Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Wednesday, March 16, 2011

Najib Restu Injil Versi Melayu (yang menggunakan Kalimah Allah)

Pepetah Melayu mengatakan "Mengata Dulang Paku Serpih. Mengata Orang Dia Yang Lebih". Sewaktu kontroversi penggunaan kalimah Allah satu masa dahulu, PAS dan PR dinista dan dikata bermacam-macam. Tuduhan UMNO paling pahit adalah PAS menjual agama untuk sokongan orang bukan Islam.

Malangnya, baru beberapa hari lepas, Dato Najib telah mengizinkan penggunaan Injil Bahasa Melayu yang mengandungi RIBUAN kalimah Allah. Ertinya, kesemua orang MElayu satu Malaysia telah tertipu dengan sandiwara Najib dan UMNO.

Tentangan mereka kepada kalimah Allah satu masa dahulu hanya sandiwara semata-mata. Mereka tidak pernah ikhlas memperjuangkan Islam. Mereka cuma mahu menakutkan orang Melayu sekaligus menarik sokongan orang Melayu kepada mereka.

Jelaslah kepada kita, UMNO ini parti lidah bercabang, parti telunjuk lurus kelingking berkait.

Saya tak sabar menunggu respon dari Yusri dan ABIM. Tak sabar nak tengok mereka kembali semula dengan respon yang sepatutnya.

Tulang Besi



Kitab Injil BM selesai, kes mahkamah kalimah Allah jadi tumpuan
Oleh Debra Chong
March 16, 2011


Alkitab
KUALA LUMPUR, 16 Mac — Selepas Putrajaya menyelesaikan isu kitab Injil dalam Bahasa Malaysia semalam, tumpuan kini beralih kepada gereja Katolik yang mahu mempertahkan hak untuk menggunakan kalimah “Allah” dalam terbitan mereka.

Gereja itu telah memenangi satu kes penting pada 2009 apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan ia mempunyai hak untuk menggunakan perkataan “Allah” dalam terbitan akhbar The Herald.

Bagaimanapun mereka terpaksa menghentikan pengeluarannya sejak 15 bulan lalu kerana menunggu kelulusan Kementerian Dalam Negeri.

Seorang paderi memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau “gembira” dengan keputusan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak semalam yang membenarkan 35,000 kitab Injil dalam Bahasa Malaysia dikeluarkan dari pelabuhan selepas mendapat tekanan dari gereja-gereja Kristian dan pemimpin Pakatan Rakyat.

“Ia amat menggembirakan Word of God — kitab Injil atau Alkitab (versi Bahasa Melaysia) bukan lagi ancaman kepada keselamatan negara,” kata Lawrence Andrew yang turut menyunting The Herald.

Kementerian Dalam Negeri secara tegas mempertahankan perkataan “Allah” hanya untuk orang Islam; apa-apa usaha yang dilakukan penganut agama Kristian untuk menggunakan perkataan itu disifatkan sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

“(Datuk Seri) Idris Jala menegaskan ia tiada masalah, tiada ancaman sejak ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) diwartakan pada 1982.

“Warta 1982 mengikut Jala digunakan dalam kes gereja Katolik,” tambah Andrew.

Jala, seorang penganut Kristian dari Sarawak berkata, kerajaan membuat keputusan membenarkan pengeluaran dan penyebaran kitab Injil dalam Bahasa Malaysia di bawah warta 1982 di bawah ISA dengan secara terhad dan terkawal, di mana buku-buku tersebut mesti dicap tag “Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja”.

“Sejak 1982, dengan akta tersebut, laporan menunjukkan bahawa tiada sebarang isu atau masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya.

“Dengan merujuk kepada fakta tersebut, kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan warta 1982 yang sama dalam pengeluaran kitab Injil,” katanya dalam satu kenyataan.

Merujuk kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan telah digazetkan pada 22 Mac 1982, larangan terhadap kitab Injil Bahasa Malaysia dibatalkan.

Ia turut menyatakan bahawa bahawa “percetakan, penerbitan, jualan, isu, edaran atau milikan penerbitan yang mana digambarkan dalam jadual dan yang memudaratkan kepentingan negara dan keselamatan dilarang tertakluk kepada keadaan itu, yang larangan ini tidak akan digunakan atas milikan atau menggunakannya di gereja oleh penganut-penganut agama Kristian di seluruh negara.

Andrew berkata dokumen pada 1982 membuktikan Kementerian Dalam Negeri tidak mempunyai hak untuk merampas dan menyekat buku-buku itu kerana ia tidak mempunyai kaitan dengan isu “Allah” di mahkamah.

Tapi paderi itu menambah kenyataan media Jala hanya menyebut lebih kurang sama dengan Kabinet 1982 yang mana tiada rujukan dibuat bagi warta 1982, jadi tiada undang-undang dikuatkuasakan.

Beliau juga berkata Kementerian Dalam Negeri keliru, malah mengelirukan orang awam dengan isu itu sambil mengaitkan rampasan 35,000 kitab Injil dengan kes mahkamah gereja Katolik.

“Kitab Injil yang ditahan tiada kena-mengena dengan kes The Herald yang masih menunggu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan perkataan ‘Allah’, katanya.

“Keputusan Mahkamah Tinggi memihak kepada The Herald dalam penerbitan dan tiada kaitan dengan penerbitan, jualan, isu, edaran dan milikan penerbitan lain, termasuk kitab Injil,” tambah beliau.

Andrew sebelum ini memberi respons kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengatakan beliau tidak boleh melepaskan kitab Injil itu kerana terikat dengan isu “Allah” di mahkamah.

“Kami juga tidak boleh ambil sebarang tindakan (lepaskan buku) kerana kes mahkamah yang membabitkan penerbitan Herald masih belum selesai,” katanya.

Datuk Zaitun Ab Samad iaitu Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran juga telah berkata demikian kepada portal berita Malaysiakini hujung minggu lalu.

Beliau berkata sebarang sebarang tindakan pada bahagian kementerian akan dilihat sebagai penghinaan mahkamah, dengan merujuk keputsan Kabinet 1986 yang menyokong hujahnya.

Dalam pendebatan mempertahankan hak orang Melayu-Katolik, Andrew berkata pihaknya telah menyerahkan kajian kepada kerajaan dan salinannya boleh didapati di The Malaysian Insider.

Bagi peguam mereka, S. Selvarajah, Kabinet hanya boleh membuat dasar-dasar, yang mesti dibuat menjadikannya undang-undang dan diwartakan sebelum ia boleh berkuat kuasa.

Menurut Selvarajah, tidak ada perintah yang dikeluarkan pada 1986 dan mengeluarkan satu salinan surat yang ditandatangani oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri ketika itu dan timbalannya, Tun Ghafar Baba.

Dalam sepucuk surat bertarikh 19 Mei 1986, yang diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Dr Mahathir telah melampirkan satu memo daripada timbalannya yang mengatakan Bahasa Kebangsaan dibenarkan dan bukan penghalang kepada Kristian untuk menggunakannya.

Dalam memo bertarikh 16 Mei 1986, timbalan perdana menteri menyenaraikan 12 perkataan yang boleh digunakan dalam kitab Injil, yang katanya telah diputuskan selepas berunding dengan dua rakan-rakan sekerja Kabinet lain termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rampasan kitab Injil itu telah mendapat bantahan kalangan penganut agama Kristian di seluruh negara yang majoritinya dari Sabah dan Sarawak, sehingga kerajaan terpaksa bertindak semalam.

Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mewakili 90 peratus gereja di Malaysia berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membenarkan kitab Injil itu dikeluarkan tetapi sehingga semalam Kementerian Dalam Negeri menolak untuk menyerahkan terbitan itu.


8 comments:

V7 said...

bukan pas pun setuju jugak ker kalimah Allah digunakan oleh semua agama... bodoh punya tulang babi (TB), buat malu nik ajis sesat aje..

Anonymous said...

Injil ni tak guna perkataan Allah, btw.

Cuma dalam bahasa malaysia je. Supaya hang pun paham.

Anonymous said...

UMNO tak setuju kalimah Allah tapi setuju bible bahasa Melayu

Anonymous said...

Bahasa Malaysia ok utk orang yang tak faham bahasa English atau Latin .
Yang tak boleh cuma perkataan Allah dsbg.

Oi TB!! Bengapnya kamu.
Kau pegi kutuk idola kamu tu si Anwar. Dia kata bole pakai Allah!
Bodoh & Hipokrit!!!

Anonymous said...

kepada V7 dan anon 8.32..

Hangpa berdua kena paham apa maksud TB. Hangpa berdua yang bodoh kot...

sebelum ni UMNO dan ahli dok bantai puak pakatan yang setuju guna kalimah Allah.. la ni puak UMGOK setuju pulak dah... tu yang dimaksudkan TB lidah bercabang.

Pakatan bersetuju guna tapi ada bersyarat penggunaannya!

Isu disini bukan siapa setuju guna atau tidak kalimah Allah tapi isunya siapa yang bersikap seperti lidah biawak!! siapa lagi bukan UMGOK APCO! hangpa paham ke, bangang!!?

Anonymous said...

KEPADA SEMUA ANON ...

Hangpa kena paham apa maksud TB. Hangpa SEMUA yang bodoh kot...

sebelum ni UMNO dan ahli dok bantai puak pakatan yang setuju guna kalimah Allah.. la ni puak UMGOK setuju pulak dah... tu yang dimaksudkan TB lidah bercabang.

Pakatan bersetuju guna tapi ada bersyarat penggunaannya!

Isu disini bukan siapa setuju guna atau tidak kalimah Allah tapi isunya siapa yang bersikap seperti lidah biawak!! siapa lagi bukan UMGOK APCO! hangpa paham ke, bangang!!?

Anonymous said...

Yang orang melayu bangang sangat nak gatal baca buat ape? ape ade ke dia tulis kat situ "WOI ORANG MELAYU ISLAMMMMM BACA LA KITAB NI"

bodoh la. lantak la dia nak tulis dalam bahasa ape pun. Orang Islam belum bodoh nak mampus lagi sampai tak boleh beza Alquran dengan Al kitab.

Sama gak la macam arak, ade ke dia tulis kat situ suruh orang islam minum???orang Islam sendiri yang gatal nak minum.

Sama gak la pompuan yang pakai sexy. Yang ko gatal sangat nak tengok apahal? pastu nak salahkan kes rogol meningkat sebab "barang" ko sendiri ko tak dapat control. Asik dok fikir nak maainnnnnnnnn je. Bodoh bodoh dan bahalol.

Moral sendiri yang dah memang rendah, tapi asik dok salahkan orang lain aje. Kesian betul aku tengok Melayu. Makin sempit pemikiran.

Anonymous said...

Kalau dulu.. bab tuduh UMNO galak judi bola dan sebagainya... nampaknya tuhan bagi cash kat PASberg memang tidak ikhlas.. tuhan dah tunjukkan!!!

Inilah Islam standard Nik Aziz.. Baru je digertak oleh persatuan Cina.. Islam terus di kemudian Undi didahulukan.. Hukum Islam semua dimasukkan dalam tong sampah...

Kepada Nik Aziz dan orang PASberg lepas ni tak payah cakap tentang nak perjuang Islam, nakkan hudud apatah lagi cakap nak buat negara Islam... memang PASberg tak layak cakap tentang Islam... apatah lagi nak tuduh UMNO sebagai tidak Islamik.. apa PASberg itu Islamik sangat!!!

PASberg lagilah teruk kerana kini berada di tapak kaki DAP... baru DAP gertak sikit.. terus menggelupur.. hukum Islam dimainkan, sekejap halal dan sekejap haram.. Islam ala PASberg!!!.. inilah dia ulama akhir zaman.. nik Aziz, Haji Hadi..



KOTA BHARU 17 Mac – Setelah menegaskan judi itu haram, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Undang-Undang negeri mengkaji semula pengharaman loteri ”big sweep”... seterusnya baca di sini..

Kepada penyokong PASberg lepas ni bolehlah buang serban tu.. semua tu penipu sahaja.. buat Malu Islam dan Rasulullah SAW.. sunnahNya dipermainkan oleh PASberg!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...