Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, March 30, 2011

Penerangan Berkenaan Bukti Twitter and Facebook Anwar Dalam Isu Video Blue Rahim Tamby Chik

NOTA EDITOR: Ramai yang cuba mempersoalkan alibi Dato Seri Anwar yang berbentuk Twitter and Facebook ini. Namun, penerangan dari saudara Rafizi ini bakal mengurai segala kekusutan, inshaalah.


Video seks: Alibi Twitter Anwar terus dibahas
Mac 28, 11 4:33pm


Perbahasan berhubung alibi Datuk Seri Anwar Ibrahim - dalam isu rakaman video seks -melalui laman sosial Twitter dan Facebook terus rancak dibahaskan.

orange book forum klscah 250111 rafizi ramliPengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli (kiri) hari ini mengemukakan hujah meliputi aspek teknikal bagaimana penentuan masa laman popular itu ditentukan - yang didakwanya gagal difahami oleh media milik Umno.

"Saya dengan sengaja meninggalkan penerangan mengenai kenapa pesanan yang dipaparkan di laman Twitter adalah sejam lebih cepat berbanding di laman Facebook pada 21 Februari 2011 itu, untuk memberi peluang kepada Utusan Malaysia, media perdana dan blogger Umno mengkaji dengan lebih mendalam demi kebenaran.

"Saya menjangkakan mereka tidak akan berusaha memahami bagaimana laman Twitter dan Facebook berfungsi, sebaliknya akan terus memfitnah dan menggunakan perkara itu," katanya.

Berikut ringkasan hujah-hujah Mohd Rafizi:

1. Anwar membuat sembilan pesanan di akaun Twitter yang turut dipamerkan di laman Facebook bermula jam 10:38 malam, 21 Februari lalu. Pesanan itu menunjukkan mustahil pelaku dalam video yang didakwa.

NONE2. Pesanan yang dipaparkan di Twitter sejam lebih cepat berbanding di Facebook pada 21 Februari. Ia boleh diterangkan melalui konsep daylight time saving dan bagaimana kedua-dua laman itu berfungsi.

3. Facebook mempamerkan tempatan kerana iamengikut masa dalam komputer semasa akaun dibuka. Twitter mengikut masa dalam pelayannya di San Francisco, Amerika Syarikat. Masa setiap pesanan Twitter harus ditambah perbezaan masa mengikut zon masa dunia.

4. Penggunaan amalan perubahan jam mengikut daylight saving - yang perlu diubah setiap Mac dan November - memberi kesan kepada perbezaan masa antara zon-zon dunia. Apabila jam diubah di Amerika Syarikat; masa di pelayan laman Twitter juga berubah.

5. Pada musim sejuk (November hingga Mac), perbezaan masa antara San Francisco dan Malaysia adalah 16 jam. Setiap pesanan dalam tempoh itu,Twitter secara automatik mengira waktu di tempat asal berdasarkan perbezaan itu.

6. Sehubungan itu, pesanan yang dibuat pada jam 10:40 malam di Malaysia pada 21 Februari bersamaan 7:40 pagi di San Franciso (jam Malaysia tidak mengikut daylight saving). Pelayan Twitter akan menambah 16 jam, yang menyebabkan ia dipamer 11:40 malam (satu jam cepat).

7. Apabila jam diubah semula bermula hari Ahad kedua bulan Mac (mengikut daylight saving) perbezaan masa Malaysia dan San Francisco menjadi 15 jam. Maka, pesanan yang di Twitter mempamerkan masa yang seragam dengan masa tempatan.

8. Oleh itu, masa yang ditunjukkan oleh Facebook (yang menggunakan masa tempatan) adalah masa tepat dan tidak dipengaruhi oleh perubahan akibat daylight saving.

2 comments:

Anonymous said...

Alamak, itu ke yang dikatakan penerangan. Ha ha. You got to do better than that. Apakah itu tahap kemampuan hujah pengarah strategik? Tulang **** yang mengaku dirinya berpendidikan yang very very technical tak kan boleh percaya kepada penerangan yang langsung tak teknikal.

Lawak lawak

LeeZ said...

Anon 4.49 AM tak pernah duk kat US kut...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.