Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, April 20, 2011

SARAWAK: Kenaikan Sokongan Pada PR Berlaku Pada Semua Kaum

Kajian seorang pengkaji politik bernama Brigget Welsh menunjukkan kenaikkan sokongan kepada Pakatan Rakyat berlaku pada semua kaum, tidak terhad pada kaum Cina sahaja (Sila rujuk gambarajah di bawah)



Namun, mengapa bilangan kerusi hanya 15 dan tidak cukup untuk memerintah atau menafi 2/3?

Jawapannya mudah sahaja. Kita ambil contoh, untuk memenangi satu kerusi kita memerlukan 10000 undi.

Di kawasan yang bukan kawasan Cina, undi kepada pembangkang cuma 2000. Dalam pilihanraya baru-baru ini, penambahan undi pada pembangkang adalah sekitar 7000 undi sahaja. Maka, jumlah keseluruhan adalah sekitar 9000 dan masih belum cukup untuk menang satu kerusi.

Di kawasan Cina pula, undi asas kepada pembangkang sudahpun berada di tahap 4000 undi. Maka, apabila ditambah 7000 undi, ia menjadi jumlah keseluruhan 11000 undi, dan melayakkan menang kerusi tersebut.

Contoh di atas adalah sebab mengapa Pakatan Rakyat tidak menang banyak kerusi pada pilihanraya Sarawak baru-baru ini. Walaupun terdapat kenaikkan undi yang banyak, namun kerana sokongan asas di kerusi2 bukan majoriti CIna terlampau rendah menyebabkan Pakatan Rakyat tidak dapat memenangi kerusi yang banyak.

Benarlah kata penganalisa2. Sarawak bukan lagi simpanan tetap bagi Barisan Nasional atau UMNO. BN terpaksa memerah keringat mereka bagi mempertahankan kerusi2 parlimen mereka di Sarawak selepas ini.

Tulang Besi
And here is the rest of it.

3 comments:

Anonymous said...

Dah lah TB...dah tak yah nak meraban teben ...kalah tetap kalah...ngaku jer apa susahnya....letakkan ego manusia anda di bawak tapak kaki anda....akuilah pakatan tidak cukup bagus utk memerintah sarawak....tak yah lah nak kuar edisi analisa demi analisa....dah jadi sejarah dah.....inilah demokrasi yg subur dimalaysia....walau menang satu undi....yg menang tetap menang...tetap suara majority....so jgn dipandang kehadiran ramai manusia ke ceramah PR itu sebagai ukuran kemenangan ...zaman ini bukan zaman melihat ada luarannya...zaman ini zaman internet ...zaman melihat pada apa isinya....

GABAI said...

NAK SEDAPKAN HATI LA TU

PAS BUNGKUS, PKR MAKAN TAIK

DAP JUGA YANG UNTUNG

JADILA KELDAI DICUCUK HIDUNG

Anonymous said...

Salam...pada pendapat saya rakyat Islam Sarawak mungkin takut hendak mengundi PR kerana risau rakyat Islam
akan ditindas .Tetapi alangkah sedihnya org Islam yg telah diberikan mandat untuk memerintah Sarawak pula yg menindas semua rakyat Sarawak yg bukan kroni mereka tak kira muslim atau tidak.Ini yg memberi nama buruk pada agama Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.