Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, March 10, 2011

PAS Sudah Hilang Sokongan Melayu Semenjak Sebelum 2008 lagi

Jangan kita percaya dengan cakap-cakap orang jahil yang menyalahkan hubungan PAS dengan DAP di atas kekalahan beberapa PRK sebelum ini.

Mengikut pengkajian Tulang Besi, peratus undi MElayu yang didapati oleh PAS (dan pakatan pembangkang) di Selangor adalah dalam julat 40%-43% sahaja. Bermakna, kalau ada 100 pengundi Melayu, hanya sekitar 40-43 orang sahaja.

Tulang BEsi telah buat pengkajian terperinci berkenaan keputusan 2008 dan sesiapa mahu melihatnya, dipersilakan menghantar email kepada TUlang BEsi di malaysiawaves@rocketmail.com

Faktor utama merosot undi MElayu kepada PAS adalah sepanjang 2004 ke 2008, PAS tidak menonjolkan apa-apa kepimpinan kepada orang Melayu/Islam. Presiden PAS adalah MB yang telah dijatuhkan di Terengganu. BAgi orang MElayu yang tiada asa politik, mereka bertanya, kalau rakyat negeri sendiri pun sudah tolak Presiden PAS, bagaimana pula rakyat negeri2 lain?

Timbalan PResiden PAS pula tidak pernah kelihatan. Bagi orang Melayu, rasanya ramai yang tidak kenal siapa Timbalan PResiden PAS.

Apabila kita menang 2008, diharapkan pimpinan PAS menggunakan peluang tersebut untuk menonjolkan barisan kepimpinan PAS yang baru bagi menggantikan UMNO.

Malangnya kepimpinan PAS lebih rela menjadi budak suruhan UMNO dari menjadi pengganti UMNO.

Peluang tersebut telah berlalu. Sekarang ini orang MElayu lebih konfiden dengan Najib/Muhyiddin berbanding PResiden dan Timbalan Presiden PAS.

Jadi, janganlah kita mudah terpedaya dengan cerita dongeng kononnya prestasi PAS menurun di kalangan orang Melayu kerana hubungan dengan DAP. Hakikatnya, sebelum ditubuhkan PAkatan Rakyat lagi orang MElayu telah ramai meninggalkan PAS.

Tulang BEsi

30 comments:

Anonymous said...

Tanpa Nama berkata...
9 Mac 2011 7:40 AM
Kalau pas kalah di galas kerana faktor Ku Li, kalah di bukit pinang kerana isa samad , kalah di Tenang kerana banjir, kalah di kerdau dan merlimau kerana 'bertanding dipadang tidak rata'.....inilah alasan demi alasan yg keluar dari mulut pemimpin pemimpin pas yg sangat beriman dan iman mereka yg sgt tinggi dan melebehi iman dari mana mana individu individu mana mana muslm dimalaysia....tiada satu pun kekalahan pas disebabkan oleh kelemahan pas sendiri malah kemenangan BN itu tidak diredhai dan dihalalkan oleh pemimpin pas ... Inilah pas hari ini....pas yg sempurna dan maasum....pas yg lebih islam dari mana mana org islam yg lain dimsia....dan tidak akan masuk syurga seseorang muslim itu kiranya idak menyokong dan menjadi ahli parti islam ...Sesemalaysia....fikir fikirkan lah.....kalau nak taubat dterima mcm bob lokman...jom masuk pas....nak cuci dosa ...jom masuk pas...senangkan....bila kalah pilihanraya.....allah dan aturkan segalanya tapi mereka tetap tolak ketentuan takdir qada dan qadarnya....mereka terus mencipta excuses tanpa mereka muhasabah diri dan melihat kelemahan sendiri.....itulah pas bila fikir diri mereka sempurna....oh jelik dan jumudnya pas...bersyukur msia menolak pas ...pas oh pas....BERUBaHLAH

tungkaran hati said...

apa peranan PAS di Selangor dan Pulau Pinang terhadap Islam dan orang Melayu? kami rakyat marhein melihat PAS seolah-olah DAYUS bila berhadapan dengan DAP dan PKR. tak percaya..? tolonglah jangan menyalahkan pihak lain diatas kegagalan sendiri!

Anonymous said...

sokong AT jadi presiden
sokong TB jadi timbalan presiden.

OCPA said...

Melayu??? pigi lah terus LAYU.. Allah tidak memandang bangsa, yg penting adalah agama..
Tidaklah lah nak kata PAS itu baik semuanya, tapi kalu nak dibanding dgn UMNO..lebih byk baiknya PAS tu.. Belum apa2, pemimpin no 1 UMNO dah bercita-cita utk jadikan negara ni hub hiburan. Sepastinya hiburan akan diikuti dgn MAKSIAT..nak jadikan MAKSIAT sebagai produk negara ni ke??
Ada byk lagi kerja2 haram yg telah dan akan dilakukan oleh pimpinan negara ni skrg..Tak larat nak cerita, TB lagi tau kan?? Kalu nak disenaraikan,akan jadi berjela2.. Belum cerita kes2 bini pemimpin tu lagi..macam2 ada !!!! Ada pulak sekor pemimpin UMNO yg marah kerana loteri di haramkan di Kelantan..pelik sungguh..
Akhir kata, PAS itu tidak sempurna dan baik semuanya, TAPI kalau nak dibandingkan dgn UMNO..lebih baik lah sokong PAS..

Anonymous said...

Tulang BEsi telah buat pengkajian terperinci berkenaan keputusan 2008 dan sesiapa mahu melihatnya, dipersilakan menghantar email kepada TUlang BEsi di malaysiawaves@rocketmail.com


Apa pengkajian yang tulang besi buat. Setakat duduk di indonesia dan arab saudi, lepas tu kata buat pengkajian terperinci. Dari segi ilmu buat pengkajian, tulang besi ada ke?

Apa yang saya rasa ialah itu bukan pengkajian, tapi persepsi tulang besi.

Anonymous said...

pas kalah di selangor sbb hasan anak pak ali.. ?

Anonymous said...

PAS lagi baik dari UMNO?? dlm PAS pun ada gak dok toron dlm ketapi, ada dok makan duit anak yatim/balu org, ada dok makan duit suapan, ada dok salah guna kuasa bila pegang jawatan - tak caya, tgk lah kat Kedah.

Kalau salah, tetap salah, tak kisah sapa lg besar kesalahannya. kalau dah busuk tetap busuk gak.

Sepatutnya sedarkan diri la. Muhasabh dan baiki balik kat mana kesilapan anda - jgn dok syok sendiri kata lg bagus dr org lain ye..Sila sedarkan diri anda tu.

Anonymous said...

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH

TULANG BESI NAK AHLI PAS ANGGAP HADI DAN NASHA LIABILITI DALAM PAS

ADUH,,,NAK AJIS JADI PRESIDEN KA

CAKAP JA LA TERUS TERANG

Anonymous said...

Blogger2 Pencacai Pas tak habis2 dok backup isu bergabung dengan Dap....

Semua orang tau Dap puncanya tapi puak ni mati2 dok belit

Nak tutup pa bro, orang dah pandai sekarang ni, jangan buat orang bodo

PEMIMPIN PAS JA YANG BODOH TERMASUK BLOGGER BERSTATUS BANGANG

Alias Mohd Yusof said...

Janganlah sebab berjaya menubuhkan cawangan di sesuatu kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dengan beberapa ratus ahli sudah mendabik dada mereka layak meletakkan calon mereka bagi mewakili Pakatan Rakyat. Yang akan mengundi bukan ahli-ahli parti sahaja tetapi adalah semua penduduk yang layak mengundi di kawasan itu yang jumlahnya jauh lebih besar dari bilangan ahli-ahli yang ada di situ.

Oleh itu PAS jangan jadi parti terlebih perasan. PAS mesti bersikap berpijak di bumi nyata, tidak hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Apalah guna meletakkan calun-calun PAS di negeri-negeri tersebut tetapi akan menyumbang semua kekalahan kepada PR.

Kita kena lihat juga sentimen masyarakat setempat dalam meletakkan calon untuk parti kita bertanding. Kalau negeri itu tidak boleh terima parti PAS maka berilah laluan kepada parti komponen yang lain seperti PKR.

Meletakkan calon dari PKR mewakili PR di negeri-negeri yang dikenali sebagai kubu kuat UMNO iaitu di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor bukanlah bermakna ada jaminan PR boleh menang, tetapi sekurang-kurangnya ia lebih realistik dan tidaklah PR dimalukan dengan kalah begitu teruk sekali.

Adalah wajar jika sesuatu parti itu tidak dapat mengekalkan prestasinya seperti yang berlaku di PRK di Bagan Pinang, Tenang, Kerdau dan Merlimau baru-baru ini, memberi laluan dan peluang kepada parti komponen yang lain untuk bertanding pula.
Alasan kerana bilangan ahli parti PAS lebih ramai dari parti komponen PR yang lain sebagai asas meletakkan calon tidak boleh diterima. Dalam pilihanraya 2008, banyak juga kawasan PKR tidak mempunyai ramai ahli, tetapi mereka boleh menang di kawasan tersebut.

V7 said...

OCPA said...

Melayu??? pigi lah terus LAYU.. Allah tidak memandang bangsa, yg penting adalah agama..
Tidaklah lah nak kata PAS itu baik semuanya, tapi kalu nak dibanding dgn UMNO..lebih byk baiknya PAS tu.. Belum apa2, pemimpin no 1 UMNO dah bercita-cita utk jadikan negara ni hub hiburan. Sepastinya hiburan akan diikuti dgn MAKSIAT..nak jadikan MAKSIAT sebagai produk negara ni ke??
Ada byk lagi kerja2 haram yg telah dan akan dilakukan oleh pimpinan negara ni skrg..Tak larat nak cerita, TB lagi tau kan?? Kalu nak disenaraikan,akan jadi berjela2.. Belum cerita kes2 bini pemimpin tu lagi..macam2 ada !!!! Ada pulak sekor pemimpin UMNO yg marah kerana loteri di haramkan di Kelantan..pelik sungguh..
Akhir kata, PAS itu tidak sempurna dan baik semuanya, TAPI kalau nak dibandingkan dgn UMNO..lebih baik lah sokong PAS..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

memang lah pas itu tidak sempurna dan baik semuanya tapi masalahnya pas tu sesat.

macam ayah pin, ayah pin tidak sempurna dan baik semuanya tapi ayah pin tu sesat.

benda simple macam tu pun kau susah nak faham ker??? orang-orang pas ni makin lama makin biol dan makin banggang.

insider said...

bro TB
syabas kerana mempunyai permikirann yg tajam.

pencacai dumbno lately dapat tambahan elaun dari tun faisal so they will attack cyber during office hours by 7pm they hilang.

mat s said...

Kah kah kah..ada org kat PAS tu sesat..
Ya, PAS memang sesat..
SESAT dari mengikuti UMNO..
SESAT kerana berlawanan dgn UMNO..
SESAT kerana menentang UMNO..
Biarlah sesat dari jalan UMNO, asalkan TIDAK sesat dari jalan ISLAM..
PAS dituduh mcm ayah pin..sedar tak,yg UMNO mengharap sokongan ayah pin & pengikutnya utk menang di Ganu pd PRU 2004?
Nak jadikan MAKSIAT sebagai produk/pendapatan negara ni, tak SESAT ke?
Paksa Kelantan adakan judi loteri, tak SESAT ke?
Berkawan dgn APCO Yahudi, tak SESAT ke?
BN mengamalkan sistem sekular dlm pemerintahan, tak SESAT ke?
Pemimpin no 1 UMNO memuja Kamal Attaturk, tak SESAT ke?
Aduhh..ada banyak lagi nak tulis ni..Sapa yg biol dan makin bangang agaknye?
Alhamdulillah, buat istikharah, sebab tu tinggalkan UMNO..

HAMMER said...

AKU TAK TAU ATAS KAJIAN APA PAS BERDEGAR DEGAR KATA DIA KUAT, DIA HEBAT DAPAT SOKONGAN RAKYAT

DARI DULU PUN PAS HANCUR, PRU12 LALU JANGAN JADI UKURAN, ORANG MARAH BN DAN SPIN UNDI.

ISU DAP LAGI CACAMERBA, BLOGGER HAPRAK PAKATAN HARAM MATI MATI PERTAHAN GABUNGAN HARAM NI WALAUPUN TAHU PAS HANYA JADI TUKANG MELALAK, TUKANG BAWA BENDERA DAN TUKANG PASANG KHEMAH SAJA SIAP BERGULING ATAS JALAN LAGI.....

ORANG PAS BANGGA BAWA BENDERA DAP, SEKOR CINA PUN TAK PERNAH NAMPAK DOK USUNG BENDERA PAS - CIS HINA SUNGGUH

ADA DAP BERSUNGGUH2 BANTU PAS DALAM PRK ??????

TARAP PAS SAMA MACAM PENCACAI ANGKAT TAIK JA

Anonymous said...

oit hammer...

xtau la hang ni buta perut ke buta hati ke atau mmg buta...

mcm mana nak nampak budak2 cina bawak bendera PAS sb hang x penah dtg penamaan calon...

jangan lah berhujah dgn hujah yg nampak hang ni bodoh ngan bangang...

UMNO dah berkawan ngan MCA dah 50 tahun lebih...xde pon org nak bising...tapi bila PAS ngan DAP kawan bentuk pakatan, ramai puak2 Melayu ultra keparat bising...


Simple je, puak2 keparat ni takot lau Pakatan Rakyat masuk Putrajaya, tender ngan kontrak dah melepas...xcaye...????

tanye la katak2 yg lompat keluar Keadilan pasal ape....hilang kepercayaan ke atau xdpt kontrak...

poorahhhhh....

Anonymous said...

simple and straight forward...melayu ultra sokong UMNO sb nak dpt kontrak ngan tender...xkisah la kawan ngan MCA ngan Gerakan...kena pelok ngan cina apek pun takpe....janji boleh dapat undi...


malu la woiii...xnampak ke Mesir tu..Mubarak yg kuat pon boleh tumbang...ni kan pulak Malaysia yg xkuat mane pun....


Melayu dah lama hancur dah pasal UMNO....

V7 said...

mat s said...

Kah kah kah..ada org kat PAS tu sesat..
Ya, PAS memang sesat..
SESAT dari mengikuti UMNO..
SESAT kerana berlawanan dgn UMNO..
SESAT kerana menentang UMNO..
Biarlah sesat dari jalan UMNO, asalkan TIDAK sesat dari jalan ISLAM..
PAS dituduh mcm ayah pin..sedar tak,yg UMNO mengharap sokongan ayah pin & pengikutnya utk menang di Ganu pd PRU 2004?
Nak jadikan MAKSIAT sebagai produk/pendapatan negara ni, tak SESAT ke?
Paksa Kelantan adakan judi loteri, tak SESAT ke?
Berkawan dgn APCO Yahudi, tak SESAT ke?
BN mengamalkan sistem sekular dlm pemerintahan, tak SESAT ke?
Pemimpin no 1 UMNO memuja Kamal Attaturk, tak SESAT ke?
Aduhh..ada banyak lagi nak tulis ni..Sapa yg biol dan makin bangang agaknye?
Alhamdulillah, buat istikharah, sebab tu tinggalkan UMNO..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

kalau undi pas masuk syurga bukan sesat namanya. pas ada syurga ker??? siapa cipta syurga pas??? nik ajis sesat tu ker????

kau nak tinggalkan umno tu kau punya pasal dan kau punya suka lah. tak payah nak gunakan agama nak sokong apa yang kau buat (solat istikharah konon). aku cakap pasal pas bukan pasal umno.
kau setuju lah yang undi pas masuk syurga????

kau memang biol dan bodoh...itu sebab kau marah bila aku cakap pas sesat. kau spin pulak yang kononnya umno lagi teruk dari pas. kau setuju lah kalau kafir harbi undi pas akan masuk syurga tanpa perlu masuk islam dan potong kote???

Anonymous said...

ADUH SENAK PERUT

ADA KA MAMAT SEKOR TU KATA PUAK UMNO TAKUT PAKATAN NAK KUASAI PUTRAJAYA

MASUK RAJA LAWAK LA WOOOOIIIII

GI MELAWAT BOLEH LA

Anonymous said...

"The DAP believes that the ban on the sale of lottery tickets and the prohibition against Valentine’s Day celebrations affected Chinese votes in the Kerdau and Merlimau by-elections. DAP Socialist Youth chief Anthony Loke Siew Fook said the approach taken by PAS on the two issues recently had created fear and confusion among the Chinese. - The Star

Ketua Pemuda DAPSY (DAP socialist Youth) Anthony Loke

V7 said...

Anonymous March 11, 2011 7:54 PM said...

UMNO dah berkawan ngan MCA dah 50 tahun lebih...xde pon org nak bising...tapi bila PAS ngan DAP kawan bentuk pakatan, ramai puak2 Melayu ultra keparat bising...
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

siapa kata tak ada orang yang bising bila umno berkawan dengan mca. pas sampai sanggup kata umno tu kafir sebab berkawan dengan mca. nik ajis sesat sampai dah jadi tuhan sebab suka-suka aje boleh kafirkan umno.

siapa nak larang pas berkawan dengan dap, kawan lah, peluh lah, cium lah, jilat lah dan hisap lah. tak ada orang kisah pun. cuma mintak pas tukar nama jangan gunakan nama islam dan jangan nak sebarkan ajaran sesat yang kononnya undi pas masuk syurga itu aje. kalau umno boleh berpolitik selama 50 tahun lebih tanpa memperalatkan islam kenapa pas tak boleh...bukan apa rakyat dah bosan dan rakyat kini dah menganggap pas ni ajaran sesat sebab apa sahaja yang kena kat batang hidung pas semuanya boleh tapi bila orang lain yang buat semuanya tak boleh.

HAMMER said...

BETUL AKU SETUJU >>>>>>>>>>

NAK BEGABUNG DENGAN SYAITAN PUN TAKPA, KAMI ORG UMNO TAK MARAH DAH TAPI TUKAR NAMA PARTI

JANGAN DOK JAJA PAS PARTI ISLAM
JANGAN DOK JAJA HUDUD,
JANGAN DOK JAJA PEMERINTAHAN ISLAM
JANGAN DOK JAJA PAS LEBIH ISLAM DARI UMNO

TAK BUAT PUN, DOK TIPU RAKYAT JA

Anonymous said...


memang lah pas itu tidak sempurna dan baik semuanya tapi masalahnya pas tu sesat.

macam ayah pin, ayah pin tidak sempurna dan baik semuanya tapi ayah pin tu sesat.

benda simple macam tu pun kau susah nak faham ker??? orang-orang pas ni makin lama makin biol dan makin banggang.
.

Ni datang dari parti yang luluskan lesen judi bola.

Parti sendiri halalkan benda yang Allah haramkan.

Ada hati panggil orang lain sesat.

Khun Pana aka johanssm said...

PANTUN UNTOK RAKYAT MALAYSIA - Husam Musa

" SAMAN EKOR BERULANG LAGI
KERAJAAN UNTUNG RAKYAT RUGI
DAPAT WANG BERGUNI-GUNI
BOLEH DIGUNA MEMBELI UNDI "


" PENGKALAN TUDM SUNGAI BESI
TANAH LUAS BERNILAI TINGGI
UNTUK KRONI DIBERI FREE
KHAZANAH NEGARA DIBAHAGI SAMA SENDIRI "


" KAPAL SELAM MAHAL SANGGUP DIBELI
500 JUTA BARU DUIT KOPI
SIAPA TERIMA JADI MISTERI
HANYA TERBONGKAR KALAU BN CABUT LARI "


" TOK GURU DIHINA DICACI MAKI
ISLAM DIPERSENDA SETIAP HARI
SURATKHABAR TV NYANYI LAGU BASI
ASAL UMNO BERKUASA LAGI "

V7 said...

Anonymous March 12, 2011 11:48 PM
said...

Ni datang dari parti yang luluskan lesen judi bola.

Parti sendiri halalkan benda yang Allah haramkan.

Ada hati panggil orang lain sesat.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

hati??? hati kau tu dah gelap sampai kau boleh jadi pengikut dan anjing kepada golongan sesat dan menyesatkan ni.

kau kata pas tak sesat.. maksudnya kau setujulah bila undi akan masuk syurga???

kau juga setuju lah kalau tak undi pas tu jahiliah???

Anonymous said...

Sapa yang layan pencacai V7 tu dia akan bodo mcm V7 tu... kalau dah karat biru tu bagi la jawapan apa pon dia xkan paham punya, bodo tahap pencacai..... negara maju kebanyakkannya semua dah ubah kepimpinan' tggl segelintir rakyat malaysia ( penyokong umno ) ja dok dunggu lg, takut pada perubahan......

V7 said...

Anonymous March 13, 2011 11:11 AM
said...

Sapa yang layan pencacai V7 tu dia akan bodo mcm V7 tu... kalau dah karat biru tu bagi la jawapan apa pon dia xkan paham punya, bodo tahap pencacai..... negara maju kebanyakkannya semua dah ubah kepimpinan' tggl segelintir rakyat malaysia ( penyokong umno ) ja dok dunggu lg, takut pada perubahan......
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

negara maju mana yang dah ubah kepimpinan??? perubahan apa??? peluk, cium, jilat dan hisap DAP, itu maksud kau perubahan atau undi pas masuk syurga itu perubahan...

pencacai??? siapa pencacai??? orang pas sesat yang hidup bawah telunjuk DAP tu apa??? pas pondan..

sudah lah orang biol dan sial macam kau aje yang akan sembah nik ajis sesat tu.

tak payah nak spin tuduh orang umno dungu pulak yang sesat dan menyesatkan tu adalah orang pas. maklumlah undi pas masuk syurga.

aku nak tanya kau lagi sekali, kau setuju ker yang sapa-sapa kalau undi pas akan masuk syurga???

V7 said...

Khun Pana aka johanssm said...

PANTUN UNTOK RAKYAT MALAYSIA - Husam Musa

" TOK GURU DIHINA DICACI MAKI
ISLAM DIPERSENDA SETIAP HARI
SURATKHABAR TV NYANYI LAGU BASI
ASAL UMNO BERKUASA LAGI "
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

tok guru yang sesat mesti lah dicaci dan dimaki. tak kan lah tok guru sesat nah disembah pulak...bodoh punya husam..

orang pas aje yang biol dan bodoh sampai sanggup sembah tok guru sesat...

V7 said...

Khun Pana aka johanssm said

PANTUN UNTOK RAKYAT MALAYSIA - Husam Musa

" PENGKALAN TUDM SUNGAI BESI
TANAH LUAS BERNILAI TINGGI
UNTUK KRONI DIBERI FREE
KHAZANAH NEGARA DIBAHAGI SAMA SENDIRI "
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

kan hari tu tok guru sesat kau orang si nik ajis tu kata, masa wartawan tanya pasal perlantikkan menantu dia. Dia kata kroni tu amalan nabi, nabi pun pernah lantik menantu nabi. ini bermakna umno amalkan sunnah nabi lah. bodoh punya husam sampai amalan nabi pun dia tak tahu...

Anonymous said...

Jika dulu penyokong-penyokong Nik Aziz begitu seronok menggelar Tun Dr. Mahathir sebagai mahafiraun, mahazalim dan mencarut terhadapnya sesuka hati, kini Nik Aziz juga mengalami nasib yang sama. Panggilan si tua bahlol adalah sinonim dengan Nik Aziz.

Bezanya nasib Tun Dr. Mahathir dan Nik Aziz kini, walaupun seorang sudah bersara dan seorang lagi ingin memerintah sampai mati, ialah nama Tun Dr. Mahathir terus gemilang, dijulang dan dihormati di seluruh pelusuk dunia, manakala nama Nik Aziz pula bukan sahaja tidak dikenali malah semakin membusuk walaupun di Kelantan, negerinya sendiri.

Anonymous said...

Saya sedih dan kecewa sebab tak faham kenapa PAS begitu takut nak bergerak sendirian.

Saya menyokong PAS kerana dasarnya adalah kepimpinan ulama. kalau sudah bersatu dan berkongsi strategi dengan DAP, bagaimanakah nak mempertahankan dasar ?

Adakah pimpinan kita lupa tentang begitu banyak ayat Allah swt tentang kemenangan pihak yang sedikit ? Apa kita tak yakin Allah boleh bagi kita kemenangan walaupun secara congaknya terasa mustahil ? Apa kita lupa kita menang di perang badar dengan jumlah yang begitu sedikit tapi hampir2 tersungkur dalam perang hunain kerana berbangga dgn jumlah yang banyak.

saya juga sedih dan kecewa kerana ada pimpinan PAS terikut dgn gaya pimpinan UMNO yang maki hamun kat orang, sesama islam lagi. mengata sana mengata sini, memecahkan silaturrahim, mengumpat dan memfitnah.

sunnah apakah begini ? sungguh memalukan islam ! saya tak kata semua, tapi ada. baik diceramah, mahupun di blog. masyaAllah, apa kita lupa hilangnya rahmat Allah bagi yang memutuskan silaturrahim. apa kita lupa perkara yang benar pun, dosanya adalah mengumpat, kalau tak benar maka dosanya adalah fitnah !!

tumpukanlah perjuangan kita balik pada asal, iaitu mendidik generasi, bukan tertumpu pada nak menang saja. didiklah ahli kita dengan ilmu sebab bila mereka faham ugama, maka mereka sendiri tahu siapa yang nak dipilih !! tak payah nak cula2 undi, orang yang faham ugama, Allah bagi mereka kefahaman siapa yang nak dipilih sebagai pemimpin, insyaAllah.

honestly, pilihanraya akan datang ni tak tahu nak keluar mengundi ke tidak. kedua pihak hampir sama saja. dan percayalah, org2 seperti saya, kebanyakannya professional, tidak berseorangan. bilangan kami ramai, kami faham ajaran rasulullah saw, masa kami lebih suka menghadiri kuliah agama dari mendengar ceramah politik. kami golongan yang nampak tidak kesah, tapi sebenarnya menyampah dengan politik semasa.

PAS kembalilah bergerak sendirian kerana bersendirian itu sebenarnya tidak sendiri, InsyaAllah, Allah swt bersama kita. Dan itu lah yang kita harap-harapkan.

Jangan kita terleka, ingat kita diiringi ramai tapi sebenarnya ditinggalkan oleh Allah swt. Naudzubillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.