Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, March 7, 2011

PAS Perlu Perubahan Pimpinan untuk Kekal Kemenangan 2008

Kita semua tahu perubahan dalam keputusan pilihanraya memerlukan pengundi2 dari Saluran 3,4,5 ke atas melakukan perubahannya. Biasanya, Saluran 1 dan 2 tidak akan berubah banyak dan mereka akan mengekalkan dacing yang semakin karat.

PAS sepatutnya selesa dalam keadaan sekarang memandangkan pengundi2 berbangsa Cina sudah tidak takut memberi undi kepada PAS.

Soalnya sekarang, bagaimana menggerakan pengundi2 Saluran 3 ke atas berubah dengan kadar yang besar kepada PAS (dan PKR)?

Penugndi2 biasa yang tidak mempunyai pengetahuan politik mendalam ini biasanya melihat kepada kepimpinan2 tertinggi parti.

Mereka membuat perbandingan antara Presiden PAS dengan Presiden UMNO. Mereka membandingkan Timbalan Presiden PAS dan Timbalan Presiden UMNO.

Jelas dari keputusan Tenang, Merlimau dan Kerdau pengundi2 muda lebih selesa dengan kepimpinan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Ini adalah hakikat yang wajib diterima semua ahli2 PAS. Kepimpinan PAS yang ada sekarang ini tidak mampu mencabar kepopulariti kedua2 Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Ahli2 PAS juga perlu sedar bahawa yang membuang undi dalam setiap pilihanraya adalah mereka yang bukan ahli PAS dan kebanyakannya tidak berparti.

Ahli2 PAS sudah tiba di persimpangan jalan antara mengekalkan budaya "wala" membuta tuli ataupun menjaga kemenangan yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepada PAS pada 2008 yang lepas.

Sudah tiba masanya ahli2 PAS meletakkan PAS dan perjuangan Islam lebih tinggi dari pimpinan mereka.

Sekian.


Tulang Besi

ps yang lebih jelas, pengundi2 muda lebih tertarik dengan Ketua Pemuda UMNO berbanding Ketua Pemuda PAS.

17 comments:

demour said...

you win you lose some.

Got the chinese votes but lose the malays.

C'est la vie

leekonyou said...

Pengumuman pengumunan PRU13 BN-Buang N.Ajis, Buang Nuar...bila Barang Nurun....Sunday, March 6, 2011
KEKALAHAN DEMI KEKALAHAN - PAS KEMBALI PADA REALITI ASALNYA...
Sunday, March 06, 2011 Desperado

Pemimpin2 PAS harus musibah diri, PAS bukan parti pilihan rakyat. PRU-12 PAS cuma meraih 23 kerusi parlimen dan 83 kerusi DUN berbanding dengan 140 kerusi parlimen dan 307 DUN bagi BN. PAS lupa diri dengan kemenangan 'besar' itu. PAS bertambah sombong dan terus mencaci dan menghina UMNO. PAS harus sedar bahawa UMNO yang di caci hina nya itu ada lah kaum yang sebangsa dan se agama dengan nya.

Apa yang PAS boleh buat dengan 23 kerusi parlimen jika PR berkuasa memerintah negara? Mampukah PAS menubuhkan negara Islam nya dengan 23 suara dalam parlimen? Mungkin PAS mengharaf kan pertambahan kerusi pada PRU-13 akan datang. PAS ber angan2 kunun nya semua kaum melayu/Islam akan bersatu tinggalkan UMNO dan menyokong PAS pula.

Khayalan PAS ini tidak mungkin terjadi. PAS jangan anggap kaum melayu/Islam begitu mudah di perbodohkan. PAS mendapat kecederaan teruk apabila parti itu bergabung (sementara) menghadapi PRU atau PRK dengan DAP dan PKR. Kaum melayu/Islam semua nya sudah faham siapa DAP dan PKR itu. Gabungan PAS, PKR dan DAP boleh di ibarat kan kucing, anjing dan tikus ke dalam sebuah keranjang.

PAS ibarat tikus, mampukan bersaing dengan kucing(PKR) dan anjing(DAP)? Yang pasti kucing dan anjing akan terus bercakaran dan akhirnya tikus juga jadi mangsa makanan si kucing dan anjing.

PAS tidak pernah melakukan apa2 terhadap agama, bangsa dan negara. Sebalik nya PAS menggalak kan perpecahan kaum melayu dan umat Islam. Sekarang melayu sudah terbahagi kepada 4 kumpulan parti politik. Secara langsung ianya telah melemahkan kuasa politik melayu yang bertanggung jawab membela agama, bangsa dan negara.

Kaum melayu bosan dengan permainan politik PAS, 3 PRK yang di adakan membukti kan PAS bukan parti pilihan melayu/Islam.

lebai mangkuk

Anonymous said...

dan sudah tentu mereka tidak selesa dengan blogger macam ko ni... yg tak tahu apa apa pun keadaan di luar bandar dan sentimen orang Melayu... kalau ikut cadangan ko... PAS akan kalah lebih besar lagi....

Anonymous said...

PAS memerlukan kepimpinan yang nampak berIntegriti, Professional, Cekap dan Bersih seperti Tuan Guru Nik Aziz.

Pimpinan lain nampak lembab, lemah berserabut dan kurang confident terutama dalam hal hal Public Relation affair.

Orang orang kampong bukannya bodoh tak berilmu sepertti dulu kala, terutama anak anak mudaatas pagar yang mampu dibeli dengan rm100 se undi se orang.

Muka muka 20-sen tak perlu lagi di lapisan kepimpinan atasan PAS. Hanya TGNA saja yang dapat berdiri teguh setanding Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim. Yang lainnya bagai 'makan gaji buta' aje.

Jangan berani berkumpulan, dan senyap sendirian bak monyet di semak semak taman tun dr ismail.

Anonymous said...

Presiden PAS TGHA perlu bertanggung jawab . Atas kekecewaan mereka yang terlibat di kedua dua PRK kerdau dan merlimau.

kalau di Jepun , tentu dah letak jawatan.

Aura dan karamah TGHA dah tak ada dek kerana UG.

Anonymous said...

" PAS sepatutnya selesa dalam keadaan sekarang memandangkan pengundi2 berbangsa Cina sudah tidak takut memberi undi kepada PAS "
-SEBAB DAH TAK PERJUANG HUDUD!

" Penugndi2 biasa yang tidak mempunyai pengetahuan politik mendalam ini biasanya melihat kepada kepimpinan2 tertinggi parti."
-BETUL!! NIK AZIZ KENA BERSARA. SEMAKIN HARI MAKIN BANYAK FATWA NYANYUK AKAN KELUAR DARI MULUTNYA. MAKIN MENGARUT.

" Mereka membuat perbandingan antara Presiden PAS dengan Presiden UMNO. Mereka membandingkan Timbalan Presiden PAS dan Timbalan Presiden UMNO."
- YE! PEMIMPIN UMNO BUAT KERJA DAN ADA VISI. PEMIMPIN PAS CERAMAH AJE SIANG MALAM!
LIHATLAH NAJIB - DIA BUAT DONO JE KAT PEMIMPIN PAKATAN PUNYA RETORIK. NAJIB IS WAY ABOVE THESE JOKERS. SEBAB TU DIA TAK LAYAN DAN BUAT KERJA DIA SEBAGAI PEMIMPIN.

---------

LAGI SATU. PEMIMPIN LAIN PAKATAN PUN KENA BUANG!
TERUTAMA SEKALI SI ANWAR - SI LELAKI Y.
KEBENARAN SUDAH MENYERLAH!!! SIAPA YANG PERCAYA ANWAR SEKARANG. MAKA PAS DAN DAP JUGA YANG TERIMA PADAH KERANA SUBAHAT DENGAN ANWAR!

ISLAM APA NI? ISLE KOT.

PKR PUN DAH NAK HANCUS.
LEPAS NI PAS vs DAP - SIAPA LAGI DOMINAN?
BOLEH KERJASAMA DENGAN SYAITAN LAGI KE?

ps - hang pun dah tolak PAS ke? nak pergi cari borang UMNO?

Khun Pana aka johanssm said...

problem Pas ialah pasal Kerajaan Perpaduwang dengan apno. Itu ialah problem paling paling besar.
Kalau Nik Aziz tiada, siapa dari Pas yang bolih jamin ini tak akan timbul lagi.
Bukan nya pasal judi atau arak.
Sebab ,Sesiapa yang nak judi , pasti akan cari jalan untok main judi.
Dan sesiapa yang nak minum sampai mabok, pasti akan cari helah untok buat tuak sendiri.

PKR juga main peranan . Kalau PKR ada problem, pasti ini akan beri kesan kepada Pakatan secara menyeluruh.
Isu kerajaan perpaduwang dan isu dalaman PKR lah yang datangkan maut.

Pas tidak bolih main agenda agama , agama dan agama. Siang dan malam agama. Suka -suka nak main haram yang itu , suka -suka nak haramkan yang ini.
Kalau nak haram , buatlah dengan cara baik dan halus.
Jangan tergesa-gesa sampai orang naik fed -up dan prasangka.

Beri perhatian kepada isu ekonomi , kehidupan tanpa rasuah dan ciri ciri pentakbiran yang baik.

OCPA said...

TB,
1. Adakah mungkin cara perjuangan
secara Pilihanraya tidak di restui Allah?
2. Mungkinkah utk menegakkan negara Islam memerlukan pengorbanan nyawa sama seperti zaman Rasulullah?
3. Atau mungkin sekurang-kurangnya seperti revolusi rakyat yg berlaku di Mesir dan negara2 sekitarnya?

Pada hemat saya, MUNGKIN cara perjuangan yg ada kini iaitu secara Pilihanraya, TIDAK SESUAI dgn perjuangan ISLAM dan TIDAK mendapat "pengiktirafan" dan TIDAK seperti yg dikehendaki oleh ALLAH swt..
Apa pendapat saudara?

Anonymous said...

Salam,

Sifir kemenangan besar BN mudah saja. Hakikatnya trend kepercayaan rakyat beralih ke BN.

Apa penyebabnya ?

1. Mual dengan modal politik Anwar Ibrahim dan PKR.

2. Kegagalan PKR mentadbir, PAS berfungsi dan kebiadapan DAP di Selangor

3. Sifat mesra tak bertempat Tuan Guru Nik Aziz kepada DAP yang semakin biadap.

4. Pembangkang bersifat tikus membaiki labu setelah diberi amanah di Selangor dan P.Pinang sehingga banyak "collateral damage" terhadap penyokong kuat mereka sendiri.

5. Keberangan non-partisan muslim urban terhadap sifat syok sendiri ahli PAS yang mendakap DAP atas dasar sentimen. (INI SILAP PALING BESAR SEBAB SUNGGUH MENJENGKELKAN SIKAP PAS MEMBERI ALASAN DAKWAH DAN KEPENTINGAN POLITIK UNTUK BERSIKAP PASIF TERHADAP DAP DAN RASIS BANGSA BUKAN MELAYU MENGHINA ISLAM DAN MELAYU...;<<<kesilapan ini menjadikan bara dendam kepada penyokong PAS yang merasakan PAS gagal membaca aspirasi penyokongnnya sendiri.

ps: BUKAN SOKONG BN SEBAB BN BAGUS TETAPI SEBAB PAKATAN RAKYAT LEBIH MEROSAKKAN DARI BN.

Anonymous said...

tulang besi silap menilai suasana politik semasa di tanah air lagi.....
siapa kata najib & muhyiddin lebih popular dari tghh & ust nasa? kalau itu tanggapan beliau....minta beliau aktif di dalam PAS (kalau beliau masih ahli PAS) atau mana2 parti Pakatan, turun bersama rakyat & kalau boleh bertanding di dalam mana2 PRK atau PRU...nescaya telahan beliau akan berbeza sama sekali.....

Anonymous said...

Selagi ada Nik Azis,selagi ada Anwar selagiada DAP selagitulah Pas dan PKR akan kalah dalam setiap PRK atau PRU13..tapi siapa boleh ganti Nik Aziz dan Anwar kedua-dua Presiden parti tak berfungsi itulah kelebihan kpd BN pada setiap kali PRK jolok saja Nik Aziz akan merapulah fatwa yang keluar,Anwar selagi tak berani nak saman U.Hafilda dan seangkatannya jangan mimpi nak kata diritu betul...

ORANG KECIL said...

MUDAH CAKAP BALIKLA KEPADA PERJUANGAN ASAL

DAN BERSATULAH KITA WAHAI ORANG ISLAM LEBIH MULIA 'DI SISINYA' BERBANDING YANG LAIN

Anonymous said...

Saya cenderong untuk bersetuju dengan komen anda. Pada ketika ini saya hanya nampak TGNA sajalah yang menjadi penentu dalam keutuhan PR. Bukan melayu hanya yakin kepada TGNA saja, tidak Presiden, Timbalannya atau yang lain, terutama sekali dari T'ganu. Walaupun 'hardcore' PAS masih melihat kepimpinan sekarang sebagai releven, itu hanya igauan mereka sendiri sahaja. Pengaruh DSAI juga pun kebelakangan ini sudah tidak lagi sehebat dulu.

MENJ said...

Time for a regime change if PAS wants to really defeat UMNO totally and utterly.

V7 said...

aku rasa orang-orang pas ni patut gulingkan aje presiden dan timbalan presiden pas dan lantik nik ajis sebagai presiden dan tulang bodoh (TB) sebagai timbalan presiden, baru lah rakyat islam kat malaysia akan terima balik pas.

pas jangan berpisah dengan dap, perjuangan bersama dengan dap patut dikekalkan dan diteruskan bagi mengekalkan undi kafir terhadap pas. dan pas jugak perlu tukar matlamat dan nama iaitu bermatlamatkan perjuangan demokrasi dan semua agama adalah sama.

puak-puak kafir kat malaysia sudah mula faham bahawa dengan undi pas mereka akan masuk syurga, justeru mereka tidak perlu masuk islam dan potong kote untuk ke syurga.

Anonymous said...

PAS hilang arah
Kerana pimpinan tidak tahu menunjukkan arah

PAS tiada strategi
Kerana pimpinan tidak tahu menunjukkan strategi

PAS tidak tahu keutamaan
Kerana pimpinan sendiri nak serbu kesemua perkara sekaligus

PAS tidak mampu berubah
Kerana PAS stu parti yang sangat takutkan perubahan

Negeri Menang, PAS pentingkan diri sendiri
Kerana pimpinan tidak mengeluarkan arahan bagaimana caranya.

Negeri Menang, PAS ada kekuatan kewangan
Tapi tidak tahu menggunakan senjata tersebut

PAS syok sendiri
Sebab pimpinan sentiasa membuai pengikut dengan berita-berita manis.

Anonymous said...

Persoalan tentang persahabatan dan pertolongan daripada syaitan yang dikatakan oleh Nik Aziz akan diterimanya dengan lapang dada selagi syaitan mampu menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional, sebenarnya sangat menarik untuk diulas. Sebabnya, tidak ramai yang sedar, syaitan adalah musuh utama manusia. Hal tersebut telah diterangkan oleh Allah Taala, termasuklah tentang syaitan adalah musuh nyata umat manusia.

Mengapa Nik Aziz mengutarakan pandangan yang begitu kontroversi, hanya dia dan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Seperti yang dinyatakan oleh salah seorang pembaca Perak Today yang beranggapan, Nik Aziz adalah seorang yang jujur dalam menyampaikan Islam kepada rakyat Malaysia, maka artikel ini juga adalah jujur untuk menerangkan kepada sekalian pembaca bahawa syaitan itu adalah musuh Allah Taala, musuh para Nabi dan Rasul serta golongan solehin, bahkan musuh yang nyata dan ghaib bagi manusia biasa, terutama sekali bagi golongan yang sangat marhein iman serta ilmu pengetahuan mereka.

Oleh sebab itu, wajiblah setiap orang itu berhati-hati daripada godaannya dan selalulah berusaha untuk menghindarkan diri daripada ajakan jahat dan buruk syaitan. Sebabnya syaitan sangat gemar meletakkan angan-angan yang batil yang sama sekali tidak ada kenyataannya. Apa-apa yang dijanjikan oleh syaitan, pastilah hal-hal tersebut menyesatkan serta amat merbahaya, sama sekali tiada gunanya dan tiada kemanfaatannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.