Manakala, kita lihat selepas pemilihan PAS 2009, jarang-jarang kita dengar kepimpinan PAS mengambil sikap yang jelas dan agresif melawan UMNO dan kepimpinan UMNO.
Timbalan PResiden PAS seperti tidak wujud di dalam melawan kepimpinan Najib dan Muhyiddin. TIADA SATU projek pun yang digalas oleh Timbalan Presiden di dalam menentang kepimpinan UMNO dan Najib/Muhyiddin.
Sekurang-kurangnya:
Husam - Isu Royalti
Mahfuz - Saman Ekor
Syed Azman - Hal Ehwal Antarabangsa
Mujahid - Dewan Penyokong PAS
Salahuddin Ayub - mengeluarkan kenyataan2 mengkritik UMNO jauh lebih banyak dari Timbalan Presiden
Manakala, kepimpinan geng terengganu, Nasa, Hasan Ali, Tantawi dsbnya lebih banyak memaki:
1.0 BLoggers
2.0 DAP
3.0 Pakatan Rakyat (siap nak keluarkan Garispanduan Tahaluf Siyasi lagi)
Kalau perkara ini berterusan, saya jamin PAS akan terus kalah dan akan kalah dengan lebih teruk.
Secara mudahnya, kepimpinan "Geng Perpaduang" dan "Geng Terengganu" membantu UMNO dengan jaya sekali. UMNO sepatutnya berterima kasih dengan kepimpinan Geng Perpaduang dan Geng Terengganu ini.
Pada ahli dan penyokong PAS yang lain, marilah kita terus meraikan kekalahan demi kekalahan laksana PAS Terengganu. Projek mengekspot kekalahan PAS Terengganu sedang berjalan dengan lancar sekali.
Tulang Besi
yg kata "BLOGGER CELAKA" tu nik aziz.. dan dia tuju kpd blogger macam kickdafella dan TB....
ReplyDelete