Hasil dari pengenalan KPI oleh Najib melalui PEMANDU:
1.0 Beban kerja pekerja2 Kerajaan serta Syarikat2 Milik Kerajaan (GLC) bertambah dengan besar berbanding dahulu.
2.0 Guru-guru dan pensyarah2 terpaksa bekerja lebih masa dari biasa menyebabkan masa dengan pelajar berkurang
3.0 Di sekolah-sekolah, pelajar2 dibeban dengan kerja2 sekolah yang melampau banyaknya
4.0 Di bank2 milik kerajaan, beban kerja semakin bertambah sehingga para pekerja terpaksa menghabiskan masa lebih 11 jam sehari
5.0 Begitulah juga dengan pekerja2 di syarikat kerajaan yang lain
6.0 Manakala, syarikat2 milik kerajaan tidak mahu menambah bilangan pekerja kerana ia akan mengurangkan lagi tahap keuntungan ( yang mengakibatkan KPI jatuh).
Pada waktu yang sama;
1.0 Gaji pekerja2 tidak naik
2.0 Bonus juga tidak cukup menampung kenaikkan kos hidup
3.0 Harga barang semakin lama semakin naik dan tidak pernah turun
4.0 Kerajaan pula telah melaksanakan GST ke atas setiap rakyat Malaysia. Buktinya, sila periksa bil Astro saudara2 sekelian. Yang dikatakan "Cukai Perkhidmatan" itulah yang kita panggil GST
5.0 Harga kereta yang sentiasa mahal memakan lebih 30% dari pendapatan setiap rumah di Malaysia
6.0 Anak2 semakin terbiar kerana ibu bapa terpaksa menghabiskan masa berjam2 di pejabat kerana mahu menjaga KPI
7.0 Rumah tangga hancur lebur kerana masalaah kewangan yang runcing hasil dari tiada kenaikkan gaji yang setimpal dengan kenaikkan kos hidup.
8.0 Masaalah sosial dan zina yang berleluasa di kalangan remaja hasil dari pengawasan ibu bapa yang semakin berkurang.
dan banyak lagi.
Jadi, siapa yang untung dari KPI Najib ini?
1.0 Kroni2 yang memegang saham dalam syarikat2 milik kerajaan
2.0 UMNOPUTRA dan Kroni yang dapat projek secara terus kerana duit kerajaan semakin banyak
3.0 Syarikat2 milik kerajaan yang semakin kaya dan kekayaan tidak dikongsi bersama dengan rakyat. Hanya dgn kroni dan UMNOPUTRA
Dengan kata lain, KPI Najib ini hanya menguntungkan kroni dan UMNOPUTRA.
Tulang Besi
KPI ~ Kerja Paksa Idris
ReplyDeleteMcm di MAS.