Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, April 13, 2011

Raja Petra Bakal Melompat....?

Mana mungkin seorang yang dibenci Barisan Nasional boleh mendapat tempat di Buletin Utama TV3suku. Mengapa TV3suku tidak temuramah Anwar Ibrahim, Kak Wan, Husam Musa, Mahfuz Omar secara mereka menemuramah Raja Petra Raja Kamaruddin?

Ada kemungkinan, Raja Petra sudah mendapat tempat di hati UMNO terutamanya di hati Najib Tun Razak. Semua ini mungkin ada kaitan dengan hubungan Raja Petra bersama John Soh Chee Wen, yakni bekas pimpinan MCA itu.

Kenyataan terbaru beliau menafikan Najib dan Rosmah terlibat sepenuhnya di dalam pembunuhan AlTantunya. Tak tau berapa tan duit beliau dapat kerana membuat kenyataan sebegitu secara umum. Saya harap tiada.

Sebenarnya Tulang Besi telah mendengar perkara ini sudah agak lama. Penubuhan MLCM pun ada kena mengena dengan usaha UMNO memecahkan dan melemahkan Pakatan Rakyat. Syukur kepada Allah kerana MLCM gagal memainkan peranan di dalam memecahkan Pakatan Rakyat dan sokongan rakyat kepadanya.

Akhirnya, MLCM terpaksa mengaku kalah dan terpaksa mengisytiharkan mereka tidak akan bertanding 3 penjuru dengan Pakatan Rakyat.

RAJA PETRA BAKAL DIGUNAKAN UNTUK MENGAITKAN ANWAR DENGNA VIDEO BLUE RAHIM THAMBY CHIK?

Artikel terbaru Raja Petra bertajuk "Indonesian have more principles than Malaysians". Soal saya kepada Raja Petra adalah mengapa artikel tersebut hanya mengandungi contoh-contoh ahli politik Indonesia yang terpalit dengan skandal seks sahaja? Sedangkan dari pengalaman Tulang Besi, jauh lebih ramai ahli2 politik Indonesia yang terpaksa meletak jawatan kerana skandal kewangan ataupun skandal salah guna kuasa.

Tapi, mengapa dalam artikel ini, Raja Petra hanya mengambil contoh skandal2 seks sahaja?

Kita lihat sahaja sambung temuramah Raja Petra besok malam. Saya yakin besok Raja Petra akan mula menyebarkan fitnah terhadap Anwar Ibrahim.

Saya memang dah lama agak Raja Petra akan melompat. Susah kita hendak mempercayai orang yang menolak Hadeeth Nabi SAW.

Ingat, beliau pernah di tangkap ISA dan tidak mustahil beliau telah di "turn-over" sewaktu dalam tahanan.

Sekian

Tulang Besi

27 comments:

yenadey said...

RPK tu kan dewa korang. sekarang sudah tukar ke

Anonymous said...

Masa dia di pihak PR bukan main awak angkat dia. La ni tengok apa jadi.

Hipokrit tetapi hipokrit. Sentiasa mencari alasan untuk terus bermuka muka.

Tulang besi, tulang besi. Hari ni terpaksa telan balik air liur. Cuma sekarang ni tengah nak cari perisa supaya air liur dan kahak yang ditelan tu tak pahit dan busuk sangat.

Anonymous said...

tak pe... biarkan... KALAU BETUL kita faham kenapa RPK jadi macam tu. sampai bila dia nak jadi pelarian? jangan marah pada dia sebab dia bukan kaya macam razak baginda.

AmenoWorld said...

TB, saya cadangkan kita tunggu dan lihat terlebih dahulu.

dino.yp@gmail.com said...

pencacai PR dah meracau....

Anonymous said...

Bijak betul kepala otak Tulang Besi ni. Memang susah nak tipu orang secerdik Tulang Besi kerana dengan bijak dapat memberikan analisa yang tepat dan betul mengenai temuramah RPK tadi.

Tulang Besi juga telah dapat meneka sepertimana dia menulis :

'Kita lihat sahaja sambung temuramah Raja Petra besok malam. Saya yakin besok Raja Petra akan mula menyebarkan fitnah terhadap Anwar Ibrahim.'

Tulang Besi,

Saya cuma keliru satu hal...;

Andainya dia AKAN memfitnah Anwar malam esuk, apakah yang dia tulis dalam akuan2 bersumpah dulu2 tu fitnah jugak atau bagaimana? Atau..., dulu dia cakap betul.., cuma start malam ni hingga hari2 seterusnya dia akan menyebar fitnah pulak. (Mungkin kalau cakap betul, tak dapat upah; kalau buat fitnah baru dapat upah)

Saya ni orang atas pagar..., PRU13 bakal mengundi kali pertama.. Mungkin Tulang Besi bole bagi nasihat....

Yang Keliru,
Otak Bukan Besi

Anonymous said...

TB ini dah tahap bengap..... semua TV3 lapor dia percaya .....

Ingat pandai sangat - dah seperti tupai jatuh di tanah...

senang sgt jatuh propaganda BN...

dawai koko+ said...

ka hang yang melompat dulu?

rileks je la.

he knows what he's doing!

bukan kah kelihatan apa yang dia ckp sama mcm apa yang dia letak dlm sd..

tapi biasalah macam hang tatau media2 3 suku nie punye spin mcm anjing2 berjejeran air liur..

sabaq skit sheikh!

Anonymous said...

RPK pun dah kena 'kurang kasih sayang' ke? hahaha...

dari dulu pun anwar kurg setuju dgn mamat nie walaupun adala sedikit sebyk yg dia menolong...

even masa kat london sedikit masa dulu pun anwar terpaksa senyum jer bila RPK sindir didpn pelajar2, pekerja2 malaysia yg berada di london termasuk warga asing yg lain...

cuba tanya RPK, mana perginye sumbangan dan mana kira2 keluar masuk kewangan FAC (freeanwar) yg ditubuhkannya dulu? sebahagian darinya telah dirembat oleh senatak ezam...

agi idup agi mgelaban...

Khun Pana aka johanssm said...

Tidak sekali beliau "lompat".
RPK telah berkali-kali berterus terang bahwa beliau chuma buat sumpahan SD dari cherita cherita yang beliau dapat dan dengar.
RPK amat jelas dan teliti dengan SD yang dibuatnya.

Chuma kali ini, media media mermainkan cherita dari SD beliau.
Tapi, polis buat tak tahu serta enggan buat siasatan lanjut terhadap SD beliau dan jam Omega pulak yang disiasat!

Dari temubual RPK dalam TV tiga suku (semasa di australia)itu tiada apa apa yang beliau tambah atau ubah .
Semuanya sama seperti yang terkandung dalam SD (amat jelas)dan juga dari penjelasan beliau yang ditulis dalam blog MT.

Bukannya tanda lompat , chuma tanda SPIN oleh media milek kerajaan bn.

Anonymous said...

TB, percayalah ini semua adalah petunjuk dari Allah, hasil dari sembahyang hajat ditunjukkan kebenaran pd rakyat malaysia. kini satu demi satu kebenaran dan kebatilan ditunjukkan. apakah TB sudah tak percaya lagi kpd kebesaran Allah. Inilah balasan akibat terlalu banyak melakukan fitnah. Harap TB semakin insaf.

Anonymous said...

Sehebat mana sseorang itu bercakap fasal perjuangan samada nak wujudkan masyarakat sivil, demokrasi tulen dan sebagainya selagi tidak berasaskan iman kepada Allah dan syurga sebagai habuan di hatinya, maka orang itu boleh diguna, tapi jangan dipercayai bulat-bulat. Semuanya berorintasikan nafsu yg mudah dipatah oleh duit..duit..duit..

alhusseyn said...

Saya tidak fikir seperti apa yg saudara fikirkan.RPK memang tidak pernah 'tuduh' Rosmah dan Najib terlibat dlm pembunuhan Altantuya.Dan RPK tidak pernah kata bahawa Rosmah dan Najib tidak terlibat dgn pembunuhan tersebut.

RPK sekadar membuar Akuan Bersumpah mengenai maklumat yang diterimanya yg mendakwa bahawa pembunuhan tersebut melibatkan Rosmah dan Najib.

Bukan RPK yang tuduh, tetapi pemberi maklumat tersebut yang tuduh.

Dakwaan pemberi maklumat ini sangat boleh dipercayai kerana beliau merupakan seorang perisik tentera .

Sila lihat entri saya di sini Terima kasih.

Anonymous said...

dei ...berapa ramai lagi yg insaf daa....

Anonymous said...

Alhamdullillah......Mari kita semua seluruh rakyat Malaysia anjurkan Sembahyang hajat saperti pas buat,biar pas yang anjur.
buat serentak seMalaysia.
Biar terbuka hijap siapa yang bersalah didunia Malaysia sebagaimana berlaku sekarang.Kebesaran Allah mengatasi segala, harap iktibar wahai TB.

Anonymous said...

Pergi dengar spin MSM Umno memang keliru...dan mengelirukan.

Kalau baca SD RPK, secara ringkasnya dia hanya cakap begini:

" ...saya dapat maklumat dari sumber( nama diberitahu) yang saya percayai bahawa Raosmah & 2 pegawai tentera terlibat dlm pembunuhan Altantuya".

Polis Umno tak siasat ni seperti yg diperuntukan dlam Acara Kanun Jenayah. Mereka putar dan tuduh RPK lakukan jenayah 'criminal defamation'.

Sepatutnya Polis siasat dan sekirana didapati maklumat palsu menuduh sumber yg diketahui itu memberi maklumat palsu dibawah se.191 kanun Keseksaan.

Mengapa Polis tak tuduh sumber itu iaitu Kol Azmi memberi maklumat palsu. Ini bermakna maklumat dari sumber itu betul.

Anonymous said...

Dulu ko sanjung ini raja petra...sekang dia dah tak sokong ko...ko dah mula kutuk dia...baru sekarang ko kata dia ani hadis....apa punya bahgal la manusia hipokrit dan munafik mcm TB.....Kita dah lama tau raja petra ni anti islam anti hadis....

Anonymous said...

dia takkan lompat...inila yg dikatakan psywar....relax tulang besi...dia saja nak buat kacau sikit kat BN...

Anonymous said...

Asalkan cerita negatif pasal anuwar terus cop fitnah walau dengan bukti,tapi kalau cerita buruk pasal lawan politik terus beriman,kami dengar dan kami taat.

Inilah padahnya bila menjadikan politik sebagai sembahan.

Anonymous said...

La, Tulang Besi pun percaya TV3. Ingatkan TV3 itu suka spin cerita. Lagi satu yg keluar hanya cerita, RPK tak percaya Kak Mah kat tempat Altunya di C4 saja. Baru itu dah meloncat. Din Merican pundah nafi. Tunggu le cerita selanjutnya.

OCPA said...

Mungkin ada eloknye RPK tu bertukar sebab selama ni utk "meminati" dia pun susah sgt, sebab ada beberapa kenyataannye yg menentang hukum Islam..so, elok le dia pindah ke sana..
TETAPI, mungkin juga tindakan RPK ni ada muslihat lain...
Kita lihat & dengar dulu, jgn cepat menghukum...

Anonymous said...

Pergi baca kat malaysia insider, RPK kena kan Ku Li bukan Anwar. RPK spin habis.

Anonymous said...

Bukan semakin ramai yg insaf tapi tanda doa TB di makbulkan. Satu demi satu terserlah keboroiyanya.

Apa nak diheran org mcm RPK. Dia menampakan belang sebenar dirinya. Sekurang2nya dia jujur pada diri sendiri.

Taklah mcm org BN. Kebanyakanya berlakon berpura2 sokong tapi sokong membawa rebah. Kena turning over baru nak mengaku.

Bezanya org PKR. Dgn rela hati mengaku tanpa disuruh atau di bayar. Kerana mereka2 ni memang di bayar bila melangkah keseberang sana.

Hakikat sebenarnya poket dah kosong. Tak ada pendirian. Ertinya tak yakin utk istiqomah dlm perjuangan yg benar yg menuntut kejujuran. Muflis zohir & bathin.

Anonymous said...

Tabik bro TB!!i dah lama tau,si anjing pariah RPK tu money junkie ..mula2 mahataik kutty "turn over dia" utk mengf*kupkan si dolah dan anwar..sekarang dia masok pihak najobori..semua ini kerana millions of useless fiat $$$ dan jugak kerana gagal utk menobatkan ku li sebagai pm(sebab si malayali pariah kutty double crossed si dungu bahlol rpk sekali lagi) dan gagal utk memeceah belahkan pakatan,anwar via si umno anglo pariah zaid ibrahim n geng..

Anonymous said...

kepla hotak anjing welsh aka RPK ni penuh dgn warts..

Anonymous said...

sah...selepas tgk berita tv3 mlm ni...sedap je dia belasah Anwar & pembangkang..

Monkey Code said...

Apa ke bodoh sangat some of u kat atas tu...Mana ada orang islam yang sokong Omar masa zaman dia masih jahil...bunuh anak sendiri pulak tu.
TAPI,bila beliau berubah hati kepada Islam...mesti le orang Islam sokongkan beliau.

Sama le macam hal RPK ni..NAK SOKONG APA JADAH NYA LAGI RPK (dah terbalik jadi macam masa zaman Omar yang JAHIL)...ITU PUN KAU ORANG TAK FAHAM KE?..BEBAL BETUL LU ORANG NI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.