita gembira oleh Khalid berhubung pengurangan bayaran premium tanah yang didiami mereka dari RM2.50 kepada RM1.00 sekaki persegi.

“Dengan mengambilkira penempatan ini sentiasa menjadi rizab tanah orang-orang Melayu, saya dan ahli exco kerajaan negeri telah bersetuju untuk menurunkan daripada RM2.50 sekaki kepada RM 1.00 sekaki,” kata Khalid.

Menurut Khalid, tempoh setahun diberikan kepada penduduk supaya memulakan pembayaran premium tanah mereka sekiranya tidak mahu dikenakan sebarang tindakan perundangan.

Sementara itu, Khalid juga turut memaklumkan tempoh tiga bulan diberikan kepada penduduk yang masih belum mendaftar untuk mendapatkan notis 5A supaya segera berbuat demikian.

Khidmat untuk mengisi borang tersebut juga akan dijalankan dari rumah ke rumah.

Ujarnya, penduduk harus sedar bahawa tanah merupakan hak rakyat dan pemilik perlu mengambil berat serta menjaga hak mereka sebaik mungkin.

Kesedaran seumpama itu penting kata Khalid supaya rakyat tidak terlalu bergantung kepada Pejabat Tanah untuk menguruskan permasalahan tanah mereka.

Dalam pada itu Khalid juga memberitahu, kerajaan negeri kini sedang merangka sistem untuk menyimpan semua data-data dan dokumen berkaitan tanah supaya ia mudah dikendalikan.

“Dalam masa enam bulan lagi, kita akan menyediakan satu sistem yang mana tiada fail yang digunakan dan saya akan kumpulkan semua dan dimasukkkan salinan dalam sistem web yang ianya boleh diakses dengan mudah.

“Tiada lagi masalah kehilangan fail. Kita mahu adakan sistem yang telus untuk masyarakat kerana itu adalah harta utama masyarakat dan jika tidak dijaga dengan baik bererti kita tidak memberikan perkhidmatan dan berkebajikan,” katanya.

Untuk rekod, penduduk Kampung Gombak Setia telah menuntut hak pemilikan tanah sejak tahun 90-an memandangkan majoriti penduduk yang tinggal di kawasan penempatan itu ialah Melayu.
.

14 comments:

Anonymous said...

P*** Mak H**g...Yang hang nampak PR bagi tanah kat gombak...
Awat hang khabak yang Nizar Munafikun Perak bagi tanah kat Cina Kominis diBersia Perak sampai 999 tahun...
Hangpa dah nampak PR baguih tak mana.???..yang hang sukung pun berceramuk...DNA x bagi...buat alasan macam2...samalah hang dengan pemimpin hang yang putak belit...biawak bercabang...

aku Tok Ngah Halim..sanggup bertempur.,memaki,mencerca harta bertumbuk dengan kaum bengong mcm banghal...titipan khas utk penyokong PR

jibam said...

"Tak sabar nak baca komen siber-berukper UMNO."

aiseyman .. takder telor nak publish komen pastu kata macam2 pulak

yenadeyy

Laksamana Bentan said...

Begitulah kerajaan yang baik. Perkara yang baik tak perlu heboh sebab memang akan disebarkan oleh mereka yang dapat merasai nikmat itu. Semoga perbuatan baik itu terus dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Tahniah !!!

Anonymous said...

kalau umno berjaya ambil balik selangor nanti dia ambik balik tanah tu...umnokan jahat..

dino.yp@gmail.com said...

aku cadang, lepas ni PR bagi kereta sorang satu, rumah sorang satu, tv sony 42 inci sorang satu, konputer riba sorang satu, dan tak lupa jugak tukang urut pempuan siam sorang satu, baru betol negara kebajikan..

Ahli Panitia said...

tok ngah halim. lu aa apa hal aaa... lu bnyak dengki sama itu orang dapat tanah ka. hati manyak busyuk aaa..

Anonymous said...

ameno mmang kaki penipu dulu kini dan selama-lamanya

Nongkoblondo@yahoo.com said...

Nak tanya sikit bleh Tok Ngah Halim? Yg serah singapore kat LKY tu siapa? Siapa pula yg dpt tanah beratus hektar bila BN rampas Perak dari PR? Bnyak lagi kerja serah menyerah yg tok ngah tak tau.

Isyy isyy isyy... Tok ngah susahlah cucu cicit tok ngah mcm ni.

Kita Hdup berlangitkan langit yg luas terbentang, yg tak dapat diukur akan kebesaran & keluasanya waima dikumpulkan seluruh otak bijak pandai seantero alam ini.

Janganlah minda mcm berlangitkan tempurung berlubangkan udara sebesar buntut lidi.

Tok ngah "alif mim nun wau" apa bunyinya? Sarkis.....

Nongkoblondo@yahoo.com said...

Nak tanya sikit bleh Tok Ngah Halim? Yg serah singapore kat LKY tu siapa? Siapa pula yg dpt tanah beratus hektar bila BN rampas Perak dri Nizar dgn cara pondan?

Isyy isyy isyy... Tok susahlah cucu cicit tok ngah mcm ni.

Cian Tok ngah mcm katak bwah tempurung. Hdup berlangitkan langit yg luas terbentang, yg tak dapat diukur akan kebesaran & keluasanya waima dikumpulkan seluruh otak bijak pandai seantero alam ini.

Tapi minda mcm berlangitkan tempurung berlubangkan udara sebesar buntut lidi.

Tok ngah "alif mim nun wau" apa bunyinya? Sarkis..... itulah kata S. Shamsudin. Memang betul pun.

Sbb tu Tok ngah bengong sebab depa main buai laju2 tinggi2 mcm dlm sarkis maka kepala tok ngah penin pusin2 tak leh nak pikiaq dgn waras.

Jadilah hdup Tok ngah setakat sanggup bertempur,memaki,mencerca harta & bertumbuk sesama manusia.

Kalau cikgu kencing berdiri anak murid kencing berlari.

Kalau tok mcm tok ngah, cucu lagu apa? Mesti lagi dahsyat lagi.

Eii eee tok ngah, tok ngah oii....

Khun Pana aka johanssm said...

Kerajaan yang betul betul berjiwa rakyat akan berikan kemudahan dan perlepasan secara jujur , murni dan berterusan pada bila bila masa.

Kerajaan yang baik Tidak Perlu Umpat Rakyat Pada Masa PilihanRaya.
Contoh terbaik ialah umno.
Umno akan tertiba-tiba "beri" kemudahan pada setiap pilihanraya.

Tahniah kepada kerajaan PR dan para pengundi PR.

V7 said...

Khun Pana aka johanssm said...

Kerajaan yang betul betul berjiwa rakyat akan berikan kemudahan dan perlepasan secara jujur , murni dan berterusan pada bila bila masa.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

tapi masalahnya pas tu sesat...kau setuju ker kalau undi pas masuk syurga???

Anonymous said...

V7 kata PAS sesat. Kenapa sampai hari ni UMNO tak berani dakwa PAS di mahkamah syariah.

berlori2 ulama lulusan Al Azhar, jordan, Syria dsbnya dalam PAS.

Mustahil PAS boleh sesat.


Hahahahaha UMNO lulus lesen judi bola tu tak sesat ke?

V7 said...

Anonymous March 17, 2011 1:24 AM
said...

V7 kata PAS sesat. Kenapa sampai hari ni UMNO tak berani dakwa PAS di mahkamah syariah.

berlori2 ulama lulusan Al Azhar, jordan, Syria dsbnya dalam PAS.

Mustahil PAS boleh sesat.

Hahahahaha UMNO lulus lesen judi bola tu tak sesat ke?
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

kau kata pas tak sesat...

maksudnya kau setuju lah yang undi pas boleh masuk syurga...

Ahmad Syafiq said...

Haha V7 pergi main jauh-jauh. Orang takde masa nak debat ngan ko sama ada undi PAS masuk syurga atau tidak. Setakat percaya Utusan Meloya, baik tak payah beb. Kau tanya tuan punya badan sama ada dia ada cakap undi PAS masuk syurga, baru masyukkkk... Ini tak, fikiran sempit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.