Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, March 14, 2011

Selangor Catat Pelaburan Tertinggi di Malaysia Tanpa Bantuan Pusat

Puak2 UMNO sering menyebarkan fitnah kononnya Kelantan tak maju, KElantan mundur, Kelantan takda pelaburan. Tapi, yang herannya, puak2 UMNO tak pernah bagi contoh Selangor pulak.

Rupanya, Selangor masih mencatatkan pelaburan yang tertinggi di Malaysia walaupun kerajaan Najib tidak beri sedikit bantuan pun.

Malahan, mengikut maklumat yang Tulang Besi terima, kerajaan Najib telah cuba untuk menghalang kemasukan pelaburan ke Selangor dengan pelbagai cara. Namun, kesemua caraa tersebut gagal dan pelabur terus menerus membanjiri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat.

Ini tanda jelas Pakatan Rakyat lebih mampu membangun Selangor berbanding Barisan Nasional.


Selangor tetap catat pelaburan tertinggi, walau tanpa bantuan pusat
Friday, 04 March 2011 | Ruangan: Berita


SHAH ALAM, 4 Mac – Walaupun kerajaan pusat menafikan pelbagai inisiatif pelaburan kepada Selangor namun di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, negeri itu tetap mencatat pelaburan tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia dengan jumlah pelaburan RM6.533 bilion tahun lalu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam temuramah bersama Selangor Kini berkata, Selangor mempunyai sumber dalaman yang mencukupi bagi menjana pembangunan ekonomi negeri sekaligus menarik minat para pelabur tempatan serta pelabur asing.

“Tak ada, kita bernasib baik oleh kerana pasaran dan keadaan negeri memang sudah ada. Ini dapat kita lihat daripada jumlah pelaburan dan bentuk-bentuk pelaburan yang dibuat oleh pelabur asing dan pelabur-pelabur dalam negeri berbanding dengan pelaburan-pelaburan yang dibuat di seluruh Malaysia umpamanya di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor dan sebagainya,” jelas beliau.

Kata beliau, walaupun ada masanya Selangor turun ke tangga kedua tetapi jumlah pelaburan yang diterima setiap tahun stabil, dan ini mencerminkan kekuatan Selangor dari segi menjana pendapatan yang konstan daripada pelaburan yang diterima oleh negeri itu.

“Apabila kita melihat itu, kita mendapat satu gambaran, bagaimana bentuk pelaburan di Selangor. Pertama secara konsisten, Selangor antara yang teratas dari segi jumlah pelaburan. Kadang-kadang nombor dua, tetapi kita tidak lari dari angka tersebut dalam apa keadaan sama ada ekonomi merosot atau meningkat,” kata beliau lagi.

Jelas beliau, peningkatan jumlah pelaburan itu membuktikan keyakinan pelabur terhadap negeri Selangor sebagai destinasi pelaburan utama di Malaysia.

Selangor menyumbang sebanyak 31 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan negara dan merupakan penyumbang tertinggi di negara ini, dengan RM2.76 bilion pelaburan diperolehi menerusi pelaburan tempatan manakala baki RM3.78 bilion ialah dari pelaburan asing.

Melalui pelaburan tersebut, kerajaan negeri telah meluluskan sebanyak 245 projek sekaligus mewujudkan 16,966 peluang pekerjaan di negeri tersebut.

Dari jumlah tersebut, sebanyak 154 projek adalah projek baru dengan nilai RM2.5 bilion manakala 91 projek lagi merupakan projek pembesaran dan projek pelbagai yang bernilai RM4.01 bilion.

Ini merupakan satu peningkatan berbanding tahun 2009 di mana Selangor hanya memperoleh pelaburan sebanyak RM2.718 bilion dengan 138 projek dan mewujudkan 11,059 peluang pekerjaan.

4 comments:

Anonymous said...

Apa nak heran dan kecoh brader...selangor dah lama maju ....pkr perasan ....2005 selangor dah mencapai taraf negeri maju pertama d msia....tak yah dok sebut lah pasal soal pelaburan ....buat malu jer...nampak sgt TB tak sekolah tinggi...baik TB tuleh macam mana pas nak majukan kelantan agar kelantan dapat maju mcm negeri lain setlah hampir diperintah pas suku abad ...tanpa bantuan kerajaan pusat apalah kelantan?

Tulang Besi said...

kenapa lepas tukar pada pr selangor masih maju?

Anonymous said...

anon 8.54..

hang pun sama bodoh piang,

hang tak tahu ka... kenapa selama ni kelantan kurang kemajuan. Banyak faktor... satu sebab peruntukan kewangan persekutuan lambat ke kelantan.. sapa punya kerja nie... pakatan ka..?

satu perkara.. hang dah pi tengok kelantan ka yang hang kata diaorang tak maju nih?!!

Anonymous said...

Perasan la bro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.