Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, April 22, 2011

Ketua2 Kampung di Selangor Dapat Caruman Takaful Bernilai RM30k

NOTA EDITOR: Lagi contoh betapa makmurnya Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Nak tukar pada UMNO pulak ke lepas ni? Katakan TIDAK!!!!!


Skim Perlindungan Takaful : Keprihatinan Kerajaan Selangor Dihargai
Thursday, 21 April 2011 Ruangan: Berita
GOMBAK 21 April - Ketua Kampung seluruh Negeri Selangor menerima berita gembira apabila Kerajaan Negeri mengumumkan memberi caruman takaful dengan nilai pampasan sebanyak RM30,000 baru-baru ini.

Ketua Kampung Tengah, Edrus Mohd Yusof, 56, berkata, dia bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dengan memberi skim perlindungan ini kepada semua ketua kampung.

“Skim terbabit memang wajar diberi memandangkan tugas ketua kampung amatlah berat terutamanya apabila berdepan dengan pelbagai kerenah.

“Dengan pendapatan elaun ketua kampung yang tidak seberapa, kebanyakan ketua kampung tidak mampu untuk membeli insurans nyawa walaupun ia sangat penting. Pemberian ini sangatlah bernilai kepada saya dan keluarga,” katanya.

Ketua Kampung Changkat, Zainal Abidin Abu Bakar, 53, berkata, dia tidak pernah terfikir akan menerima kenaikan elaun RM450 kepada RM800 baru-baru ini dan ditambah pula menerima caruman takaful sebanyak RM30,000.

“Saya menerima pemberian ini sebagai rezeki yang ditentukan Allah di bawah pimpinan Kerajaan Negeri Selangor yang sentiasa memikirkan kebajikan rakyatnya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas seluruh kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersama barisan kerajaan PR yang berterusan memikirkan kebaikan rakyat negeri ini,” katanya.

Ketua Kampung Mulia, Ampang, Zubir Din, 56, berkata, dengan pemberian skim takaful yang diberikan kepada ketua kampung ini menunjukkan kerajaan PR mengamalkan konsep negeri berkebajikan.

“Tugas ketua kampung sebenarnya amat mencabar dan dengan adanya skim caruman takaful ini sedikit sebanyak dapat menjaga kebajikan keluarga,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali berkata, dengan pemberian caruman takaful RM30,000 kepada semua ketua kampung di Negeri Selangor ini menunjukkan Kerajaan PR mengamalkan negeri berkebajikan dengan setiap hasil negeri dipulangkan kepada rakyatnya.

“Kenyataan pihak pembangkang yang menyatakan konsep yang diamalkan Kerajaan PR dengan memberi kebajikan kepada rakyat akan membuat negara menjadi muflis adalah tidak benar sama sekali.

“Ini kerana hanya dalam tempoh tiga tahun PR memerintah tanpa bantuan Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Selangor mencatat pelaburan tertinggi sebanyak RM6.533 bilion pelaburan keseluruhan, 245 projek dan 16,966 peluang pekerjaan.

“Ini mencerminkan kekuatan kerajaan PR dengan menunjukkan pengurusan kewangan yang tulus dan penuh bertanggungjawab,” katanya.

Menurutnya, skim takaful yang diberikan kepada ketua kampung juga menunjukkan keprihatinan Kerajaan PR terhadap keselamatan mereka.

-Sinar Harian-



--------------------------------------------------------------------------------

5 comments:

Anonymous said...

Nlai caruman 30 k?...heheheh dgn deposit 25 ringgit maka dapatlah value utk coverage 30 k.....pandai depa kelentong org kampung....khaled punya kerja....pas tolong lagi memperbodohkan ......what a joke!

megat alam sengketa said...

puak umngok memang tak boleh nak buat punya....depa jaga sukusakat depa saja....

pasai tu bangsa tak dak nama ataih nie dok tak percaya lagi...dok kata kelentong lagi.....
yg umngok dok kelentong siang malam pagi petang.....dok bangangkan...dok bodohkan puak umngok sendiri .....depa boleh terima lagi.......

syabas PR Selangor....
Bravooooo khalid !!!!!

anda saja laa yg boleh bagi umngok sakit kepala n ketaq lutut......

Anonymous said...

Anon 3.12pm

What a stupid comment. Umno/BN ada buat ke atau ada kasi naik gaji sampai RM800/.

Anonymous said...

Fikirkanlah, Siapakah agent takaful yang dapat kontrak untuk sign up insuran tu?

Adakah tenda terbuka sudah di buat untuk agen-agen takaful tak kira parti politik?

Saya berani jamin, ia dari kroni PR. Ini adalah cara pintu belakang untuk sebat duit rakyat untuk kantong mereka.

Anonymous said...

Kalau pun croni pr agent takaful dapat komision ini,pulangan dapat juga kepada ketua ketua kampong negeri selangor. Bukan macam kroni umnoApco dapat sendiri, tanpa pulangan kepada rakyat.Kalau umnoApco jenis penipu dan pembelit tahu sahaja putaran ini. Taniah PR negeri selangor.Orang jenis kecewa macam itulah jangan layan sangat jenis kecewa ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.