Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, March 8, 2011

Padahnya PAS Memusuhi Bloggers: Kerdau, Merlimau dsbnya....

Perubahan dalam mana-mana keputusan pilihanraya bergantung kepada perubahan dalam keputusan pada Saluran 3 ke atas. Ini kerana, pengundi-pengundi Saluran 3 ke atas biasanya lebih banyak membaca, lebih terdedah dan lebih terhubung dengan internet.

Namun, semenjak 3 tahun kebelakangan ini, PAS mengambil sikap untuk MEMUSUHI blogger-blogger yang dahulunya berkempen untuk memenangkan PAS tanpa meminta satu sen pun.

Malahan, dalam ucapan-ucapan dasar PAS dua-tiga tahun kebelakangan ini, blogger-blogger telah dimaki dan difitnah secara terbuka. Oleh kerana ia masuk dalam ucapan dasar, maksudnya dasar PAS dua tiga tahun yang lepas adalah MEMUSUHI BLOGGER-BLOGER PAKATAN RAKYAT. Itu adalah hakikat.

Hasilnya, tiada lagi kesatuan serta kerjasama sesama blogger untuk menaikkan imej serta mempromosikan kepimpinan PAS kepada masyarakat umum. Yang ada hanyalah blogger-blogger mengkritik PAS serta mengkritik UMNO.

Maka, masyarakat umum TIDAK DAPAT MELIHAT kepimpinan PAS secara terbuka. Lebih malang, pengundi-pengundi Saluran 3 ke atas juga tidak dapat melihat kepimpinan PAS sebagai kepimpinan mereka.

Juga, penjualan Harakah juga merosot dan disekat menjadikan kepimpinan PAS semakin terasing dari Pengundi2 Saluran 3 ke atas.

Hasilnya, apabila tiba pilihanraya kecil, PAS tertolak dengan begitu teruk sekali. Masyarakat lebih nampak Najib dan Muhyiddin sebagai pemimpin mereka berbanding Presiden dan Timbalan Presiden PAS.

Bayangkan dua tahun kebelakangan ini tiada langsung usaha dari PAS Pusat untuk merapati blogger2 Pakatan Rakyat. Malahan, blogger Aduka Taruna telah dipukul seperti penjenayah di perkarangan Masjid Rusila dengan begitu hina sekali.

APA DOSA BLOGGER KEPADA PAS?

Tidak lain hanyalah kerana mereka tidak rela kepimpinan PAS membawa PAS tidur sebantal dengan UMNO dalam gagasan yang dipanggil "Kerajaang Perpaduang".

Dek kerana sikap blogger yang menentang agenda Perpaduang, maka semua blogger Pakatan Rakyat dilayan seperti kucing kurap oleh kepimpinan PAS. Mana-mana kepimpinan PAS yang dikira OK pun tak berani nak adakan hubungan secara terbuka dengan blogger-blogger Pakatan Rakyat.

Ada ke patut, Muktamar yang lepas BLogger dilayan macam sampah, manakala wartawan Utusan Malaysia dilayan macam raja. Ini kerana Utusan Meloya melayan kepimpinan pro Perpaduang dengan begitu baik maka mereka diberikan layanan istimewa.

HAsilnya, setelah 2 tahun, PAS semakin terasing dari pengundi2 Melayu dalam Saluran 3 ke atas. Bukannya PAS menjadi semakin baik tapi menjadi semakin buruk.

Tapi takpa lah. Yang penting penguasaan geng Perpaduang dan geng Terengganu ke atas PAS mesti diteruskan.

Tak penting PAS menang pilihanraya atau kalah pilihanraya. Yang penting Geng PErpaduang dan Geng Terengganu terus menguasai PAS.

Nasihat saya kepada ahli-ahli PAS, teruskanlah memfitnah dan menista blogger2 seperti kami ni. Tak jadi masalaah kerana lepas ni PAS akan kalah teruk dalam pilihanraya. Bayang2 2004 sudah semakin terserlah dan semuanya kerana kebodohan dan kebongkakan geng Terengganu dan Perpaduang.

Mereka tidak sabar mengekspot kekalahan PAS Terengganu kepada seluruh PAS di Malaysia.

TAKBIR!!!!!

Tulang Besi

22 comments:

Anonymous said...

PAS PARTI YG TERBESAR DI MALAYSIA....

PEMIMPIN PAS KEBANYAKKAN TIDAK AGRESIF... TERLAMPAU BAGI MUKA KAT UMNO.... KEPIMPINAN PAS SEPATUTNYA TURUN PADANG BERJUMPA DENGAN AHLI2NYA LEBIH KERAP.... SEKARANG NI AKU TGK PAS DAH MCM PEMIMPIN UMNO...BILA TIME ADA PILIHAN RAYA BARU KELAM KABUT TURUN,.... KEPIMPINAN PAS SEPATUTNYA DI TUKAR ATAU DI ROMBAK.... TGK PEMUDA PAS SAJA CUKUP LA.... TAK AGRESIF LANGSUNG... KETUA PEMUDA PAS BUAT APA?????-OO

Ir. Abd Rahim said...

Aku pun dah rasa malas nak promosi PAS cara percuma dalam blog. Bukan saja kepimpinan peringkat pusat, MB Kedah pun pernah memperlekeh blogger dalam ceramahnya di Kompleks PAS Kedah.

mamatkeling said...

PRK Kuala Trg PAS Merampas, PRK Galas PAS Melepas, PRK H.Sel PKR melepas. Kena Belajar dari Trg dalam bab pilihanraya kecil.

kenapa ambil kekalah pas trg sebagai panduan dan kenapa tak ambil Prk K.trg untuk hadapi setiap PRK. PRK P36 siapa Presideng? siapa Timbalang Presiden?

Anonymous said...

Tanpa Nama berkata...
9 Mac 2011 7:40 AM
Kalau pas kalah di galas kerana faktor Ku Li, kalah di bukit pinang kerana isa samad , kalah di Tenang kerana banjir, kalah di kerdau dan merlimau kerana 'bertanding dipadang tidak rata'.....inilah alasan demi alasan yg keluar dari mulut pemimpin pemimpin pas yg sangat beriman dan iman mereka yg sgt tinggi dan melebehi iman dari mana mana individu individu mana mana muslm dimalaysia....tiada satu pun kekalahan pas disebabkan oleh kelemahan pas sendiri malah kemenangan BN itu tidak diredhai dan dihalalkan oleh pemimpin pas ... Inilah pas hari ini....pas yg sempurna dan maasum....pas yg lebih islam dari mana mana org islam yg lain dimsia....dan tidak akan masuk syurga seseorang muslim itu kiranya idak menyokong dan menjadi ahli parti islam ...Sesemalaysia....fikir fikirkan lah.....kalau nak taubat dterima mcm bob lokman...jom masuk pas....nak cuci dosa ...jom masuk pas...senangkan....bila kalah pilihanraya.....allah dan aturkan segalanya tapi mereka tetap tolak ketentuan takdir qada dan qadarnya....mereka terus mencipta excuses tanpa mereka muhasabah diri dan melihat kelemahan sendiri.....itulah pas bila fikir diri mereka sempurna....oh jelik dan jumudnya pas...bersyukur msia menolak pas ...pas oh pas....BERUBaHLAH

Anonymous said...

tell PAS + especially PAS Youth that it is missing the woods for trees in the forest; all this bashing about entertainment and demos against artists wanting to perform in malaysia and acting as moral guardians against decay is just aiming squarely to ignore the bigger picture of rakyat's problem.

how so?

demonstrations against celebration of valentine's day by muslim.

we all know very well that it is improper. but sending full-force out as an act of force betrays their causes.

people whom can well betray their morality would do so irregardless of moral policing.

us young voters and future generations of malaysians be it muslims and non-muslims are more concerned about what the Oppositions are doing (and by OMISSIONS as well) in promoting our welfare as rakyat where BN has failed and failed to do for us.

PAS Youth should Think of the bigger picture especially ; what all this meaningless demos can do for us? You should in fact be shameful for betraying the cause; we care not so much about your islamic ideology and the so-called return to fundamentalism but due to your own myopic view and demonstrations against the current state of the affair; what value have you added to the cause?

What happen to the motto PAS FOR ALL? The way I see it; if you aim squarely to defend against the perversion of the moral value especially the muslim youth; all these activists should just remain as activist and let go of your political portfolios. And don't come to us rakyat and have the cheek to tell us what is right and not right to do morally and Islamic or not.

What have you as Wakil Rakyat of all races do for us rakyat (or failed to do for the rakyat conversely?)

Think and repent hard before it's too late.

The way the Najib administration is trying to woo the young people with guaranteed banking assistance today for youth earning RM3k less per month for housing finance up to 30 years suddenly struck me.

That's it; question of affordability of housing and the need for financing to do so. What the heck is PR doing ? Why the free-hand in public demonstration against non-important issues that doesn't affect the quality of the livelihood.

aj said...

aku sokong pas...tapi beberapa nama yang terpalit dalam kerajaan perpaduan harus dinyahkan dari pas...diorang ni elok duduk dalam amno...musuh dalam selimut..

Anonymous said...

Tanpa Nama berkata...
9 Mac 2011 7:40 AM
Kalau pas kalah di galas kerana faktor Ku Li, kalah di bukit pinang kerana isa samad , kalah di Tenang kerana banjir, kalah di kerdau dan merlimau kerana 'bertanding dipadang tidak rata'.....inilah alasan demi alasan yg keluar dari mulut pemimpin pemimpin pas yg sangat beriman dan iman mereka yg sgt tinggi dan melebehi iman dari mana mana individu individu mana mana muslm dimalaysia....tiada satu pun kekalahan pas disebabkan oleh kelemahan pas sendiri malah kemenangan BN itu tidak diredhai dan dihalalkan oleh pemimpin pas ... Inilah pas hari ini....pas yg sempurna dan maasum....pas yg lebih islam dari mana mana org islam yg lain dimsia....dan tidak akan masuk syurga seseorang muslim itu kiranya idak menyokong dan menjadi ahli parti islam ...Sesemalaysia....fikir fikirkan lah.....kalau nak taubat dterima mcm bob lokman...jom masuk pas....nak cuci dosa ...jom masuk pas...senangkan....bila kalah pilihanraya.....allah dan aturkan segalanya tapi mereka tetap tolak ketentuan takdir qada dan qadarnya....mereka terus mencipta excuses tanpa mereka muhasabah diri dan melihat kelemahan sendiri.....itulah pas bila fikir diri mereka sempurna....oh jelik dan jumudnya pas...bersyukur msia menolak pas ...pas oh pas....BERUBaHLAH

Anonymous said...

Jangan tersilap. Kekalahan PAS bukan disebabkan oleh bloggers. Kekalahan PAS disebabkan oleh parti tersebut lemah dan BN sudah kembali diterima rakyat.

Perjuangan PAS sudah lagi tidak boleh diterima pakai. Perjuangan PAS sudah jauh tersimpang dari perjuangan asal, perjuangan PAS hanyalah berniat jatuhkan BN dan bukan untuk Islam!

Jika benar PAS parti yang benar dan BN banyak melakukan kemungkaran, sudah pasti tuhan akan tunjukkan. Sudah pasti tuhabn akan menangkan PAS, tapi tidak. Mengapa?

PAS selalu gunakan ianya adalah ujian tuhan. Benarkah begitu? Mungkinkah tuhan sengaja mempertahankan BN kerana parti tersebut adalah yang terbaik untuk rakyat?

Fikir-fikirkanlah...

Anak Perelih said...

pengundi saluran 3, 4,5, di luar bandar bukan baca blog sangat... depa access internet pun kat cc je... dan ramai yg kerja ada bergantung dengan kerajaan dan kroni /kontraktor UMNO... maklimat media pro BN saja sampai kat mereka... harakah susah sampai.. setengah tempat tu.. newsagent tu pun orang UMNO.. so macam mana nak jual harakah... Jual di rumah ahli yg jadi wakil harakah pun berapa orang sangat yg nak pi beli dan memang org ni dah penyokong PAS... kalau di newsstand.. ada yg bukan ahli boleh beli... so paham paham la...

indikator apa yg TB tulis ni kita tengok apa performance PKR vs performance PAS di kawasan luar bandar.... aku jamin... sama saja mengikut negeri...

Anonymous said...

Tanpa Nama berkata...
9 Mac 2011 7:40 AM
Kalau pas kalah di galas kerana faktor Ku Li, kalah di bukit pinang kerana isa samad , kalah di Tenang kerana banjir, kalah di kerdau dan merlimau kerana 'bertanding dipadang tidak rata'.....inilah alasan demi alasan yg keluar dari mulut pemimpin pemimpin pas yg sangat beriman dan iman mereka yg sgt tinggi dan melebehi iman dari mana mana individu individu mana mana muslm dimalaysia....tiada satu pun kekalahan pas disebabkan oleh kelemahan pas sendiri malah kemenangan BN itu tidak diredhai dan dihalalkan oleh pemimpin pas ... Inilah pas hari ini....pas yg sempurna dan maasum....pas yg lebih islam dari mana mana org islam yg lain dimsia....dan tidak akan masuk syurga seseorang muslim itu kiranya idak menyokong dan menjadi ahli parti islam ...Sesemalaysia....fikir fikirkan lah.....kalau nak taubat dterima mcm bob lokman...jom masuk pas....nak cuci dosa ...jom masuk pas...senangkan....bila kalah pilihanraya.....allah dan aturkan segalanya tapi mereka tetap tolak ketentuan takdir qada dan qadarnya....mereka terus mencipta excuses tanpa mereka muhasabah diri dan melihat kelemahan sendiri.....itulah pas bila fikir diri mereka sempurna....oh jelik dan jumudnya pas...bersyukur msia menolak pas ...pas oh pas....BERUBaHLAH

Anonymous said...

Anwar Pengamal Politik Hosni Mubarak

SHAH ALAM, 9 Mac – Huru hara dan perang saudara yang berlaku di Mesir, Libya, Tunisia dan Yemen kini mewarnai politik antarabangsa.

Rakyat berperang sesama sendiri, keamanan ternoda, ekonomi hancur, negara kucar-kacir, tamaddun runtuh adalah gambaran tepat untuk negara timur tengah itu yang sedang menuju menjadi negara runtuh lagi kacau bilau seperti Iraq dan Afghanistan.

Justeru Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, di Malaysia juga rakyat boleh melihat ada kalangan pemimpin yang mengamalkan idealisme yang serupa seperti Hosni Mubarak, Muamar Ghadaffi dan Zine El Abidine Ben Ali.

“Apa bezanya Anwar Ibrahim dan diktator-diktator timur tengah itu? Mereka serupa! Anwar adalah Penasihat Umum PKR, dia orang paling berkuasa dalam PKR. Yang anehnya dia tidak dipilih oleh ahli, dia ada imuniti dari proses demokrasi dalam PKR.

“Dia dilantik oleh isterinya Wan Azizah yang juga Presiden PKR. Seperti Hosni Mubarak dalam Parti Demokrasi Nasional, Anwar sebenarnya tidak mahu hadapi proses pemilihan dalam demokrasi,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Tegas beliau, Anwar mengamal budaya kroni dalam politik di mana Anwar menjadi Penasihat Umum, Presiden parti PKR adalah isterinya, Timbalan Presiden adalah bekas setiausaha sulit kanannya, Naib presiden adalah anaknya sendiri, Nurul Izzah.

Keadaan ini kata beliau lagi mempunyai persamaan dengan amalan kroni Hosni Mubarak yang melantik isterinya Suzanne, anaknya Alla dan Gamal memegang jawatan penting dalam kerajaan.

“Anwar mengamal politik ketepikan kumpulan yang nak lawan dia. Kumpulan Zaid Ibrahim diketepikan kerana dia ada sokongan besar dalam PKR. Mustafa Kamil Ayub, Gobalakrisnan, Zulkifli Nordin, Datuk Zaharin Hashim diketepikan kerana mereka dilihat sebagai ancaman kepada Anwar. Hosni Mubarak ketepikan kumpulan ’Islamic Brotherhood’ seperti Anwar sepak keluar pemimpin berpengaruh dalam PKR.

“Anwar rapat dengan Zionis Jews. Semua orang tahu Anwar bersahabat baik dengan orang pemimpin yahudi seperti Paul Wolfowitz (Bekas Presiden Bank Dunia), Al Gore (Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat), Magdline Albright (Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat), Henry Kisingger (Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat). Mereka juga adalah sahabat rapat Hosni Mubarak.

“Anwar rapat dengan George Soros (Yahudi dan penyangak matawang dunia). Adakah Anwar dibiayai oleh Soros?”, ujarnya.

Katanya lagi jawapan bagi segala persoalan tersebut ada pada Azmin Ali kerana Azmin pernah bertemu dengan Soros beberapa kali.


“Untuk tujuan apa? Dari mana datangnya kekayaan luar biasa Anwar dan kroninya? Ini sama dengan keluarga Hosni Mubarak,” tambahnya lagi.

Oleh itu GAPS kata beliau lagi berpandangan Malaysia mengamal demokrasi yang subur, ekonomi yang makmur, rakyat yang harmoni, negara yang aman.

“Ini akan lebih bermakna jikalau rakyat boleh menginsafkan pemimpin bongkak yang gila kuasa seperti Anwar yang selama ini berselindung dengan jawatan ketua pembangkang sebagai topeng untuk membakar api yang boleh menghancurkan negara.

“Anwar Perlu Bertaubat ! – meminjam kata-kata Karpal Singh (Pengerusi DAP & peguam kanan kes Liwat 2), merupakan kalimah yang tepat untuk Anwar. Semoga Anwar mampu kembali ke pangkal jalan sebelum menemui Allah, tuhan yang menjadikannya,” ujarnya.

Anonymous said...

Masa PRK Kerdau dekat markaz induk Pas ada banner besar Pemuda Pas dan Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat dok ajak orang ramai sertai mereka dalam program Umrah..nak meniaga pun tengok tempat la..tengah kalut lawan Umno ada ka pi letak banner besar meniaga nak p Umrah..

Selamat kerjakan Umrah buat Ketua Pemuda Pas dan Timbalannya..

Anonymous said...

Gamak nya besok PAS akan jadi serupa MIC, kena lah pulak DAP letak calon PAS kat kawasan cina macam kat kepong atau bukit bintang untuk menang.....serupa UMNO letak calon MIC dekat Hulu Selangor!!!! Habis tu, kalau letak kat kawasan melayu asyik kalah aje...he..he..he.

V7 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
HAMMER said...

BUKAN GENG PERPADUANG JADI LAIBILITI
TAPI

ORANG BENCI TENGOK AJIS DOK MERAPU
DAN

PAS JADI ALAT DAP

Anonymous said...

PAS PARTI YG TERBESAR DI MALAYSIA....

BESAR DENGAN AUTA

BESAR DENGAN FITNAH

BESAR DENGAN MAKI

BESAR DENGAN BANGANG

Anonymous said...

Alhamdulillah bantuan Allah tiba. Parpukari dan Tun faisal berperang sesama sendiri. Mari ambil kesempatan ini untuk provoke mereka terus bergaduh. Rupanya parpukari yang kononnya berjuang ikhlas sebenarnya bloggger berbayar umno-be-end. Siap boleh beri pada blogger umno-be-end lain dan arah mereka serang dan bogelkan pemimpin umno-be-end yang lain. Elok kita sokong parpukari kerana senang kita jatuhkan mereka seorang demi seorang. Ayuh kawan-kawan, ambil kesempatan hancurkan musuh kita. Sebarkan mesej ini kepada pejuang-pejuang kita. Allahuakbar!

Anonymous said...

PAS PARTI YG TERBESAR DI MALAYSIA....

WOOOIII SEDAR KA APA HANG CAKAP ????

BERAPA KERUSI MENANG?

BESAR DENGAN BOHONG
BESAR DENGAN FITNAH
BESAR DENGAN MAKI
BESAR DENGAN BERGADUH

Tulang Besi said...

pengundi saluran 3, 4,5, di luar bandar bukan baca blog sangat... depa access internet pun kat cc je... dan ramai yg kerja ada bergantung dengan kerajaan dan kroni /kontraktor UMNO... maklimat media pro BN saja sampai kat mereka... harakah susah sampai.. setengah tempat tu.. newsagent tu pun orang UMNO.. so macam mana nak jual harakah... Jual di rumah ahli yg jadi wakil harakah pun berapa orang sangat yg nak pi beli dan memang org ni dah penyokong PAS... kalau di newsstand.. ada yg bukan ahli boleh beli... so paham paham la....


Ha tu lah ko silap. Jangkauan internet skrg ni sudah masuk ke kampung2.

Malangnya, UMNO sendiri telah membina jentera internet mereka untuk memastikan pengundi2 mereka tidak terlepas kepada PAkatan Rakyat

Tulang Besi said...

Anak PErelih,

Aku respect hang pasai hang ikhlas berjuang Islam dan istiqamah.

Tapi hang kena terima hakikat: permusuhan PAS dgn Blogger merugikan PAS bukan blogger.

MAsanya PAS mengubah stand mereka terhadap bloggers.

Anonymous said...

Blogger ni adalah orang-orang yang mempunyai persepsi serta agenda tersendiri.

Kita tidak tahu siapa blogger tu, apa kelayakan dia, pengalaman dia, ideologi dia, akidah dia dan macam-macam lagi.

Umpama blogger seperti tulang besi. Beliau jelas seorang yang tidak mempunyai kelayakan agama tetapi mahu seluruh kepimpinan pas menurut kehendaknya. Pandangan-pandangan tulang besi dalam isu agama jelas banyak yang terpesong. Beliau juga jelas melanggari adat berjemaah, mahu mencabuli demokrasi dalam parti kerana tidak puas hati dengan presiden dan timbalan presiden yang dipilih secara demokratik oleh ahli pas.

Dalam kata mudah, kalau pas tunduk pada blogger seperti tulang besi, bererti pas menjadikan orang jahil, orang tak berkelayakan sebagai pemimpin kepada parti. Pas juga terpaksa mencabuli demokrasi parti dan menjadi alat kepada nafsu bloger-bloger ini.

Di dunia ni ada ribuan blogger. Bayangkan kalau ada 100 blogger macam tulang besi, tak ke biul pas sebab masing-masing ada kepala otak sendiri bagaimana pas perlu di uruskan.

Sebagai contoh, sesama blogger pas sendiri pun banyak kutuk mengutuk, caci mencaci, macam tulang besi dengan si batu api. Dalam keadaan macam tu, siapa yang pas nak sokong? Kalau pas sokong batu api, tulang besi kata pas memusuh blogger, sebab menurut tulang besi, dia lah blogger yang pas perlu ikut. Kalau pas sokong tulang besi, macam mana pula dengan batu api.

Jadi, jelaslah kita lihat, saranan tulang besi ini adalah saranan orang jahil yang tidak mengenali realiti.

Selumbar said...

Dalam keadaan yang kekurangan ini sepatutnya kita ikut kata pepatah tiada rotan, akar kita gunakan.

Memang benar kita tidak tahu siapa blogger tu, apa kelayakan dia, pengalaman dia, ideologi dia, akidah dia...

Tapi itu bukan persoalannya. Apa yang perlu kita ambil perhatian ialah maklumat yang disampaikan, cadangan dan kritikan yang ditulis dalam blognya. Orang yang ditujukan itu pula perlu muhasabah diri. Perbaiki kelemahan diri jika ada.

Jadi orang politik, tujuannya nak jadi pemimpin masyarakat. Bila sudah duduk dibarian hadapan maka semua mata akan tertumpu kepadanya. Setiap gerak gerinya akan diperhatikan. Dari situ akan wujud kumpulan yang menyokong dan kumpulan yang menentang.

Itu sebabnya pemimpin dari PAS akan dikritik apabila dilihat sudah tergelincir dari landasan perjuangannya.

Atau kita ikut budaya UMNO Baru, sesiapa yang bercakap benar adalah salah dan dianggap sebagai pengkhianat, tapi bercakap bohong adalah mulia dan diangkat sebagai wira...?

Jika pemimpin PAS tidak boleh dikritik bermakna mereka akan gunakan akta ISA bila berkuasa seperti yang dilakukan oleh pemimpin UMNO Baru. Memang celaka !

Dalam beberapa pilihanraya kecil diadakan, kita melihat pemimpin PAS kebanyakannya tidak ubah seperti sitempang dapat kasut roda. Kononnya dengan kasut roda itu maka dia boleh bergerak lebih laju dari orang normal.

Sikap "overconfident" telah menjadi salah satu punca kekalahan demi kekalahan dalam pilihanraya kecil.

Pemimpin PAS yang hadir dalam pilihanraya kecil itu kebanyakannya bersikap seperti peminta sedekah... lemah, selekeh, rendah diri, merayu-rayu minta simpati. Dan suka bercerita tentang pembalasan tuhan kepada orang yang tidak percaya pada tuhan.

Kekalahan calon PAS dalam pilihanraya kecil adalah kerana mereka juga tiada panglima perang yang pakar berperang dalam pilihanraya.

Sepatutnya mereka sudah faham tipu muslihat SPR dan juga pemimpin UMNO BN dalam semua aspek mencari kemenangan. Ini disebabkan dalam semua pilihanraya mereka melakukan penipuan dan tekanan terhadap parti pembangkang.Tapi pemimpin PAS tidak pernah sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Dan yang lebih malang lagi, orang yang dilantik menerajui pilihanraya kecil kebanyakannya dari kumpulan orang yang disifatkan sebagai "bodoh sombong dan beriman tidak bertempat".

Bila terdesak mereka mati akal sehingga mereka salahkan SPR, salahkan polis, salahkan Barisan Nasional, salahkan pengundi dan salahkan rasuah. Kenapa jadi begitu ?

Kalau pemimpin politik ada yang baik dan ada yang jahat maka begitu juga penulis blog.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.