Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, April 21, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah: Loteri UMNO 1951 (Siaran Ulangan)

Marilah kita mengimbas kembali kepada tahun 1951 di saat UMNO secara rasmi menjadikan Lotteri Kebajikan UMNO sebagai salah satu sumber kewangan UMNO yang penting. Ertinya halal dan haram dalam UMNO tidak pernah menjadi masaalah sejak penubuhannya mereka lagi. Malahan, UMNO telah membaham duit haram sejak sebelum Merdeka lagi.

Pihak Malaysiawaves mengucapkan ribuan terima kasih kepada blog no2umno dan AlBakistani kerana memberikan kita sumber sejarah yang begitu berharga. Barulah kita tahu siapa sebenarnya UMNO. Telunjuk lurus, kelingking berkait.

Kat luar cakap nak memperjuangkan Islam tapi sejak penubuhan mereka lagi kuat makan duit haram.

Saya pernah membaca satu buku dari Terence Gomez (kalau tak silap saya) di mana beliau telah membuat kajian bagaimana UMNO telah menggunakan duit judi sebagai usaha membentras kemelesetan ekonomi pada tahun 80an. Terence Gomez berkata beliau hairan bagaimana orang-orang seperti Daim Zainuddin dan Mahathir serta UMNO yang mengaku Islam boleh bergelumang dalam dosa judi dengan begitu mendalam sekali.

Tak heran lah, generasi UMNO (yakni mereka yang dilahirkan, dibesarkan serta dididik dalam UMNO) seperti Najib Tun Razak boleh meluluskan 10 lesen judi baru dalam bulan pertama beliau menduduki kerusi Menteri Kewangan.

Parti seperti inilah yang hendak diadakan "Kerajaan Perpaduan" oleh PAS? Hmmmm apa la punya bengap diorang ni.

BONGKAR !!! UMNO HALALKAN JUDI DENGAN NAMA KEBAJIKAN?
In Belit BN Belit UMNO, Islam Hadhari on March 3, 2008 at 9:51 am

al-bakistani.blogspot.com

Di sini dipaparkan surat resmi yang UMNO keluarkan sebagai pembuktian bahawa UMNO menghalalkan judi.

Surat pada lampiran (a) adalah surat yang dikeluarkan oleh SETIAUSAHA LOTERI KEBAJIKAN UMNO kepada Bendahari UMNO Malaya, Tuan Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim, iaitu bapa kepada Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar( juga terlibat dalam kes Memali).

Surat Resmi ini dikeluarkan pada 1953, menandakan UMNO semenjak itu sudah beramal dengan judi sehingga ke hari ini.

Di lampiran (b) pula, dipaparkan satu keratan Akhbar utusan Melayu bertarikh 1951, menyatakan tentang fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang UMNO gunakan itu adalah HARAM.

Pada 1951 fatwa loteri haram telah dikeluarkan, tapi pada tahun 1953 loteri tetap dijadikan sumber ekonomi UMNO lagi. ini menandakan UMNO adalah parti yang tidak pernah hirau halal atau haram.

Tahukah anda, siapakah TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, mufti Pulau Pinang itu?

Abdullah fahim merupakan datuk kepada Perdana Menteri Malaysia Sekarang, iaitu Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah Ahmad Badawi hanya di masyhurkan sebagai cucu tok guru, tapi sedikit pun ilmu dari datuknya tidak diambil……..

LAMPIRAN (a)

































LAMPIRAN (b)














Terjemahan tulisan Jawi dari Akhbar Utusan Melayu 20/8/1951.

Pulau Pinang-19 ogos – Loteri UMNO kalau seperti yang biasa di buat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu dita’rifkan masuk kedalam bab perkataan “JUDI” yang tersebut didalam Al-Quran.

Demikian keputusan muktamad persidangan Khas Ahli-ahli Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai yang telah dilangsungkan di Madrasah Al-khairiyyah, pokok Sena, Seberang Perai semalam dengan di hadiri oleh kira-kira 50 orang Alim Ulama dan pemerhati-pemerhati dipengerusikan oleh TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai

Al Bakistani


(Nota Editor:Lantaran dari polisi2 UMNO menghalalkan judi ini, maka lahirlah generasi-generasi Melayu yang tak malu beratur kat kedai Sports Toto untuk beli judi seperti di bawah:

























Hahahahaha UMNO parti pembelot kepada Islam dan Orang Melayu. Kalau nak harap UMNO haramkan judi, kucing tumbuh tanduk lah. Lebih cepat kita tunggu Karpal masuk Islam dari UMNO nak haramkan judi dan arak pada orang Melayu.

Kalau jadi Kerajaang Perpaduang kelmarin, nanti terpaksalah Ketua Pemuda PAS(misalnya) baca doa selamat apabila Sports Toto ke, Magnum ke, Calrsberg ke buat kenduri doa selamat. Maklumlah, dah nama kerajaang perpaduang, kenalah jaga hati kawan-kawan)


11 comments:

Anonymous said...

Itu sekadar sejarah....sekurang kurangnya umno itu berubah....proses islamisasi dlm umno berjalan dlm roh dakwah....bukan ceramah....dasar penerapan nilai nilai islam dlm parti dan kerajaan menyumbang kepada pembangunan umah.....hasilnya lihat lah islam hati ini dibandingkan islam pada tahun loteri kebajikan ini dilancarkan....jelas umno membawa pembahuran pada ummah......umno berubah dan mahu mengubah......inilah kejayaan besar umat.....terima kasih pada TB erana membawa artikel sebegini...sekurang kurangnya ia membuktikan pada umat proses perubahan dan dakwah itu berlaku bukan secara instant tetapi jangka panjang....bukan spt mana pakatan rakyat yg cuba mengubah dlm sekelip mata bagai ahli silap mata dgn menggaburi rakyat dgn dakyah dan ceramah....umno dgn dakwah dan ukhuwah...

Anonymous said...

adakah anda telah puas hati dgn dakwah dan ukwah cara demikian? islam mengajar cara demikian? apa pandangan anda dengan fitnah yg sengaja direka utk membunuh karektor sesorang? kalaupun ia mungkin benar, apatah lagi belum pasti kebenarannya, adakah ia dibenar dlm islam? fitnah yg lebih bisa drp mata pedang dpt ditutup dgn pahala dakwah dan ukwah cara anda? rompak duit raya dpt diimbangi dgn dakwah dan ukwah cara anda dan company anda?

adakah anda redha dgn semua kejadian/perangai dlm parti itu?

Anonymous said...

Bravo bro anon....well said !

Anonymous said...

Dakwah cara UMNO ?!, macam mana dgn judi bola, hub hiburan malam, islamic fashion festival, santa claus masa buy-election, politik wang masa pemilihan parti. Kalau hiburan boleh buat UMNO menang besar, maka hiburan lah agenda utama. Kalau Presiden UMNO selalu mengingatkan rakyat tentang dosa,pahala,syurga,neraka dlm ucapan hariannya, maka itu baru dakwah.

Anonymous said...

Kalau bukan dgn dakwah...malaysia hari ini pasti masih mcm tahun 1951 spt mana yg TB tuleh malah mungkin lebih terok.....apa anda fikir senang utk bagi semua org jadi baik....kalau semua baik maka tiada lah syurga tiada lah neraka....hatta zaman nabi kita pun masih ramai yg jahat jahil dan munafik ...inikan pulak zaman ini setelah kita ditinggalkan lebih seribu tahun oleh junjugan besar nabi muhammad saw....jadi apa sebenarnya yg kita perjuangkan? Perjuangkan mewujudkan umat yg maasum ? Itu lah retorik perjuangan pas seolah olah mahukan malaysia ini masyarakat yg sempurna tiada dosa dan maksiat ...pada hal. ...jelas isu syurga neraka itu sudah dlm ketentuan ilahi....yg jahat ke neraka yg baik ke syurga....kita menyeru umat ke arah kebaikan dan usha itu harus berterusan...kita dakwah dgn hikmah bukan CERaMAh dgn FIITNAH.....dua cara yg sgt berbeza ....

Anonymous said...

Penulis anon 1 dan 5....well said!

Anonymous said...

ada jugak yang mengaku Loteri tu halal..astaga

jika bukan dengan ceramah apa lagi peluang yag Pas ada?nak harapkan Utusan meloya dan Berita hairan?..emmmm jauh panggang dari api ler

Fitnah? siapa yang tukang buat fitnah? itu dah memang kerja gerombolan ngaku sajelah.

dato' T cakap video pun tak betul,sorang cakap buat kat siam sorang cakap buat kat KL..mana satu yg betul ni?..dah terang pun itulah kerja pembuat fitnah tapi KANTOI akhirnya.

Bertaubatlah kalian semua sebelum nyawa dicabut dek malaikat Maut.

Anonymous said...

duk tayang maksiat, hiburan melalaikan melalui media electronik lagi besar fitnahnya utk akidah dan akhlak ummah. Anugerah skrin, bintang popluar itu rasanya boleh jadi saham di akhirat ke?

otaklunyai said...

ya lah sekarang umgok dah berubah ... dari teruk menjadi lebih teruk dan sesat lagi menyesatkan...

Anonymous said...

Patutlah Allah mengharamkan judi, akibat buruk nya sampai ke anak cucu,piut.

Anonymous said...

Pas mentality kelas 2 .....sebab tu tak reti nak memerintah...sebab tu depa bagi PKR dan DAP yg memerintah....yg jadi ketua dan leader dlm PR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.