Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, March 13, 2011

Kuota Perumahan Bumiputra Masih Kekal di Selangor

NOTA EDITOR: Antara siri fitnah terbaru tajaan UMNO pimpinan Najib Tun Razak adalah kononnya Kerajaan PR Selangor telah atau akan membatalkan kuota perumahan Bumiputra.

Hakikatnya, perkara tersebut tidak pernah berlaku dan hanya fitnah UMNO semata-mata.

S’gor nafi hapus kuota perumahan Bumiputera
Thursday, 24 February 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 24 Feb – Kerajaan Negeri Selangor menafikan dakwaan bahawa ia berhasrat untuk menghapuskan kuota perumahan sebanyak 30 peratus yang dikhaskan untuk bumiputera.

Sebaliknya, Menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri membantu memudahkan proses untuk pemaju menjual rumah yang tidak laku kepada golongan bukan Bumiputera.

Proses itu dipermudahkan kerana jumlah perumahan yang tidak terjual itu, telah memberi kesan kepada aliran tunai syarikat pemaju terbabit, kata Abdul Khalid.

Katanya, pemaju sebelum ini perlu mendapat kelulusan untuk menjual rumah berkenaan kepada bukan Bumiputera.

“Walaupun setelah rumah itu dia siapkan dan tak ada orang hendak beli, dia kena tunggu (hingga) dapat kelulusan untuk jual kepada bukan Bumiputera.

“Tapi sistem yang kita buat kali ini adalah automatik,” katanya lagi.

Melalui sistem itu, 20 peratus daripada rumah berkenaan boleh dilepaskan selepas 50 peratus siap, kata Abdul Khalid.

Tambahnyai, sebanyak 30 peratus lagi boleh dilepaskan jika masih tiada pembeli setelah 75 peratus siap.

“Hingga peringkat mendapat CF, barulah boleh dilepaskan kesemuanya (jika tiada pembeli),” katanya.

Bagaimanapun kelulusan itu mesti dibuat melalui jawatankuasa kuota perumahan Bumiputera yang dipengerusikan oleh Exco perumahan, Iskandar Abdul Samad, kata Abdul Khalid lagi.

Keputusan akan dibuat dalam tempoh tidak melebihi 14 hari, tambahnya.

Sementara itu, Iskandar pula berkata kuota untuk bumiputera itu bukan hanya 30 peratus tetapi sehingga 70 peratus, mengikut kawasan yang ditetapkan.

Iskandar berkata kerajaan negeri juga telah menubuhkan syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd bagi membantu pemaju memasarkan stok perumahan yang tidak dapat dijual pemaju.

Melalui usaha itu, tambahnya, kerajaan negeri berharap ia dapat meringankan beban pemaju.

Bercakap dalam sidang akhbar yang sama, Iskandar berkata, langkah kerajaan dalam melicinkan proses pelepasan stok yang tidak dapat dijual pemaju, tidak bermakna pemaju dapat jual sewenang-wenangnya.

“Ada laporan bahawa pemaju boleh jual hingga 80 peratus daripada kuota, tanpa memberitahu kerajaan Selangor.

“Ini tidak betul. Mereka perlu memberitahu kerajaan selangor tetapi proses itu dipercepatkan dan dilicinkan,” katanya.

5 comments:

Anonymous said...

Harap kerajaan negeri Selangor menjelaskan kepada rakyat secara terperinci untuk mengelakkan kekeliruan. Saya juga keliru kerana mengikut apa yang ditulis kelulusan adalah AUTOMATIK berdasarkan progress projek. Tetapi kemudian perlu pula memohon kelulusan. Saya bimbang perlaksanaan peraturan baru ini mengurangkan milikan hartanah bumiputera. Ada sesetengah pemaju yang snegaja tidak mahu menjual kepada Bumiputera kerana tidak mahu memberi diskaun kepada mereka. Bila ditanya, rumah suadah habis kemudian mereka memohon untuk di jual kepada bukan bumiputera dengan alasan rumah tidak terjual. Perkara ini berlaku dalam peraturan lama dan jika liberalisasi ini dijalankan, saya jangka manipulasi pemaju akan lebih berleluasa.

mahaza said...

bukan kuota bumiputra tapi kuota bumiputra umno yang berkurangan. Teringat semasa hendak membeli rumah yang diduduki sekarang. Kami dipanggil untuk cabut undi - tapi bile pergi hampir separuh tempat yang strategik telah dipenuhi. tinggallah baki untuk dicabut undi - sapa punya? kuota politik kuota pemaju, kuota itu, kuota ini...

Tulang Besi said...

Harap kerajaan negeri Selangor menjelaskan kepada rakyat secara terperinci untuk mengelakkan kekeliruan. Saya juga keliru kerana mengikut apa yang ditulis kelulusan adalah AUTOMATIK berdasarkan progress projek. Tetapi kemudian perlu pula memohon kelulusan..

Maksudnya, kelulusan untuk menjual kuota bumiputra yang tidak laku itu dilakukan secara otomatik.

Sekiranya ada pemaju yang menyalahgunakan kelulusan otomatik ini, diminta membuat laporan segera kepada kerajaan negeri secara rasmi supaya tindakan yang segera dapat diambil.

Anonymous said...

Maksudnya, kelulusan untuk menjual kuota bumiputra yang tidak laku itu dilakukan secara otomatik.

Sekiranya ada pemaju yang menyalahgunakan kelulusan otomatik ini, diminta membuat laporan segera kepada kerajaan negeri secara rasmi supaya tindakan yang segera dapat diambil.


Tulang besi hari ini menjadi pegawai perumahan Selangor pulak. Macam macam tulang besi boleh jadi. Kejap jadi pakar fiqh, pakar hadith, pakar ekonomi, dan sekarang ni jadi pegawai perumahan.

Pengalaman dengan kerajaan Selangor ni ialah dari segi kosmetiknya nampak cantik. Tapi realitinya sentiasa ada undang disebalik batu. Dari isu air, pindaan perlembagaaan dan kini perumahan. Apa pun, akhirnya yang untung ialah cina DAP dibelakang.

Anonymous said...


Pengalaman dengan kerajaan Selangor ni ialah dari segi kosmetiknya nampak cantik. Tapi realitinya sentiasa ada undang disebalik batu. Dari isu air, pindaan perlembagaaan dan kini perumahan. Apa pun, akhirnya yang untung ialah cina DAP dibelakang.
.

GEng UMNO kepananasan. Kerajaan PR Selangor berjaya selesai RIBUAN masaalah yang UMNO tinggalkan.

Kalau harap UMNO, tanah rezab surau pun UMNO gadai pada tauke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.