Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, March 13, 2011

Di Mana Yayasan Kelana Ehsan dan UMNO Selangor Dapat Setengah Juta Ringgit?

NOTA EDITOR: UMNO Selangor dan yayasan mereka bernama Yayasan Ehsan Kelana (YEK) pun sebuk nak beri bantuan kepada pelajar2 MEsir yang hendak pulang ke Mesir. Sanggup mereka mensabotaj program Kerajaan Negeri dengan mengadakan program pada hari dan waktu yang sama bersama pelajar Mesir.

Benar kata Faekah Husin, dimana UMNO Selangor dan YKE dapat duit sebanyak ini? Wajib SPRM membuat siasatan.


SPRM perlu siasat dana Umno Selangor, YKE biayai pelajar balik Mesir
March 13, 2011

Perdana Menteri dan beberapa anggota Kabinet beramah mesra dengan seorang kanak-kanak yang turut sama dalam penerbangan membawa pulang pelajar dan rakyat Malaysia dari Mesir di KLIA. — Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 13 Mac — Kerajaan negeri Selangor menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat punca Umno Selangor dan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) memperoleh dana, dipercayai lebih sejuta ringgit, yang digunakan sebagai wang sumbangan kepada pelajar-pelajar yang balik ke Mesir.

Pelajar-pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir menerusi Ops Piramid mula balik ke negara itu sejak minggu lalu untuk meneruskan pengajian, dengan sebahagian mereka menerima sumbangan wang sagu hati.

Kerajaan-kerajaan negeri, agensi kerajaan dan parti politik juga menyumbangkan wang kepada pelajar-pelajar terbabit.

Sambil mempersoalkan kedudukan kewangan Umno Selangor, Setiasuaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata, kerajaan negeri mahu SPRM menyiasat perkara tersebut jika benar suruhanjaya itu bertindak mempertahankan amalan telus dan kebertanggungjawaban.

“Jangan ‘double standard’ hingga akhirnya meletakkan institusi tersebut begitu rendah kredibilitinya,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kata Faekah, kerajaan Pakatan Rakyat menyediakan pelbagai kemudahan kepada hampir 1,200 pelajar dari Selangor termasuk membelanjakan lebih RM2 juta untuk membiayai kos menghantar pulang pelajar ini menggunakan pesawat yang ditempah khas.

“Tidak mahu ketinggalan, Umno juga mahu berjasa dalam isu ini; Yayasan Kelana Ehsan dikatakan turut menyumbangkan wang tunai RM500 kepada pelajar bagi pihak Umno.

“Tindakan Umno Selangor ini menimbulkan kehairanan. Bagaimana sebuah parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan seperti Yayasan Kelana Ehsan mampu menyediakan dana lebih setengah juta ringgit untuk menyalurkan sumbangan ini,” katanya lagi.

Faekah berkata perkara itu menimbulkan tanda tanya memandangkan Umno Shah Alam masih mempunyai hutang tertunggak melebihi RM236,000 dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sejak lebih setahun lalu.

Oleh itu katanya, jika Umno Selangor berkobar-kobar membelanjakan lebih setengah juta untuk sumbangan itu, mengapa tidak pula bersungguh-sungguh untuk melunaskan hutang dengan MBSA.

“Kerajaan Selangor akan meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyenaraikan semua hutang Umno kepada PBT dan melakukan tuntutan dalam tempoh dua minggu,” kata beliau.

Faekah menambah, selama ini pemimpin-pemimpin Umno ghairah mengkritik, malah sanggup membuat laporan kepada SPRM dengan menuduh kerajaan negeri membelanjakan duit rakyat.

“Mutakhir, menuduh kerajaan negeri menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) membelanjakan duit rakyat untuk meraikan tetamu-tetamu kerajaan negeri dari Sabah dan Sarawak dalam usaha kerajaan melaksanakan tanggungjawab sosial.

“SPRM pula begitu akur dan bersemangat menjalankan tanggung jawab mereka,” kata beliau.

Sehubungan itu kata beliau, pihak mahu bertanyakan isu yang sama kepada Umno Selangor dari mana mereka dan YKE memperoleh begitu banyak dana untuk membiayai sumbangan ini.

“Apakah aset dan perniagaan yang dijalankan oleh YKE sehingga mampu untuk bekerjasama dengan Umno Selangor menghulurkan sumbangan?” katanya.

4 comments:

BULU said...

SETPOL Khalid dah berbulu hahaha

Jelos ka ?????

Nak ambil hati orang Melayu la tu

Anonymous said...

Opps lupa. UMNO mana kesah halal haram. Semuanya halal untuk UMNO.

Anonymous said...

UMNO kaya ada banyak duit. Yengok aje ketua ketua UMNO, baik cawangan hingga ke bahagian semuanya loaded. Kain kapan pun boleh pakai jenama Zegna punya, tak koman.

V7 said...

macam lah pas kisah sangat pasal halal dan haram. harapkan kopiah aje kat kepala tapi akhirnya jadi golongan sesat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.