Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, March 4, 2011

Pahang: Kalau dah Bangkrap tu, Ngaku je lah

Heran sungguh tengok MB Pahang ni. Sudah terang lagi bersuluh pun masih nak buat alasan. Megnikut laporan rasmi DUN PAhang, pendapatan Pahang adalah KURANG dari PERBELANJAAN Pahang.

Tak payah tanya sapa pun ahli ekonomi, tanya mana-mana surirumah pun boleh jawab. Kalau berbelanja lebih dari pendapatan tu tandanya orang tu dah bangkrap.


Bayangkan, hasil negeri Pahang RM532 juta. Belanja mengurus dan pembangunan RM871 juta. Ertinya setiap tahun, Pahang terpaksa berhutang dgn Pusat sekurang-kurangnya RM300 juta.

Apa Adnan Yaakob tak sedar ke Kerajaan Pusat pun nak bangkrap jugak. Hutang Pusat dah mencecah 60% dari pendapatan negara. Kalau terus dgn pentadbiran UMNO ni, kebangkrapan Pahang ini akan menarik Malaysia sekali jadi bangkrap.

Tukar lah BN kalau kita nak elakkan Malaysia jadi negara bangkrap.


Tapi apa nak heran. Budaya membangkrapkan negara ni adalah budaya UMNO. Esok bila anak cucu kita terpaksa mengemis dan melacur untuk mencari sesuap nasik, barulah kita nak menyesal.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna.

Ikut jejak rakyat Mesir. Mari kita humban UMNO ke Laut Cina Selatan.

Aminn!!!!

Tulang Besi

25 comments:

Pemerhati dari jauh said...

Saudara,

Nampak sgt saudara ini main serkap jarang.

Takrifan muflis sesebuah negeri/negara berbeza dgn individu ataupun syarikat.

Itu namanya belanjawan defisit. Belanja lebih daripada pendapatan.

Adakah kerajaan negeri Kelantan dan Selangor tidak pernah buat belanjawan defisit dan ada ketikanya meminta suntikan dana daripada Kerajaan Pusat?

Entah, blogger-blogger anti-UMNO memang suka menyemai benih kebencian walhal fakta yang dibawa tak kukuh mana..

Jangan nanti dah kena saman dgn kerajaan Pahang pasal tuduhan ini, cepat2 minta maaf macam kes felda dan saiful oleh PDO hari tu yer..

Hilang terus kredibiliti anda!

Anonymous said...

hang lagi bodoh. pendapatan hang 5 ribu sebulan(contohlah). tapi hang ada rumah. mesti loan punya. hang ada kereta. pun loan punya. maknanya pendapatan hang tak mampu memenuhi keperluan. jadi hang kena hutang. jumlah hutang hang besaq dari pendapatan. tapi adakah orang kata hang bangkrap. kalau ikut teori hampa yang bangkrap dulu puak-puak hampa dan negeri hampa la. sheikh. kalau macam tu amerika (pak penakan ketua umum hampa tu) pun bangkrap la no.

Anonymous said...

lu tau ka apa itu bankrap...kalau xtau belajar dulu..jgn jadi orang bodoh..bahlol..tolol...lu hidup aman skrg pun sbb BN yg memerintah..kalau PR memerintah dah lama negara ini tergadai..belajar2 lah bersyukur!!

zakwan said...

I'm currently studying in Kuantan now and I notice there's nothing much here in terms of development despite the fact that the current PM is from this state
What boggles me more is that the MB Adnan Yaakob is a UIA alumni and did nothing much to Pahang compared to Ali Rustam who is merely a "kelulusan sekolah rendah" and kinda put Melaka in a steady development pace

Pahang on the verge of bankruptcy?
That's no surprise since Sabah is labelled by the World Bank as the poorest state in Malaysia, not PAS ruled Kelantan

Anonymous said...

Datuk Seri Adnan Yaakob kata "Walaupun ada hutang...hutang perkara biasa, hutang bukan bankrap. Bukan Pahang sahaja (berhutang) negeri lain pun termasuk Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor juga sama,".

Tapi masalahnya Datuk Seri hutang makin meningkat naik RM2.17 bilion...!!!

Pahang memang tak bankrap, tapi pemimpin Pahang dah bankrap idea...!

Anonymous said...

Ilmu ekonomi Tulang Besi belajar dari Suri Rumah. Jadi jangan salahkan dia.

amish said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Aku sokong arsenal.....arsenal sokong BN

Anonymous said...

kalau mengikut teori TB pasal pasal bankrap.. mmg dah ramai umat manusia di malaysia ni bankrap.. AS pun dah bankrap kalau ikut teori TB.. gi lah belajar pasal ekonomi lak TB.. belajar apa makna defisit dulu yer.. baru nak komen pasal isu bankrap.. atau pun TB dah bankrap idea nak tulis kat entry ni.. sbb tu makin merapu..

Anonymous said...

ASSALAM SEMUA
aku heran smlam dlm brita tv3 suku ,muhyidin kata "Buku jingga" yang diperkenalkan oleh PR boleh menyebabkan negara muflis sbb perbelanjaan lebih banyak dri pendPtn negara (itupun selepas habis harta negara BN hisap)tup..tup Denan yaakob cakap negeri Pahang bukan muflis tetapi kerajaan negeri membelanjakan pendapatan negeri melebihi pendapatan stelah membina masjid, sekolah blah..bla (alim lah pulak)..Soalan aku apa beza kenyataan muhyidin dgn denan dlm berita tersebut??? tlg kupaskan isu ini.....

V7 said...

pada aku muflis ok lagi asalkan jangan sesat macam nik ajis biol tu.

Anonymous said...

hutang tiap2 tahun meningkat???
x mungkinlah!!! kerajaan BN pandai jaga ekonomi lah, tengoklah ekonomi negara kan dah mantap sekarang. tipu lah hutang pahang makin banyak tiap2 tahun....saje je anti-Bn ni x dpt projek la tu....walau pun harga barang ada naik sikit2 tapi hidup rakyat senang jerr....sama2 lah kita sokong kerajaan....x pe kita berkorban untuk kerajaan, susah sikit2 x de ape lah. apa yang penting kita x susahkan pemimpin yg telah byk menolong kita....mereka siang malam pikir kan kesusahan rakyat.....tiap2 ari turun jumpa rakyat, ni mst x tgk tv ni kalu x tahu....

AntiAPCO said...

Belanjawan defisit tu biasa dalm ekonomi, tapi belanjawan defisit 13TAHUN BERTURUT-TURUT tu maknanya tak tahu tentang belanjawan, banyak ketirisan, rasuah dan pembaziran. Sila rujuk laporan Audit Negara Tahun 2009/2010 - terang-terang Belanjawan Negeri Pulau Pinang telah berada dalam keseimbangan dan menuju kearah lebihan dalam tempoh 2 tahun sahaja, Belanjawan Selangor adalah seimbang dan Belanjawan Kelantan kearah keseimbangan dengan hutang kepada kerajaan pusat hanya tinggal 13.5 juta, bandingkan hutang 2.17 BILLION kerajaan pahang kepada kerajaan pusat dan semakin meningkat dengan drastik. Ini buka sembang kedai kopi yeop woii... ini fakta ekonomi yang mungkin MB Pahang sendiri tak paham kot... kalau paham takkan boleh jadi macam ni! Rujuk sendiri dan fikirkan. Mungkin yahudi APCO yang ajar kot...

Anonymous said...

memang bodoh pun tulang besi ni. aku bagi contoh la. kita gaji 3 ribu. tapi bila emergency, kadang2 kita terpaksa keluar belanja untuk bulan tu sampai RM3500. boleh ke kita terus diisytihar muflis? kita masih ada aset la bro.. kita ada keta, rumah, simpanan.. semua tu masih lagi dikira harta. mana boleh terus diisytihar bangkrap. bulan depan dapat gaji cover la balik mana yang cukup tu. itu nama nya Defisit Belanjawan. betul kata pemerhati dari jauh tu.. Tulang besi gio belajar ekonomi dulu. nak jadi pemerintah macam mana kalau bab ni pun tak tau.. bodoh la lu..

Che Ngah said...

Assalamualaikum saudara,

Kalau benarlah negeri Pahang di bawah BN sudah bankrap, atau hampir nak bankrap, maka saya cabar semua orang Kelantan yang sedang menikmati kemakmuran bumi Pahang supaya balik ke Kelantan, yang maju, makmur, islamik dan paling penting tidak bankrap itu. Kalau kerajaan negeri Pahang bankrap kerana berbelanja utk kepentingan rakyat, maka lebih baik bankrap daripada jadi kaya.

Nik Aziz kata dia lebih bangga sebagai seorang Islam daripada bergelar seorang Melayu. Tapi bukankah orang Kelantanlah paling kuat semangat keMelayuan dan kenegeriannya? Bukankah di negeri Kelantan, orang Melayu yang bukan lahir dari negeri Kelantan tak boleh memiliki tanah walaupun setelah bermastautin sekian lama?

Berapa ramai orang Kelantan yang berhijrah ke Pahang, tak tahulah pasal apa, meneroka tanah secara haram tapi diberikan hak milik tanah secara rasmi kemudiannya kerana Kerajaan Negeri Pahang memang baik hati, seperti orang Ansar menolong orang Muhajirin.
Duduk di Pahang jadi kaya raya sampai dapat jadi YB pun!
Tak percaya pergi tengok ke kampung Kubang Rusa, Merapoh, Berhamah, Mentara Baru, Kuala Lanar di Lipis, Batu Balai dan Besul di Jerantut dan banyak lagilah serata Pahang.
Tu Tuan Ibrahim tu asal orang mana?
Orang Pahang tak ada yang nama bermula dengan Tuan!

Kalau benarlah Pahang ni tak makmur dan hampir bankrap, Tuan Ibrahim pergilah balik Kelantan dan jadi MB ganti Nik Aziz, lebih baik. Tak usah berangan nak jadi MB Pahang.

HAMMER said...

PAHANG DAH BENGKRAP
PAHANG DAH BENGKRAP
PAHANG DAH BENGKRAP

HAHAHAHAHA

ORANG PAHANG AKAN JADI PENGEMIS
ORANG PAHANG AKAN JADI PELACUR

BLOGGER NI TULIS CERITA KARTUN KA ?????
SEKOLAH SAMPAI DARJAH BERAPA ??????

SPESIES MAHPUS KA SPESIES MAT SABU

Anonymous said...

Bukan sahaja Pahang Darul Makmur. Bajet Nagara pun dalam deficit mulai daipada 1971 bila NEP di laksanakan hingga hari int kecuali tahun 1993 hingga 1998 bila bajet itu adalah 'balanced'. 70% keuntungan dari Patrons diguna olih kerajaan.Pelaburan dari luar paling kurang dimalaysia dalam ASEAN. Wang berjumlah RM 880 Billion telah dipidah tanpa sebab dari negara ini kepada negara barat.250,000 Rakyat mahir Malaysia telah keluar negara mencari kerja dari 2005 hingga
2009.UMNO adalah satu parti yang telah membolot kuasa yang selamanya dalam dunia.

Kata Menteri Pertahana beliau akan sokong kerajaan BN dengan tentera jika perlu walaupun dari segi perlembagaan Thentera bolig di guna untuk pertahan musuh luar shahja. ALLAH sahaja bolih selamatkan kita.

Anonymous said...

//Ikut jejak rakyat Mesir. Mari kita humban UMNO ke Laut Cina Selatan.//
GUa sokong 10000%!!

Anonymous said...

//Ikut jejak rakyat Mesir. Mari kita humban UMNO ke Laut Cina Selatan.\\

sbb tu org dok suruh TB gi belajor lagi.. di MESIR tu yg memberontak adalah MAJORITI rakyat Mesir yg tak percaya pd pemerintah lagi.. tp di Malaysia ni MAJORITI rakyat masih percaya pada kerajaan.. puak pembangkang hanya MINORITI dMalaysia ni.. sbb takda sapa rakyat yg boleh berfikir nak ikut juak pembangkang yg gila kuasa.. kecuali rakyat yg dungu jer ikut juak2 pembangkang ni.. jadi tak usah dok mimpi lah wahai juak2 PAS.. yg PASti parti ni mmg hamPAS.

Anonymous said...

kamu tulis ini :

"Tapi apa nak heran. Budaya membangkrapkan negara ni adalah budaya UMNO. Esok bila anak cucu kita terpaksa mengemis dan melacur untuk mencari sesuap nasik, barulah kita nak menyesal"

ulasan aku :
Dulu kita memang susah, orang melayu memang susah. Tengok kat Astro The Malayan Emergency..dalam video tu orang melayu serebeh jer...semua susah tapi..tapi..mereka tak melacur...macam yang hang tulis dalam blog ni..

ayam hutan said...

buat apa bergadoh buang masa aje. Bukan kome tak tahu malaysia ni EMAK BAPAK UMNO/PKMB yang punya.

V7 said...

Anonymous March 6, 2011 12:00 PM said...

//Ikut jejak rakyat Mesir. Mari kita humban UMNO ke Laut Cina Selatan.//
GUa sokong 10000%!!
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

jangan cakap aje, kalau ada kote ikut lah jejak mesir. kena humban kau dalam ISA. Aku sokong ISA!!!!

jangan jadi pondan macam tok guru sesat kau si nik ajis tu, harap kan cakap aje tapi telor pun tak ada...

Anonymous said...

Jangan bandingkan Malaysia dengan Mesir. Lu nak ikut sangat jejak langkah rakyat Mesir ke? berhenti kerja dulu, pastu gi la berdemonstrasi. Nanti anak bini bagi makan pasir je. Berani? jgn nanti orang lain buat lu tgk dr kaca TV j

Pada pendapat aku tersangat BODOH dan Bangang la sapa2 yang terpedaya dengan agenda ni. tgk la sekarang ni, dan yang akan datang nanti, yang buat demo ni semua orang yang berketayap putih. yang bangsa lkain mana? Tengok dari jauh dengan senyum, gembira. Buat persiapan nak ambik alih kerajaan. Akibatnya, Melayu jugak yang jatuh tersungkur.. Itulah permainan pembangkang yang paling aku takuti.

Sapa nak jadi ketua? Anwar? he..he. jangan harap. Kalau PR dapat rampas kuasa nanti, masa tu la KARPAL akan dedahkan balik semua bukti Anwar meliwat. Last2 anwar tersungkur di penjara. kalau tak pun, mungkin akan jadi PM yang dicuduk hidung, sebab takut dengan ugutan Karpal yang mempunyai bukti segalanya tentang salah laku Anwar..

Abujay said...

Kepada saudara anonymous 7 Mac 12.42 am, memang Malaysia tak sama dengan Mesir jadi tak perlulah gusar. PR tak boleh nak rampas kuasa sebab majoriti menyokong kerajaan termasuklah pasukan keselamatan, badan sukarela dan sebagainya jadi tak perlulah risau. Terbukti dasar pecah dan perintah (setiap kaum diperintah oleh setiap parti) warisan Inggeris berjaya mengekalkan kuasa dulu, kini dan selamanya dan selagi majotiri rakyat mendapat berita sebelah pihak jangan harap pembangkang boleh menang. Pada hari sabtu malam ahad lepas, berita di TV menyiarkan ceramah TPM dan beliau menyatakan bahawa tiada negara di dunia ini yang memberikan pelbagai bantuan dan subsidi kepada rakyat dan beliau kata ambil contoh Singapura di negara tersebut tiada subsidi tetapi bila saya fikir balik pendapatan per kapita di Singapura jauh lebih tinggi daripada Malaysia kenapa tak bandingkan dengan negara yang setaraf. Cuba TV siarkan ceramah pembangkang pula baru pengundi boleh membuat keputusan mana satu yang betul dan mana satu yang lebih logik.

Tentang Karpal nak dedahkan balik bukti pula bagaimana sebab sekarang pun beliau menjadi peguam-bela Anwar dan bukti menyatakan tiada tusukan berlaku tetapi boleh pula ada kesan DNA oleh “Male Y”. Khabar angin dari kedai kopi menyatakan yang Anwar telah meliwat dengan menggunakan “jurus” dari jarak jauh iaitu boleh disimpulkan perbuatan secara halus dan ini telah meyakinkan orang ramai di kedai kopi. Kalau betul lah apa yang disebutkan, ramai orang dah jadi mangsa secara tak sedar termasuklah saudara sekalian semua jangan marah ye nanti kena jual. Satu lagi yang bermain dikepala kita ialah tanah orang melayu akan dirampas jikalau pembangkang berkuasa. Kalau tuan tanah sendiri secara sukarela menjualnya takkan nak halang pula sebab itu hak dia nak jual ke tak. Saya ada saudara sebelah yang menjual tanah kampung yang penuh dengan semak samun secara sukarela kepada pemaju di melaka dengan harga RM 1.5 juta, kalau perkara ini berlaku di P.Pinang dengan pantas saudara Guan Eng akan dituduh merampas tanah orang melayu padahal tuan tanah yang ambil keputusan sendiri untuk jual daripada terbiar sebab anak cucu semuanya tak nak duduk kampung sebab selesa tinggal di bandar.

Saya daripada kecil telah diajar bahawa parti DAP adalah parti komunis yang jahat, kalau betul ada agenda yang tak baik apa kata kita suruh pihak berkaitan menyiasat dan kalau betul pendaftar pertubuhan boleh ambil tindakan untuk mengharamkan parti tersebut. Apakah saudara bersetuju jikalau saya katakan bahawa masalah yang kita hadapi sekarang tidak begini jikalau majoriti penduduk bukan melayu menganut ajaran Islam disebabkan 50 tahun dulu tiada pengasingan kuasa antara kaum dan dakwah dilakukan secara gigih dan menyeluruh tanpa banyak kerenah birokrasi. Secara relatifnya katakan kita sebagai penjual (promoter) membenci seseorang dan disebabkan tiada pelanggan lain bagaimana kita hendak menjual dan mahu orang yang kita benci itu membeli barang yang kita jual, boleh ke? Jangan kata nak promosi barang, nak pandang pun tak ingin. Samalah juga kalau kita dah benci sangat dengan Muthusamy dan Ah Chong bagaimana kita hendak berdakwah dan mengajak mereka mengenal ajaran Islam. Cuba kita sama-sama renungkan dan kongsi pengalaman.

Anonymous said...

para penulis,

nampak sangat anda semua suka suka gaduh.bukan gaduh suka suka.
negara aman lainlah hati sekalian yg tak aman. milik sendiri rasa mcm milik org lain saja.dah tu cuba nak jatuhkan. kan negara milik bersama? cuma beban kita yg berbeza. sabar sikit. ada hak masing2. berhenti berebut sblm takda sorg pun dpt apa-apa. kita rugi lg menyesal. terlambat sudah amat sayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.