Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, April 6, 2011

Video Blue Rahim: Tutup Perut, Janggut Pula yang Kantoi

NOTA EDITOR: Video Blue Rahim Thamby Chik yang didedah dalam Youtube begitu rapi disunting sehingga watak "Anwar" itu hanya memakai tuala, tanpa menunjukkan perut beliau.

Mereka ingat bila perut dah tutup, trick mereka dah berjaya. Rupanya, janggot pulak kantoi.

Dibawah adalah penerangan yang cukup baik dari saudara Milosuam. Secara mudahnya, watak Anwar dalam video tu takda janggut. Tapi, Anwar Ibrahim pada 22 hb Februari di Mahkamah ada janggut yang cukup lebat.

Tahniah kepada Milosuam yang memberi penerangan yang cukup baik

Video seks Anwar kantoi kerana janggut (pencerahan)

Pada entry pertama tentang video seks yang pernah ReJaM© dedahkan sebelum ini, ReJaM© ada mempersoalkan tentang janggut pelakon lucah mirip Anwar Ibrahim di dalam video aksi seks yang sedang hangat di internet hari ini rujuk sini [mirip anwar] Video tersebut cacat kerana ada dua lelaki mirip Anwar dikesan.

Dalam entry sebelum ini juga ReJaM© ada mempersoalkan bagaimana janggut menjadi titik tolak bahawa video tersebut terbukti sebagai palsu rujuk link ini [Video tipu].

Oleh kerana ramai yang menghantar email meminta ReJam supaya membuat entry yang lebih jelas tentang isu janggut ini. Maka ReJaM buat sekali lagi sebagai pencerahan. Apa kaitan janggut dan penipuan video ini?

Lihat gambar di bawah baik-baik. Gambar ini diambil dari video seks lelaki mirip Anwar yang tersebar di internet sejak kelmarin. Video ini adalah video yang sama ditayangkan di Hotel Carcosa sebelum ini.

Video ini dikatakan dirakam pada 21 Febuari 2011. Kalau dilihat, dalam video ini, mula-mula Anwar berjanggut pada sela masa 00:04, namun pada babak terakhir sela masa 01:16, lelaki mirip Anwar ini sudah tiada janggut.



Tidak timbul sebarang persoalan yang besar tentang gambar di atas, boleh jadi lelaki mirip Anwar Ibrahim di atas baru sahaja bercukur di bilik air, maka tidak hairanlah pada mulanya jelas dilihat dia berjanggut, kemudian janggutnya tiada. Maka secara logiknya, pada 21 Febuari 2011 lelaki mirip Anwar mencukur janggutnya, maka tentulah pada 22 Febuari 2011 dia sudah tiada janggut.

Apa yang menjadi persoalan ialah, Anwar Ibrahim pada 22 Febuari 2011 ada muncul di mahkamah kerana menghadiri perbicaraan liwatnya. Kalau kita lihat, jelas sekali beliau mempunyai janggut yang lebat. Lihat gambar di bawah ini.



Kesimpulan daripada analysis ringkas ini membuktikan bahawa, jika Anwar adalah lelaki di dalam video seks, sepatutnya dia tidak memiliki janggut lagi kerana dia sudah mencukurnya pada malam 21 Febuari 2011.

Jika anda mahu membuktikan bahawa Anwar adalah lelaki di dalam video tersebut, anda harus membuktikan bahawa Anwar menggunakan ubat atau teknik tertentu agar janggutnya tumbuh lebat dalam masa beberapa jam.

Mungkin juga anda harus buktikan bahawa pada 22 Febuari 2011, Anwar sebenarnya memakai janggut palsu di mahkamah. Buktikan perkara ini untuk menuduh Anwar Ibrahim di dalam video seks.

Ini zaman teknologi, kalau kita lihat cerita Hitler di bawah ini, kelihatan seolah-olah memang hitler yang berlakon video ini, kerana wajahnya saling tak tumpah seperti Hitler. Namun fakta yang harus anda tahu ialah, Hitler dah lama mati sebelum video ini dilakonkan.



ReJaM© "Ini zaman yang penuh kekeliruan, macam-macam jenis fitnah boleh dibuat dan direka, maka kembalilah kepada cara Islam dan Al-Quran, sediakan 4 saksi yang layak, lebih baik orang yang salah dilepaskan daripada orang yang tak bersalah dihukum..."


14 comments:

Anonymous said...

Terbaik! Kantoi bodoh video ni dah hahaha...

sasha2020 said...

Lu bagi alasan bodoh la...

Lu boleh nampak clear ke janggut tu?

Gambar dlm video, yg kononnya tak nampak janggut sebab dia melihat kebawah..janggut anwar sejemput aje...kalau kepala dia melihat kebawah, mana nak nampak janggut..

Lu dah tgk video yg 20 minit tu ke???

Kalau belum, jgn buat kesimpulan awal...

Org akan dedahkan sedikit demi sedikit...Dia org sengaja nak tengok reaksi anwar, keluarga dia dan balaci balaci yg lain...

Korang nanti kantoi!!! I tell u!!

Pls use your brain!!!

Anonymous said...

samo ye nampaknya...

FARISZ@AZ.Com said...

Satu persatu versi fitnah wujud.Sekali lihat dan nampak dan pelik kenapa video dipotong-potong.
Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

Pelajar Di Bunuh Hanya Kerana RM7 ?

Anonymous said...

Ha!Ha!Ha! Over to you Zaid Ibrahim and Outsyed the Box and Anti PKR and Rocky Bru

Anonymous said...

Nak buat apa nak tengok perut dan janggut kalau mau kenal orang.Mesti tengok mukanya!mangkok!.Kalau tengok video klip anuar memang dah sahih la dia.Mana ada orang sama macam dia.Itu pun tak boleh pikio ke!!!

tebing tinggi said...

Tudoh menudoh sampai bila pon tak selesai, tungu sahaja RCI yang akan dicadangkan.

Anonymous said...

Yang bunuh student sebab duit 7 ringgit tu ustaz pas...kejamnya pas

Anonymous said...

1.takutla pulak!!video ni macam orang main teka teki!!mula-mula bagi gambaq yang kabur!!suruhlah pakat-pakat teka!!macam-macam persepsi diberi!!40% percaya!60% tak percaya!!
2.kemudian depa bagi video yang gambaq cerah sikit!!50%percaya!!50% tak percaya!!
3.kemudia depa bagi yang real punya!!siap dengan tanda-tanda ditubuh!!
4.apa pun!!tak percaya!!hangpa tunggula tenguk!!"pemburu" bukan orang yang tak cerdik!!macam-macam "perangkap" depa ada!!
5.sebab tula!!tak payahlah bagi macam-macam teori!!pakat-pakat pikiaq sendiri noooo!!

Anonymous said...

Woi. Kalau tak potong video tu nampaklah adegan amoi tu telanjang waktu tanggal baju. Jadilah video tu lucah bodoh..Tak bolehlah tayang..

Tulang Besi said...

UMNO dah meraban. yang sebenarnya:

1.0 Mula tunjuk gambar kabur: 15% percaya, 30% tak sure, 55% tak percaya

2.0 Lepas tunjuk gambar clear : 7 % percaya, 93% tak percaya

3.0 Kemudian bagi gambar siap dgn adegan seks: tinggal juak2 UMNO yang muka herot je yang percaya.

hang jawab soalan aku ni: Pasai apa video blue ni depa edit tak bagi nampak perut buncit mamat tu?

Ada hati nak harap ada video second part.

Hahahaha

Anonymous said...

sdr tulang besi,
bukan umno aje meraban..tv3 suku pun sama..15min pertama buletin utama mesti cite fitnah anwar..apaa hal ni?....rakyat tak bodoh.. umno aje yang bodoh, nak suruh rakyat ikut bodoh macam depa.

NoParty said...

TB

TUNJUK LA OMEGA SETTLE PROBLEM.. INI ASYIK TAICHI JE PUSING SANA SINI BUAT APA.. JAM MANA? TUNJUK JE LA APA LG TUNGGU. KALAU TAKDE CKP TAKDE SENANG.. KITA RAKYAT NAK TAU KEBENARAN JE. SOKONG JE RCI TU. YG KORANG PEGI DENGAR NASIHAT KAPAL SINGH TU BUAT APA? DIA SAPA YG KORANG NK JILAT KAKI DIA....

MUHAMMAD said...

Hentikan lah fitnah terhadap DSAI...tak habis2 korang nk fitnah dia...ingatlah, FITNAH itu adalah salah satu drpd DOSA BESAR...jgn lah kerana WANG dan POLITIK, kita sanggup mempermainkan agama, sanggup menjual maruah sendiri dan sanggup bermain dgn sumpah. ALLAH Maha Melihat dan Maha Mengetahui setiap apa yg berlaku di muka bumi ni... Wallahhualam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.