Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, March 7, 2011

Muhyiddin Patut Terima Kasih Dengan PAS, bukan Maki PAS

Reaksi awal Muhyiddin Yaasin dilaporkan:

JASIN 6 Mac – Kemenangan dua calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau membuktikan sokongan rakyat terhadap Pas semakin terhakis.


Bagi Tulang Besi, sepatutnya Muhyiddin BERTERIMA KASIH kepada kepimpinan PAS, bukan memaki PAS sebegini biadab. PAS sebenarnya MENGHADIAHKAN kekuatan semula UMNO, bukan sebab UMNO itu kuat semula atas usaha sendiri.

Mengapa Tulang Besi berkata begini?

Sepanjang 2 tahun pemilihan PAS semenjak 2009 lepas, apakah yang telah dilakukan oleh teraju utama PAS di dalam PERSAINGAN dengan rakan sejawat mereka di dalam UMNO? Terutama sekali saya merujuk kepada Presiden dan Timbalan Presiden?

Sepanjang 2 tahun kebelakangan ini, terdapa BERBAGAI-BAGAI isu besar yang boleh dieksplotasi i.e. kenaikan harga barang, korupsi yang berleluasa, penswastaan air di Selangor yang menguntungkan kroni, sabotaj kerajaan negeri Selangor dgn perlantikan Khusrin, pemberian lesen judi yang bertambah2, penyalahgunaan wang rakyat, penggadaian tanah rezab surau kepada tauke di Rawang, fitnah liwat ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim, saman ekor dan berbagai-bagai lagi,

Namun apakah yang dilakukan oleh teraju utama PAS terutamanya Timbalan Presiden PAS? Apa usaha terancang atau kempen terancang yang dilakukan beliau di dalam mencabar kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO berdasarkan isu-isu di atas?

Selain dari itu, apakah usaha yang membolehkan pengundi-pengundi saluran 3 ke atas memberi kepercayaan mereka kepada Presiden dan Timbalan Presiden PAS sebagai alternatif kepada Presiden dan Timbalan Presiden UMNO?

"Kerajaang Perpaduang" Satu-Satunya Wawasan Kepimpinan PAS Sepanjang 2 Tahun Kebelakangan Ini

Dari yang Tulang Besi perhatikan 2 tahun yang lepas, satu-satunya gagasan yang diilhamkan oleh Presiden dan Timbalan Presiden PAS hanyalah wawasan yang dipanggil "Kerajaang Perpaduang". Tidak lebih dari itu.

Gagasan "Kerajaang Perpaduang" ini telah memainkan peranan yang cukup penting di dalam membina kembali keyakinan orang Melayu kepada kepimpinan Najib dan Muhyiddin Yaasin.

Secara tidak sedar, Presiden dan Timbalan Presiden telah memberi isyarat kepada orang Melayu bahawa Gagasan Pakatan Rakyat itu tidak baik untuk orang Melayu. Ini kerana PAS sendiri pun tak konfiden dengan Pakatan Rakyat sehingga mahu menubuhkan Kerajaang Perpaduang. Di kala itu, secara otomatik imej Najib dan Muhyiddin naik melambung dikalangan pengundi Saluran 3 ke atas.

NAJIB DAN MUHYIDDIN BOLEH "MENGELICIK BOLA SAMPAI PINTU GOL" TANPA TANTANGAN

Oleh kerana UMNO parti Melayu, maka satu-satunya tentangan mereka di kalangan orang Melayu adalah PAS.

Namun, apa yang berlaku dalam dua tahun yang lepas adalah seumpama Najib dan Muhyiddin membawa dan mengelicik bola sampai ke pintu gol tanpa ada tantangan dari PAS.

Tak hairanlah bila tiba waktu menjaring gol (baca: pilihanraya kecil) mereka menjaring gol dengan jayanya.

Kita mesti paham, di luar waktu pilihanraya adalah umpama kita menggelicik bola, passing bola, crossing bola, "center" bola dsbya. Di waktu pilihanraya adalah waktu kita "menjaring" gol.

Kalau di luar waktu pilihanraya, UMNO secara bebas membawa bola ke mana mereka mahu, maka mudahlah mereka menjaring gol apabila tiba waktu pilihanraya.

Patutlah UMNO begitu gembira sangat apabila Ustaz Nasaruddin Mat Isa dinobatkan sebagai Timbalan Presiden PAS pada pemilihan 2009 yang lepas.

Tulang Besi

10 comments:

Anonymous said...

Tulang Besi seperti biasa, bila tiada alasan akan mula menyalahkan kerajaan perpaduan. Hakikatnya Ustaz Hadi dan Nasha lebih steady sampai sekarang, sedangkan Nik Aziz yang paling banyak mendapat tempias buruk akibat dari terlalu galak menghalalkan kerjasama dengan PKR dan DAP.

Isu-isu yang kononnya besar yang cuba di bangkitkan tulang besi hampir kebanyakkan memakan PR kerana semakin mereka membangkitkan isu tersebut, semakin tertonjol hipokrisi PR kerana ternyata sama ada isu itu sengaja diperbesarkan, atau dipolitikkan pr atau pun pr dan pas sendiri adalah 2x5 dengan mereka yang dituduh.

Hakikatnya memang banyak isu-isu dalam negara yang rakyat perhatin, tapi rakyat juga sedar bahawa isu mereka ini tidak akan dapat diselesaikan oleh PR kerana mereka sedar PR sendiri penuh dengan kebejatan dan hipokrisi yang cuba ditutup dengan selogan dan idelisma.

Hanya kekuatan PR kali ini memberi kebaikan kepada rakyat kerana sekurang-kurangnya BN sudah sedar dan mahu mendengar keluhan rakyat. Dan juga sekurang-kurangnya rakyat sudah nampak hipokrisi pemimpin politik yang sering ditutup dengan selogan dan jubah agama.

Anonymous said...

Masa orang Cina sokong BN dulu lepas 2004, takda pulak kita dengar UMNO maki PAS sebab tak sokong "agenda Islam" UMNO???

Skrg ni bila orang Cina undi DAP, maki DAP dgn PAS.

Padahal UMNO halalkan arak dgn judi tu, DAP ke yang suruh?

UMNO tolak hudud, DAP ke yang suruh?


UMNO lebih anti Islam berbanding DAP.

Anonymous said...

inilah punca sebenar kekalahan PAS/PR dlm PRK - blogger2 pro PR dok sibuk kritik kepimpinan sendiri, sedangkan blogger2 pro umno kelihatan bersatu dan begitu rancak menyerang kita bertalu-talu

Anonymous said...

PAS Semakin TKO @ Bodoh ?

PAS Terus KO. Kesan PRK bukan hanya sekejap tapi lama. Ada beberapa cara kempen nampak kreatif. Kita harap PAS buat kejutan. Tapi rupanya bodoh yang dikembangkan. Sudahlah ramai kata masuk PAS jadi bodoh. Tak hairan jika ada yang malu mengaku ahli PAS. Mari lihat apa yang PAS buat sepanjang kempen ini. Kemudian jawab sendiri adakah PAS semakin bodoh?

PAS letak calon yang pernah kalah dan calon yang biodatanya mudah dipertikaikan. Di kubu kuat UMNO patutnya calon PAS yang mantap. Adakah PAS tandus calon? Kenapa tak pemimpin PAS saja jadi calon? Tak cukup jantan? Bukan mati pun jika kalah tapi setidaknya boleh mengurangkan majoriti. Undi PAS tak sampai pun satu per tiga. Kuat berangan nak ganti UMNO.

PAS kata keperluan Kerdau bukan calon agama. Adakah calon agama tak lagi perlu buat PAS? Bukankah kepimpinan ulama PAS itu orang agama. Bubarkan saja majlis ulama PAS jika tak lagi perlu. Orang pun boleh kata keperluan Malaysia bukan parti agama. PAS tak diperlukan.

PAS menyoal adakah calon bidang bahasa Arab berwibawa. Adakah pemimpin PAS tiada yang dalam bidang bahasa Arab? Ketua Pakatan pun lulusan sastera. Baik PAS menyoal parti sendiri.

Kain rentang koyak tapi gambar TGNA & TGHH elok. Tapi tak tahulah siapa buat. Skuad kamera PAS pun tak tangkap gambar. Bukankah tugas skuad kamera PAS tangkap gambar UMNO.

PAS buat skuad kamera macam paparazi. Paparazi itu amalan di negara barat. Tujuan kempen ialah mencari undi. Lebih baik tenaga digunakan untuk kempen bukannya skodeng silap UMNO.

PAS kempen beri bunga. Beri bunga sering dikaitkan Valentine Day. Valentine Day pula haram hukumnya. Jika bunga untuk gadis nampak macam mengurat. Jika untuk mak cik nampak macam buang tabiat. Jika bunga untuk lelaki tak pernah nampak orang buat. PAS boleh buat.

PAS kata calon UMNO dinasti. Tapi DAP dan PKR parti anak beranak. Adakah PAS menampar muka DAP dan PKR? Patutnya PAS tak sentuh soal ini kerana hanya memburukkan Pakatan.

PAS mainkan isu Pahang bankrap dalam situasi kini harga getah dan kelapa sawit meningkat. Soal Islam pun banyak sangkut apalagi soal ekonomi lagilah ramai susah percaya PAS.

PAS diberitakan kata orang Felda hamba. Hamba itu rendah tarafnya. Tapi taraf hidup majoriti orang Felda ini lebih baik dari sebilangan rakyat negeri PAS. PAS pun marah dikata hamba DAP.

PAS tuduh UMNO tipu 700 orang dalam pinjaman Tekun. Ramai tapi PAS siarkan nama cuma seorang yang kononnya mangsa. Macamana orang nak percaya PAS tiada bukti yang jelas.

PAS tuduh UMNO menjamu orang asli dengan arak di PRK Galas. Jika betul, kenapa baru sekarang timbul padahal itu serius. Ini menandakan PAS lembab bertindak. Itu pun jika betul.

Lidah rasmi PAS siarkan gambar Ummi yang diedit. Dah tarik balik. Tapi lepas kantol. Tak tahu siapa yang edit. Tiga jari Ummi diedit menjadi satu di tengah tanda isyarat fuck. Jangan marah jika ramai orang kata PAS kuat fitnah. Ingat, Ummi pernah menang saman fitnah ke atas PAS.

Sebenarnya banyak jika nak tulis kesilapan PAS. Ada masanya kita kena cakap kasar tapi jujur. Kita tak mahu parti yang pakai nama Islam dipandang hina akibat manusia dalam parti itu. Akibatnya nama Islam boleh menjadi buruk sama.

pas bodo...jangan delete komen aku kalau ko anak jantan

rogayah

Independent Malay said...

As-Salam sdra,salah satu sebab saya tak mahu berparti adalah pasal wala' pada ketua walaupun ketua lembab/tak efektif.Anon atas kata TGHA & Nasha lebih steady skrg maknanya apa?Goyang kaki & t.... aje la.Secara peribadi saya dah campur puak2 Umnongok & PAS yg tak reform,sama aje takde beza. Jadi saya punya motto skrg adalah pilih lah individu yg berwibawa drpd parti2 yg ikut perangai Umnongok.Statement saya senang aje,saya akan sokong mereka2 yg tak henti2 kena serang media pencacai Umnongok; TGNA,DSAI,Husam,Mahfuz,LGE,Khalid S & seangkatan dgnnya.
Cuba sdra fikirkan dgn otak yg waras,kalau TGHA dipanggil Allah,bolih ke Nasha ganti & memegang teraju PAS.Maaf lah sdra 'TAK MASUK AKAL' bolih ke Putrajaya.Mungkin dia sorang je bolih la dgn kerajaang perpaduang.

V7 said...

sebenarnya rakyat khususnya orang islam sudah sedar bahawa umno lah sebenarnya pejuang islam bukannya pas. pas hanyalah parti kuat bohong dan kuat fitnah aje. suka hati muhyiddin lah nak maki pas. kalau nik ajis sesat tu boleh maki ikut suka mak bapak dia aje, kenapa muhyiddin tak boleh??? aku pun boleh maki pas. pas sial, babi, bodoh , anjing, biol, jahanam dan laknat.

kau dah tak terfikir lagi ker yang mungkin pas kalah hari tu sebab ada undi hantu????

V7 said...

Anonymous March 7, 2011 11:26 PM said...

Masa orang Cina sokong BN dulu lepas 2004, takda pulak kita dengar UMNO maki PAS sebab tak sokong "agenda Islam" UMNO???

Skrg ni bila orang Cina undi DAP, maki DAP dgn PAS.

Padahal UMNO halalkan arak dgn judi tu, DAP ke yang suruh?

UMNO tolak hudud, DAP ke yang suruh?


UMNO lebih anti Islam berbanding DAP.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

dulu pas kata umno kafir sebab bersekongkol dengan MCA. sekarang ni bila pas bersetubuh dengan dap, kenapa pas tak mengaku yang dia pun kafir jugak????

sebab pas tak ikhlas perjuangkan islam, pas sebenarnya jahil ilmu dan kemaruk kuasa. pas sanggup jual islam semata-mata nak kuasa.

macam lah pas tak halal kan arak dan judi...

pas sokong hudud ker???? tak nampak tanda pas sokong hudud pun???

kalimah Allah pun pas tak mampu nak pertahankan, ini kan nak jadi pejuang islam..

bukan umno anti islam dan dap tapi pas yang jadi anjing belaan dap. benda simple macam tu pun kau tak tahu ker... bodoh lagi biol lah kau ni...

Anonymous said...

UMNO berjuang Islam dengan meluluskan lesen judi bola.


Hahahahaha

Anonymous said...

Mahyuddin maki??? maki macam mana?

celako! celako! celako! ????? macam tu?

Anonymous said...

Maki mencarut tu OK sebab Nik Aziz kata Allah pun mencarut, macam novel SHIT!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.