Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, April 11, 2011

Itulah soalan yang menggangu benak Tulang Besi. Kalau Taib Mahmud benar2 ikhlas mahu berhenti kerja, mengapa Taib Mahmud terus bertanding?

Mengapa tidak boleh Taib Mahmud berundur secara jelas dan menamakan pengganti beliau secara terbuka.

Apakah rakyat Sarawak mahu mengambil risiko? Sanggupkah rakyat Sarawak mengundi Taib Mahmud sekali lagi untuk melihat Taib memerintah Sarawak bagi penggal ini?

Ataupun Taib Mahmud hanya mahu memastikan adik beliau (yang bertanding di Muara TUang) menggantikan beliau sebagai "proksi" kepada beliau?


Beliau akan menggunakan penggal yang akan datang bagi menguatkan lagi dinasti beliau di dalam pemerintahan Sarawak.

Pokoknya rakyat sarawak MESTI mengubah kerajaan. Kalau tidak, Sarawak akan terus diperintah Dinasti Taib Mahmud sehingga hari kiamat. Ingat, Ketua MEnteri sebelum Taib Mahmud pun bukan orang lain. Pakcik Taib Mahmud juga.

Lepas ni mungkin adik Taib Mahmud, lepas tu sepupu Taib Mahmud, lepas tu anak Taib Mahmud. itulah yang akan terjadi sekiranya Taib Mahmud terus memerintah Sarawak.

BERTUKARLAH

Tulang Besi

ps Tulang Besi pernah dengar seorang veteran politik Sarawak bercerita berkenaan peristiwa "Ming Court". Beliau kata beliau yakin seluruh peristiwa itu hanya sandiwara semata-mata antara pakcik (Rahman Yaakob) dan anak buah (Taib Mahmud).

Menurut beliau, peristiwa tersebut telah mengizinkan Taib Mahmud membersihkan kerajaan dan pentadbiran beliau dari semua musuh-musuh politik beliau. Tanpa peristiwa Ming Court itu, tidak mungkin Taib Mahmud mampu mengenali semua musuh-musuh politik beliau.

Hasil pembersihan total itulah memungkinkan Taib Mahmud memerintah Sarawak selama 30 tahun lebih.

Dan tidak lama selepas itu, Rahman Yaakob pun boleh berbaik semula dengan Taib Mahmud. Maklumlah, kata orang tua-tua, air kalau dicincang tidak akan putus.

Dengan kata lain, kalau dari dinasti Taib Mahmud ni, jangan percayalah. Mereka ini semuanya cukup handal dalam bersandiwara

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.