Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, April 22, 2011

Kempen Pemilihan PAS 2011 Bermula????

NOTA EDITOR: Di bawah adalah artikel yang Tulang Besi dapat dari sebuah blog bernama "Muktamarpas2011". Hairan juga Tulang Besi kerana SU Agung dengan jelas telah melarang kempen berlebihan dalam PAS. Namun, maklumat dalam artikel ini amat menggusarkan Tulang Besi.

Mungkin juga seminar ini akan digunakan untuk menyebarkan maklumat berkaitan dengan Bahaya Shiah????


Kempen saat akhir UG bermula! Posted on April 20, 2011 by tukangwahyu
0

Mesyuarat pimpinan PAS pusat semalam antara lain memutuskan untuk mengadakan suatu konvensyen maqasid asy-syariah sebagai menyambut Muktamar PAS 2011 yang dijadualkan pada Jun ini.

Konvensyen penting itu dijadualkan bermula pada 15 Mei ini.

Ketua Dewan Ulama PAS (DUP) Dato’ Harun Taib khabarnya akan membentangkan suatu kertas kerja maqasid asy-syariah dalam menentukan hala tuju parti di pilihan raya umum ke-13 kelak.

Dato’ Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah dinamakan sebagai panel penilai pada perbentangan kertas kerja Taib yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Seorang ajk PAS Pusat memberitahu, konvensyen itu diadakan semata-mata untuk mengekalkan status quo ulama’ pro Kerajaan Perpaduan, khususnya Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang pada saingan kali ini.

Konvensyen kali ini seakan mengulangi kempen saat akhir melalui Konvensyen Sambutan 25 Tahun Kepemimpinan Ulama yang diadakan sempena musim saingan Muktamar PAS 2009 lalu di Shah Alam.

Ketika itu, Mursyidul Am PAS Dato’ Dr. Harun Din diberi tanggungjawab membentangkan kertas kerja mengenai ulama dalam perjuangan PAS di tanah air.

Manakala, Nasharuddin Mat Isa yang mempertahankan kerusi timbalan presiden PAS dinamakan sebagai perasmi konvensyen tersebut.

Dr Harun menjadi perhatian khalayak ketika itu ekoran mengfitnah ajk PAS Pusat Datuk Husam Musa melakukan rasuah pada musim saingan 2009.

Husam difitnah semata-mata bertindak menawarkan diri menyaingi Nasharuddin untuk kerusi no.2 dalam parti.

Dr Harun bagaimanapun dalam suatu menyuarat PAS pusat memohon maaf kepada Husam setelah ditekan oleh Exco Kelantan tersebut supaya mendatangkan bukti atas dakwaan berat tersebut.

Dijangka Mohamad bin Sabu yang nekad menjadi saingan Nasharuddin bagi kerusi no.2 dalam jamaah PAS pada muktamar kali ini menjadi “beg tinju” puak ulama pro Kerajaan Perpaduan kelak.


9 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya,Harun din,Azizan Razak,Harun Taib,Hasan ALI,NazZaruddin,Mustafa ali merupakan libilities atau bebanan Pada PAS,kerja buat gagal,performace Zero,turun Demo pun Malas kalau kertas kerja yang penuh dengan teori sendiri bikin sendiri tak amal.Bagi saya budaya kagum terhadap tokoh yang gagal bila melaksanakan kerja buat parti dan tanggong jawap.Budaya kagum sudah memakan diri.Takut hilang jawatan merupakan ajinda politik mereka.Sungguh jijik lagi memalukan.Kejayaan parti lain dalam PR adalah hasil kerja buat yang bersungguh.Contoh nya PRN SARAWAK pemimpin PR DAP.PKR sangup turun secara berjemaah kecuali Pas yang tidak bersungguh.Adakah patut PAS kedah bawa hanya rm 15k saja.Sedangankan MB nya dah kaut gaji dan elau lebih rm 2 juta.Harun DIN ,hasan ALI ,Azizan Razak di mana ? 10 hari tak nampak muka kat PRN sarawak.Bila berbicara penuh dengan Falsafah dan Ayat suci dan Hadis bila buat datang pada pelaksanaan kerja.Enak enak berbicara dalam bilik hawa dingin kasut sikit pun tak kotor.

Anonymous said...

Sebenarnya,Harun din,Azizan Razak,Harun Taib,Hasan ALI,NazZaruddin,Mustafa ali merupakan libilities atau bebanan Pada PAS,kerja buat gagal,performace Zero,turun Demo pun Malas kalau kertas kerja yang penuh dengan teori sendiri bikin sendiri tak amal.Bagi saya budaya kagum terhadap tokoh yang gagal bila melaksanakan kerja buat parti dan tanggong jawap.Budaya kagum sudah memakan diri.Takut hilang jawatan merupakan ajinda politik mereka.Sungguh jijik lagi memalukan.Kejayaan parti lain dalam PR adalah hasil kerja buat yang bersungguh.Contoh nya PRN SARAWAK pemimpin PR DAP.PKR sangup turun secara berjemaah kecuali Pas yang tidak bersungguh.Adakah patut PAS kedah bawa hanya rm 15k saja.Sedangankan MB nya dah kaut gaji dan elau lebih rm 2 juta.Harun DIN ,hasan ALI ,Azizan Razak di mana ? 10 hari tak nampak muka kat PRN sarawak.Bila berbicara penuh dengan Falsafah dan Ayat suci dan Hadis bila buat datang pada peringkat pelaksanaan kerja.Kertas yang kerja bukan orang yang berkerja.Kertas kerja jadi bahan sejarah pelaksanaan jadi busuk dan hanyir.Ulamak dan pemimin ynag tersebut cakap tak serupa bikin.Enak enak berbicara dalam bilik hawa dingin kasut sikit pun tak kotor.Ahli ynag di bawah kena walak dan kena berjuang tapi yang di atas kaut habuan.

Anonymous said...

ganti je dengan puak pro syiah tu..senang sikit minta derma nanti..Iran kan banyak duit

Anonymous said...

klu x berasa syiah bahaya, pakat2 la hina sahabat... bawak pnaik la syiah biar jd pas parti syiah... aduka taruna bole jd ketua pmuda lps ni

sam raspiut said...

pemilihan Pas? ala ala umno?
sebenarnya wa dah mula loya cuma dengan tengok tajuk jerr...
Pada wa, pemilihan Pas malah Pas sendiri sebagai jemaah politik islam dah tak relevan!
patut2 pas bubar jer.. pakat-pakat masuk umno, jadi tak menyemak hotak rakyat nak pikir sapa yg betoi sapa yg halal.. macam dok fikir antara babi yg tak sembelih dengan babi yg di semelih mana yg lebih afdal..
pada wa, umno akan tumbang satu hari nanti... tapi bukan Pas yg jadi faktornya, apalagi Pas Hadi.
kalo Pas hadi la.. najib jadi imam depa jadi makmum.. alahaii

sam raspiut said...

kalo ikut muktamar pas ala ala umno nih.. jangan mimpi la nak reform.
pas cuma bulih syok sendiri.. angan2 mat jeninn!
kalou ikut undi yg terbanyak mungkin perang khandak Nabi saw tak pakai idea parit salman alfarisi yg belum islam masa tu.. mungkin. gamaknya sahabat mungkin berkubu pakai betis macam org singapura lawan todak.. gamaknya!
syor orang2 cerdik lain dari undi perwakilan pas yg kurang cerdik yg dipilih olih ahli2 pas yg lebih kurang cerdik..
gamaknya Pas ni terdiri dari jemaah bengong.. yg rasa amalan sekular dari pertubuhan sekular untuk memperjuang politik sekular bulih julangg islam Muhammad saw??.. islam sekular bulih la..
jadi mana Pas buang sunnah akhlak kepimpinan nabi saw? Sunnah adab jemaah, sunnah mesyuarat, pemilihan??
bulihkah memperjuangkan agama Muhammad saw dgn kaedah yg tidak di anjurkan Muhammad saw? lu mimpi la pas..
pas bulih cakap darurat.. politik sekular harus dimenangi dgn kaedah sekular.. kena menang undi pilihanraya?? ok ok pas takda pilihan TAPI..
tapi menguruskan parti, pemilahan pemimpin, adab jemaah, dakwah, amal sunnah adalah hak jemaah pas.. bebas!! jadi pasai apa pilih kaedah ala ala umno?? jawabnya..
Pas tak relevan..!!
yg menang di kelantan adalah nik aziz.. hakikatnya pas tak menang di kelantan, nik aziz yg menang!!
pas dah tak relevan..
pas sekarang adalah fitnah pada agama!
pada wa, lebih baik undi LGE Dap yg nak kan kebaikan islam, yg nak pemerintahan Omar abd aziz.. dari memilih Pas yg pemimpin nya melilih liur berpeluk dgn pemimpin fasiq yg menaja judi, menaja maksiat melampau dan memimpin negara ala ala yahudi..
pemimpin pas ini adalah lebih teruk dari umno sendiri kerana depa ni terperasan waris nabi!!
jadi, PAS.. lu bulih brambus dengan mangkuk lu!!!

Anonymous said...

Hidupkan api perjuangan berteraskan semangat islam tulen....jauhkan dari pengaruh nafsu serakah dunia....hapuskan pemimoin mcm nizar, khaled samad, tGNA , ahamad awang, mahfuz.....singkirkan mereka dlm muktamar julai ini...

Anonymous said...

Pas menuju kehancuran!

tengoklah bila TGNA sudah tiada,puak agenda perpaduang akan jadi khawarij yang memusuhi semua aliran fahaman ugama dalam pas.

cerdik pandai dalam Pas akan keluar beramai ramai,aktivis pas akan masuk PKR dan DAP.

ibrahim said...

Nak kata Mat Sabu Syiah, belum tentu dia Syiah sebab tak de sesiapa yang pernah bawa bukti tanpa ragu tentang itu. Kalau setakat mahir situasi timur tengah, puji kepimpinan Iran, tak cukup nak dikata syiah.

Tapi yang pasti ust Nasha dan puak UG memang clear berunding, berjanji dengan puak UG dalam UBN. Apa orang tak nampak ke? Dengarnye sekarang dah ambil alih akhbar Siasah bersama sorang Exco Sngor, proksi dia dan boss SYABAS, betul ke?

Itu lagi besor punya syiah, taqiah gitu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.