Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, April 4, 2011

Injil Melayu: Dasar UMNO Lidah Bercabang!!!!!

NOTA EDITOR: Masa isu kalimah Allah dulu, bukan main UMNO berkokok memaki PAS. Apa yang PAS tak kena tuduh. Pengkhianat la. Jual agama Islam la. Bachul la.

Sampai ke tahap 2 gereja kena bakar angkara UMNO mempolitikan isu kalimah Allah tempohari.

Tiba2 hari ini, UMNO sokong INJIL MELAYU dengan rela hati tanpa segan silu. Dalam Injil2 Bahasa Melayu ini, terkandung beribu2 KALIMAH ALLAH.

Kesian saya tengok NGO2 Melayu dan orang2 Melayu yang tertipu dengan UMNO dalam isu Kalimah Allah tempohari. Mereka tak sedar UMNO ni parti lidah bercabang, kelingking berkait.

Mereka akan gunakan agama untuk kepentingan politik mereka. Yang herannya, mereka boleh ambik pendirian dalam satu waktu, dan ambil pendirian yang 100% bertentangan di waktu yang lain.

UMNO tiada prinsip dan mereka memang parti penipu. Tapi, apa kita nak heran. Apa yang haram pada UMNO? Kalau orang Melayu tak geli makan babi, saya jamin UMNO akan terlibat dalam perniagaan babi.

UMNO parti yang tiada agama. Agama mereka adalah agama UMNO, bukan agama ISlam.


Alkitab: NGO Pembela cabar ‘Formula Idris Jala’
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
April 04, 2011


KUALA LUMPUR, 4 April — Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menyifatkan langkah Putrajaya menawarkan 10 formula menyelesaikan isu kitab Injil dalam Bahasa Malaysia sebagai keputusan “mengalah” kepada desakan-desakan dibuat oleh kumpulan masyarakat Kristian dan mahu ia dikaji semula.

Pembela yang dianggotai 19 badan bukan kerajaan (NGO) juga menegaskan langkah terbaru Putrajaya itu akan menyebabkan desakan sama berulang kembali yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, 10 langkah itu bertujuan untuk menyelesaikan masalah kitab Injil atau Alkitab yang masih berlarutan sehingga kini - antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia.

Selain itu, sebagaimana diumumkan minggu lalu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Bagi mereka yang mengikuti perkembangan isu ini sejak ia mula dicetuskan oleh kumpulan-kumpulan Kristian, ‘Formula Idris Jala’ ini jelas merupakan satu keputusan mengalah dan menunduk kepada strategi konfrontasi, manipulasi dan mendesak yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan Kristian untuk mencapai tujuan mereka dalam isu ini.

“Pendekatan ‘Formula Idris Jala’ ini adalah satu trend yang tidak sihat dan akan menggalakkan berulangnya pendekatan konfrontasi dan manipulasi digunakan bagi menuntut sesuatu yang hakikatnya bercanggah dengan Perlembagaan (Persekutuan), undang-undang, sejarah dan budaya negara,” kata jurucakap Pembela Dr Yusri Mohamad.

Beliau menegaskan, keputusan yang diumumkan Putrajaya itu langsung tidak mengambil kira pandangan kumpulan yang dibuat masyarakat Islam di negara ini.

“Status keputusan ini tidak jelas dan kabur. Kita diberi gambaran bahawa di pihak kerajaan, Datuk Seri Idris Jala dan Peguam Negara diberi peranan utama sedangkan isu ini juga melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam.

“Perbincangan juga hanya diadakan dengan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) sedangkan pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam baik di pihak kerajaan mahupun pertubuhan-pertubuhan Islam langsung tidak diambil kira,” kata beliau sambil bertanya “kami ingin bertanya adakah ini pendekatan baru yang akan diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani isu-isu agama?”

Menurut Yusri, pihaknya tetap berpendirian keputusan Putrajaya melepaskan kitab Injil itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada.

“Oleh itu edaran kitab Injil dalam Bahasa Malaysia bukannya satu keputusan yang boleh dibenarkan begitu sahaja atas tekanan mana-mana pihak.

“Apa yang turut menyedihkan, ‘Formula Idris Jala’ ini juga langsung tidak mengambil pandangan Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama yang diwujudkan sendiri oleh Kabinet,” katanya.

Justeru, kata Yusri, pihaknya mahu agar 10 langkah itu dikaji semula dan diselaraskan dengan undang-undang dan persefahaman antara agama dan kaum.

“Oleh kerana isu ini boleh ada kaitannya dengan kedudukan Islam dan umat Islam, pandangan wakil-wakil Islam hendaklah diambil kira dengan saksama dalam mencari formula yang lebih tepat.

“Jika tuntutan ini tidak diberi perhatian, Pembela mempertimbangkan untuk mencabar kesahihan Formula Idris Jala ini di mahkamah,” katanya.

Dalam kenyataan dikeluarkan petang kelmarin, Idris berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab.

Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian,” kata Idris.

Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan “Penerbitan Kristian” (“Christian Publication”) dan tanda salib pada kulit hadapan.

Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut.

Idris berkata, “adalah harapan saya agar jalan penyelesaian yang berdasarkan 10 aspek yang telah dikemukakan diterima oleh kumpulan Kristian secara positif, adil dan munasabah.”


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.