Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, March 30, 2011

80k Rakyat Selangor Dapat Tanah

NOTA EDITOR: Masa BN memerintah dulu, UMNO giat rampas tanah rakyat (rujuk: Kampung Berembang). Tanah yang dirampas tu, diserah pada kroni.

Masa PR memerintah, kita giat bagi tanah pada rakyat. Rakyat terbela di bawah Pakatan Rakyat. Orang Melayu terbela di bawah Pakatan Rakyat.

Alhamdulillah.


80,000 rakyat Selangor dapat geran tanah
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 30 Mac:
Seramai 80,000 rakyat peneroka tanah di Selangor mendapat manfaat besar apabila kerajaan negeri memberikan geran sah milik kepada mereka setelah berpuluh tahun mendiaminya.

Proses ini dilakukan secara berkelompok kerana sebelum ini dibuat secara terpilih di mana didapati dalam 200 keluarga di sesuatu tempat itu, tidak sampai sepuluh peratus mendapat geran itupun mengikut kepentingan politik pihak tertentu.

Namun dasar tanah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat adalah untuk menyelesaikan keseluruhan tanpa mengambil kira fahaman politik mereka kerana sebagai rakyat Selangor mereka berhak mendapat geran tersebut.

Dewan Negeri Selangor diberitahu oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) ketika menjawab soalan dalam sesi dewan kali ini.

Menurutnya, kelulusan geran tanah diberikan kepada peneroka yang telah nenggusahakan tanah berkenaan sejak 10 hinga 15 tahun lalu.

"Mereka akan diberikan geran tanah sah milik ini dengan syarat mereka sendiri usaha dan membina kediaman di atasnya dan bukan untuk perniagaan," tegasnya.

Abdul Khalid berkata demikian ketika menjawab Adun Sekinchan, Ng Swee Lim.

Dalam pada itu, Abdul Khalid juga memaklumkan pihak kerajaan negeri menolak permohonan peneroka profesional yang memohon untuk empat hingga lima kawasan tanah berasingan.

"Permohonan untuk tanah kosong yang masih belum diusahakan juga akan ditolak.

"Kerajaan juga tidak mengamalkan kelulusan terpilih di mana hanya sepuluh peratus sahaja diluluskan daripada jumlah 200 permohonan seperti amalan.

"Tiada unsur politik mempengaruhi semua pihak dalam melulus atau menolak permohonan ini kerana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mengamalkan sikap telus.

"Semua yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini adalah untuk menjaga kepentingan rakyat terbanyak dengan tidak menafikan hak rakyat yang lain," tegasnya.

2 comments:

Anonymous said...

syabas!tahniah!!

Anonymous said...

satu hal perlu kita sedar..kerajaan pakatan dgn wang sedikit dapat uruskan negeri dgn penuh kecekapan..laporan audit kompom akan hal ini..tapi pariah haramjadah anglo mcm raja fartra dan barua2 umno kasi 1 trillion pun tak akan dapat lakukan apa apa pun..kerajaan BN is so bankrup,terpaksa lakukan raid terhadap sykt2 ,kasi naik sales tax,saman ekor utk cari wang(dengar kabar,gaji pdrm pun UMNO pariah tak mampu bayar)..semua dah f*kup bangkurap..bnm pun f*k up..nak cover up susah..wikileakas ada,hedge funds ada..nak cetak wang pun susah,,forex traders dok mikroskop M2,M3..ini election siapa nak sponser?..ananda,vinchootia tan,daim pariah?gerenti depa punya "carry trade" pun dah f*k up..election perlukan trillion trillion.. bnm tak dak pilihan lain.. terpaksalah badan lanun ini cetak trillion trillion toilet roll paper money...kahkahkahkah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.