Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, April 6, 2011

Yusri ABIM Bakal Jadi TImbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri?

Ingat tak Yusri Mohammad? Ia, dia adalah orang yang membuat tuduhan kononnya Anwar Ibrahim adalah penyokong kepada Plurisme Agama. (Walaupun, dia tidak pernah bertanya kepada Anwar sendiri apa yang Anwar maksudkan dengan Plurisme Agama.

Maklumat yang Tulang Besi dapat dari JPM adalah beliau ini adalah antara yang dilihat oleh Najib Tun Razak sebagai tokoh yang hendak diketengahkan. Di ketengahkan bagaimana? Dengan menjadikan beliau Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas pilihanraya yang depan.

Atas sebab itulah agak nya, beliau begitu bersungguh-sungguh menyerang Anwar Ibrahim dan menyebar fitnah dan dusta terhadap Anwar. Itu mungkin kunci beliau untuk mendapat balasan jawatan yang tinggi.

Namun, Allah SWT Maha Kaya dan Maha Mendengar rintihan hambaNya yang mengadu kepadanya.

Dalam isu INJIL MELAYU, si Yusri ini diam bahasa sedangkan masa isu Kalimah Allah dulu siap masuk Al Jazeera lawan Khalid Samad. Tapi, Injil MElayu ni mengaundungi RIBUAN PERKATAAN ALLAH di dalam nya. Apasal si Yusri senyap sunyi?

Kita semua maklum hubungan intim beliau dengan Ezam Mat Nor dan Siddiq Baba. Ketiga-tiga ekor manusia ini bekerjasama untuk memfitnah dan menyebar dusta terhadap Anwar Ibrahim. Sampai pegi Mesir pun dengan Ezam Mat Nor.

Begitulah si Yusri Mohammad ini. Jelas kepada kita penentangan beliau dahulu hanyalah menjalankan propaganda UMNO semata-mata. Bukan hendak memperjuangkan Islam pun.

Saya tak boleh bawak bukti konkrit terhadap "pencalonan" Yusri ini, namun para pembaca bolehlah mendapat konfirmasi sendiri. Sekiranya tidak betul, saya sanggup meminta maaf kepada Yusri.

Tulang Besi

9 comments:

lan said...

tu la kemana pergi Yusri dalam bab injil melayu ni?

lan said...

tu la kemana pergi Yusri dalam bab injil melayu ni?

Muqabalah said...

Marilah kita menanam rasa takut kepada Allah. Termasuk Islam melarang bersangka-buruk terhadap sesama Islam, kita mungkin berbeza pendapat,tetapi itu tidak menghalalkan kita untuk memburuk-burukkan sesama kita. Bagaimanakah kita akan menjawab di depan Allah dengan kita menyebar berita yang belum pasti benar itu?.
Soal fahaman pluralism Anwar, tidak memadaikah kita dasarkan kepada ucapan2 beliau yg tersiar dalam blog beliau sendiri?.
Marilah kita jernihkan hati dan faham kita, yang kita qasadkan itu keredaan Allah, bukan menegakkan mana-mana pihak.

orang melayu kota said...

apa?si yusri yg bongok dan bodoh ni nak jadi timbalan menteri? susuk lembik macam maknyah..suara pun lembik macam pondan siam ada hati nak jadi timbalan menteri? kalau korang tak tau abim dan sibodoh yusri ni lah yg beriya iya suruh kerajaan rampas bible bahasa melayu tu. dia ingat kefahaman islam dia yg sesat tu orang nak ikut ke? baguslah lagi cepat bn akan berkubur kalau lantik pondan ni.

Anonymous said...

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)



Kenyataan Media

3 April 2011

PEMBELA Membantah ”Formula Idris Jala”



Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang merupakan gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam utama di Malaysia ingin merakamkan bantahan kami terhadap kenyataan Senator Datuk Seri Idris Jala yang didakwa oleh beliau sebagai keputusan kerajaan dalam menangani isu Bible Melayu. Bantahan kami ini terhadap apa yang kami istilahkan sebagai ”Formula Idris Jala” ini adalah berasaskan alasan berikut:

1. Status keputusan ini tidak jelas dan kabur. Kita diberi gambaran bahawa di pihak kerajaan, Datuk Seri Idris Jala dan Peguam Negara diberi peranan utama sedangkan isu ini juga melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam. Perbincangan juga hanya diadakan dengan pihak Christian Federation of Malaysia sedangkan pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam baik di pihak kerajaan mahupun pertubuhan-pertubuhan Islam langsung tidak diambil kira. Kami ingin bertanya adakah ini pendekatan baru yang akan diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani isu-isu agama?

2. Seperti yang kami tegaskan dalam kenyataan media yang kami keluarkan pada hari Isnin 28 Mac yang lepas, keputusan melepaskan Bible Bahasa Melayu untuk edaran adalah bercanggah dengan beberapa peruntukan Perlembagaan dan Undang-undang yang sedia ada termasuk Perkara 3, 11(4) dan Enakmen-enakmen Kawalan dan Sekatan Penyebaran Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam dan Seksyen 298, 298A Kanun Keseksaan 1936. Oleh itu edaran Bible Bahasa Melayu bukannya suatu keputusan yang boleh dibenarkan begitu sahaja atas tekanan mana-mana pihak.

3. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan isu ini sejak ia mula dicetuskan oleh kumpulan-kumpulan Kristian, ”Formula Idris Jala” ini jelas merupakan suatu keputusan mengalah dan menunduk kepada strategi konfrontasi, manipulasi dan mendesak yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan Kristian untuk mencapai tujuan mereka dalam isu ini. Pendekatan ”Formula Idris Jala” ini adalah satu trend yang tidak sihat serta akan menggalakkan berulangnya pendekatan konfrontasi dan manipulasi digunakan bagi menuntut sesuatu yang hakikatnya bercanggah dengan Perlembagaan, undang-undang, sejarah dan budaya negara.

4. Apa yang turut menyedihkan, ”Formula Idris Jala” ini juga langsung tidak mengambil pandangan Jawatankuasa Kerja Mempromosi Persefahaman Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKAPA) yang diwujudkan sendiri oleh kabinet. Beliau nampaknya telah mendahului menteri yang bertanggungjawab iaitu YB Senator DS Jamil Khir dan TS Koh Soo Koon. Kedua-dua menteri yang bertanggungjawab ini untuk menjelaskan kepada pertubuhan-pertubuhan dan individu yang menjadi anggota JKMKAPA kenapa saluran ini dibelakangkan dalam menangani isu ini.

Justeru itu, PEMBELA menuntut agar Formula Idris Jala ini dikaji semula dan diselaraskan kembali dengan peruntukan undang-undang dan persefahaman antara agama dan kaum yang sedia ada. Oleh kerana isu ini boleh ada kaitannya dengan kedudukan Islam dan umat Islam, pandangan wakil-wakil Islam hendaklah diambil-kira dengan saksama dalam mencari formula yang lebih tepat. Jika tuntutan ini tidak diberi perhatian, PEMBELA mempertimbangkan untuk mencabar kesahihan ”Formula Idris Jala” ini di Mahkamah.

Selari dengan kenyataan media kami bertarikh 28 Mac 2011, kami menyeru semua pemimpin masyarakat di negara untuk kembali menghormati persefahaman tentang kedudukan Islam dan hubungan antara agama di negara kita demi memelihara kesejahteraan dan keharmonian bersama.



Dr. Yusri bin Mohamad

Jurucakap PEMBELA

http://membelaislam.wordpress.com/2011/04/03/pembela-membantah-%E2%80%9Dformula-idris-jala%E2%80%9D/

Anonymous said...

Tidak benar Sdr Yusri berdiam diri dalam isu Bible Melayu. Sial rujuk kenyataan akhbar dan laporan polis yang dibuat oleh beliau dan pihak Pembela. Nak menuduh pun perlulah berfakta. http://membelaislam.wordpress.com/

Anonymous said...

kah kah kah. tulang besi otak beku. tak temgok internet. tu lah bengap sebab baca harakah dan suara keadilan je. kah kah kah

Anonymous said...

Fitnah org pandai...
bila xsehaluan dgn anwar start laa fitnah keluar...
taubat laa weh.. minta maaf dgn si yusri nih. Aku nasihat je.

Anonymous said...

Cerita di sebalik yayasan yang diurus oleh Yusri. Elok direnungi bersama kerana ini mungkin dapat jelaskan kat kita kenape yusri berkelakuan begini.....

http://czackpy.blogspot.com/2009/01/kuliah-mahgrib-komen-berkaitan-mufti.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.