Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, March 8, 2011

PAS Tiada Kepimpinan Setanding Presiden dan Timbalan Presiden UMNO, bukan sebab DAP.

Itulah yang cuba dijual oleh blogger-blogger UMNO terutamanya Kickdefella (yang terbukti berbohong pasal Tok Guru Nik Aziz melakukan rasuah).

Izinkan Tulang Besi memberi beberapa hujjah balas:


1.0 Undi Melayu pada PAS sudah sememangnya rendah semenjak pilihanraya 2008 lagi. Di waktu itu, PAS belum ada hubungan dgn DAP

2.0 Sokongan orang Cina pada DAP adalah kerana mereka membenci kekejaman UMNO, bukannya kerana mereka anti Melayu

3.0 Setelah 3 tahun PR memerintah, TIADA SATU hak Melayu yang tergadai. Malahan, DAP lebih rapat dengan Islam berbanding MCA atau Gerakan.

4.0 Dosa DAP bukan kepada orang Melayu tetapi kepada pemimpin2 UMNO. DAP lah yang telah mendedahkan skandal PLUS dimana konsesi PLUS diberikan kepada syarikat UMNO demi untuk mengelakan bangunan UMNO dari dilelong

5.0 Bukan DAP yang fitnah Dato Seri Anwar Ibrahim dalam isu Liwat Saiful

6.0 Bukan DAP yang menghalalkan judi dan arak di Malaysia.

7.0 Bukan DAP yang meluluskan lesen Judi Bola. Malahan, DAP turut sama menentang pemberian lesen judi bola.

8.0 Bukan DAP yang buang kekuasaan Raja2 Melayu terutama dalam isu perlantikan SUK negeri

9.0 Bukan DAP yang gadai tanah rezab Surau di Rawang kepada tauke

10.0 Bukan DAP yang halang kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu

11.0 Bukan DAP yang rasmi kilang Guiness di Sungai Way tapi UMNO.

Tulang Besi cabar Kickdefella dan rakan2 untuk menjawab hujjah di atas.

Hakikat sebenar adalah PAS semakin menghilang undi Melayu kerana:

1.0 PAS tiada kepimpinan yang boleh dilihat masyarakat sebagai "alternatif" kepada Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.
1.1 Masaalah menjadi semakin teruk apabila dua tahun kebelakangan ini, Presiden dan
Timbalan Presiden hanya duduk diam dan membiarkan Presiden dan Timbalan Presiden
UMNO meyakinkan masyarakat Melayu terhadap kepimpinan mereka.

2.0 Selama dua tahun ini, PAS hanya mampu mengenengahkan agenda "Kerajaang Perpaduang" dan tiada idea lain yang boleh meyakinkan orang Melayu kepada PAS.

3.0 Kebanyakan fitnah UMNO kepada Pakatan Rakyat dalam dua tahun yang lepas TIDAK PERNAH DIJAWAB oleh PAS dengan PENUH KEYAKINAN. Malahan, fitnah liwat UMNO kepada Anwar Ibrahim pun seperti tiada usaha serius dari PAS untuk melawannya.

4.0 Fitnah2 yang ditaja UMNO turut disebarkan oleh sebahagian pimpinan PAS kepada ahli-ahli PAS
4.1 rakaman2 yang didedahkan Tulang Besi jelas membuktikan perkara ini. Misalnya, Hasan
Ali berkata PAS diperkudakan DAP di Perak, Dato Harun Din menyebarkan keraguan
terhadap DAP dalam perjumpaan tertutup dengan ahli2 PAS di rumah Hasan Ali dan
sebagainya.

Akhirnya PAS kalah, Tak hairanlah PAS kalah kalau fitnah yang ditabur UMNO turut disebarkan oleh PAS.

Tulang Besi

8 comments:

Anonymous said...

Ooooiii.... jika dah kilang arak di Shah Alam tu dibuka dengan resmi oleh Presiden UMNO ke II, kenapa PKR yang perintah Selangor tak tutup?. Khalid Samad kalot nak ubah kilang dari Shah Alam ka Pulau Indah yang masih dalam Selangor.

Kini Kerajaan Selangor terus diam. Kenapa?. Ini semua gimik politik PR Selangor. Dapat hasil banyak, tutup cerita.

Podddaaah... Hassan Ali pun penyangak n mata duitan dan jaga jawatan Exco.

Anonymous said...

1.0 Undi Melayu pada PAS sudah sememangnya rendah semenjak pilihanraya 2008 lagi. Di waktu itu, PAS belum ada hubungan dgn DAP

Tipu. Kalau 2004 memang la. Tapi pada 2008, macam mana pas boleh menang di Kedah dan UMNO hilang 2/3 kalau undi mereka rendah?


2.0 Sokongan orang Cina pada DAP adalah kerana mereka membenci kekejaman UMNO, bukannya kerana mereka anti Melayu


Ini persepsi Rahman Celcom aje.

3.0 Setelah 3 tahun PR memerintah, TIADA SATU hak Melayu yang tergadai. Malahan, DAP lebih rapat dengan Islam berbanding MCA atau Gerakan.

Dia orang mana ada kuasa lagi. Hanya setakat berjaya sikit kat Perak, dah Tanah 999 tahun kena gadai. Di penang, kiri kanan gerai melayu kena sapu apa hal? Itu baru sikit. Yang lain mereka tak boleh buat apa-apa sebab tak berkuasa lagi.

4.0 Dosa DAP bukan kepada orang Melayu tetapi kepada pemimpin2 UMNO. DAP lah yang telah mendedahkan skandal PLUS dimana konsesi PLUS diberikan kepada syarikat UMNO demi untuk mengelakan bangunan UMNO dari dilelong

Banyak juga orang Melayu lain yang dedahkan salah guna kuasa UMNO, tak hairan pun. Apakah DAP yang siang malam mahu menghapuskan hak Melayu bukan dosa mereka pada orang Melayu? Apakah DAP yang sokong murtad lina joy dan suruhanjaya antara agama itu bukan dosa DAP pada orang Melayu. Apakah langkah mayat tu bukan dosa pada PAS yang masa tu hampir 100% orang Melayu?

5.0 Bukan DAP yang fitnah Dato Seri Anwar Ibrahim dalam isu Liwat Saiful

Karpal Singh tu parti apa? Di Federal hotel yang dia tuduh DSAI dulu tu dia bercakap atas platform apa? Tahun 1997, masa tu tak de siapa yang tau skandal DSAI tu, parti politik apa yang beria-ia suruh PM siasat?

6.0 Bukan DAP yang menghalalkan judi dan arak di Malaysia.

Dia orang tak de kuasa, macam mana nak halalkan. Tapi di Kelantan sekarang ni, baru nak ban aje, dah DAP mula bising.

7.0 Bukan DAP yang meluluskan lesen Judi Bola. Malahan, DAP turut sama menentang pemberian lesen judi bola.

Bukan dia orang yang berkuasa, jadi macam mana nak luluskan. Rahman Celcom nak tolong bagi dia orang berkuasa, lepas tu nak tengok dia orang luluskan atau tidak ke?

Betul ke dia orang tentang atas dasar judi atau atas dasar politik? Kalau betul-betul anti judi, kenapa sebat duit judi di Penang?

8.0 Bukan DAP yang buang kekuasaan Raja2 Melayu terutama dalam isu perlantikan SUK negeri

Lagi satu, mana DAP ada kuasa lagi. Macam mana nak buang kuasa.

9.0 Bukan DAP yang gadai tanah rezab Surau di Rawang kepada tauke

Ini Rahman Celcom ada baca ka? Gadai tak gadai tu mainan politik murahan pembangkang. Yang tau di Perak kena gadai 999 tahun.

10.0 Bukan DAP yang halang kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu

Yo rahman. Siapa yang cakap langkah mayat tu?

11.0 Bukan DAP yang rasmi kilang Guiness di Sungai Way tapi UMNO.

Memang la, sebab DAP mana ada kuasa. Siapa la nak panggil dia orang pi rasmi. Tapi yang pasti, juak juak mereka banyak yang bekerja di Kilang Guiness, dan jual Guiness sampai kata Selangor ada pemimpin DAP kata beer bukan arak dan menghalang usaha untuk menghalang jualan arak di kawasan orang Islam.

Cukup ke jawapannya Rahman Celcom?

Anak Perelih said...

anonymous...

kalau dah UMNO bagi bukak.. PR nak tutup akan ada implikasi undang undang.... carlsberg dan GAB boleh saman kerajaan negeri... so kena beransur ansur.. satu satu akan diselesaikan... kalau BN perintah selangor balik... alamatnya 7-11 jual arak balik la... kilang carlsberg dan GAB tak jadi tutup la...

Anonymous said...

Tak usah lah kau hendak membela buntut DAP. Mereka anti melayu ke atau anti UMNO ke serupa saja. Kau yang keliru.

Dulu paria-paria PAS bangga dengan keislaman mereka, tak pandang hakikat yang mereka pun orang melayu, malu konon nak mengaku mreka orang melayu...sekarang, pandai pulak jilat ludah sendiri bila orang melayu tak sokong PAS.

Saya tertarik pendapat seorang cina didalam portal 'Malaysian Insider' baru-baru ini, kata nya kalau tidak kerana undi cina, PAS dah tentu hilang wang pertaruhan.

Kalau hidong dah kena ikat, follow saja lah jangan nak memandai-mandai!!!!!

V7 said...

bukan ker DAP dan PAS yang mula-mula menuduh anwar ibrahim tu peliwat...

sekarang ni anwar ibrahim dah jadi anugerah tuhan pulak bukan lagi peliwat...

sebenarnya pas ni sesat dan menyesatkan...dan dipimpin pula oleh golongan yang biol, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

V7 said...

macam mana kau tahu umno yang buat fitnah???? kau ni maha mengetahui ker???? kau pun nak jadi macam tok guru biol kau tu ker si nik ajis sesat tu...

zakwan said...

Anon 11:40
Allow me to enlighten on this issue
Shutting down one of the largest brewery factory in Malaysia is not as easy as it seems

If you recall, Khalid Samad already visited the site hoping to convert the factory into a bus terminal
Imagine if we immediately shut down the factory without offering the Muslim employees any alternative jobs
UMNO through the mainstream media will paint the PR led state government as uncaring and oppressive
Moreover, the "Islamic" UMNO will put up a resistance against the factory's closure since a number of their cronies (Malay Muslim included) are part of the liquor company's board of directors/ stakeholders

I say give the Selangor state government more time
TS Khalid has already planned for a entrepreneurship course for Muslims working in the liquor industry
The way I see it, the wheels are in motion
InsyaAllah, that factory will close

Tulang Besi said...

Tipu. Kalau 2004 memang la. Tapi pada 2008, macam mana pas boleh menang di Kedah dan UMNO hilang 2/3 kalau undi mereka rendah?

Jawapannya mudah: undi orang Cina dan undi orang India.

Di Kedah, undi Melayu kepada PAS adalah tertinggi di Pantai BArat, yakni 50%.

Kedah lain sikit dari negeri2 lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.