Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, April 24, 2011

10 Kejayaan Pakatan Rakyat di Selangor Melalui Program MES

NOTA EDITOR: Tak sampai 4 tahun memerintah, Pakatan Rakyat telah menampakkan kejayaan gemilang di dalam membantu golongan yang miskon dan tidak bermampuan di Selangor. Kejayaan ini JAUH LEBIH besar berbanding UMNO yang memerintah lebih 50 tahun.

Kerajaan Selangor Umum 10 Kejayaan Merakyatkan Ekonomi Selangor
Saturday, 23 April 2011 | Ruangan: Berita


SHAH ALAM 23 April - Kejayaan Selangor berjaya melaksanakan 10 program pembangunan dalam dasarMerakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dari tahun 2008 sehingga 2010.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, program Merakyatkan Ekonomi Selangor tidak menjadi penghalang Kerajaan Negeri mengekalkan status pilihan pelaburan nombor satu dengan bilangan projek perindustrian tertinggi.

Antara kejayaan adalah seramai 27,000 orang menerima bantuan Tabung Warisan Anak Selangor ( Tawas ) dengan perbelanjaan lebih RM 2 juta.

Satu Pusat Dialisis Rakyat juga telah dibuka di Sementa, Taman Medan, Hulu Klang, Ampang dan Jalan Kebun, manakala sebanyak 500 buah rumah ibadah bukan Islam juga menerima sebanyak RM7.35 juta sejak tahun 2008.

Sebanyak 60 peratus dari 236 ribu warga emas mendaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas dan seramai 16,000 orang sudah mendapat bantuan tersebut.

Kerajaan Negeri juga mewujudkan program pemeriksaan Mammogram percuma untuk kesihatan kaum wanita dan seramai 3,000 orang sudah menggunakannya bagi mengesan tanda-tanda awal kanser payudara.

Kerajaan Negeri juga sudah berjaya menyelesaikan 23 projek perumahan terbengkalai yang melibatkan 9,000 unit rumah dan tujuh projek melibatkan hampir 4,000 unit rumah sedang diselesaikan.

“Dalam isu perumahan Bukit Botak yang gagal diselesaikan kerajaan terdahulu juga sudah berjaya diselesaikan dan memberi faedah kepada 1,400 orang peneroka bandar,” katanya.

Sebanyak 350 buah rumah sudah dibina untuk golongan fakir miskin dan 400 buah rumah lagi masih dibaiki di bawah Program Kerajaan Prihatin.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan 3 juta kepada lebih 700 orang rakyat miskin untuk pelbagai kegiatan.

Sekolah Agama Rakyat (SAR), sekolah Cina dan sekolah Tamil sudah menerima agihan RM16 juta setiap tahun, manakala gaji guru KAFA turut dinaikkan kepada RM1,300 setiap bulan.

8 comments:

Anonymous said...

Kerajaan BN selama 50 tahun dah buat macam-macam. Kalau nak senarai, memang tak muat.

Antara kejayaan mereka ialah mereka telah menghantar ribuan orang-orang macam anda ke Kansas City yang mana tanpa bantuan kerajaan mereka ini tidak mampu dan mungkin hari ni sekadar tanam jagung di kampung. Hari ini, golongan seperti ini ramai yang menjadi orang yang berjaya dari segi kejaya sampai ada yang mendapat gaji 30k sebulan.

Perkara itu lebih baik dari memberikan short term benefit dengan membankrapkan rizab negeri.

GRAND MARQUIS ANAK ANJING said...

Yang kerajaan BN sapu 50 tahun untuk kroni dan UMNOPUTRA ko tak kira pulak?

Memang ko anak anjing la GM

GRAND MARQUIS ANAK ANJING said...

Yang kerajaan BN sapu 50 tahun untuk kroni dan UMNOPUTRA ko tak kira pulak?

Memang ko anak anjing la GM

GRAND MARQUIS ANAK ANJING said...

Dasar UMNO. Kalau buat program untuk rakyat, tak boleh. Alasan yang sama. Negeri/negara akan bankrap.

Yang korang mentekedaghah duit rakyat, begi sesama kroni, tak bankrap pulak negeri ni?

sam raspiut said...

betui betui.. kjaan PR berjaya MENYAMBUNG pemerintahan lebih baik sedikit dari Umno!! baguihh..
tapi adakah sampai pada tahap yg boleh kita panggil reformasi keadilan ekonomi dan sosial rakyat negeri selanggor?
Camna dgn Pembersihan dosa dosa prjk ekonomi dan sosial yg ditinggalkan Umno, yg kami nampak adalah PR menyambung dan mengurus dgn lebih baik.. khususnya dr team Hasan pas Ali..
camna dgn penyelesaian tanah2 rizab kerajaan yg diteroka sesuka hati oleh cinaputra, indiaputra dan umnoputra..
adakah sudah dihalalkan demi nama keadilan?? lebih 70% penoroka haram tanah rizab perbandaran bagi tujuan pertanian, tapak nursery lanskap, tapak premis barang lusuh, premis kereta terpakai, stor penyimpanan, bengkel dll adalah dari kaum cina dan india walaupun lesennya atas nama umno putra... taknampak pun berkurang malah lebih berleluasa dibawah PR..
camna dengan INDUSTRI PERUNCITAN?? ada lebih dr 10ribu premis kedai runcit dilembah kelang dimiliki oleh BANGSA ACEH dan berlesenkan melayu putra?? bila nak reform industri runcit nihh??
camna nak tambah pemilikan harta tanah melayu yg hancuss dibawah umno??
cuba lihat ada berapa bijik kedai melayu, ada berapa bijik rumah melayu dlm pembangunan hartatanah baru..
membiarkan taik umno biak sama la dgn halalkan kerja umno!
Cisssssssss... PR baik sikit jer dari UMNO!!
reformasi TAKPERLU 4 tahun... Tungu 50 tahun kalu se bijik cam UMNO

Anonymous said...

Kerajaan PR dah tak der aper nak war war kat rakyat...apa tak nya ...dah risau nak bugkus PRU13 ni....apa pun ...kerajaan PR adalah kerajaan gagal....tok sah dok tipu rakyat la oiii.....PR sure lingkup PRU 13 ....

dino.yp@gmail.com said...

Masuk bakul angkat sendiri!

Anonymous said...

Tahniah PR. Umno mana tau buat kerja. Khir Toyo tu hanyalah junior kami kat UM. Dia tu bodoh piang. Sebab tu layak cuci gigi saja, sebab masuk medic tak layak sebab tahap dia sekadar lulus pinggiran saja. Satu istilah gred yang cukup popular waktu tu. Yang dia tau hanyalah menyapu duit rakyat selangor buat banglo. Namanya sepandan dengan nama Toyol. Eloklah tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.